Khamis, 31 Januari 2013

Bersatulah Anak Bangsa !




Rentetan sejarah menunjukkan bahawa kepimpinan Islam sentiasa ditunjangi oleh satu bangsa yang kuat. Inilah agenda yang memerlukan orang Melayu bersatu di atasnya.

“Agenda Islam di rantau ini tidak akan menampakkan cahaya selama orang Melayu yang merupakan penduduk majoriti beragama Islam berada dalam keadaan lemah dan dipolitikkan. Aibnya bukan kepalang apabila kita menjadi bangsa majoriti yang tidak memiliki kekuatan untuk membuat kata putus secara merdeka di bumi sendiri.”

“Mata keris mana boleh berlaga kerana matanya ada bisa dan racun manakala sarung tidak boleh ditinggalkan kerana ia penawar bisa dan racun keris lawan,” Tidak mungkin Melayu Lawan Melayu umpama mata keris yang berlaga. Simpanlah di dalam sarung kerana Melayu pasti pasti akan gunakannya suatu hari nanti !

Lupakanlah persengketaan. Hilangkanlah ketidaksefahaman. Kaburkanlah jurang ideologis sekatan.

Islam dan Melayu akan terus makmur. Lupakan barat dan teruskan ke timur. Biarlah ladang dipenuhi sumur. Biarlah kalimah Allah dan Muhammad terus subur.

Tidak rugi rasanya andai umat Islam bersatu. Tidak hilang ego rasanya jika bersekutu. 


Belajar Terus Belajar !






Ketua Penerangan Gpms Negeri Melaka
Mohd Saifullah B Hj Dolmat


Sabtu, 26 Januari 2013

HALATUJU POLITIK MELAYU ABAD 21


HALATUJU KEPEMIMPINAN POLITIK MELAYU ABAD 21



Tidak dapat dinafikan bahawa politik memainkan peranan sejarah yang amat signifikan dalam proses kebangkitan sebuah negara-bangsa. Jatuh-bangun sesebuah negara-bangsa amat bergantung kepada halatuju kepemimpinan dan politik semasa.
 Malangnya, perkembangan dan pergolakan politik negara secara langsung menunjukkan kepimpinan Melayu  sentiasa berhadapan dengan konflik dalaman yang tidak kunjung padam.
 Politik Melayu abad 21 tidaklah banyak berbeza daripada abad ke-20, bahkan semakin parah. Dari segi politik, Melayu kini sekurang-kurangnya terbelah tiga. Kalau dahulu politik Melayu hanya diwakili oleh UMNO dan PAS, kini muncul PKR sebagai alternatif. Melayu yang sudah bosan dengan UMNO dan kurang cocok dengan PAS telah memilih PKR sebagai alternatif.
 Tahun 1998 adalah titik-tolak yang paling tragis dalam sejarah kepemimpinan politik Melayu. Pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika itu amat mengejutkan. Kalau dahulu kemelut politik melayu hanya berkisar di sekitar masalah kepemimpinan dalam UMNO, tetapi sejak tahun 1998, corak politik Melayu berubah dengan begitu drastik.
 Walaupun sudah berlaku perpecahan di kalangan Melayu pada tahun 1987 apabila berlaku pertandingan jawatan Presiden UMNO di antara Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh sehingga membawa kepada penubuhan Parti Semangat 46, namun keadaan itu reda pada tahun 1995 apabila UMNO dan BN menang besar dalam PRU ke-9. Tetapi perkembangan politik pada tahun 1998 dan PRU 1999 memberi kesan yang besar. Kemenangan BN dan UMNO yang dilihat telah memadamkan gerakan REFORMASI yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim pada tahun 2004, namun realiti politik 2008 telah bertukar corak dan mewarnai senario politik Melayu di abad ke-21 ini.
 UMNO dan BN  yang telah memerintah negara sejak kemerdekaan 1957 telah gagal mempertahankan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat. Politik baru menuntut ketelusan dan keadilan yang mementingkan rakyat dan pengundi mendapat tempat.
 Akibat kekecohan yang ketara di saf kepimpinan Melayu dalam pelbagai bidang sama ada kepimpinan politik, ekonomi, sosial, budaya, korporat dan birokrat serta intelektual, kepemimpinan bangsa Melayu telah kehilangan tumpuan dalam memperbaiki nasib bangsa.
 Di samping banyak retorik politik dilaungkan, kita juga menyaksikan tabiat bergimik dalam kepemimpinan yang tidak menguntungkan bangsa Melayu sendiri. Dengan aksi menghunus keris dan bertempik untuk mengisytihar perang ke atas bangsa sendiri, ternyata kepimpinan Melayu mudah dibuai emosi yang tidak terkendali.
 Menghulur bantuan kepada bangsa yang terpinggir bukan dilihat sebagai sebuah amanah tetapi sekadar propaganda politik dan pembinaan imej untuk diperaga. Menjelajah di kawasan Melayu terlantar bukan kerana mahu merasai penderitaan dan mencari jalan mengatasi kenapa derita itu berlaku, akan tetapi kerana mahu dilihat merakyat dan prihatin kepada rakyat. Anehnya rakyat itu jualah yang sering dijadi bahan media untuk menunjukkan kononnya keprihatinan pemimpin yang beraspirasi tinggi bagi memudahkannya mendaki puncak kedudukan yang menawarkan keselesaan.
 Pernyataan-pernyataan yang nampaknya lebih untuk menonjolkan diri dari benar-benar mengatasi masalah bangsa menyebabkan mada depan Melayu terus menghadapi ketidaktentuan.
 Nampaknya masyarakat Melayu terbanyak sudah tidak lagi menaruh harapan yang terlalu tinggi kepada kepemimpinan Melayu yang sedia ada, lantaran yang disaksikan dan dipekikkan ialah laungan dan retorik besar tanpa komitmen bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib bangsa.
 Yang nyata ialah persoalan bangsa Melayu dalam pelbagai sektor kini sangat rapuh bila berhadapan dengan persaingan dan rempuhan global, sehingga banyak kepentingan bangsa  terpaksa diperjudikan hanya kerana pemimpin-pemimpin mencanangkan agenda peribadi dalam perlumbaan di pentas politik.
 Pemikiran dangkal sesetengah pemimpin telah meletakkan bangsa Melayu dalam keadaan yang merugikan. Bukan kerana bangsa Melayu tidak mahu dan tidak mampu bersaing, akan tetapi akibat pemimpin yang tidak jujur dan hanya mementingkan kuasa dan kedudukan daripada soal memperbaiki nasib bangsa  Melayu terbanyak, telah menjadikan bangsa Melayu terus berada di pihak yang tersudut.
 Sikap mabuk jawatan dan gila kuasa sering diperlihatkan dalam kelompok kepimpinan bangsa Melayu. Bukan asing lagi cerita politik wang, politik cantas-mencatas dan politik bunuh-membunuh,  menjadi watak politik bangsa melayu. Bahasa politik nampaknya mempunyai kamusnya sendiri yang tidak  mempunyai kaitan samasekali dengan nasib rakyat. Politik dianggap sebuah permainan, berparti politik dilihat sebagai medan bertarung merebut pengaruh.
 Golongan kepemimpinan elit bangsa Melayu masih mempamerkan watak feudal yang sangat ketara sehingga yang menjadi keutamaan ialah untuk mendapat tempat di hati mereka yang berkuasa dan berharap akan membuka peluang untuk melanjutkan  cita-cita naik ke atas. Soal hak dan batil bukan menjadi pantang larang dalam kepimpinan bangsa. Awlawiyat siyasi (keutamaan politik) mereka bukan untuk perubahan tetapi untuk kantong masing-masing, bukan untuk transformasi bangsa tetapi untuk tengkorok peribadi.
 Retorik Murahan?
Kini 2008 berlalu dengan sejumlah isu bangsa yang masih terus berpanjangan. Dengan kepimpinan Melayu di peringkat negara yang silih berganti dari peringkat negeri dan pusat, dari peringkat akar umbi sehingga korporat, yang nyata isu-isu yang mendepani bangsa Melayu semacam tidak berkesudahan. Apakah kita menghadapi suatu laknat bangsa yang tidak terawat lagi?
 Perhatikan ketika mana bangsa Melayu melihat kampung halaman serta tanah milik Melayu ditelan pembangunan tahun demi tahun. Kepimpinan Melayu terus beretorik dengan pelbagai pengumuman. Malangnya penguncupan tanah milik Melayu terus meruncing.
 Kini pembangunan terus dipacu yang melibatkan pengambilan tanah rakyat terus menerus di beberapa negeri melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Atas nama pembangunan projek mega, kawasan pertumbuhan ekonomi yang digelar pembangunan koridor ekonomi dijangka akan menelan lagi tanah yang umumnya akan melibatkan tanah milik Melayu. Dasar Tanah Negara masih belum mampu menyelesaikan masalah pembangunan tanah termasuk soal tanah wakaf Melayu.
Kes penyelewengan dan salahguna kuasa yang mengakibatkan tanah Melayu tergadai dan pindah tangan  kepada bukan cerita baru. Bertahun-tahun isu tanah Melayu diungkap dalam pelbagai forum dan persidangan namun ia terus tidak menunjukkan tanda yang menyakinkan bahawa orang Melayu akhirnya tidak akan merempat di negara sendiri. Sejauhmanakah peninggalan Tanah Rizab Melayu sehingga ke saat ini dan apakah ia benar-benar masih wujud seperti yang direkodkan?
 Namun dari hari ke hari kita membaca berita projek-projek yang diumumkan untuk akhirnya mengambil tanah Melayu. Adakah pemimpin Melayu mengambil tahu dan secara serius menangani isu ini ? Dari apa yang kita ikuti , perbahasan di DUN dan Parlimen jarang kedengaran hal ini diungkit.
 Demikian juga persoalan gejala sosial bangsa Melayu yang  bertalu-talu berlaku seolah-olah bangsa ini tidak mampu mengatasi masalah yang sangat jelas boleh di atasi, hanya jika pemimpin-pemimpin  Melayu bertegas.
 Siapakah jika tidak pemimpin-pemimpin birokrat dan politik Melayulah yang mengeluarkan keizinan  KDN kepada majalah-majalah hiburan dan novel murahan, kebenaran menyiarkan acara hiburan yang tidak sesuai dengan budaya bangsa, keizinan rasmi untuk terus mengganjurkan konsert yang tidak habis-habis merosakkan adab pergaulan generasi muda, kelulusan siaran drama, filem dan acara TV  yang meninggalkan kesan negatif kepada nilai dan budaya hidup bangsa adalah sederet isu yang sebenarnya boleh diatasi dengan ketegasan pemimpin.
Akan tetapi sikap pemimpin Melayu yang umumnya bermahzab liberal dan berfikah plural inilah telah menggadai akhlak anak bangsa sehingga Melayu tidak lagi dihormati sebagai bangsa berbudi dan bersantun tinggi. Akibatnya perpsepsi bangsa lain terhadap bangsa Melayu pasti buruk dan tidak dihormati. Bercakap sahaja persoalan anak muda Melayu, bangsa lain akan mencemuh bahawa biarlah bangsa Melayu  terus bergelut dengan isu dadah, mat rempit, lepak, buang anak, penceraian, jenayah, maksiat, sumbang mahram, hiburan liar, pengangguran dan seribu satu masalah sosial.
 Ditambah semangkok lagi pemimpin-pemimpin media Melayu ternyata bukan sahaja berkesan dalam mendedahkan keruntuhan-keruntuhan sosial bangsa malah turut tidak rasa bersalah mempromosi gelagat budaya tidak beradab di kalangan golongan budayawan dan seniman Melayu.  Akibat kelekaan dan sikap tidak peduli pemimpin-pemimpin Melayu  dengan barah bangsa  ini, kita sudah mencapai peringkat kronik menunggu maut. Di tangan pemimpin Melayu jugalah lessen judi dan arak dilulus, konsert artis Barat  menggila diizinkan, filem budaya ganas dan lucah dipermisikan,  pusat hiburan dan segala khidmat social escort dibenarkan.
 Sementara itu, bangsa lain termasuk pendatang asing  bertungkus lumus menguasai apa sahaja ruang  yang diperolehi untuk bertapak kukuh di tanah air ini. Statistik terbaru melaporkan 50% dari 200,000 hingga 300,000 pekerjaan baru yang dikatakan diwujudkan di negara ini dikuasai oleh pendatang asing. Apa sahaja pekerjaan yang ditolak bangsa Melayu akan  dikerumuni bangsa lain, apa sahaja kemahiran yang tidak diendah bangsa Melayu akan dikuasai bangsa lain.
 Kini peruntukan kuota Melayu untuk institusi-institusi tertentu sudah mula didesak untuk dibuka atas nama meritokrasi. Atas alasan orang Melayu sendiri tidak dapat memenuhi syarat kecemerlangan akademik yang diperlukan semada dalam institusi awam, professional atau  teknologi,  malah termasuk perjawatan tinggi dan khusus dalam bilang keselamatan dan ketenteraan, maka bangsa ini akan melalui peminggiran-sendiri (self alienation) dalam tanah air sendiri.
 Siapakah yang menggubal dasar ini, siapa yang merombak peraturan ini, jika tidak pemimpin politik dan birokrat Melayu itu jugalah!
 Maka natijahnya sangat merunsingkan  kita, jika dihitung implikasinya dalam jangka masa panjang. Sepintas lalu sahaja kita dapat melihat kesannya sehingga ke peringkat sektor  kecil seperti kedai gunting rambut, tukang kasut, kedai bakeri,  bengkel basikal dan motor, pembuat kunci, pembuat bingkai dan pemotong cermin, memperbaiki tayar kereta, kedai foto dan fotostat, pembaik jam, pembuat pembalut kerusi kereta, bengkel besi dan lain-lain telah jauh dikuasai bangsa lain.
 Adakah  boleh kita persalahkan  bangsa lain ketika pemimpin bangsa  Melayu sendiri tidak serius untuk memastikan generasi mudanya boleh hidup berdikari? Bolehkah kita menuding jari kepada orang lain jika ibu bapa Melayu sendiri yang membiarkan anaknya merempit pada malam hari, pemimpin Melayu pula bercakaran sesama sendiri (dari merebut jawatan ketua bahagian sehingga bercita-cita menjadi menteri), profesional dan korporat Melayu pula mengkhayalkan hidup mewah sementara anak-anak bangsa sendiri merempat sana ke mari mencari kerja di syarikat bangsa lain?
 Keputusan Pilihan Raya Ke-12  ini mempunyai seribu erti yang perlu difikirkan dengan sedalam-dalamnya oleh orang Melayu khususnya. Kita sudah kehilangan Singapura 45 tahun dahulu, dan dalam tempoh itu orang-orang Melayu secara tidak langsung tertindas tanpa disedari. Tidak ada kuota menteri penuh Melayu, azan tidak boleh dilaungkan di luar masjid, bahasa Melayu menjadi bahasa ketiga, orang Melayu tidak dibenarkan memegang jawatan tertinggi dalam tentera dan polis, mereka menuntut Pulau Batu Putih sebagai milik mereka dan pelbagai lagi milik bangsa Melayu yang sudah lenyap di tanah Singapura.
 Apabila sudah hilang, tiada harapan lagi untuk kita mendapatkannya semula. Dalam tempoh akan datang, jika orang-orang Melayu tidak juga sedar bahawa mereka sekarang sudah hilang kuasa politik. Melayu sudah kehilangan kuasa tawar-menawar  (bargaining power) di tanah air sendiri.

Berfikirlah Orang Melayu. 
Siapa yang menjadi teras Melayu ? Siapa yang di perkudakan ?
Ekonomi Malaysia mereka telah kawal , Seterusnya kuasa POLITIK menjadi taruhan !
Belajar Terus Belajar !
Salam Perjuangan !!!




Ketua Penerangan Gpms Negeri Melaka
Mohd Saifullah B Hj Dolmat

Jumaat, 25 Januari 2013

Mana Semangat Perjuangan Melayu !

 SEMANGAT PERJUANGAN MELAYU!

Semasa membaca buku perjuangan Melayu saya telah tertarik dengan lima rangkap pantun yang memaparkan semangat perjuangan orang Melayu Melaka dalam mempertahankan bumi Melaka yang bertuah. Ternyata perjuangan mereka yang tidak pernah kenal erti mengalah itu menjadi nadi utama kebangkitan orang Melayu dalam zamannya bahkan melangkaui zaman berikutnya sehingga membawa kepada kemunculan kerajaan-kerajaan Melayu sesudahnya. Dikhabarkan bait-bait pantun tersebut menggambarkan perjuangan orang Melayu Melaka dibawah kepimpinan Sultan Mahmud serta Tun Fatimah dan diwarisi generasi demi generasi.


Pulau Salak Pulau Sejugi
Ketiga dengan Pulau Pinang
Walaupun lesap mahkota kami
Maruah Melayu takkan hilang

Dari Melaka ke Kuala Linggi
Duduk berhenti melepas lelah
Daripada menyembah orang Peringgi
Eloklah mati berkalung tanah

Walau rumput sudah menjalar
Dahan kayu bercabang juga
Walau laut sudah terbakar
Sampan Melayu belayar juga

Batang nangka batang bergetah
Buahnya besar bercabang tinggi
Orang Melaka pantang menyerah
Orang Kampar berpantang lari

Walaupun rumput mati terlapah
Uratnya tidak mahu tenggelam
Walaupun laut menjadi darah
Semangat Melayu tidakkan padam.



Belajar terus Belajar ! Salam Perjuangan !!!




Ketua Penerangan Gpms Negeri Melaka
Mohd Saifullah B Hj Dolmat

Khamis, 24 Januari 2013

Bersatulah Wahai Anak Bangsa !



Kebelakangan ini terlalu banyak isu-isu politik yang tercetus akibat ketamakan dan nafsu serakah para politikus mengejar pangkat dan darjat sehingga sanggup mengenepikan agama dan menggadaikan maruah bangsa. Namun atas rasa tanggungjawab dan cintakan agama dan bangsa saya rasa terpanggil untuk berkongsi pandangan sebagai sebahagian usaha kecil saya dalam membuka minda bangsa Melayu supaya sedar dan bangkit bersatu memertabatkan agama dan bangsa yang tercinta.


Bagi saya sudah tiba masanya untuk bangsa Melayu menginsafi betapa kita diperalatkan oleh bangsa asing atas nama Pakatan Rakyat mahupun Satu Malaysia. Kalau dahulu orang Melayu mempunyai kuasa mutlak untuk membuat apa jua keputusan atau tindakan, kini kita terpaksa menerima hakikat bahawa kuasa membuat keputusan sudah tidak ada lagi. Sedikit sahaja langkah kita tersasar maka akan adalah suara-suara sumbang yang akan membuat pelbagai kritikan, komen, desakan atau lontaran kata-kata sinis dan biadap daripada kaum asing. Kadangkala suara daripada kaum asing ini sudah tidak ada hormat atau memikirkan tentang sensitiviti orang-orang Malayu. Mereka sudah berani mengungkapkan apa sahaja atas nama kebebasan bersuara dan perjuangan hak mereka.

Bayangkan, bangsa Sikh atau orang Benggali yang dahulunya penjual susu lembu, menjadi jaga di bank kini sudah berani mencabar raja dan perlembagaan. Malah Benggali tua yang berkerusi roda pun berani bersuara memaki hamun raja dan bangsa Melayu. Tidak cukup dengan itu, si Benggali tua berkerusi roda ini juga pernah mencabar agar langkah mayatnya dahulu kalau mahu jadikan Malaysia negara Islam. Kalaulah Benggali yang beberapa kerat di bumi Malaysia ini pun mampu bersuara, apatah lagi kaum lain.

Ultrakiasu kini bermaharajalela di bumi Pulau Pinang di bawah kepimpinan kononnya mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz. Golongan Melayu yang tidak sedarkan diri begitu memuji Lim Guan Eng yang kononnya perihatin dan peka dengan Islam. Akhirnya satu persatu hak-hak orang Melayu dipindah milik kepada bangsa Cina. Mereka tidak sedar bawaha kini tiada lagi diberikan peruntukan membina masjid bagi projek perumahan kerajaan, tiada lagi pemberian tanah dan peruntukan untuk pembinaan masjid dan pada masa yang sama kuil dan tokong haram yang dibina secara haram di tanah-tanah kerajaan mendapat status halal.

Dahulunya kontraktor-kontraktor Melayu mudah mendapat projek kerajaan, termasuk di MPPP, MPSP, PDC, PBA, Pejabat Daerah dan beberapa agensi lain. Kini para kontraktor ini terutamanya kontraktor kelas F hanya mampu duduk termenung di kedai-kedai kopi menantikan bala seterusnya daripada DAP yang bakal menimpa mereka. Dahulu portfolio tanah adalah di bawah kuasa exco Melayu, kini LGE dari Melaka yang nama tempat di Pulau Pinang pun tak tahu memegang kuasa tanah. Tidak cukup tanah dirampas , portfolio perumahan juga menerima nasib yang sama. Kini semakin tipislah peluang orang-orang Melayu memiliki rumah kos rendah dan sederhana kerana perumahan sudah menjadi milik mereka. Begitu juga dengan YDP MPPP yang selama ini menjadi milik pegawai tinggi kerajaan berbangsa Meyau berpindah tangan kepada bangsa Cina di bawah kepimpinan kerajaan Ultrakiasu. Maka tidak hairanlah kenapa banyak tokong dan kuil haram yang dihalalkan, penjaja-penjaja Cina bebas berniaga di mana sahaja dan peniaga Melayu pula diusir dari bumi sendiri. Contoh terbaik pada bulan Ramadhan yang lalu, peniaga Bazar Ramadhan di Jalan Penang yang telah berniaga puluhan tahun di kaki lima penjalan kaki dinafikan hak mereka untuk berniaga atas alasan mengganggu lalu lintas dan menyebabkan kesesakan jalanraya. Sedangkan pada masa yang sama umum mengetahui kebanyakan jalan-jalan raya di Georgetown sesak angkara peniaga-peniaga makan milik orang Cina.

Lim Guan Eng sangat licik. Di belakang beliau ada ramai intelektual dan professional Cina yang bertindak sebagai “think tank” dalam memastikan kelancaran kepimpinan Guan Eng dan Ultrakiasu. Tidak cukup dengan itu, parti pemerintah Singapura iaitu parti PAP turut memainkan peranan besar dalam memberikan tunjuk ajar kepada Guan Eng dan barisan exco beliau. Maka tidak hairanlah jikalau Guan Eng dan timbalannya iaitu Prof. Ramasamy serta barisan exco dari Ultrakiasu berulang alik dari Pulau Pilang ke Singapura hampir setiap bulan. Agenda terancang Ultrakiasu ialah untuk mempelajari ilmu politik yang digunakan PAP dalam mentadbir kerajaan yang asalnya milik orang Melayu dan menarik sokongan orang-orang Melayu. Taktik Guan Eng tak ubah umpama menarik rambut di dalam tepung. Maka tidak bukanlah menjadi suatu yang pelik apabila ramai yang teperdaya termasuklah  sahabat Islam mengislamkan si kafir harbi Guan Eng dan mengkafirkan saudara seislam UMNO.

Pemimpin Melayu yang ada dalam kerajaan Pulau Pinang sekarang iaitu YB Mansor Othman dan YB Malik Kassim hanya sekadar pelengkap kuota pemimpin Melayu. Dari segi kuasa, kedua-dua wakil rakyat “Harapan Baru” Melayu Pulau Pinang ini hanyalah tinggal harapan dan langsung tidak boleh diharapkan. Setakat ini langsung tidak ada sebarang tindakan yang menguntungkan bangsa Melayu yang membela nasib Melayu yang dilaksanakan oleh kedua-dua YB ini. Portfolio koperasi yang diberikan kepada YB Mansor tidak banyak yang mampu dilakukan untuk kebajikan dan perjuangan orang Melayu. Yang tererbaik yang mampu dilakukan hanyalah sekadar menubuhkan koperasi. Bagi saya tanpa penglibatan TKM pun penduduk kampung mampu menubuhkan komperasi. Portfolio perhubungan masyarakat pula secara tidak langsung memperlihatkan YB Mansor tak ubah seperti Tok Penghulu yang di bawahnya terdapat sekumpulan ketua kampung digelar JKKK.

YB Malik pula, mungkin beliau sudah tahu bahawa ini adalah peluang pertama dan terakhir buat beliau menjadi exco kerajaan negeri. Maka peluang ini diambil sebaik mungkin untuk berjalan ke luar negara sepuas-puasnya menggunakan duit kerajaan negeri. Tidak cukup dengan itu, beliau turut menggunakan peruntukan kerajaan negeri untuk membawa bersama sanak sadara dan rakan-rakan atas alasan untuk menarik pelabur asing dalam projek Halal Hub beliau.

Setakat ini sudah 32 kali beliau ke luar negara. Di saat saya sedang menulis artikel ini YB Malik bersama YB Mansor baru pulang di Jerman kononnya untuk menarik pelabur ke Pulau Pinang. Tindakan YB Malik dan YB Mansor ini sangat menyedihkan kita semua. Di saat nasib Melayu Pulau Pinang seumpama telur di hujung tanduk, dua orang YB yang menjadi harapan Melayu Pulau Pinang sewenang-wenangnya mengambil kesempatan berseronok ke sana sini menggunakan wang rakyat. Dalam hal ini, sekali lagi menunjukkan kebijaksanaan Guan Eng. Apabila dua wakil Melayu tidak ada dalam mesyuarat exco maka dengan mudah beliau membuat beberapa keputusan dan meluluskan dasar-dasar yang membolehkan kaum Cina memperluaskan kuasa politik dan ekonomi di bumi Pulau Pinang. Cara Guan Eng cukup mudah. Ke mana sahaja yang mahu dituju atau apa sahaja yang YB Malik dan YB Mansor mahukan akan dituruti asalkan agenda terancang Ultrakiasu serta konsep Malaysian Malaysia yang menjadi cita-cita bapanya, Lim kit Siang menjadi kenyataan.

Saya sangat sedih dan bimbang dengan perkembangan mutakhir ini. Kenapalah bangsa Melayu masih tidak sedarkan diri bahawa kita kini kemakin lama semakin lemah. Semuanya berpunca daripada pepecahan sesama kita angkara kerakusan merebut kuasa politik.
Melayu PKR dengan sikap mendewakan Anwar Ibrahim, Melayu PAS dengan sikap kafir-mengkafir, Melayu UMNO pula masih tak mahu berubah sikap. Akhirnya bangsa asing mengambil kesempatan dan tanpa kita sedari sedikit demi sedikit kuasa Melayu terlepas ke tangan bukan Melayu. Wahai bangsaku, sudah tiba masanya untuk kita bangkit mempertahankan maruah bangsa demi memertabatkan agama tercinta. Sudah tiba masanya untuk kita melakukan bermuhasabah dan mencari titik penyatuan atas nama Islam dan bangsa Melayu.



Bersatulah Melayu !!!






Ketua Penerangan Gpms Negeri Melaka
Mohd Saifullah B Hj Dolmat

Jumaat, 18 Januari 2013

JAIS ABDUL KARIM CALON : PRESIDEN MAJLIS BELIA MALAYSIA

JAIS ABDUL KARIM CALON : PRESIDEN MAJLIS BELIA MALAYSIA "BELIA GENERASI TRANSFORMASI" / "YOUTH : TRANSFORMATION GENERATION"







Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang ke-22. Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang UIAM. Menyertai GPMS sejak 1988.Ayat Keramat "Sedar Bahawa Maju Mundur, Kaya Miskin dan Hina Mulianya Bangsa Itu berada dalam Tangan Kita" sentiasa menjadi azimat dalam memastikan Perjuangan Pendidikan NGO Melayu yang digalas oleh GPMS selari dengan keperluan pendidikan negara dan konsep 1Malaysia tanpa mengenepikan hak keistimewaan pribumi yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia 


~Jais Abdul Karim, buku "Perjuangan NGO Pendidikan Melayu di Malaysia, jilid 1~


PhotoPhotoPhoto

dialah pemimpin...dialah pejuang...dialah abang...dialah adik...dialah sahabat...

Sokong Bakal Presiden Majlis Belia Malaysia!!!!

Sila Sokong Presiden di pautan fan page

Khamis, 17 Januari 2013

Tokoh pejuang akar umbi. Mahukan perubahan?



Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang ke-22. Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang UIAM. Menyertai GPMS sejak 1988.Ayat Keramat "Sedar Bahawa Maju Mundur, Kaya Miskin dan Hina Mulianya Bangsa Itu berada dalam Tangan Kita" sentiasa menjadi azimat dalam memastikan Perjuangan Pendidikan NGO Melayu yang digalas oleh GPMS selari dengan keperluan pendidikan negara dan konsep 1Malaysia tanpa mengenepikan hak keistimewaan pribumi yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia 


~Jais Abdul Karim, buku "Perjuangan NGO Pendidikan Melayu di Malaysia, jilid 1~


PhotoPhotoPhoto

dialah pemimpin...dialah pejuang...dialah abang...dialah adik...dialah sahabat...

Sokong Bakal Presiden Majlis Belia Malaysia!!!!

Sila Sokong Presiden di pautan fan page

Ahad, 13 Januari 2013

Sekilas di Kempen derma darah di MiTC

Sambutan program kempen derma darah dan pemeriksaan kesihatan anjuran bersama gpms negeri Melaka, gpms Caw.Khas UTeM Dan pihak hospital Melaka mendapat sambutan drpd pengunjung yg hadir. Tahniah! 


Mengambil sedikit ruang untuk pembahagian dana ibunda oleh tuan timbalan pengerusi mewakili tuan pengerusi.Tahniah adik-adik yang mendapat sumbangan dana ibunda Gpms.



Tahniah kepada adik-adik yang menjayakan program ini .Terbaik !


Bersarang lebah dipohon palas
burung kelicap di pohon selasih
Pengetahuan bertambah penerangan jelas
Majlis mengucapkan terima kasih.

Thanking You With Flowers

Pohon selasih di dalam kolam
Anak haruan berenang-renang
Terima kasih kami ucapkan
Budi tuan menjadi kenangan


Thanking You With Flowers

Terbang selisih siburung kedidi
Terbang berduyun di waktu pagi
Terima kasih daun keladi
di lain tahun berjumpa lagi
Thanking You With Flowers

Buah selasih buah kelubi
di dalam dulang hidangan pagi
Terima kasih daun keladi
Bila diundang datanglah lagi.

Sekilas Pertandingan Boling Gpms Kebangsaan




Sesi Latihan di Melaka.Semangat ada bunga tengah-tengah.


Sesi Penggambaran setelah tiba di kejohanan. Perang saraf bermula.


Alhamdulillah Gpms Melaka dapat tempat ke empat dari hampir 30 pasukan yang bertanding !

Terbaik Melaka !

Bawah batang ada keli
Batang rebah menumpu tanah
Cadangan dibentang jelas sekali
Terima kasih,syabas dan tahniah.