Ahad, 30 Mac 2014

Melayu Perlu Terus Jadi Melayu

MELAYU MESTI TERUS JADI MELAYU

Melayu terus berpecah
Hingga sampai akar umbi
Petanda fenomena makin terserlah
Apakah kita masih mampu bertahan?
Semua aspek kita bermasalah
Politik asyik berpecah
Ekonomi tidak kuat
Ekuiti Bumiputera makin lemah
Gejala sosial makin menakutkan
Dulu, lemah ekonomi, politik boleh *back up*,
Kalau sosial lemah, ekonomi kuat *back up*,

Sekarang, namakan apa sahaja bidang
Boleh dikatakan semua kita lemah
Di zaman lampau, Alam Melayu HEBAT
Islam melenyapkan persengketaan
Membina kekuatan dan keyakinan
Melayu menjadi kuat, gagah, bertamadun
Takkala Alam Melayu dijajah Barat
Pasang surut juga berlaku
Raja Melayu masih berkuasa
Segala masalah diselesaikan cara berhikmah
Semangat Melayu tdak pernah luntur
Kita halau semua penjajah
Pejuang kita syahid di medan perang
Barat 'kecut' melihat kita
Kemana hilang kekuatan itu?
Kemana pergi semangat itu?
Apakah sengaja kita membiar ia hilang?
Atau perkara lain yang menghantui kita?
Marilah kita mengkoreksi diri
Melihat kedudukan kita yang sebenarnya
Melayu elak menjadi layu rumput semalu
Jangan mudah terpengaruh propaganda Yahudi
Teruslah berpegang kepada hidup beragama.
Masa depan anak bangsa
Terletak ditangan kita sendiri
*Tell me, I will forget.*
*Show me, I may remember.*
*Involve me, I will understand. *Mencius*
MELAYU PERLU TERUS JADI MELAYU.

Nukilan Jais Abdul Karim
Presiden GPMS
24 Mac 2014


posted from Bloggeroid

Sabtu, 29 Mac 2014

Program Santai bersama pemimpin dan Ucapan tahniah Majlis Pernikahan Naib Presiden GPMS saudara Alif Anas.

Gpms Negeri Melaka telah membuat program Santai bersama pemimpin Gpms Kebangsaan En Jais Abdul Karim bersama tetamu khas SUK Umno Datuk Rauf bin Yusoh.














Tahniah diucapkan kepada saudara Alif Anas Naib Presiden GPMS yang melangsungkan majlis pernikahan pada hari ini. Semoga panjang umur dan murah rezeki. .








Belajar terus Belajar

posted from Bloggeroid

Khamis, 27 Mac 2014

Tips Meningkatkat Motivasi Belajar



Anda rasa seperti hilang motivasi belajar? Sedangkan peperiksaan semakin hampir! Apa yang harus dilakukan bila motivasi kita hilang? Apakah mungkin ada formula untuk mengembalikan motivasi yang surut dan hilang?

Pertama kali kita harus bertanya pada diri sendiri, apa sebenarnya masalahnya. Turunnya
motivasi tidak selalu kerana kita malas walaupun sebenarnya punca utama kita hilang motivasi sebab kita malas. Sebenarnya banyak hambatan yang akan mengganggu motivasi kita, misalnya kebiasaan menunda, keyakinan diri yang rendah, kebiasaan belajar yang tidak teratur, rasa tegang/cemas, pengaruh kawan sebaya, tertarik dengan perkara yang lain seperti permainan video games dan lain-lain lagi.

Ternyata setiap dari kita ada 2 sumber untuk membangkitkan motivasi belajar. Pertama disebut motivasi eksternal diertikan sebagai suatu pemancing motivasi yang datangnya dari luar, baik dalam bentuk insentif/hadiah (positif) mahupun fear/rasa takut (negatif). Kedua hal ini sangat penting peranannya untuk mendorong kita belajar mencapai target yang telah ditentukan. Berapa lamakah motivasi eksternal ini mampu menyala dan berkobar dalam diri kita? Perlu diketahui bahawa setiap pengaruh yang datangnya dari luar biasanya bersifat sementara. Sebagai contoh, insentif motivasi akan berakhir ketika kita berhasil mendapatkan hadiahnya. Pada saat itu kita akan menuntut hadiah yang lebih besar lagi agar dapat terus termotivasi. Demikian juga dengan fear motivation, apabila sesuatu yang kita takuti itu hilang, motivasi kita akan surut dengan sendirinya.

Motivasi yang paling bertahan lama adalah motivasi yang datangnya dari dalam diri kita sendiri yang disebut sebagai inner motivation, motivasi dalaman. Ertinya, seseorang yang memiliki inner motivation memiliki alasan yang kuat mengapa dia ingin melakukan sesuatu itu. Motivasi dalaman merupakan dorongan kuat yang berasal dari dalam diri kita untuk melakukan suatu tindakan. Bukan berdasarkan insentif yang menarik dan menggiurkan atau sesuatu yang menakutkan dan mencengkam. Motivasi dari luar hanya mampu memberikan motivasi sesaat. Jika tidak dipupuk, diulang terus-menerus, dan mencari hubungan motivasi tersebut dengan keinginan terdalam, niscaya motivasi itu akan redup dengan sendirinya.

Bagaimana kita harus membina motivasi dalaman kita?

Formula asasnya ialah  niat kita. Niat adalah kunci motivasi dalaman yang paling asas. Biasanya kita meletakan niat kita belajar pada kadar biasa, untuk berjaya, untuk menjadi pandai, untuk masuk universiti, untuk mencari pekerjaan dan sebagainya.
Seorang ulama, Abdullah Mubarak ada berkata:

“ Berapa banyak amal yang remeh menjadi besar dek kerana niat. Dan berapa banyak amal yang besar menjadi remeh dek kerana niat.”

Maka apakah yang dikatakan mendasyatkan niat kita agar ianya bergegar di langit? Rumuslah dalam Al Quran dan hadith Rasulullah saw:

“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am : 162)

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Pengajaran dari 2 dalil di atas dalam konteks kita sebagai penuntut ilmu, mudah, belajarlah kerana Allah, meyakini bahawa belajar adalah tuntutan Allah dan Rasulullah saw. Belajar kerana Allah akan menjadikan seluruh usaha pembelajaran kita menjadi ibadah dan memperoleh pahala berganda, pusatkan segala usaha belajar kita semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t.
Dengan niat belajar yang betul, usaha dan amal menjadi kuat, komitmen menjadi kukuh, motivasi menjadi dasyat, badan yang lemah menjadi kuat. Itulah impak niat kepada jiwa kita. Firman Allah swt:

“Jika kamu telah bulat tekadmu, maka bertawakallah kepada Allah.” (‘Ali Imran:159)

Apabila seseorang itu berniat, bermakna ia telah memberikan arahan kepada minda dan minda akan mengarahkan keseluruh tubuhnya untuk menyempurnakan apa yang di niatkan. Sejak kecil, kita solat dan berpuasa,kita memulakannya dengan niat. Kita berwuduk juga dimulakan dengan niat. Tetapi adakah kita sedar akan kelebihan niat itu. Islam mengajar kita supaya tidak melupakan niat dalam apa jua pekerjaan kita, tetapi tidak ramai yang ingin mengkaji kelebihan niat.
Kuasa niat merupakan kuasa yang mampu merubah corak kognatif(pemikiran), emosi, dan psiko motor(Tingkah laku) seseorang. Misalnya pengalaman penulis sendiri, pertama, penulis memperharui niat penulis, belajar kerana Allah, maka setiap aktiviti pembelajaran penulis perlu diselaraskan dengan kehendak Allah dan tuntutan Rasulullah saw. seperti tidak mengotorkan hati dengan maksiat, tidak buang masa, tidak merosakan pemikiran dengan bahan bacaan yang melalaikan dan sebagainya. Ini akan membentuk tingkah laku , akhlak, peribadi dan pemikiran yang positif.

Kedua, menanamkan niat menamatkan pembelajaran penulis dengan keputusan “1st class”. Maka ianya mendorong untuk memperbaiki pengurusan diri, pengurusan masa, strategi belajar dan lain-lain perkara yang boleh membantu meningkatkan prestasi belajar penulis.
Hasil kedua-dua usaha mencari tujuan dan niat kita belajar, insyaAllah, motivasi dalaman kita akan sentiasa terbina, aktif dan dinamik.

Jika anda mengalami penurunan motivasi, kembalilah meluruskan niat anda untuk apa anda belajar. Jika Allah yang menjadi tujuan, kenapa harus dikalahkan oleh rintangan-rintangan yang kecil di hadapan kita? Jika belajar merupakan ibadah, semakin kerja keras kita, insya Allah semakin besar pahala yang akan diberikan oleh Allah. Jika segenap masa kita belajar merupakan bekal untuk beribadah, maka semakin banyak bekal akan kita himpunkan di akhirat kelak. Rugilah kalau kita biarkan diri kita terus dibelenggu dengan lemah motivasi diri.

Akhirnya, Memiliki niat ini akan membangkitkan kesedaran bahawa di atas bahu kita ada masuliyyah (tanggungjawab); sebagai anak, pelajar, muslim dan hamba kepada Allah swt. Pelajar yang tiada niat belajar yang luarbiasa ini tidak terikat dengan sebarang tanggungjawab, Maka dia tidak serius dengan pelajarannya. Dia hanya usaha cukup makan sahaja. Mengapa? Kerana dia tidak ada apa-apa kepentingan. Berbanding pelajar yang niatnya belajar hanyalah untuk Allah, dia akan belajar dengan kuat, motivasinya terbangun kerana Islam memerlukan cerdik pandai untuk mempertahankan risalah Islam yang suci bersih ini. Dia yakin Allah akan membantu dirinya untuk berjaya kerana dia belajar kerana Allah. Kalau dia lemah dan menurun motivasi makan dia bersegera merintih kepada Allah kerana dia yakin hanya Allah swt sahaja yang mampu membantu dirinya.

Kata Dr. Aidh Al Qarni dalam buku beliau “Rahsia Kejayaan Orang_Orang Besar”, orang besar yang berjaya pasti ada pada niatnya, kebanyakan mereka berjaya kerana niatnya hanya sanya kerana Allah, tiada niat yang lainnya. Malahan mereka berjaya kerana niat baik mereka bukan sekadar untuk dirinya sahaja, sebaliknya mereka bertindak, belajar, berkerja dan sebagainya diniatkan untuk kebaikan orang lain.

Semoga kita dapat meningkatkat prestasi dan motivasi belajar kita dengan Formula meluruskan niat belajar kerana Allah swt semata. Selamat Berjaya!


Ketua Penerangan Gpms Melaka
Mohd Saifullah Bin Hj Dolmat

UEC dari kacamata Gpms Melaka





Dong Zong boleh dianggap puak ektremis kerana sehingga kini terus berkeras untuk menolak segala usaha untuk menyatukan rakyat Malaysia  melalui sistem persekolahan yang sama serta melalui satu bahasa.   Ini kerana apa yang dituntut oleh Dong Zong semuanya berkisar pengasingan antara kaum di sekolah serta memperkasakan bahasa ibunda kaum Cina sementara di masa yang sama, semakin mengabaikan Bahasa Kebangsaan.  

Isu UEC merupakan isu yang jauh melangkaui soal pendidikan dan pelajaran.  Ia merupakan isu jati diri, perpaduan, dan nasionalisme sebagai rakyat Malaysia.  Apa yang kita lihat, sehingga kini, masih tiada satu pun bukti bahawa kewujudan Sekolah Vernakular mahupun tunturan pengiktirafan UEC mampu membawa kebaikan untuk rakyat dan negara dari apa segi jua melainkan keburukan semata-mata iaitu melebarkan jurang pemisahan antara kaum, sekali gus membuka ruang kepada sikap prejudis dan rasis antara satu sama lain.  

Ia juga bakal menyumbang kepada masalah pekerjaan bagi kaum bumiputera apabila kebanyakan peluang pekerjaan yang ada menitikberatkan Bahasa Mandarin, tanpa mengambil kira kelayakan yang utama.  

Adalah mustahil untuk menyelesaikan perkara ini tanpa mengenepikan sikap perkauman yang menebal.  Oleh itu, untuk berlaku adil, isu ini wajar dikaji dari sudut sejarahnya.  

Sekolah Vernakular pada mulanya dibenarkan sebagai tolak ansur agar kaum Cina menyokong usaha kemerdekaan dan diberikan kerakyatan.  Kaum Cina pada ketika itu majoritinya masih setia pada tanahair mereka dan menyimpan niat untuk kembali ke sana setelah cukup mengumpul wang dan harta.   Oleh itu, mereka amat bimbang ciri-ciri keCinaan mereka hilang sekiranya anak-anak mereka bersekolah bersama dengan anak-anak kaum bumiputera yang mana pasti menimbulkan masalah bila mereka kembali ke negara asal kelak.  

Atas kepercayaan bahawa mereka hanya akan berada sementara di Malaysia, maka kerajaan membenarkan sekolah vernakular diteruskan.  Namun, kaum Cina mendapati Malaysia terlalu ‘indah’ untuk ditinggalkan tetapi di masa yang sama enggan ‘memutuskan’ kesetiaan kepada negara asal.  Maka, mereka terus memperjuangkan sekolah vernakular tanpa mengambilkira semangat tolak ansur, realiti mahupun rasionaliti sebagai warga negara ini.  

Perjuangan mereka ini adalah berasaskan semangat kiasu dan rasis semata-mata.  Tidak cukup ‘peha’, mereka meminta betis pula.  Sudahlah ingin bersekolah berasingan dari bangsa lain dan menggunakan bahasa ibunda negara asal, diberi pula kelonggaran dan keistimewaan di mana matapelajaran Bahasa Kebangsaan (Melayu) direndahkan tarafnya bagi membolehkan anak-anak mereka mudah mendapat keputusan yang cemerlang dalam matapelajaran ini, mereka meminta pula agar kerajaan mengiktiraf UEC bagi kemasukan ke IPTA.  

UEC dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Menengah Rendah atau Junior Middle (UEC-JML), Vokational (UEC-V),  Menengah Tinggi atau Senior Middle (UEC-SML) di mana kesemuanya menggunakan bahasa Mandarin.   UEC-SML mengandungi subjek Matematik, semua subjek sains dan semua subjek aliran perdagangan.  

Hujah Dong Zong ialah UEC diiktiraf oleh Pusat Pengajian Tinggi luar negara seperti United Kingdom, United States, Taiwan, Hong Kong, China, Singapura, Australia dan Kanada maka kerajaan Malaysia wajar mengiktirafnya juga.  

Jelas, Dong Zong berhujah seperti seorang pendatang. Kebanyakan universiti di mana-mana sahaja sememangnya membuka peluang kepada pelajar asing dan menerima kelulusan pelajar-pelajar tersebut berdasarkan kualiti tanpa mengambil-kira sistem pembelajaran negara mereka.  Mana mungkin sesebuah universiti menetapkan sistem pembelajaran bagi warga luar negara.  Tetapi, masalah di sini ialah UEC melibatkan warga Malaysia yang ingin ke universiti awam di Malaysia, bukan ke luar negara.  

Maka, salahkah kerajaan menetapkan syarat agar warga Malaysia yang layak ke Universiti awam wajib menguasai Bahasa Kebangsaan dengan baik?  Tinggi sangatkah permintaan sedemikian?  Apakah kaum Cina begitu bodoh sehingga sukar sekali untuk menguasai bahasa kebangsaan walaupun telah menjangkau generasi ke empat?  

Mana mungkin Dong Zong mengharapkan kemudahaan pembelajaran di universiti awam seperti warga Malaysia yang lain jika Bahasa Kebangsaan sendiri lintang-pukang?    

Apakah hanya Dong Zong yang boleh memberi syarat dan menuntut itu dan ini dari kerajaan tetapi enggan berundur walau setapak bagi memberi ruang kepada praktikaliti, realiti dan rasionaliti dalam bertindak? 

Tidak cukup dengan itu, Dong Zong mengambil sikap seolah-olah sesiapa sahaja yang menolak tuntutan mereka sebagai rasis pula.   

Nampaknya, sudah sampai masanya Dong Zong melihat ke dalam diri sendiri dan berfikir dalam-dalam serta mengakui kebenaran tentang ‘siapa yang rasis sebenarnya’?  Pihak yang menuntut perpaduan, jati diri dan nasionalisme, atau pihak yang menentangnya?



Ketua Penerangan Gpms Melaka
Mohd Saifullah Bin Hj Dolmat



Selasa, 25 Mac 2014

KENYATAAN MEDIA GPMS SOKONGAN KERAJAAN TIDAK IKTIRAF UEC

KENYATAAN MEDIA GPMS
25 MAC 2013

GPMS menyokong ketegasan kerajaan untuk terus tidak mengiktiraf UEC. Ketegasan yang dinyatakan oleh YB Menteri Pelajaran 2, Dato Seri Idris Jusoh di Parlimen semalam itu amat bertepatan terutamanya diatas faktor bahawa peperiksaan itu tidak mengikut sistem pendidikan kebangsaan. Kerajaan mesti tegas mempertahankan Perlembagaan Malaysia dan tidak bertolak ansur demi memuaskan hati satu kaum atau sekolompok kecil yang tidak mahu menerima kenyataan bahawa Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Pengantar dalam Sistem Pendidikan Negara. Cukuplah sudah emosi kita terusik dek kerana ‘Sifat Keterbukaan’ Kaum Melayu dalam menerima kedatangan kaum lain ke Tanah Melayu.

Pengiktirafan UEC ini pasti tidak akan menamatkan watak kiasu kelompok ini yang agresif dalam mempertikai Hak-Hak Keistimewaan kaum Melayu dan Bumiputera untuk diberikan sama rata kepada mereka. Mereka pasti akan merancang agenda yang lebih besar untuk menukar Perlembagaan Negara pula pada masa hadapan. GPMS bersyukur kerana kerajaan hari ini tegas dan terus bangkit untuk mempertahankan Hak-Hak Kaum Melayu dan Bumiputera yang termaktub dan tercatat dalam Sistem Perundangan dan Pentadbiran Negara.

Telah menjadi fakta yang diketahui umum bahawa Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina telah menolak Dasar Pendidikan Kebangsaan sejak dahulu lagi. Mereka enggan mengguna pakai Dasar dan Kurikulum Sistem Pendidikan Kebangsaan sebaliknya menggunakan kurikulum yang kebanyakannya diciplak dari Taiwan. Sistem penilaiannya juga dibuat oleh badan penilaiannya sendiri bukannya oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia sekaligus tidak memenuhi Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Sebuah NGO yang dikenali sebagai Dong Jiao Zong dianggap sebagai puak ekstremis kerana sehingga kini terus berkeras untuk menolak segala usaha ke arah menyatukan rakyat Malaysia melalui sistem persekolahan yang sama serta melalui satu bahasa. Tuntutan Dong Jiao Zong semuanya adalah berkisar tentang usaha pengasingan antara kaum di sekolah serta memperkasakan bahasa ibunda kaum Cina (Mandarin). Yang secara halusnya bertujuan untuk mengabaikan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu).

Desakan mereka sejak tiga dekad lalu agar kerajaan mengiktiraf sijil UEC sebagai kelayakan untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) adalah satu tindakan yang melampau dan membelakangkan dasar-dasar kerajaan. Hujah Dong Jiao Zong bahawa UEC diiktiraf oleh Pusat Pengajian Tinggi luar negara seperti di Englkand, Amerika, Taiwan, Hong Kong, China, Singapura, Australia dan Kanada adalah tidak relevan dengan senario di Malaysia. Apatah lagi dengan keadaan sekarang di mana jurang perkauman semakin jelas, lebar dan luas yang mana amat merbahaya untuk masa depan negara.

Ini kerana mereka berhujah seolah-olah seperti status seorang ‘pendatang’ dan bukannya sebagai seorang ‘warganegara’ Malaysia. Apa tidaknya, dasar sesebuah universiti sememangnya membuka peluang kepada pelajar asing dan menerima kelulusan pelajar-pelajar tersebut berdasarkan kepada kualiti tanpa mengambil-kira kaedah sistem pembelajaran di negara mereka. Mana mungkin sesebuah universiti menetapkan sistem pembelajaran bagi warga luar negara yang datang untuk belajar di Malaysia!

Tetapi, senario ini berbeza di Malaysia kerana kerajaan TIDAK mengiktiraf sijil UEC yang diperolehi oleh warga Malaysia yang ingin memasuki universiti awam di Malaysia, bukan ke luar negara. Ianya bertentangan dengan sijil SPM yang digunapakai sebagai syarat kemasukan utama. Apakah menjadi suatu kesalahan jika kerajaan menetapkan syarat agar warga Malaysia yang layak ke universiti awam WAJIB menguasai Bahasa Kebangsaan dengan baik? Tinggi sangatkah permintaan sedemikian? Apakah kaum Cina begitu ‘bodoh’ dan ‘dungu’ sehingga sukar sekali untuk menguasai bahasa kebangsaan walaupun telah menjangkau generasi ke-empat selepas kedatangan mereka ke Tanah Melayu (Malaysia)? Mereka perlu menjawab persoalan ini sebelum mereka menuntut sesuatu yang tidak selari dengan Perlembagaan Malaysia.

GPMS menentang tuntutan itu kerana Bahasa Kebangsaan sendiri masih lintang-pukang, hancur, haram sepatah pun mereka masih tidak faham. Mereka tidak boleh diberi ruang untuk memberi syarat dan menuntut itu dan ini dari kerajaan kerana mereka juga enggan berundur walau setapak bagi memberi ruang kepada praktikaliti, realiti dan rasionaliti dalam bertindak. Apakah tindakan GPMS yang menentang tuntutan mereka dianggap sebagai RASIS pula? Dong Jiao Zong perlu melihat ke dalam diri sendiri dan berfikir sedalam-dalamnya serta mengakui kebenaran tentang ‘siapa yang rasis sebenarnya’? Pihak yang menuntut perpaduan, jati diri dan nasionalisme, atau pihak yang menentangnya?

Rasional Kerajaan Malaysia untuk tegas tidak mengiktiraf dan tidak menerima Sijil UEC sebagai kelayakan memasuki IPTA amatlah mudah difahami. Sistem pembelajaran dan subjek diajar didalam Bahasa Mandarin dan meminggirkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di Sekolah Menengah Persendirian Cina ini tidak langsung menepati kehendak sistem Pendidikan Kebangsaan. Kecintaan kepada negara para pelajar ini juga boleh dipersoal kerana tidak bercampur-gaul bersama kaum lain. Justeru, GPMS akan terus menyokong ketegasan kerajaan didalam perkara ini.

JAIS ABDUL KARIM
PRESIDEN GPMS
0105431472

posted from Bloggeroid

Sabtu, 8 Mac 2014

Bersabarlah dengan dugaan dunia.

Selamat Jalan Ibunda yang dikasihi.
Engkau Menemukan Kedamaian Abadi
Kebaikanmu Menggelorakan Jiwa Kami,
Kebaikanmu menyebarkan, cinta Ilahi.
Redup mentari ,
Pasang lampu, dua Hidup mati di tangan tuhan
Tiada siapa , dapat menduga…

Pada tahun ke 10 kenabian,
Rasulullah sangat tertekan,
Pengikutnya kurang perbekalan
Pedih menderita, akibat kemiskinan

Beliau dikejutkan wafatnya, Abu Talib
Perisai pelindung, menggantung nasib
Kuat dan pengaruhnya tidak sedikit.
Kini terbaring, tak pernah bangkit.

Siti Khadijah,.. Namamu indah…
Uswah hasanah.. tauladan Muslimah
Serikandi pertama… Islam bermula
Kau korbankan hartamu, tanpa lelah.

Siti khadijah.. wanita amanah,
Setia mendampingi, Rasulullah.
Wanita kaya, memilih hidup sederhana,
Kemuliaannya,tiada tara.

Ketika hidupnya Abu Talib, berakhir
Di saat itu, Baginda menangis,
Gagal meng’iman’kan, paman yang kritis,
Itulah takdir , sebenarnya, sudah tertulis.
Paman tercinta, yang banyak jasa.
Seperti doa Nabi Ibrahim terhadap bapanya,
Ditolak Allah permohonan ampun baginda
Gagal beriman, hingga hujung hayatnya.

Ya sahabat. Jika permohonan ampun yang dipohon sendiri oleh baginda untuk bapa saudara tercinta yang banyak berjasa pun ditolak, bagaimana halnya dengan kita semua yang belum jelas berjasa kepada baginda dan agama Allah ini? Bayangkanlah..!

Sahabat sekalian,
Sudah jatuh ditimpa tangga. Hanya 1 bulan 5 hari selepas kewafatan Abu Talib, wafat pula isteri kesayangan baginda Saidatina Khadijah, pada usia 65 tahun.

Sahabat nak tahu tak siapakah Khadijah di sisi Rasulullah?

Alangkah bahagia… beristerikan Khadijah
Agung jasamu… di persada sejarah
Membantu dakwah… baginda Rasulullah
Berbahagialah Khadijah… di sisi Allah.

Siti Khadijah adalah seorang isteri yang sangat disayangi baginda. Walaupun usianya 15 tahun lebih tua, namun beliaulah satu-satunya isteri yang melahirkan 6 orang putera-puteri baginda. Ini tidak berlaku pada isteri-isteri baginda yang lain walaupun umur mereka jauh lebih muda. Ini bukti betapa intimnya baginda terhadap beliau sehingga berulang kali baginda nyatakan yang kehilangan kasih Khadijah tidak pernah berganti.

Lebih menyayat hati apabila saya membaca riwayat di saat maut menghampirinya, Siti Khadijah bekas hartawan ini berkata dengan nada penuh tulus kepada baginda. “Wahai Rasulullah.. hartaku telah tiada, telah habis ku labur untuk dakwah mu, namun kalaulah batang tubuhku ini boleh dikau jadikan jembatan untuk menyambung dakwahmu, akan ku relakan juga wahai suami ku…”

Ya Allah, betapa mulianya Siti Khadijah bte Khawailid, seorang isteri yang setia dan tulus, mujahidah ke jalan Allah.

Ibnu Ishak meriwayatkan setelah kedua-dua insan ini meninggal dunia, pihak Quraisy lebih berani mengancam Rasulullah dengan berbagai penyiksaan yang belum pernah di alami sebelumnya. Malah golongan bawahan pun berani menabur pasir dan selut ke atas kepala Rasulullah. Ada riwayat yang mengatakan Rasulullah pernah diludah dan dibaling najis. Pernah ketika membantu membasuh kepala baginda salah seorang puterinya menangis teresak-esak kesedihan mengenangkan nasib baginda.

Sahabat, demi melarikan diri dari dugaan itu, baginda cuba keluar berdakwah ke To’if, sebuah daerah yang mana baginda tidak dikenali, dengan harapan penduduk di sana akan menyahut seruan Baginda. Malangnya baginda malah menghadapi tentangan yang lebih pahit lagi.

Peribadi yang bergelar ‘al-Amin’ (ibarat Tan Sri) dan jasa baginda yang pernah menjadi Ketua Pertubuhan jihad bernama ‘Hizbul Fudhul’, Komanden ‘Perang Fijar’, pegawai pemegang ‘kunci Kaabah’ serta bersifat sebagai ‘Jaksa Pendamai’ di Mekah lansung tidak diambil kira oleh penduduk To’if ketika mereka menyiksa baginda. Dakwah baginda ditolak mentah-mentah sahingga dikatakan baginda sebagai ‘orang gila’. dicaci, dimaki bahkan dibaling batu, hingga patah gigi dan berdarah di dahi.

Alangkah malangnya baginda. Sedih tak?

Selepas kematian dua insan yang dikasihi itu, tiada lagi penduduk Mekah pengikut Abu Jahal yang mahu beriman dan mendengar seruannya. semua laluan dan pintu dakwah tersekat. Itulah yang menyebabkan baginda berdukacita lalu menamakan tahun itu ‘Tahun perkabungan dan dukacita’.

Akhirnya ancaman terhadap baginda memuncak sehingga Abu Jahal yang juga bapa saudara baginda memerintahkan hukuman bunuh terhadap Baginda. Pada satu malam Rumah baginda dikepung, memaksa baginda melarikan diri bersembunyi tiga hari di gua Thur sebelum melarikan diri ke Yathrib dengan pertolongan Allah bersama sahabat Abu Bakar as-siddiq. Sayidina Ali r.a. sanggup mempertaruhkan nyawanya dengan tidur di tempat tidur baginda pada malam itu.

Perjuangan jihad tetap akan menempuh cobaan yang sangat perih. Ini telah Allah nyatakan dalam surah Al Baqarah ayat 214 yang berbunyi…

Ertinya : Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah ?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.

Subhanallah, banyak sekali hikmah yang dapat dipelajari dari sirah ini, betul tak ?

Di antara pelajaran yang sempat saya nyatakan ialah,

1. Rasulullah bukan menyesali kepergian dua insan tersayang, tetapi lebih menangisi kegagalan meng’iman’kan bapa saudara baginda, dan keengganan penduduk Mekah untuk beriman selepas kematian mereka.
2. Baginda bukan menangis atau dendam karena disakiti keadaan, tapi kasihan atas dosa pelaku yang jahil dan sedih kerana gagal menyampaikan wahyu Allah.
3. Perjuangan dakwah tidak boleh lepas dari melalui pelbagai cabaran.
4. Selain kekuatan ‘akidah’ dan ‘risalah’, kekuatan ekonomi dan pengaruh politik memainkan peranan penting dalam usaha dakwah.
5. Kejayaan perjuangan dakwah baginda walaupun kehilangan bantuan dari insan-insan tersayang membuktikan kuasa Allah untuk meyakinkan pendakwah agar sentiasa bertawakal kepadaNya, walau apapun ujian yang diterima.
6. Berdakwah tidak boleh sendirian, ia memerlukan sokongan para sahabat yang sehati sejiwa dan sehidup semati.
7. Peranan isteri tersangat penting dalam membantu kelancaran usaha dakwah.
8. Faktur umur dan harta bukan menjadi halangan untuk membina sebuah keluarga bahgia dan kekal abadi.
9. Sayidatina Khadijah adalah contoh isteri terbaik - tidak memilih dan menyayangi suami kerana hartanya, bahkan sanggup pula mengorbankan seluruh harta peribadinya demi membantu suami tersayang.
10.Rasulullah contoh suami terbaik – tidak menyayangi isteri kerana umur, kecantikan dan hartanya. Walaupun Khadijah berusia 15 tahun lebih tua, bahkan setelah beliau meninggal dunia, kasih baginda tidak berubah.


Ketua Penerangan Gpms Melaka
Mohd Saifullah b Hj Dolmat



posted from Bloggeroid