Jumaat, 11 Julai 2014

Mencari Semangat Melayu yang Hilang

Saya membaca banyak penulisan penulisan daripada tokoh reformis Islam antarangsa seperti karya Syed Qutb, Abu A'la Al maududi, Dr Abdullah Azzam, Hassan An Nadwi, Ramadhan Al Buti dan ramai lagi berkenaan persoalan perjuangan kebangsaan dan bezanya dengan perjuangan ubudiyyah yang berunsur teologi Islam seolah menenggelamkan lagi hasrat untuk menelusuri persoalan ini. Namun ada beberapa hujah yang sedia penulis sajikan dan diharap ianya menjadi suatu persektif baru dalam menilai soal kebangsaan, nasionalisme dan patriotisme.

Akhir-akhir ini kita melihat senario masyarakat Melayu khususnya sebagai 'tuan' asal Malaysia bumi bertuah ini kelihatan luntur patriotisme. Persoalannya apakah patriotisme. Mengapa pejuang patriotisme perlu diagung-agungkan? Patriotisme dan nasionalisme sebenarnya mempunyai suatu kuasa luar biasa yang boleh mengundang kekuatan yang istimewa. Saya melihat bagaimana semangat pelatih tentera udara Amerika Syarikat memasuki 'skuad eagle' Britain di UK dalam usaha membinasakan tentera Jerman yang menguasai majoriti Eropah semasa Perang Dunia 2. Bagaimana sikap semangat Hitler seorang prebet tentera Jerman yang berucap soal bangsa Jerman , nilai kebangkitan Jerman, penghapusan kuasa Yahudi secara bersemangat di seluruh Jerman yang akhirnya kita telah maklumi implikasinya. Bagaimana patriotisme tentera Britain mematuhi arahan Winston Churcill untuk mempertahan tanah Melayu semasa diserang mendadak oleh pihak Empayar Jepun. Bagaimanakah kelompok 'tanpa' aqidah ini boleh mengambil alih nilai jihad yang sememangnya menjadi kuasa istimewa umat Islam? Inilah kuasa bangsa (nation). Persoalan lagi bolehkah kita memperjuangkan.

Kebanyakkan umat Islam menggelarkan semangat kebangsaan sebagai Assobiyyah tanpa melihat maknanya yang sebenar. Rasulullah pernah menyatakan bukan daripada kalangannya sesiapa yang menyeru kepada Assobiyyah. Dan Rasul juga menegaskan tiada assobiyyah di dalam Islam. Rasul kemudian menjelaskan makna sebenar assobiyyah adalah membantu, menolong, menggembeleng tenaga atas nama kezaliman dan kemungkaran. Inilah definasi yang tidak diperjelaskan. Perkataan nasionalis berasal daripada perkataan 'nation' yakni bangsa. Dalam istilah arabnya ialah qaum atau qaumiyyah (nasionalisme). Memperjuangkan bangsa dalam sesebuah Negara bolehkah digelar sebagai assobiyyah? Sekiranya penduduk Palestin dan Afghan yang terkenal dengan nilai warisan bangsa mereka mempertahankan Baitul Muqaddas dan tanah afghan atas nama agama dan negara. Bolehkah digelar sebgai assobiyyah? Inilah permasalahan umat Islam sehingga hari ini kita melihat nilai sesebuah negara, jatidiri bangsa Islam di Malaysia (yang majoritinya Melayu) kian merosot.

Menurut tokoh terkenal politik Islam negara Dr Burhanuddin Al Helmi, beliau menegaskan perkaitan sikap kebangsaan sebagai wataniyyah (kenegaraan). Inilah takrifan yang sebetulnya. Cintakan bangsa sebenarnya adalah cintakan Negara. Cintakan Negara adalah dengan menerbitkan nilai keadilan menurut Islam dengan berasaskan nilai kenegaraan tadi. Inilah paksi dalam membina sesebuah Negara.

Sebenarnya menghapuskan semangat kebangsaan adalah bermula apabila British mula menyemai semangat anti kerajaan Turki Usmaniyyah kepada negara-negara umat Islam yang bernaung di dalamnya. Kerajaan ini dihasut, diporak peradakan serta dituduh Turki sebagai punca kemelesetan intelek, sosiobudaya serta ekonomi umat Islam. Lantaran itulah Sultan Turki melancarkan gerakan kempen Pan Islam (kempen sokongi semula Usmaniyyah) yang didokongi juga oleh Muhammad Abduh serta Jamaluddin Al Afghani.

British menjajah secara 'divide and rule' (pecah dan perintah). British menyemai semangat kepuakan (komunalisme) dalam bangsa Sham sehingga menerbitkan negara Jordan,Syiria, Palestin, Lubnan dan Israel. Mereka memecah belahkan Mesir daripada kesultanan Turki dengan menimbulkan kembali peradaban Firaun walaupun telah lama bangsa Mesir melupakan bahasa asal mereka (Qibti) setelah hegemoni Islam membawa bahasa Arab sebagai lingua franca Islam. British juga menyemai dualisme dalam sistem pendidikan dimana terjadinya ras-ras masyarakat yang terdiri daripada golongan berpendidikn British dan tradisi kaum setempat. Ini meningkatkan jurang diantara ras berkenaan. Hal ini dibuktikan dengan terjadinya beberapa system pendidikan berasingan di Malaysia. Sebagai contoh silibus Revolusi China 1911 digunakan oleh semua warga China yang dibawa ke Malaysia.

British juga menyemai sikap chauvinis (gap dan jurang ekslusif) dikalangan penduduk tempatan melalui sosio ekonomi. Sikap British yang memanjakan Melayu melalui latihan kerja makan gaji menyebabkan Melayu terpaksa 'mengampu' Jepun semasa ketiadaan tuan mereka dan ini mengheret sejarah Malaya ke kancah yang lebih berat dengan bangsa lain.

Melalui sistem pendidikan juga British menyemai rasa saying kepada tamadun 'jahiliyyah' yang mungkin ada seperti tamadun Firaun di Mesir, Tamadun Budhha Sanskrit di Tanah Melayu serta Tamadun Kalinga, Maghda (Asoka) dan Arya kepada rakyat India Dinasti Islam Moghul. Sistem pendidikan ini ada baiknya sekiranya pengajaran dapat diambil, namun ketaksuban yang menjadi topik utama dalam pengkajian sejarah. Hal inilah yang amat ditentang oleh ulama' reformis Islam.

Imam Hassan Al Banna melihat Islam boleh bergerak lebih jauh lagi. Islam boleh menjangkau benua dan bangsa. Namun beliau masih menekankan konsep Islam, tanahair dan kuasa sebagai punca kekuatan Islam. Islam agama kuasa. Islam agama yang perlu diperluaskan melebihi aspek ubudiyyah semata-mata. Islam bukan agama teokrasi seperti Hindu dan Buddha. Kerana itulah ideology nasionalisme ala barat amat di tentang hebat sekitar 1950an sehinggalah 1980an.

Rasulullah adalah contoh individu yang terlalu sayangkan kota kelahirannya. Baginda menitiskn air mata apabula meninggalkan kota tersebut semasa berhijrah. Nabi Ibrahim pernah berdoa untuk negeri Mekah dengan doanya di dalam surah Al Baqarah ' Wahai Tuhanku, jadikanlah negeri ini aman makmur'. Adakah dengan cintakan negara kita akan melupakan agama? Aqidah adalah segala-galanya dalam perjuangan. Lantaran itulah Baginda Rasul juga menentang ayah saudaranya sendiri. Saidina Abu Bakar pernah membunuh anak kandungnya Abdul Rahman (kafir) yang berperang dengannya di medan Badar. Begitu juga pembunuhan Al Jarrah oleh anaknya Abu Ubaidah yang berpihak kepada Rasulullah dalam peperangan Badar. Rasa kebangsaan yang membawa kepada penafian keagungan Allah akan terjatuh ke lembah assobiyyah. Hal inilah yang menjadi larangan sebenarnya.

Sebenarnya takrifan Negara selalunya dikaitkan dengan bangsa sesebuah negara. Kerana itulah istilah negara bangsa selalu digunapakai dalam pengistilahan sesebuah negara. Istilah nasionalis pada asalnya boleh disebut sebagai wataniyyah iaitu cintakan negara dan tanahair. Ianya mula dieksploitasi oleh Negara-negara eropah untuk menghasilkan ideologi nationalisme yang berunsur chauvinis dan assobiyyah sempit.

Setiap negara selalunya bertuankan bangsa yang sememangnya terpecah daripada keturunan Nabi Nuh yang pelbagai warna kulit dan cara hidup. Cara hidup bangsa ini terjadi lantaran adaptasi, sosialisasi, dan pengaruh persekitaran, geografi, suhu serta pemakanan. Pengiktirafan Al Quran terhadap penciptaanNya iaitu kepelbagaian bangsa juga disebut di dalam Al Quran. Kerana itulah istilah patriotisnya bagi sesebuah negara adalah bangsa yang memulakan tamadun, membuka Negara serta menguasai majariti negara tersebut.

Hal ini boleh diperhatikan daripada saranan Hassan Al Banna mengenai konsep agama perlu didirikan dengan kuasa. Kuasa pula hanya akan muncul lantaran adanya Negara, tanah dan paksi untuk manusia tinggal.

Rasulullah pernah menyatukan bangsa Aus dan Khazraj dengan baitul Aqabah serta melantik beberapa naqib daripada bangsa-bangsa ini demi menyatukan dan memudahkan usaha dakwah melalui pemimpin bangsa. Rasulullah pernah memutuskan hukuman kepada Bani Quraizhah (Yahudi) selepas peperangan ahzab (akibat pengkhianatan suku ini) dengan menyuruh Saad bin Muaz (seorang Ansar) yang sebelum ini ditugaskan menjaga hubungan dengan suku Yahudi ini. Pengiktirafan menurut bangsa ini menunjukkan manipulasi bangsa untuk agama amat perlu. Manipulasi untuk kegemilangan agama. Inilah yang dituntut sebenarnya.

Kita boleh melihat bagaimana bangsa Quraisy yang terkenal dengan kebengisan telah diiktiraf oleh sebahagian ulama' siasah muktabar syarat bangsa Quraisy sebagai salah satu kriteria untuk menjadi khalifah umat Islam. Bukankah bangsa Quraisy tidak mewakili umat Islam hari ini? Inilah hujah dimana ciri dominasi menjadi salah satu syarat untuk memegang tapuk pemerintahan. Dalam hal ini kita melihat Malaysia didominasi dan dibuka oleh Melayu. Jadi kuasa pemerintahannya demi melihat kelangsungan pelaksanaan Islam memerlukan bangsa Melayu kuat, unggul, berjatidiri serta memegang kuasa. Namun ianya boleh dinafikan sekiranya bercanggah dengan nilai aqidah dan syariat. Tetapi ianya hanya pemerintah Melayu tidak beragama Islam. Jadi disini penulis kuat berhujah bahawa bangsa asal sesebuah negara perlu diacukan menurut Islam serta diberi kuasa pemerintahan. Bangsa asal perlu berkemandirian dan berdayasaing.(definasi Melayu adalah Mula-Yu iaitu memulakan proses perbandaran). Tidak salah memperjuangkan nasib anak bangsa selagi kita berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah. Tiada yang lebih Melayu dan tiada yang lebih Islam dalam perjuangan menegakkan agama , bangsa dan tanah air.

Belajar terus belajar.

Mohd Saifullah bin Hj Dolmat
Ketua Penerangan Gpms Melaka

Khamis, 10 Julai 2014

Sistem Pendidikan Yang Terjajah

Pada 1957, kita belum merdeka sepenuhnya. Ketua Polis Negara masih lagi dipegang oleh British dan tentera kita masih lagi menurut acuan ketenteraan negara lain.

Selain bidang ketenteraan dan keselamatan awam, ekonomi negara masih terikat dengan beberapa kepentingan empayar British. Tanah Melayu adalah antara penyumbang ekonomi terbesar kepada kemakmuran ekonomi Empayar British.

Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman terpaksa menelan segala syarat yang dikemukakan British jika mahu mendapatkan kemerdekaan daripada British, khasnya yang membabitkan ekonomi negara.

Pendek kata, negara dianggap tidak merdeka sepenuhnya apabila ketenteraan, ekonomi dan lain-lain bidang masih lagi tertakluk dibawah belenggu sistem penjajahan.

Salah satu kaedah meneruskan penjajahan ialah melalui bidang pendidikan. Penjajah mewujudkan dasar pecah dan perintah (divide and rule) melalui pendidikan vernakular bertujuan melebarkan lagi jurang perpecahan antara kaum-kaum di negara ini.

Walaupun British telah meninggalkan negara ini tapi pada hakikatnya pendidikan hari ini turut diwarisi oleh semangat penjajahan tersebut.

Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (China) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) adalah contoh warisan penjajah.

Kita pernah mencadangkan sebelum ini agar sistem sekolah vernakular ditamatkan segera. Tapi, bagaimanapun mungkin kerana desakan tuntutan politik dan mengambil perhitungan undi, maka pandangan-pandangan semacam ini tidaklah boleh disebarluaskan ke tahap perdebatan yang lebih tinggi.

Sistem vernakular memang amalan pendidikan penjajah British. Anehnya, sistem ini tidak digunakan di negara-negara lain termasuk di Britain sendiri. Malah kebanyakan negara Eropah dan negara-negara lain menggalakkan pendidikan satu aliran sebagai suatu kaedah, guna memupuk perpaduan sekali gus menjalin persefahaman sesama warganegara yang berbilang bangsa.

Mantan Menteri Pelajaran Dato' Abdul Razak Hussein telah menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran pada 1956 setelah melihat, bahawa perpaduan antara kaum di Malaysia ini akan berjaya dicapai melalui bidang pendidikan dan sekolah-sekolah.

Maka, lahirlah Penyata Razak 1956 yang secara jelasnya mencadangkan agar ditubuhkan hanya satu jenis sekolah saja yang terbuka kepada para pelajar daripada pelbagai kaum di Malaysia.

Cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957. Tujuan Penyata Razak adalah seperti berikut:-

a. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah.

b. Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu.

c. Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan.

d. Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif.

e. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan.

f. Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih, liberal dan progresif.

g. Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan.

Bagaimanapun, sistem vernakular tetap wujud dan sekolah satu aliran itu gagal dilaksanakan berikutan beberapa tuntutan tokoh-tokoh pimpinan MCA dan MIC yang tidak senang dengan gagasan untuk mewujudkan sekolah satu aliran itu.

Malah, dikatakan bahawa gara-gara Penyata Razak itulah, maka Dr Lim Chong Eu memilih keluar MCA, lalu menyertai Gerakan kerana tidak bersetuju dengan Penyata Razak itu.

'Satu Malaysia' gagal menyemai semangat perpaduan?

Setelah 58 tahun merdeka, negara masih menampung segala jenis sekolah jenis aliran kebangsaan, warisan daripada aliran sekolah vernakular ciptaan model penjajah.

Sekolah vernakular sebenarnya, sebuah sekolah untuk bangsa asing. Dan pendidikan yang mahu mengamalkan dasar pecah dan perintah ini banyak menguntungkan British dari segi ekonominya.

Anak-anak Melayu melalui sekolah Melayu dilihat sebagai bangsa yang mestilah meneruskan kegiatan bertani, berhuma dan bertukang. Demikian juga anak-anak Cina dan India, masing-masing diletakkan mengikut pengkelasan ekonomi mereka.

Mana-mana anak Melayu yang terbaik pelajarannya di sekolah Melayu, mereka ini boleh melanjutkan pendidikan di sekolah aliran Inggeris. Ini dilakukan supaya mereka dapat memegang jawatan sebagai kakitangan kerajaan British, kerani serta lain-lain jawatan pentadbiran.

Semua ini dilakukan atas nama ekonomi juga. Kos mengirim orang Inggeris untuk bekerja di Tanah Melayu amat mahal. Jadi menggunakan tenaga tempatan, khasnya anak Melayu akan mengurangkan perbelanjaan tersebut.

Pada zaman ini, cita-cita hendak mewujudkan semula sekolah satu aliran iaitu aliran kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu (Malaysia) menjadi semakin sukar bukan kerana desakan kaum bukan Melayu.

Tetapi, hal ini disebabkan oleh politikus Melayu sendiri yang telah memajukan dasar lebih celaru seperti PPSMI.

Mungkinkah DS Najib melalui slogan Satu Malaysia, dapat mengembalikan semula semangat dasar pendidikan ayahnya Tun Abdul Razak yang mahu diwujudkan sekolah satu aliran kebangsaan pada masa sekarang?

Mari kita andaikan bahawa kaum bukan Melayu pun bersetuju belajar di sekolah satu aliran yang menjadikan bahasa Melayu Malaysia ini sebagai bahasa pengantarnya terlebih dahulu.

Maka, jika keadaan ini berlaku, adakah PPSMI akan dimansuhkan kalau kaum bukan Melayu mendesak agar PPSMI dimansuhkan di sekolah satu aliran tersebut, lalu pengajaran Sains dan Matematik diajar semula dalam bahasa Melayu ? Relevankah dasar-dasar yang membelakangkan bahasa Melayu ?

Jika kerajaan menjadikan Penyata Razak sebagai dasar pendidikan Bahasa Melayu akan terus di martabatkan dan secara langsung memecah sistem pendidikan acuan British di Malaysia yang terang menolak semangat perpaduan. Hapuskan sistem pendidikan vernakular dan belajar dari negara Jepun dan Korea terus unggul walaupun menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri.

Belajar terus Belajar

Mohd Saifullah B Hj Dolmat
Ketua Penerangan Gpms Melaka

Selasa, 8 Julai 2014

Sedarlah Melayu yang semakin layu.

Kenapa sejak dahulu sehingga ke hari ini orang Melayu sukar untuk maju di negara sendiri?

….. dan kenapa orang-orang Melayu tidak boleh berfikir seperti bangsa Cina yang boleh bersatu walaupun berlainan fahaman politik dan boleh mengutamakan kepentingan bangsa lebih dari diri sendiri sehingga mereka berjaya walau dimana sahaja mereka berada walaupun di negara asing?

Adakah kerana sikap Melayu itu sendiri yang malas berusaha, tidak mahu bersusah-payah dan mudah merasa selesa dengan apa yang ada. Sikap ketuanan dan bangga kedudukan masih menebal hingga menutup pemikiran.

Adakah Orang Melayu telah ditanam dengan pemikiran penjajah- ‘makan gaji’ yang menjanjikan kehidupan terjamin tanpa perlu berusaha. Berniaga tiada dalam kamus kehidupan kerana penuh berisiko, tiada pengalaman dan tidak tahu (mahu) belajar berniaga. Survival masa depan Melayu adalah tanggungjawab kerajaan semata-mata.

Adakah Budaya subsidi dikalangan Melayu yang sentiasa mengharapkan pertolongan kerajaan- tiada tanah tak boleh bertani, tiada pinjaman tidak boleh berniaga, tiada biasiswa tidak boleh belajar. Pendek kata kerajaan perlu menyediakan segala kemudahan terlebih dahulu dengan harapan orang-orang Melayu boleh maju ?

Adakah orang-orang Melayu malas mencari ilmu membaca dan belajar untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran agar dapat berdaya saing dengan bangsa lain.

Adakah orang-orang Melayu takut mengambil risiko (dengan seribu satu alasan) terutama sekali dalam bidang perniagaan akhirnya kekal sebagai bangsa yang mengharap bangsa lain untuk hidup di negara sendiri dari memohon pekerjaan sehinggalah kepada membeli keperluan dapur.

Adakah sikap tamak haloba orang Melayu yang mementingkan diri dan berhasad dengki dikalangan orang-orang Melayu sendiri. Prinsip kepentingan diri lebih penting dari kepentingan bangsa menjadi pegangan.

Adakah orang-orang Melayu yang diberi amanah oleh pemimpin dan kerajaan untuk membantu bangsa lebih suka membantu diri sendiri dan keluarga terlebih dahulu. Survival politik diri sendiri lebih penting dari survival politik bangsa.

Adakah orang-orang Melayu sememangnya sudah ditakdirkan tidak boleh maju. Realitinya berbanding dengan bangsa-bangsa di merata dunia sehingga ke benua Afrika, kebanyakan bangsa Melayu hidup melarat atau cukup makan sahaja dan kekurangan dari segala segi ilmu ekonomi, teknologi malahan pemikiran. Orang-orang Melayu Malaysia apa bezanya?.

Adakah dalam sektor perniagaan yang penting kebanyakan orang-orang Melayu kurang ilmu- pengurusan perniagaan, kewangan, pemasaran. Sikap dah merasa diri cukup pandai, tidak perlu menambah ilmu dan malas membaca/belajar menambah parah keadaan ekonomi bangsa.

Adakah sikap kebanyakan orang-orang Melayu sanggup berbelanja ratusan hingga ribuan ringgit untuk perkara-perkara yang menghiburkan walaupun pendapatan terhad- makan ditempat mahal, membeli pakaian yang mahal, pergi melancong, menukar kereta (menambah hutang) tetapi tidak bersedia untuk menabung atau melabur untuk masa depan seperti membeli insurans kesihatan, pendidikan dan menambah ilmu dan jauh sekali membuat amal jariah membangunkan bangsa dan agama (walaupun harta dan simpanan mencecah ratusan ribu hingga jutaan ringgit).

Kita renung setiap persoalan ini dan tanya jauh di lubuk hati kita adakah benar soalan ini membuat bangsa kita kian tenggelam di Tanah Melayu ? Relevankah kata Hang Tuah "Ta'kan Melayu hilang di dunia" tatkala Melayu layu di mamah usia.

Belajar terus Belajar.

Ketua Penerangan Gpms Melaka
Mohd Saifullah b Hj Dolmat

Isnin, 7 Julai 2014

Sindiran Tun M untuk Renungan

7 Sindiran Tun Mahathir kepada orang cina

1. Sekarang baru saya tahu kenapa kontraktor Melayu tidak pernah diberi kontrak oleh swasta Malaysia. Mengikut Fellow Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI). Dr Michael Lim Mah Hui, Bumiputra tiada kualiti.

2. Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng, pula berkata, swasta mementingkan meritokrasi, bukan menutup peluang kepada Melayu.

3. Kita tahu Kerajaan yang dikuasai oleh Melayu yang tidak berkualiti, telah mengambil hampir 100% Melayu untuk menjadi pegawai dan kakitangan Kerajaan. Hasilnya dapat kita lihat Malaysia tidak dapat ditadbir dengan baik dan pembangunannya memang buruk sekali berbanding dengan negara-negara lain yang mencapai kemerdekaan bersama dengan Malaysia.

4. Kerajaan yang dianggotai oleh Melayu yang tidak berkualiti ini gagal menangani kemerosotan ekonomi dan kewangan pada 1997/98. Ramailah peniaga dan pengusaha negara terutama dari kaum yang memiliki merit yang bankrap semasa krisis matawang kerana tindakan “control” oleh Bumiputera. Sehingga kini ekonomi dan kewangan negara tidak dapat dipulih oleh Kerajaan Melayu yang tidak berkualiti ini.

5. Sesungguhnya untuk mengelak kerosakan negara, Melayu yang tidak berkualiti ini tidak harus diberi apa-apa peluang menuntut ke peringkat universiti kerana mereka tentu tidak akan lulus dan mendapat apa-apa ijazah. Tindakan pemaju swasta mengutamakan merit memanglah wajar. Ini bukan kerana tidak mahu memberi peluang kepada Melayu, tetapi kerana mengutamakan merit.

6. Meritokrasi memang baik bagi Malaysia. Jangan bagi apa-apa pun yang tidak berasas kepada merit. Orang yang tidak berkualiti tidak mempunyai hak dan tempat di Malaysia. Biarlah mereka kekal dengan kualiti buruk mereka asalkan yang berkualiti, yang memiliki merit meraih segala-galanya untuk mereka. Kemerdekaan Negara dari dijajah oleh British bertujuan memberi segala-galanya kepada yang memiliki merit dan bukan untuk yang tidak berkualiti.

7. Dan saya bersetuju dengan pendapat pakar-pakar orang cina dari SERI dan RAM Holdings. Orang yang tidak ada kualiti tidak ada tempat di Malaysia kita yang Merdeka. Mereka harus tahu nikmat kemerdekaan bukan untuk mereka. Nikmat ini hanya untuk yang mempunyai merit walaupun orang cina tidak berjuang langsung untuk membebaskan Malaysia dari penjajah.

-Tun Mahathir-