Jumaat, 6 Januari 2012

Sekilas Sesi Mesyuarat GPMS Melaka Bersama GPMS Kebangsaan




Ketika saban hari umat Islam menempuh pelbagai dugaan serta cabaran besar yang menguji keimanan dan kesabaran, amat mustahil ia dapat diharungi secara berseorangan. Kekuatan melalui perpaduan amat penting ketika menghadapi apa jua situasi demi memastikan Islam itu terus kekal gemilang dan dihormati. Perpaduan akan menghasilkan satu benteng yang kukuh, terhindar dari anasir-anasir jahat yang mahu melihat perpecahan persaudaraan umat Islam.




Serangan dari pelbagai penjuru termasuk dari mereka yang kononnya memperjuangkan Islam itu sendiri adalah contoh jika umat Islam itu sendiri tidak bersatu tidak mustahil benteng Islam itu mudah roboh diserang musuh-musuhnya. Mari kita terus bermujahadah yakni berperang dan bertarung dengan nafsu kita sendiri sehinggalah akhir hayat kita. Barulah dikatakan wira sejati. Seperti sabda Rasulullah SAW: “Siapakah yang dianggap wira itu?” Kata Sahabat: “Mereka yang tidak dapat dikalahkan (dalam peperangan).” Nabi menjawab: “(Orang yang dianggap wira itu) ialah orang yang dapat menahan dirinya ketika marah.” (Riwayat Ibnu Atsir)

                                       

Bangkit bersatu amat diharap. Membuang sebarang prasangka buruk antara kita adalah satu langkah. Bertolak ansur dan bersifat terbuka antara kita dalam mencari jalan penyelesaian sesuatu isu adalah antara satu jalan ke arah perpaduan. Jika dapat diketemukan titik persefahaman sebagai asas, tidak mustahil penyatuan Ummah dan organisasi dicapai. InsyaAllah.



Menikmati hidangan yang di sediakan.



 Setelah Selesai Menikmati Hidangan. Terbaik !



Sesi Perbincangan di meja makan .


Foto Kenangan Presiden Kebangsaan dan Pengerusi GPMS Melaka. Mantap !


Terima kasih kepada penaja makan malam Ikan Bakar di Crystal Bay. Alhamdulillah



Terima kasih tidak terhingga kepada Presiden GPMS Kebangsaan En Jais Abdul Karim kerana kesudian memberi input yang berguna kepada kepimpinan exco negeri dalam memantapkan organisasi GPMS Melaka. Turut besama Datuk Saroni Judi CEO KYM, ( Timbalan Pengerusi Kebangsaan ) Pengerusi GPMS Johor dan Pengerusi GPMS Melaka serta AMT kebangsaan.


Sila Renungkan Kisah Ini 

Perbualan antara ayahanda, bonda & puteri tunggalnya di satu petang di temani minuman petang.


sambil memegang surat khabar, " punca berpisah sekarang mostly sebab tiada lagi persefahaman. " - kata bonda.
" tapi sedih kan yang mana yang dah berpuluh puluh tahun semua tu " - kata si anak gadis.
" isu persefahaman ni bukan senang. memang banyak give and take " - sambung bonda lagi.
" persefahaman itu perlu di fahami, di lahirkan & di usahakan " - jelas ayahanda.
" oh macam mana tu Ti (panggilan buat ayah dalam keluarga kami)? " - dengan muka penuh rasa ingin tahu aku.


" persefahaman ini di mana kita mencari sesuatu titik. titik yang benar. titik yang elok. titik yang baik. persefahaman hanya akan wujud bila kita dua dua pegang teguh dengan ajaran agama. sebab, hanya agama yang mampu mengajar seseorang sesuatu yang perlu dilakukan dan sesuatu yang perlu di tinggalkan. persefahaman akan wujud bila kita faham dan menerima/akur sesuatu itu betul atau sesuatu itu salah. tapi macam mana kita nak faham tu? hanya dengan tahu nya agama Islam, berpegang nya dengan hukum Allah. dan kita akan tahu hak kita, limit kita dan peranan kita masing masing. sebelum kita nak laksana kan, kita kena faham, nak faham kena tahu, hanya dengan ada nya ilmu dan pegangan, kita tahu. tapi jangan pernah lupa, kita berusaha yang menentukan semua nya juga hanya Allah SWT. kejar lah berkat dalam setiap usaha kita. InsyaAllah." - sempurna dari ayahanda.


bonda tersenyum lebar bersetuju.
aku angguk tersenyum mengerti. terima kasih ayahanda terima kasih bonda.

" Jangan kerana matlamat kita menghalalkan cara , jangan kerana harta dan duit sahabat di aniaya , Berfikirlah sebelum membuat sesuatu kerana mungkin di dunia kamu lepas tetapi di akhirat kamu terseksa.Sesungguhnya Fitnah lebih Teruk dari memakan DAGING sahabat itu sendiri. Bersangka baik pada orang Islam dan bersangka buruk pada orang Kafir adalah yang di anjur oleh Rasulullah. Ingatlah Dunia adalah pinjaman sementara. Akhirat yang kekal abadi. "


Belajar Terus Belajar !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan