Selasa, 31 Januari 2012

Hikmah Mengingati Mati




Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu tetapi mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah."(Riwayat At-Tirmidzi)


Huraian Hadith:


1. Kita wajib menghormati sesama manusia termasuk diri sendiri, ibu, bapa, isteri atau suami, anak-anak, saudara mara, sahabat serta jiran tetangga sama ada dengan berbuat baik, menjaga tutur kata (berbudi bahasa) dan baik hati atau berbaik sangka menurut kemampuan masing-masing.

2. Kematian pasti dihadapi oleh setiap orang sebagaimana firman Allah yang bermaksud:"Setiap yang bernyawa pasti akan mati." (Al-Anbia': 34). Oleh itu petanda bagi orang yang sentiasa mengingati mati ia sentiasa memperbanyakkan amal perbuatan yang baik sepanjang hidupnya.

3. Sebaik-baik usaha ialah bermujahadah melawan nafsu dan berusaha memperbaiki diri. Pengekangan nafsu akan menundukkan nafsu agar kita dapat mengawal tingkah laku mengikut syariat dan ketetapan Islam.

4. Setiap amalan yang baik akan mempengaruhi doa yang dipohon atau dengan perkataan lain Allah S.W.T tidak akan mensia-siakan doa orang yang beriman dan selalu melakukan kebajikan. Begitulah hal yang sebaliknya.

Larangan Meminta-minta Mati

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: " Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

i) Seorang mukmin dilarang keras meminta mati kerana bosan dan tidak tahan menanggung sesuatu bencana yang menimpanya; sebaliknya dia mestilah mensifatkan bala bencana yang menimpanya itu sebagai ujian dan menerimanya dengan redha.

ii) Sesungguhnya segala dugaan itu adalah kaffarah (penghapus) dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana tersebut . Oleh itu Allah menyeru kita agar menghadapinya dengan sabar dan akan ditulis pahala amal baik sebagai ganjarannya.

iii) Allah S.W.T adalah bersifat dengan Maha Pengasih dan Penyayang, Dia tidak akan membiarkan hamba-Nya berada di dalam kesusahan selagi hamba-Nya itu ingat dan berserah diri serta bertawakkal kepada-Nya dalam segala keadaan.

كَيۡفَ تَكۡفُرُونَ بِٱللَّهِ وَڪُنتُمۡ أَمۡوَٲتً۬ا فَأَحۡيَـٰڪُمۡ‌ۖ ثُمَّ يُمِيتُكُمۡ ثُمَّ يُحۡيِيكُمۡ ثُمَّ إِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ

"Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)"
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 28)

Belajar Terus Belajar !

Ahad, 29 Januari 2012

Hati Yang Baik Melahirkan Insan Bertaqwa



Rasulullah SAW bersabda, "Melepaskan dua ekor serigala lapar di kandang kambing tidak lebih besar bahayanya di bandingkan dengan seorang muslim yang rakus terhadap harta dan dengki terhadap agama. Sesungguhnya dengki itu memamah segala kebaikan persis api menjilat kayu kering". (HR. At-Tirmidzi)

Sering kita mendengar tentang hasad dengki sebagai onar kehidupan. Bagi seorang daie, telah dijanjikan bahawa berdepan dengan mukmin yang berhasad dengki adalah satu cabaran besar yang akan ditempuh dalam perjalanan dakwah.

Mari kita memperhatikan dalam masyarakat melayu kita khususnya, amalan dengki mendengki ibarat suatu perkara yang tidak janggal lagi kepada masyarakat kita. Mereka sanggup saling menjatuhkan dan memusnahkan kebahagiaan orang lain hanya kerana tidak senang melihat kehebatan dan kelebihan yang ada pada manusia lain.

Tidaklah mustahil babak ini berlaku dalam komuniti dakwah sendiri. Sebetulnya, seandainya kita biarkan ia meracuni jiwa-jiwa kita, amal dan dakwah kita akan pincang. Lebih parah lagi kerana kita tidak mahu jalan dakwah ini terhenti kerana kader-kadernya yang berkelahi dan saling menjatuhkan antara satu sama lain.

Imam-Nawawi dalam syarah Muslim berkata ‘'Para ulama berkata, 'Persaingan kepada sesuatu adalah berlumba kepadanya dan tidak suka orang lain mengambilnya, ia adalah permulaan tingkatan sifat dengki. Adapun hasad (dengki) iaitu inginnya hilang nikmat dari orang lain”.

Hati.

Inilah raja dalam diri kita..dan hasad dan iri hati semuanya adalah tanda- tanda hati yang sedang sakit dan tenat. Untuk para daie sekalipun, memelihara kesucian hati adalah titik tolak utama dalam gerakan dakwahnya, kerana hati yang menyala bercahaya sentiasa memancarkan tenaga pada jasadnya dan begitulah sebaliknya. Boleh jadi dalam kesibukan pendakwah dalam kerja-kerja amalnya dia terlupa untuk melihat akan keadaan hati dia sendiri..mungkin kerana penat dan mencari-cari kerehatan dunia, akhirnya jiwa menjadi kosong walaupun jasad terus bergerak dengan amal lahiriah.

Inilah permulaan bagaimana hasad dengki mula menjangkiti para pendakwah. Hati yang sakit tidak boleh melihat kelebihan orang lain. Sungguhpun sibuk dalam berdakwah, hatinya tidak terlepas daripada menyimpan sifat cemburu melihat kepetahan sahabat-sahabat lain dalam berceramah, hatinya sakit melihat temannya yang sangat disayangi oleh masyarakat dan mudah mendampingi mad’unya. Hatinya dengki melihat sahabat-sahabat lain yang sudah jauh terkedepan dalam amal dakwah. Sungguhpun terasa ada kekurangan pada diri, namun jauh di sudut hati menuding jari kepada orang-orang yang tidak memberikan kepercayaan kepadanya.

Sabda Rasulullah;

"Maka demi Allah, bukanlah kemiskinan yang kukhawatirkan terhadapmu, akan tetapi aku khawatir dibukakan dunia terhadapmu sebagaimana telah dibukakan terhadap umat sebelum kamu, lalu kamu bersaing sebagaimana mereka telah bersaing, dan melalaikan kamu sebagaimana telah melalaikan mereka."[1]

Lihatlah sahabat-sahabat sekelian, mulanya hanya dengan prasangka pada ahli sesama jemaah, yang kemudian bercambah dan kemudian mekar menjadi perasaan hasad dengki, akhirnya mungkin menabur fitnah dan sebagainya. HATI-HATI!! Terdetiknya perasaan hasad ini walau sedikit di dalam hati barangkali mampu menjadi api yang meleburkan amal dakwah kita.

Dakwah kita bukanlah medan persaingan. Bukan padang untuk kita perlihatkan siapa yang paling laju memecut ke hadapan, tetapi medan kita adalah medan amal jamaah. Medan untuk kita bergerak ibarat menyusun satu demi satu batu bata yang akhirnya akan membentuk menara yang jitu.

Para pendakwah adakala memandang enteng akan hal ini, mungkin kerana mereka semua menganggap insan- insan yang ditarbiyah ini selamat dan jauh daripada penyakit hati, yakni punca kepada penyakit-penyakit jiwa dan maksiat yang lebih besar. Sedarlah sahabat! Hasad dengki ini sangat halus dan akan menjangkiti jiwa kita, tanpa kita sedar dan menjangka, namun ianya akan dinampakkan pada amal yang semakin lesu dan tidak produktif.

Justeru, ubat dan rawatannya adalah dengan mengenali tanda – tanda awal kesakitan hati. Sentiasa memperbaharui niat agar setiap amal dan ibadah hanya untuk Allah dan bukanlah untuk balasan dunia. Amatlah penting untuk setiap kader-kader dakwah mengenali kelebihan dan potensi diri masing-masing serta berusaha mengembangkan kebolehan mereka tanpa rasa perlu menjatuhkan teman-teman lain.


Kita hendaklah sedar bahawa dakwah kita ibarat kapal yang membawa penumpangnya menuju jalan selamat, bukan semata-mata perlu ada kepada nahkoda yang hebat untuk meneraju kapal itu seorang diri, bahkan setiap individu yang berada di dalamnya WAJIB untuk memperkukuhkan struktur kapal ini sehingga akhirnya selamat berlayar ke destinasi abadi.

Ayuh saudara-saudara, kita memperbetulkan diri kita! Kita buang segala prasangka-prasangka buruk dan perasaan tidak senang sesama sendiri, kerana kita adalah ibarat batu bata yang saling mengukuhkan antara satu sama lain.

Belajar Terus Belajar !

Selasa, 24 Januari 2012

Nasihat Syeikh ‘Abdul Aziz ibn Baz r.h untuk Penuntut Ilmu



Tidak diragukan lagi bahawa menuntut Ilmu itu adalah sebaik-baik perkara yang mendekatkan diri kepada Allah, dan antara sebab mendapat kejayaan syurga, dan kemuliaan bagi sesiapa yang beramal dengannya (ilmu). di antara perkara yang paling penting adalah hendaklah ikhlas dalam menuntut ilmu, ini kerana menuntut ilmu adalah kerana Allah semata-mata bukan atas tujuan yang lain, kerana perkara tersebut merupakan jalan untuk memanfaatkan ilmu dan sebab mendapat taufik (penunjuk) untuk sampai ke martabat yang tinggi di Dunia dan Akhirat.

Di dalam sebuah hadis daripada Nabi s.a.w , bahawasanya Baginda bersabda :

من تعلم علماً مما يبتغى به وجه الله لا يتعلمه إلا ليصيب به عرضاً من الدنيا لم يجد عرف الجنة يوم القيامة

Yang bermaksud : “Barangsiapa yang mempelajari Ilmu yang mana ia sewajarnya untuk mendapat keredaan Allah, dia tidak belajar kecuali untuk mendapat ganjaran di dunia maka dia tidak akan dapat menghidu bau syurga pada hari kiamat” (Hadis riwayat Abu Dawud dengan sanad yang hasan)

Imam at-Tirmizi meriwayatkan hadis dengan sanad yang dhaif bahawa Nabi s.a.w bersabda :

من طلب العلم ليباهي به العلماء أو ليماري به السفهاء، أو ليصرف به وجوه الناس إليه أدخله الله النار

Yang bermaksud : “Sesiapa yang menuntut ilmu bertujuan untuk bersaing dengan para Ulama’ atau untuk berdebat dengan orang yang bodoh, atau untuk menarik perhatian manusia kepadanya, Allah akan memasukkanya ke dalam neraka”

Maka aku (Syeikh Ibn Baz) berwasiat kepada semua penuntut Ilmu, dan setiap muslim yang melihat perkataan ini (hadis di atas) supaya mengikhlaskan diri dalam setiap amal perbuatan kerana Allah, berlandaskan firman Allah s.w.t :

فَمَنْ كَانَ يَرْجُوا لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

Yang bermaksud : “Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan dengan seseorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya” (Surah al-Khafi : 110)

Di dalam Shahih Muslim daripada Nabi s.a.w bersabda :

يقول الله عز وجل: أنا أغنى الشركاء عن الشرك، من عمل عملاً أشرك معي فيه غيري تركته وشركه

Yang bermaksud : “ Allah berfirman : Aku tidak berkehendakkan sekutu-sekutu dari kesyirikan, barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang mempersekutukan (mensyirikkan) aku dengan selain-Ku, Aku tinggalkan dia dengan sekutunya”

Sebagaimana juga aku mewasiatkan kepada semua penuntut Ilmu dan setiap orang muslim agar takut kepada Allah, dan merasakan diri diawasi oleh-Nya dalam setiap urusannya, berdasarkan firman Allah :

إِنَّ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ بِالْغَيْبِ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ

Yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak mereka Nampak, mereka akan memperoleh keampunan dan pahala yang besar” (Surah al-Mulk : 12)

Dan Firman Allah s.w.t :

وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ جَنَّتَانِ

Yang bermaksud : “Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua buah syurga” (Surah ar-Rahman : 46)

Berkata sebahagian para Salaf : “Kepala (kepada-pent) Ilmu itu adalah takut kepada Allah”

Abdullah ibn Mas’ud berkata : “Cukuplah takut kepada Allah itu sebagai Ilmu dan cukuplah kelalaiannya kepada Allah itu sebagai kejahilan “

Sebahagian ulama’ salaf berkata : “Sesiapa yang paling mengenal Allah dialah orang yang paling takut kepada Allah”

Kebenaran makna perkataan diatas dibuktikan dengan sabda Nabi s.a.w kepada para sahabatnya :

أما والله إني لأخشاكم لله وأتقاكم له

Yang bermaksud : “Adapun demi Allah, sesungguhnya akulah orang yang paling takut di antara kamu kepada Allah, dan orang yang paling bertakwa dari di antara kamu kepada-Nya” (Shahih al-Bukhari)

Dan kuatnya ilmu seorang hamba itu kepada Allah merupakan sebab kesempurnaan takwanya dan keikhlasanya dan penjagaanya terhadap batas-batas (agama), dan kewaspadaannya daripada melakukan maksiat. Kerana inilah Allah berfirman :

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ

Yang bermaksud : “hanyasanyalah orang yang takut kepada Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya adalah ulama’” (Surah Fathir : 28)

Maka orang yang berilmu (Ulama’) berkenaan (mengenal) Allah dan agama-Nya, merekalah manusia yang paling takut kepada Allah, manusia yang paling bertakwa kepada Allah, dan orang yang paling lurus agamanya, di atas mereka adalah para rasul dan para nabi a.s (sebagai pemimpin), kemudian dia mengikut mereka (para rasul dan nabi) dengan baik. Kerana itu Nabi s.a.w mengkhabarkan di antara tanda kebahagian seorang hamba itu adalah dia memperdalami (memahami) agama Allah, sabda Nabi s.a.w :

من يرد الله به خيراً يفقهه في الدين

Yang bermaksud : “barangsiapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan, maka Allah akan memahamkannya di dalam (ilmu) agama” Hadis yang dikeluarkan didalam dua kita Shahih (Shahih Bukhari dan Shahih Muslim-pent) daripada hadis Mu’awiyah r.a.

Tidaklah dapat perkara ini kecuali dengan pemahaman yang mendalam dalam agama yang merangsang seorang hamba untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t, dan takut kepada-Nya, dan menunaikan kefarduan-Nya, dan berwaspada dari kermurkaan-Nya, dan berdoa kepada-Nya agar diberikan akhlak yang baik, dan nasihat kerana Allah dan untuk (kemaslahatan-pent) manusia.

Maka saya bermohon kepada Allah agar memberikan kepada kita dan seluruh penuntut ilmu serta seluruh orang muslim kefahaman dalam agamanya, dan sentiasa istiqamah dalam mendalaminya, dan (memohon) agar (Allah) melindungi kita semua dari kejahatan diri kita, dan buruknya amalan kita, sesungguhnya Allah-lah pelindung daripada perkara itu dan Maha Berkuasa keatasnya

. صلى الله وسلم على عبده ورسوله محمد وعلى آله وصحبه


Belajar Terus Belajar !

Ahad, 22 Januari 2012

Melayu perlu bangkit !




Dilema Melayu dalam perbezaan wadah dan perbezaan politik, Melayu perlu bangkit dengan segera untuk mengekalkan kestabilan politik. Mula mempersoalkan tindakan rakus dan kurang ajar kepimpinan bangsa lain yang mahu menjadi juara di mata bangsa mereka kerana politik – kerana mahu tempat dan mahu dihormati. Ini semua kerana kita terlampau bertolak ansur sehingga apabila kita di tolak kita sedikit demi sedikit beransur. Tindakan mempersoalkan ketuanan Melayu adalah tindakan kurang ajar yang sepatutnya tidak hadir dalam kepimpinan sendiri. Kepimpinan  tidak pernah memberitahu kaum pimpinan mereka mengenai Jus Soli dan mengenai kehadiran mereka yang diterima oleh orang Melayu. Ceritakan pada kaum mereka apa makna ketuanan Melayu dan kenapa ketuanan Melayu. Dari mana asal konsep ketuanan dan perlu di ingat antara raja Melayu dan rakyat Melayu juga ada konsep ketuanan. Sudahlah mereka tidak menceritakan perkara sebenar mengenai konsep ketuanan dan hak keistimewaan orang Melayu mereka hadir pula menuntut dan menggesa agar ketuanan di hapuskan.

Sikap kurang ajar mereka hari ini sudah melampau batasan yang sepatutnya ada. Tuntutan demi tuntutan dan kalau kita lihat sepanjang kehadiran mereka di negara yang dikenali sebelum ini dengan Tanah Melayu – tuntutan mereka sudah ada. Mereka sudah menuntut sejak tahun 1930an lagi. Mereka menuntut hak untuk kawasan – menuntut negara ini kerana kononnya mereka yang melaksanakan kemajuan dalam negara ini. Ini sudah sejak sekian lama berlaku. Kita perlu sedarkan kepada mereka bahawa mereka harus menghentikan perjuangan menuntut agar apa yang ada pada Melayu di lucutkan kerana tindakan mereka sedikit demi sedikit akan menyemarakkan perjuangan bangsa Melayu dan sekiranya ini berlaku maka yang akan rugi adalah negara kita.

Melayu sehingga ini tidak pernah menyuarakan tuntutan yang melampau sungguhpun ketuanan sebenarnya di pegang oleh mereka. Tidak ada tindakan mereka yang menyebabkan mereka tidak dibenarkan berniaga. Kita tidak menuntut kerana toleransi kita dan kepercayaan kita pada demokrasi dan hak mereka sebagai warga negara . Kita tidak menghalang mereka dari menjadi orang tengah dan mengaut untung berlebihan dari perniagaan peruncitan yang di dominasi oleh kaum mereka. Kita tidak pernah menyelongkar siapa monopoli pengedar dan pembekal untuk pasar raya utama negara ini seperti Giant dan Hyermarket yang lain. Kenapa tidak kita lakukan – susahkan mereka dengan permit tertentu kerana kuasa di tangan kita. Kenapa kita tidak lumpuhkan industri pembekalan ayam dan lain-lain bahan makanan dengan menyusahkan mereka dari segi mendapat bekalan.

Hatta, kita tidak menghalang mereka menternak babi sungguhpun agama kita meletakkan babi sebagai binatang haram untuk dimakan. Kenapa kita tidak melaksanakan – kuasa politik menyekat aliran ekonomi – membuat penentuan agar ekonomi mereka terbantut. Kenapa tidak kita halang perkembangan perniagaan mereka. Kita ada peruntukkan untuk bumiputera dan peruntukkan 30% itu sudah cukup menunjukkan bahawa yang di tuntut bukan ketuanan tetapi masih lagi peratus hamba ( moden) di negara kita ini.

Melayu sepatutnya sudah mual dengan kenyataan kepimpinan Cina khususnya yang semakin kurang ajar – semakin biadab. Ini bukan perkara baru. Kalau di lihat tuntutan ini sudah berzaman dan tuntutan ini tidak pernah kendur-kendur. Dari sikap kurang ajar mereka menuntut negara ini sehingga hari ini berani pula mempersoalkan asal usul orang Melayu.

Sudah sampai masa kita Melayu bersatu – memastikan bukan sahaja kaum lain faham tetapi kepimpinan kaum lain diajar untuk tidak lagi berani dan angkuh bersuara. Ini kalau diambil sebagai satu nota positif – akan menyelamatkan kedudukan sosiopolitik negara ini dan akan menjana keamanan. Namun kalau diambil secara negatif – tangkap sahaja pejuang Melayu dan biarkan pejuang Cina bebas kerana konon mahu menjaga hati dan perasaan kaum lain sedangkan sensitiviti kaum Melayu di sepak terajang.


Belajar Terus Belajar 
Ta'kan Melayu Hilang Di Dunia !

Khamis, 19 Januari 2012

Jadilah Insan Yang Kamil








Adalah HARAM bagi umat Islam meredai sesuatu perbuatan kufur dan maksiat. Biarpun dirinya sendiri tidak melakukan perbuatan tersebut, namun sikap meredai sesuatu perbuatan kufur atau maksiat adalah dilarang di dalam agama Islam. Reda di sini bermaksud memuji, tidak menentang atau membantah, mendiamkan diri apatah lagi merekemendasi sesuatu perbuatan kufur dan maksiat tersebut.


Kaedah menyebut al-ridha bil kufri kufrun (reda dengan kekufuran adalah kufur), al-ridha bil fisqi fisqun (reda dengan kefasiqan adalah fasiq) dan al-ridha bil ma’siyati ma’siyatun (reda dengan kemaksiatan adalah maksiat). Menurut Imam al-Razi, kaedah ini telah disepakati oleh ijma’ ulama. Ia adalah antara kaedah yang diungkapkan oleh Ibn ‘Abbas ketika mentafsirkan surah al-Taubah ayat 23. (Lihat al-Razi, Fakhr al-Din (2000), al-Tafsir al-Kabir, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, j.16, hal. 16 & j.26, hal. 215)


Antara contoh senario meredai perbuatan kufur dan maksiat yang boleh dilihat mutakhir ini adalah seperti berikut:-


Kes pertama: Seorang wanita bertudung berkata, “Walaupun saya bertudung, saya tetap menghormati pendirian golongan wanita yang tidak mahu bertudung, ini kerana bertudung adalah hak peribadi masing-masing”.


Kes kedua: Seorang lelaki yang tidak pernah meninggalkan solat lima waktu berkata, “Saya percaya Islam adalah agama yang terbaik, namun saya percaya tiada tegahan untuk seseorang murtad atau keluar daripada Islam, ini kerana Islam membenarkan kebebasan beragama dan berfikir”.


Kes ketiga: Seorang lelaki yang berkahwin dengan wanita secara sah berkata, “Meskipun saya sendiri tidak berminat kepada nafsu sesama jenis, itu tidak bermakna saya menentang perkahwinan sejenis dengan meletakkan hukuman berat terhadap sesiapa yang melakukannya”.


Ketiga-tiga dialog di atas adalah contoh hakisan aqidah dan syariah yang sedang menjalar ke dalam pemikiran segelintir umat Islam pada hari ini. Ye, mereka sendiri memang tidak melakukan perbuatan kufur dan maksiat tersebut, tetapi apabila ia dilakukan oleh orang lain, mereka tidak pula mengatakan ia satu kesalahan dan dosa yang perlu diawasi dan ditentang. Pertimbangan agama diketepikan sebaliknya ‘akal’ digunakan secara berlebihan untuk menjustifikasikan sikap toleransi dan kompromi terhadap kekufuran dan maksiat.


Mereka terlupa bahawa pertimbangan ‘akal’ itu tidak sempurna seperti yang disangkakan. Kerana ‘akal’ hanya melihat dari sudut implikasi duniawi yang terbatas. Apabila ‘akal’ tidak melihat apa implikasi duniawi yang berlaku, maka ‘akal’ akan memutuskan itu hanya satu ‘pilihan’ yang terserah kepada individu sama ada mahu melakukan atau tidak. Tapi, cuba bayangkan jika ‘akal’ menghukumkan secara songsang sesuatu yang jelas berimplikasi duniawi.


Sebagai contoh, seseorang berkata, “Walaupun saya memakan makanan yang baik, tetapi itu tidak bermakna saya melarang orang lain untuk memakan racun”. Atau seseorang berkata, “Walaupun saya sendiri sentiasa menjaga keselamatan nyawa, tetapi itu tidak bermakna saya menegah orang lain untuk membunuh, ia terserah kepada hak asasi masing-masing”.


Kedua-dua dialog ini jelas membawa jenis ‘akal’ yang songsang. Mustahil ‘akal’ akan biar memilih sesuatu yang membawa implikasi duniawi yang buruk. Sepatutnya ‘akal’ akan mengatakan bahawa makan racun dan membunuh bukanlah satu pilihan, ia adalah satu larangan dan patut ditempelak dengan sekeras-kerasnya kerana implikasi duniawinya jelas. Mudarat kepada jasad dan nyawa!


Sebaliknya apabila ‘akal’ digunakan untuk menilai ‘implikasi uhkrawi’ memang ia tidak akan menjadi apa-apa, kerana akal tidak mampu mengukur apa ‘implikasinya’? Masakan ‘akal’ dapat melihat murka Allah, dosa dan neraka seperti ‘akal’ boleh melihat orang yang menggelupur akibat menelan racun atau dibunuh? Kerana itu neraca agama (wahyu) penting dalam soal berkaitan hukum hakam dan ‘akal’ tidak boleh menjadi pengukur atau penimbang utama untuk menentukan pendirian.


Berbalik kepada tiga senario yang dibawakan, seseorang yang benar-benar faham kaedah yang dibentang, sepatutnya akan mengatakan seperti ini:-


Kes pertama: Seorang wanita bertudung berkata, “Walaupun saya bertudung, saya merasa sedih kerana masih tidak mampu menarik rakan-rakan yang tidak bertudung untuk mengenakan tudung, ini kerana bertudung adalah perintah Allah SWT yang muktamad di dalam al-Qur’an yang sewajibnya dilaksanakan oleh setiap wanita muslimah, semoga Allah memberi hidayah kepada mereka”.


Kes kedua: Seorang lelaki yang tidak pernah meninggalkan solat lima waktu berkata, “Saya percaya Islam adalah agama yang terbaik, malah hanya Islam satu-satunya agama yang benar. Murtad atau keluar Islam adalah satu jenayah yang ditegah oleh Islam dan kesannya di akhirat kelak, mereka akan diazab di dalam neraka selama-lamanya. Oleh itu, menjadi kewajipan umat Islam untuk menyelamatkan saudara seislam yang terjebak ke dalam kancah murtad untuk mengembalikan mereka kepada Islam”.


Kes ketiga: Seorang lelaki yang berkahwin dengan wanita secara sah berkata, “Meskipun saya sendiri tidak berminat kepada nafsu sesama jenis, itu tidak bermakna saya berkahwin kerana kecenderungan seks semata-mata, tetapi kerana mematuhi perintah Allah SWT yang hanya membenarkan perhubungan antara lelaki dengan wanita yang sah sahaja. Adapun perkahwinan sejenis adalah haram dan mengundang kemurkaan Allah, malah hukum syara’ telah menetapkan hukuman tertentu terhadap pelaku perbuatan tersebut. Semoga Allah SWT memberi hidayah kepada sesiapa yang terjebak ke dalam perbuatan tersebut di kalangan umat Islam”.


Beginilah cara yang sepatutnya dijawab (atau seumpamanya) apabila kita dihadapkan dengan isu-isu yang melibatkan aqidah dan syariah. Jangan sekali-kali menampakkan tanda-tanda toleransi dan kompromi terhadap kekufuran dan kemaksiatan. Hakikatnya, apabila kita sanggup berkompromi dengan kufur dan maksiat, bermakna kita membiarkan orang lain terdedah kepada bahaya implikasi ukhrawi yang tak terlihat dengan mata dan tak tercapai oleh akal. Maka ia tak ubah seperti manusia yang ber ‘akal’ songsang, kerana yang patut ditegah, tidak ditegah.


Wallahu a’lam.

nukilan sahabat - Ibnu Haseef

Belajar Terus Belajar !

Majlis Tahlil Sempena Program KAF 2011


Sebelum memulakan majlis tahlil di ketuai oleh Ayahanda Ustaz Rahim dan sahabat-sahabat exco yang lain. Terima kasih kepada Ayahanda Hasnor kerana sudi meluangkan masa bersama.


Sesi makan bermula. Alhamdulillah


Pengerusi dan Timbalan beri signal. 
Terbaik !

Sedapnya KFC


Alhamdulillah. Semoga majlis bertemu kerana ALLAH dan berpisah kerana ALLAH memperolehi balasan syurga.. InsyaALLAH.




Muslimah makan di sudut yang lain. Sedapnya.


Zubir makan sampai tak boleh bangun. Terbaik sahabat2. 


Semoga jalinan ukhwah ini akan kekal sehingga akhir hayat. 
Ya! Allah tambahkanlah kepada aku ilmu’; kalau boleh, tiap-tiap hari kita berdoa. Sebab dengan bertambahnya ilmu maka meningkatlah hubungan kita dan perkenalan kita dengan Allah swt. Kalau bertambah ilmu maka bertambahlah pengetahuan kita dengan perkara-perkara yang lain. Dengan lain perkataan, dengan bertambah ilmu maka bertambahlah kekayaan kita.


Orang kuat kita. Semoga perkenalan bersama mengekalkan persahabatan sesama kita. InsyaALLAH


Terbaik !

Penyokong Kuat ! Demi Agama , Bangsa dan Tanah Air !


Pengerusi GPMS Selangor juga hadir memeriahkan majlis.



Al Ahzab 33:17. katakanlah: “Siapakah yang dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah jika Dia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu, atau (siapakah yang dapat menahan kemurahan Allah) jika ia hendak memberikan rahmat kepada kamu?” dan (ingatkanlah) mereka (yang munafik) itu: Bahawa mereka tidak akan beroleh sesiapapun – yang selain dari Allah – yang akan menjadi Pelindung atau Penolong mereka.



Berlakunya bencana dan musibah termasuk ummat Islam diatas dunia ini tidaklah dengan sengaja, ada sebab-musababnya dan hikmah di sebaliknya. Walau bagaimanapun Allah swt boleh melakukan apa saja untuk menunjukkan Dia yang berkuasa dan tiada siapa yang boleh menghalang-Nya. Inilah konsep tauhid sejati kepada Allah swt, Allah yang Berkuasa, kita yang lemah, kita yang perlu kepada Allah swt, kita perlu kepada pimpinan-Nya, taufik-Nya dan hidayah-Nya, dengan itu meningkatlah ketakwaan kita kepada-Nya. Berlakunya bencana merupakan satu peringatan daripada Allah swt agar manusia segera bertaubat kepada-Nya dan kembali kepada jalan yang benar, jalan Islam, jalan yang mengagungkan-Nya.

Segala nikmat kemewahan negara-negara diatas dunia ini, tidak dapat mengerakkan hati untuk bersyukur kepada Allah, tetapi sebaliknya mereka terus syirik kepada Allah swt, merasakan dunia ini tiada ‘Tuan-Nya’ dan semua bergantung kepada daya usaha manusia. Kepada negara ummat Islam pula, pimpinan dan rakyatnya terus menderhaka, fasik, zalim kepada rakyatnya, membolot harta benda negara untuk keluarganya dan melakukan maksiat walaupun dilimpahkan dengan kekayaan seperti minyak dan hasil bumi yang banyak. Mereka tidak menjalankan hukum Islam, tetapi sebaliknya banyak pembaziran dan maksiat yang dilakukan. Akhirnya sampailah kesatu tahab, yang melayakkan mereka dihukum oleh Allah swt, maka negeri-negeri itu dibinasakan. Semuanya menanggung kesangsaraan. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Lebanon, Kuwait, Iraq dan sekarang ini negara-negara di Timur Tengah yang lain, seperti Tunisia, Mesir, Yeman, Syria, lalu Allah swt menurunkan bala rusuhan, ketegangan, kematian dan menghancurkannya.


Belajar Terus Belajar !

Rabu, 18 Januari 2012

Melayu Bersatu Islam Teragung !



Usaha kerajaan untuk mewujudkan ‘sistem amaran konflik perkauman’ sebagaimana yang dicanangkan tahun lalu mengheret beberapa persepsi terhadap pencapaian negara dalam usaha menyemarakkan perpaduan kaum. Antara persoalan yang terbangkit ialah sejauh manakah usaha kerajaan selama ini berhasil untuk memakmurkan perpaduan kaum, dan apakah pencapaian usaha perpaduan kaum selama ini amat lemah sehingga kerajaan memerlukan suatu sistem indikator bagi mengesan konflik perkauman.

Pada junktur sejarah, usaha serius Malaysia ke arah perpaduan kaum dilihat mula bercambah setelah tercetusnya tragedi 13 Mei apabila Majlis Perpaduan Negara dan selaras dengan itu Kementerian Perpaduan Negara ditubuhkan. Namun saya lihat bahawa bibit-bibit usaha ke arah yang sama juga telah dibenihkan dalam Perlembagaan Kemerdekaan 1957 lagi. Dalam konteks ini klausa-klausa dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjurus kepada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, peruntukan pelaksanaan sekolah jenis kebangsaan dan penggunaan bahasa kaum minoriti, telahpun dimaktubkan melalui Artikel 152 dan 153, yang seringkali kita rujuk sebagai ‘kontrak sosial’ antara pemimpin-pemimpin parti pelbagai etnik yang dominan di Malaysia.

Sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh kajian Furnival (1956), negara-negara Dunia Ketiga pascamerdeka amat teruk dikacaubilaukan oleh penjajah dengan polisi ‘pecah dan perintah’. Polisi sedemikian juga amat lumayan diamalkan oleh pihak British ke atas datuk nenek kita dahulu sebelum merdeka kerana pendekatan sedemikian menguntungkan pihak penjajah. Bagi Furnival falsafah sedemikian telah mewujudkan dan mengukuhkan pluralisme atau suatu bentuk masyarakat berbilang kaum yang ‘they mix but do not combine’ atau dalam bahasa ibunda, ‘mereka bercampur tetapi tidak bersatu.’ Bagi Furnival falsafah pluralisme sedemikian lebih banyak mendatangkan bencana kepada kestabilan sosial dan politik negara. Menurut Dr Candra Muzaffar, masyarakat kita lebih cenderung kepada hubungan ‘fungsional daripada hubungan empatetik’. Makudnya kita sekadar berhubungan di pejabat, di pasar dan di tempat kerja, tetapi kita tidak mahu berkongsi masalah yang melampaui sempadan-sempadan persekitaran tersebut.

Sebaliknya kita juga sedar bahawa ‘perpaduan kaum’ adalah pemboleh ubah penting dalam menentukan kestabilan politik, sosial, malah ekonomi. Perpaduan kaum itu menuntut hubungan ‘empatetik’ sebagaimana disarankan oleh Dr Chandra. Mana-mana kerajaan jua pastinya berusaha untuk menentukan elemen-elemen penting perpaduan kaum ini digarap supaya pembangunan sosial, ekonomi dan infrastruktur dapat dicapai. Konsep masyarakat majmuk sebagaimana yang dilihat oleh Furnival, memperakui dan membenarkan keperbedaan nilai, norma, budaya dan adat resam sesuatu kaum minoriti. Malah dalam konteks Malaysia, kerajaan amat prihatin dan kaya timbang rasa sehingga toleransi dalam konsep pluralisme itu, tanpa disedari, sedikit-sebanyak telah menjadi peyumbang kepada benih-benih perkauman sesama kita.

Pada suatu ektrim tertentu saya melihat bahawa usaha jitu kerajaan untuk memakmurkan dan menyuburkan perpaduan kaum melalui program perpaduan kaum antara masyarakat berbilang etnik telah banyak terganggu dan kadangkala terbantut pada kadar yang tidak sanggup kita perakui. Tanpa niat mencabar Perlembagaan, melalui falsafah yang didokong oleh Artikel 152 (memberi hak kepenggunaan bahasa minoriti), saya melihat seakan-akan wujud konflik dengan falsafah yang didokong oleh Artikel 153 (menekankan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi).

Saya juga terlihat Artikel 152 telah menyuburkan kewujudan sekolah-sekolah monoetnik, dan media massa monoetnik yang memberikan tumpuan kepada etnik-etnik yang diperwakilkan melalui bahasa ibunda masing-masing. Malah kita lihat papan tanda iklan kedai-kedai di mana-mana bandar di Malaysia lebih mengutamakan bahasa ibunda masing-masing daripada mengangkat falsafah Artikel 153.

Dalam persekitaran yang keterasingan sedemikian saya lihat aliran dan hala tuju perpaduan kaum tidak menggalakkan pertembungan budaya yang dibawa oleh sistem sekolah monoetknik, dan begitu juga media massa monoetnik. Hal ini menjadi semakin rumit apabila institusi politik kita juga di lihat tertegak atas falsafah monoetnik yang turut memakmurkan konsep pluralisme Furnival.

Profesor Hamdan Adnan, bekas Pesuruhjaya Suhakam, pernah mencatatkan bahawa daripada tahun 1945 hingga 1969 sejumlah dua puluh dua insiden pergeseran etnik telah berlaku, dengan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai insiden yang paling dahsyat. Saya gusar dan sangsi jika statistik sedemikian menurun kerana kadangkala diri kita sendiri seringkali menutup sebelah mata untuk mendedahkan secara serius isu-isu sedemikian.

Misalnya Malaysia tidak sunyi daripada peristiwa yang condong kepada perbalahan etnik seperti peristiwa penentangan Dong Jiao Zhong terhadap dasar kementeraian pendidikan pada tahun 1987 yang membawa kepada pelaksanaan ‘Operasi Lalang’, yang menurut beberapa pemerhati politik, hampir sahaja mengulangi peristiwa 13 Mei. Perbalahan pengurusan sebuah kuil Hindu dan masjid di Kampung Rawa, Pulau Pinang pada tahun 1998, tragedi Kampung Medan pada tahun 2001, peristiwa pergaduhan etnik antara peserta PLKN, dan isu mahasiswa UM (malah di semua universiti di Malaysia secara amnya) yang tidak mesra dalam bentuk hubungan silang-etnik, mungkin mengundang kita untuk sama-sama memikirkan tentang kejayaan dasar dan modus operandi perpaduan kaum negara.

Mungkin juga pada suatu ekstrim yang lain, peristiwa-peristiwa berkenaan hanya sekadar kes-kes terpinggir yang tidak harus dilihat sebagai perbalahan etnik tetapi sebaliknya hanyalah perbalahan dua pihak yang boleh saja berlaku dalam kandang intraetnik itu sendiri, dan bukan sekadar dalam persepsi silang-etnik. Sebagaimana lunaknya peribahasa Melayu yang mengatakan bahawa ‘sedangkan lidah lagi tergigit’ apatah lagi situasi iklim kepelbagaian etnik di Malaysia yang bersandar kepada perbezaan bahasa, budaya dan agama sebagai komponen sensitif yang menuntut toleransi tinggi sesama kita.

Walau bagaimanapun kita tidak boleh memandang ringan pada perkembangan hubungan ethnik kontemporari sebagaimana terpancar daripada usaha kerajaan untuk menubuhkan ‘sistem amaran konflik perkauman’ yang akan berpusat di Putrajaya. Nampaknya dengan tertubuhnya sistem sedemikian, kerajaan telah mencari pendekatan ‘adhoc’ iaitu mencegah perbalahan etnik daripada mencambahkan dan menyuburkan benih-benih hubungan mesra antara kaum. Mungkin persepsi saya salah, kerana sebenarnya kerajaan mengutamakan kedua-duanya sekali.

Meninjau realiti politik dan sosial di Malaysia, saya melihat bahawa terdapat elemen-elemen pendekatan yang diambil oleh Malaysia dalam hal membina perpaduan kaum, agak berbeza dengan pendekatan yang dianggap sebagai arus perdana di Barat. Pendekatan yang digunakan oleh kepimpinan Malaysia dalam beberapa aspek berada dalam ekstrim yang bersongsangan berbanding dengan teori perpaduan kaum yang disarankan oleh pemikir-pemikir Barat dan yang diamalkan di sebelah sana.

Amerika dan beberapa negara Eropah seperti Britain dan Perancis misalnya menggunakan konsep ‘melting pot’ atau ‘acuan pelebur’ dalam pendekatan mereka untuk menyatukan pelbagai etnik minoriti, etnik peribumi, dan etnik dominan dalam negara. Dalam proses peleburan itu budaya etnik minoriti terlebur, tercerna, teradun malah sesetengahnya tersirna dalam budaya majoriti yang dominan. Namun di Malaysia kita lihat konsep ‘acuan pelebur’ itu tidak wujud, sebaliknya yang wujud ialah konsep ‘salad bowl’ atau ‘mangkuk sayur-mayur’ yang tidak meleburkan mana-mana unsur etnik tetapi mempersatukan kepelbagaian warna kulit dan budaya dalam satu persekitaran ynag sama.

Dalam konteks yang sama di Britain, sama ada mereka bersetuju atau tidak, juga telah berlaku proses asimilasi budaya yang kadangkala terpaksa mengorbankan malah melenyapkan bahasa dan budaya nenek moyang golongan minoriti tertentu.

Bagi sesetengah budayawan, yang menolak model asimilasi, mereka melihat pendekatan ini sebagai satu bentuk ‘penjajahan dalaman’ kerana dalam proses ini berlaku eksploitasi golongan majoriti terhadap golongan minoriti. Namun dalam banyak contoh di sebelah Barat, golongan majoriti itu adalah juga merupakan pihak pemerintah yang melaksanakan dasar memperlemahkan budaya dan bahasa minoriti atas nama perpaduan kaum.

Dalam konteks ini, banyak kerajaan Barat yang mempertegaskan penggunaan bahasa rasmi sebagai satu-satunya bahasa komunikasi tanpa sebarang kompromi, baik dalam urusan perkhidmatan awam, pendidikan asas di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi. Demi mewujudkan perpaduan kaum, ada kerajaan yang mengharamkan penggunaan dan pengajaran bahasa ibunda golongan minoriti sehingga ke tahap menguatkuasakan hukuman ke atas para pelajar yang berkomunikasi antara mereka dalam bahasa minoriti di dalam kawasan dan persekitaran sekolah. Kerajaan Perancis misalnya telah hampir mengharamkan terus penggunaan bahasa Breton, kerajaan British mengharamkan bahasa Welsh dan kerajaan Scotland telah melenyapkan bahasa Gaelic di bumi Scotland. Berbeda dengan Malaysia, kebanyakan kerajaan Barat menolak sama sekali kewujudan sekolah-sekolah monoetnik dan media massa monoetnik.

Dalam konteks perpaduan kaum, Malaysia juga menghadapi banyak masalah kerana kepercayaan dan perbezaan agama tidak memungkinkan proses asimilasi berlaku. Asimilasi dalam konteks budaya juga tidak berjalan lancar kerana setiap kaum melihat bahawa budaya dan tamadun bangsa mereka masing-masing lebih dominan daripada yang lain. Orang-orang India melihat keagungan tamadun Indus yang bermula pada 2500 S.M. lebih agung daripada tamadun Melayu yang mereka lihat hanya bermula pada kira-kira lima ratus tahun dahulu (jika Kesultanan Melaka menjadi tanda aras). Kaum Cina pula melihat ketamadunan China yang bermula kira-kira 2000 S.M. di Peking jauh lebih hebat daripada tamadun Melayu. Banyaklah elemen-elemen ketamadunan ini yang boleh mereka rasionalkan untuk menyokong kelangsungan budaya mereka masing-masing.

Dengan perkiraan sebegini kadangkala saya lihat bahawa kerajaan juga menjadi serba salah dalam hal menentukan halatuju kebudayaan nasional. Misalnya, pada tahun 1982, Tun Mahathir pernah menyatakan bahawa ‘Budaya Melayu harus menjadi ciri-ciri utama budaya nasional, supaya diterima dan diamalkan oleh semua kaum. Malah terdapat juga yang mahukan budaya Melayu dijadikan satu-satunya elemen budaya nasional’ (dipetik daripada Munro-Kua 1996).

Walau bagaimanapun pada tahun 1995, Tun Mahathir dengan jelas menyatakan bahawa konsep perpaduan kaum tidak lagi bertunjangkan kepada konsep yang berasaskan budaya Melayu. Menurut Tun, ‘Bangsa Malaysia membawa maksud rakyat yang dikenali sebagai membawa identiti Malaysia, menuturkan bahasa Melayu dan meluhurkan Perlembagaan. Untuk merialisasikan bangsa Malaysia, rakyat harus mula menerima kewujudan masing-masing seada-adanya, tanpa mengira kaum dan agama’ (dipetik daripada Francis Loh Kok Wah dan Khoo Boo Teik 2002). Ertinya rakyat Malaysia harus dilihat sebagai Melayu, Cina dan India sebagimana terpancar melalui amalan budaya masing-masing. Konsep ini condong kepada konsep pluralisme Furnival.

Namun pendirian kerajaan yang sedemikian terhadap perpaduan kaum seperti berdiri atas platform yang berbeza pula jika dilihat pada matlamat yang didokong oleh Wawasan 2020, kerana ia diangkat sebagai suatu ‘Bangsa Malaysia’ tanpa melihat perbedaan warna kulit dan amalan budaya. Secara idealnya tidak akan wujud lagi Melayu, Cina atau India jika Wawasan 2020 direalisasikan. Konsep ini condong pula kepada konsep asimilasi.

Jelaslah bahawa di Malaysia pendekatan asimilasi dirujuk semula kerana saya kira pendekatan inilah dilihat sebagai yang terbaik untuk membina perpaduan kaum yang utuh dan tulen, sekurang-kurangnya dalam konteks peleburan bahasa ibunda etnik minoriti. Pendekatan sedemikian telah lama dibuktikan terbaik bagi Malaysia, misalnya dalam konteks golongan Baba Nyonya di Melaka dan juga di Pulau Pinang, golongan India peranakan atau Mami di Pulau Pinang, dan Arab Peranakan telah meleburkan sehingga mengorbankan bahasa nenek moyang mereka. Malah di kalangan golongan Baba Nyonya tercipta bahasa ‘kreol’ mereka yang tersendiri yang pastinya terbina daripada improvisasi bahasa ibunda golongan majoriti Melayu yang lebih dominan.

Amat jelas juga kita lihat bahawa budaya golongan minoriti dalam konteks asimilasi sosial teradun dalam acuan budaya Melayu meskipun secara halusnya terdapat perbezaan di sana-sini. Namun, jika budaya nasional Malaysia boleh diterjemahkan sebagai budaya etnik peribumi Melayu sebagai asasnya, maka saya lihat bahawa budaya Baba Nyonya, India Peranakan dan Arab Peranakan ini telah menjelmakan satu proses perpaduan kaum yang utuh dan tulen.

Namun realitinya dalam konteks kontemporari, dasar perpaduan kaum Kerajaan Malaysia amat mesra dan bertoleransi terhadap bahasa etnik minoriti. Penggunaan bahasa etnik minoriti tidak pernah dikenakan hukuman malah tidak pernah dilarang digunakan di mana-mana sekolah di Malaysia, meskipun di sekolah-sekolah kebangsaan. Malah diwujudkan pula sekolah-sekolah jenis kebangsaan dengan memberikan hak mutlak kepada etnik minoriti untuk menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengajaran.

Dengan ekstrim pendekatan pluralisme atau konsep ‘mangkuk sayur-mayur’ seperti di Malaysia kita lihat bahawa dalam situasi tertentu bahasa rasmi menjadi bahasa rojak, malah dicampuradukkan pula dengan bahasa Inggeris mungkin untuk menyuntik ciri-ciri lenggok komunikasi antarabangsa. Bahasa Melayu lisan telor Cina dan telor India menjadi tegar diamalkan bukan sahaja apabila golongan ini berkomunikasi sesama mereka, malah disokong dan disuburkan oleh golongan Melayu sendiri ketika berkomunikasi dengan kaum India dan Cina.

Saya percaya bahawa untuk menjaga martabat bahasa rasmi, penggunaannya mesti juga terlaksana dalam situasi yang tidak formal, bukan sekadar dalam kandang situasi yang rasmi dan formal sahaja. Hanya golongan yang amat sensitif dan insaf sahaja yang beria-ia berjuang untuk mempertahankan gaya dan hukum-hukum tatabahasa bahasa rasmi negara, tetapi malangnya golongan ini seperti Tan Sri Profesor Ameritus Dr Awang Had Salleh, Tan Sri Profesor Dr Ismail Hussien, Profesor Dr Nik Safiah Karim, Dr Awang Sariyan, Dr Chandra Muzaffar, YB Dr Rais Yatim, dan SN A Samad Said, (sekadar menyebut beberapa nama) sudah seperti kehilangan golongan pelapis. Adakah ini suatu kepincangan dalam proses perpaduan kaum yang dicita-citakan Malaysia atau ia suatu kelebihan dan kekuatan pendekatan ‘mangkuk sayur-mayur’ Malaysia?

Akhir-akhir ini pula, kita lihat DBP mahu dinobatkan secara legitimasinya sebagai ‘polis bahasa’. Saya tidak tahu bagaimana polis ini akan melaksanakan tanggungjawabnya apabila melihat di kebanyakan bandar di Malaysia, papan-papan iklan seringkali mengabaikan penggunaan dan pengutamaan bahasa Melayu. Malah bahasa rojak yang haru-biru dan celaru sudah menjadi identiti yang tegar di papan-papan tanda kedai. Namun pada sudut yang amat jauh dalam hati kecil ini, saya optimistik bahawa DBP akan berjaya walaupun terpaksa mengambil masa yang panjang yang penuh onak dan duri, dan sekali gus menyuburkan perpaduan kaum. Saya juga yakin bahawa kejayaan tersebut haruslah dimulakan dengan semangat kecintaan yang tinggi setiap rakyat terhadap negara ini.


Belajar Terus Belajar !
Ta'kan Melayu Hilang Di Dunia !

Selasa, 17 Januari 2012

Sejarah Bangsa dan Bahasa Melayu



Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.

Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cubamengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:

1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaanMo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.

Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara Chinauntuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.

2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.

3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.

4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan “Mlayu’‘ bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.


Asal Usul Bangsa Melayu

Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.

Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.

Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi)

Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.

Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro

Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi.

Keturunannya orang Melayu di Malaysia

Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.

Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.

Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.

Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.

Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.

Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.


Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas).

Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.



Perkembangan Bahasa Melayu

Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:
Bahasa Melayu Kuno,
Bahasa Melayu Klasik dan
Bahasa Melayu Moden.



Bahasa Melayu Kuno

Merupakan keluarga bahasa Nusantara

Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.

Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.

Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:
Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:
Pengaruh agama Hindu
Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.
Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:
Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.

Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:
Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit
Susunan ayat bersifat Melayu
Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan – wulan)
bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan – dngan ataudangan)
Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat – niparwuat)
Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)
Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)



Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik

Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.

Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.

Terdapat tiga batu bersurat yang penting:

a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)
ditulis dalam huruf India
mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit.
bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)
masih memakai abjad India
buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat

c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)
ditulis dalam tulisan Jawi
membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.




Bahasa Melayu Klasik

Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:
Zaman kerajaan Melaka
Zaman kerajaab Acheh
Zaman kerajaan Johor-Riau

Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.

Ciri-ciri bahasa klasik:
ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.
banyak ayat pasif
menggunakan bahasa istana
kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.
ayat songsang
banyak menggunakan partikel “pun” dan `’lah”



Bahasa Melayu Moden

Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.

Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.

Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.

Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.

"  Belajar Terus Belajar "

MASA DEPAN ORANG MELAYU





Tidak seorang pun tahu tentang masa depan.Mungkin masa depan itu cerah.Mungkin masa depan itu gelap.Mungkin masa depan itu tidak ada sama sekali.

Kita cuma tahu manusia boleh berusaha dan mereka masa depannya.Usaha itulah yang akan menentukan sama ada masa depan itu cerah,gelap atau musnah sama sekali.

Mencari masa depan tidak sama dengan bermimpi.Masa depan orang Melayu mesti berasaskan pada realiti hari ini, pada masalah-masalah hari ini, pada apa yang kita mahu dan telah kita capai, dan pada apa yang kita mahu tetapi belum tercapai, pada apa yang kita boleh buat dan pada apa yang kita tidak boleh buat.REALITI banyak.



Realiti Pertama :

Politik ialah perjuangan.Kalau orang Melayu mahu terus berkuasa alam politik orang Melayu mesti sanggup berjuang.Orang Melayu mesti tahu apakah yang mereka perjuangkan itu.Satu parti ialah kumpulan manusia yang mempunyai perjuangan yang sama.Apakah perjuangan orang Melayu sekarang.Sana sini kita dengar orang Melayu bergaduh fasal balak, fasal bijih, fasal tanah, fasal gadai negeri pada Cina.Tidak pernah fasal orang Melayu masih miskin.Bila perjuangan mati orang Melayu mati.



Realiti Kedua :

Politik ialah Kuasa.Kita berpolitik kerana kita mahu parti kita berkuasa.Bila berkuasa kita pilih beberapa orang anggota parti untuk membentuk kerajaan.Pemimpin-pemimpin inilah yang bertanggungjawab menggunakan kuasa ini untuk melaksanakan apa yang diperjuangkan oleh parti.Tetapi hari ini orang Melayu heboh dengan soal pemimpin-pemimpin yang tidak jujur, yang tidak berkebolehan melaksanakan cita-cita orang Melayu.Negeri-negeri yang terlibat ialah Negeri Sembilan, Kelantan, Melaka, Perak, Kedah.Pagar sudah makan padi.

Realiti Ketiga :

Seorang pemimpin mempunyai pengikut-pengikut.Kita harus akui apabila pengikut jujur, pemimpin juga mahu tidak mahu akan turut jujur.Tetapi banyak pengikut ampu bodek kerana hendak itu, hendak ini.Sebelum mesyuarat agung pengikut ‘hot’ menyatakan si anu tak ada guna.Bila mesyuarat agung, si anu menang juga.Ada pengikut yang boleh dibeli undinya.Pengikut yang jujur sahaja boleh melahirkan pemimpin yang jujur.Bila kita memilih, kita dasarkan pada otak kita, bukan perut.

Realiti Keempat :

Politik di negara kita ialah pilihanraya.Dalam pilihanraya siapa dapat banyak undi dia menang.Masa depan orang Melayu bergantung pada undi orang Melayu.Tak usahlah harap pada bangsa lain.Untuk menang orang Melayu mesti ramai bilangannya.



Realiti Kelima :

Orang Melayu sekarang mempunyai kuasa politik di luar bandar.DI bandar, bangsa lain yang berkuasa.Orang Melayu tidak laku.Pulau Pinang bukan orang Melayu punya.Ipoh bukan orang Melayu punya.Kuala Lumpur bukan orang Melayu punya.Gua Musang orang Melayu punya.


Realiti Keenam :

Orang Melayu yang sedar dan mahu berkecimpung dalam politik ialah rakyat biasa.Orang-orang Melayu yang berpelajaran tinggi tidak mahu berpolitik. Mereka anggap politik untuk orang bodoh.Satu trend yang perlu difikirkan ialah bila orang Melayu bertambah cerdik, mereka tidak mahu berpolitik.Mereka tidak mahu mengundi.Mereka tidak mahu berparti seolah-olah faktor menyatupadukan orang Melayu ialah kebodohan, bukan kecerdikan.makin cerdik orang Melayu, makin bankrap bangsa Melayu.


Realiti Ketujuh :

Mestilah merupakan satu parti yang dinamis, bukan satu parti yang statis. Ia mesti dapat menyahut cabaran-cabaran baru.cabaran-cabaran baru memerlukan pemimpin-pemimpin baru.Soal siapa menjerit dan menggenggam tangan pada tahun 1946 tidak timbul.Tahun 1946 lain masalah.Tahun 1977 lain masalah.Mesti faham kekuatan dan kelemahannya.Mana yang kuat dipertahankan. Mana yang lemah diganti.


Realiti Kelapan :

Kita banyak musuh dan lawan.Kita mesti kenal musuh kita, dan lawan kita.Kita kaji strategi mereka.Kita kaji kelemahan mereka.Kita gunakan semua yang kita tahu tentang mereka untuk mengalahkan mereka.Mana yang kita tidak tahu, kita cari.Politik ialah hidup.Untuk hidup kita mesti bunuh politik orang lain.Orang lain memang berusaha membunuh kita.Dadah, dakwah rasuah mesti difikirkan sebagai taktik-taktik orang lain bagi membunuh politik Melayu.

Realiti Kesembilan :

Masa depan orang Melayu ditentukan oleh golongan muda Melayu sekarang.Golongan tua akan mati.Terpulanglah pada generasi hari ini untuk mencari sifat-sifat politik Melayu yang baik.Mereka mesti sanggup menegakkan sesuatu demi menjamin masa depan mereka.Mereka mesti mempunyai kemampuan semangat untuk bersatu.Mereka mesti sanggup berjuang.Dan paling penting mereka mesti mempunyai kemahuan untuk hidup.Permainan politik sekarang bukan lagi menjerit-jerit. Politik sekarang politik catur, siapa cerdik dia menang.Masa depan Melayu bergantung pada otak Melayu yang cekap.

Realiti Kesepuluh :

Wahai orang Melayu, carilah masa depan kamu sebelum terlambat.

Isnin, 16 Januari 2012

Mempertahankan Bangsaku Hingga Titisan Darah Terakhir !






FRASA ‘ketuanan orang Melayu’ menyemarakkan kebanggaan kepada setiap orang Melayu di samping menjadi perangsang generasi muda untuk terus memartabatkan bangsa di mata dunia.


Beberapa kekuatan yang dimiliki bangsa Melayu, seperti perpaduan, penguasaan dalam politik dan ekonomi, ilmu pengetahuan tinggi dan sokongan daripada Allah, adalah antara faktor yang mengharuskan orang Melayu menjadi tuan di tanah airnya sendiri.

Kekuatan ini seperti sudah menjadi hak milik tetap bangsa Melayu. Dengan kekuatan ini orang Melayu seterusnya mampu untuk menjadi tuan di bumi ini.


“Allah berjanji kepada orang antara kamu yang percaya, dan membuat kerja kebaikan bahawa Dia sesungguhnya menjadikan kamu pengganti di bumi sebagaimana Dia menjadikan orang yang sebelum mereka pengganti-pengganti” (24:55).


Jelaslah untuk orang Melayu menjadi pengganti atau tuan di bumi ini, mereka perlu percaya kepada Allah dengan berpegang teguh kepada Kitab-Nya, al-Quran, sambil membuat kerja baik untuk setiap manusia.


Matlamat bangsa Melayu untuk menjadi pengganti di bumi kelihatan hampir dicapai sepenuhnya. Mereka sudah sampai hampir ke pelosok dunia dalam urusan perniagaan, atau memberi khidmat sebagai pakar dalam sesuatu bidang, atau menjadi tokoh disegani dalam bidang tertentu. Ini untuk menyebut beberapa contoh sahaja.

Kehebatan bangsa Melayu dilihat juga pada angkatan bersenjata negara, termasuk pasukan polis, yang turut dianggotai bangsa lain.

Setelah berjaya menewaskan gerila komunis dan fahamannya dalam negara, mereka dijemput berkhidmat di luar negara sebagai pasukan pengaman. Khidmat cemerlang mereka di tiga benua membuka mata dunia.

Dalam bidang pendidikan, dunia benar-benar berasakan kehadiran orang Melayu. Pelajar Melayu yang di luar negara dengan bilangan yang begitu ramai menunjukkan kepintaran mereka sehingga ramai daripada mereka menerima anugerah dan kepujian.


Namun, kekuatan orang Melayu yang dianggap menjadi hak milik tetap mungkin menjadi sementara sahaja. Hakikatnya, ia boleh berlaku kerana pada masa ini, orang Melayu tidak lagi bersatu hati, apatah lagi jika mereka tidak dapat terus menguasai bidang politik.


Perpaduan bangsa Melayu mula retak apabila timbul segolongan pihak yang membawa fahaman agama baru. Ia dikatakan baru kerana dalam agama masyrakat Melayu sebelum ini belum pernah timbul amalan mengkafir sesama Islam dengan meluas.


Amalan ini yang dilarang Allah, mula bertunas lebih sedekad lalu. Lantas, tumbuh bibit perpecahan sehingga menjadi ketara apabila masjid dijadikan alat permisahan kerana ada orang Melayu bersolat jemaah dengan dua imam berlainan fahaman.

Kudis yang tumbuh itu kini menjadi pekung pula. Keadaan menjadi lebih merunsingkan apabila lahir amalan memurtadkan orang Melayu lain serta mengancam untuk membunuh atas nama Islam. Sekali lagi mereka menunjukkan ketidakpercayaan kepada Allah. Jangan sangka perkara ini ringan. Kemurkaan Allah sesuatu yang amat berat lagi ditakuti.

Kekalutan dalam agama bagi orang Melayu disemarakkan sesetengah ulama yang nyata membelakangkan ajaran Tuhan yang terkandung dalam al-Quran. Walaupun ajaran ulama banyak dipersoalkan, kebanyakan orang Melayu masih bertaut kepada mereka.



Mereka menerima bulat-bulat ajaran ulama tanpa mengkaji sendiri kandungan al-Quran sebenarnya. Al-Quran memang mudah difahami sebagai sebuah kitab yang memberi petunjuk. Firman-Nya, “Sesungguhnya Kami memudahkan al-Quran untuk peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?” (54:17).

Ayat ini diulang, perkataan demi perkataan, sebanyak empat kali di dalam sebuah surah, iaitu surah al-Qamar (Bulan). Malangnya ayat ini tidak diajar ulama. Mereka mengajar perkara sebaliknya dengan menyatakan al-Quran sukar difahami atau pengkajiannya memerlukan ilmu tertentu termasuk ilmu tafsir.



Ilmu tafsir hanya mengandungi pendapat orang yang lazimnya pendapat orang zaman dahulu mengenai pengertian ayat al-Quran. Ia didapati bengkok setelah diuji. Sebagai bukti dikemukakan contoh ayat yang dipetik daripada kitab “Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada pengertian Al-Qur’an” (edisi kelima, 1992), karya seorang ulama tempatan.

Contoh ayat: “Dan bandar-bandar yang ditunggangbalikkan itu, Dialah yang (mengangkatnya ke angkasa dan) menghempaskannya ke bumi”. Tafsiran ini bagi ayat al-Quran 53:53.

Apabila dibandingkan tafsiran ini dengan pengertian sebenar ayat itu maka didapati ia hanya khayalan ulama itu. Ayat 53:53 sebenarnya bererti “Dan negeri yang musnah, Kami menjatuhkannya juga”.

Contoh lain. Tuhan jelas menunjukkan waktu untuk berpuasa iaitu dari waktu fajar hingga ke malam. Firman-Nya, “Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam” (2:187).

Ayat ini ditafsirkan ulama dengan cara dicurigai sehingga mewajibkan umat berpuasa dari waktu subuh hingga ke waktu maghrib. Kedua-dua waktu ini dengan sebutan namanya saja menunjukkan kelainan dengan waktu fajar dan malam seperti yang disebut Tuhan.

Waktu subuh adalah waktu sebelum fajar, sementara waktu maghrib pula adalah waktu sebelum malam. Perkataan malam adalah ‘lail’ dalam bahasa Arab. Dalam konteks al-Quran, waktu malam adalah waktu gelap iaitu waktu yang tiada lagi cahaya siang.

Perkataan subuh dan fajar ada kaitan dengan amalan solat. Daripada al-Quran, dan hadis, didapati dengan jelas sebutan nama ’solatil fajri’, atau solat fajar, bukan ’solatil subhi’, atau solat subuh, seperti yang diajar ulama.

Lantaran timbul persoalan mengenai sebutan bagi niat solat itu di kalangan orang Melayu yang berani menyoal.

Demikian itu adalah hanya beberapa kekalutan yang dikesan dalam agama orang Melayu akibat ajaran ulama.

Kembali kepada memperkatakan hal perpecahan orang Melayu. Setelah terbahagi kepada dua golongan kerana agama, muncul pula satu golongan baru untuk memecahkan lagi bangsa kepada tiga kelompok.

Perpecahan kali ini berpunca daripada soal wang. Golongan ini tidak berpuas hati dengan pengagihan kekayaan dan berkehendakkan jumlah yang diterimanya menjadi lebih besar. Lantas mereka memperbesarkan soal kroni atau kronisme.

Mereka menimbulkan masalah dalam kepimpinan negara lalu melencong kepada isu lain dalam perjuangan yang akhirnya dipolitikkan. Isu agama pun menjadi salah satu daripada agenda mereka.

Tanda kehancuran kaum Melayu menyerlah lagi apabila generasi mudanya terlibat dalam kegiatan yang membelakangkan budaya bangsa.

Apa yang dilakukan tidak menuju ke arah matlamat yang membolehkan bangsa Melayu menjadi tuan di tanah airnya sendiri. Sebaliknya tindakan yang dilakukan menuju ke arah penghapusan bangsa.



Mungkin kejadian ini tidak pernah terlintas pada fikiran orang Melayu kerana jiwa mereka ditanam dengan kata hikmat lagi keramat, ‘takkan Melayu hilang di dunia’.


Namun, penghapusan sesuatu kaum tidak mustahil berlaku dan pernah pun berlaku beberapa kali dalam sejarah manusia.

Seperti itulah amaran Allah berbunyi “Jika Dia mengkehendaki, Dia menghapuskan kamu, dan sesudah kamu untuk menggantikan kamu, apa yang Dia kehendaki, sebagaimana Dia menumbuhkan kamu daripada keturunan kaum yang lain. Apa yang kamu dijanjikan, itu pasti datang”


Ta'kan Melayu Hilang Di Dunia !

Sabtu, 14 Januari 2012

Program Lawatan ke Indonesia oleh GPMS Melaka ( Pakej Termurah )









BIRO ANTARABANGSA GPMS MELAKA.
4 HARI 3 MALAM - PADANG / BUKITTINGGI

Aturcara lawatan :-

Hari 01 : LCCT / PADANG / BUKITTINGGI ( MT, MM )


Jam 3.00 pagi, anda akan di bawa dengan bas yang di sediakan ke lapanganterbang LCCT. Anda akan ke Padang dengan penerbangan Air Asia AK….Tiba di lapanganterbang Minangkabau, anda akan di jemput oleh wakil kami di sana. Anda akan terus di bawa ke Bukittinggi dengan bas persiaran yang di sediakan, anda akan melalui Lembah Anai ( Anai Valley ) dan berhenti sebentar di Air Terjun Anai. Makantengahari di perjalanan. Singgah di pandai Sikek, sebuah perkampungan yang terkenal dengan barangan kraftangan dan ukiran. Tiba di Bukittinggi dan check in hotel. Makan malam di restoran tempatan. Bermalam di Bukittinggi.

Hari 02 : MANINJAU TOUR. ( S,MT,MM )
Selepas sarapan pagi di hotel, anda akan di bawa melawat ke tempat-tempat menarik seperti Sianok Canyon dan Lubang Jepun. Kemudian membeli-belah di Pasar Atas dan barangan cenderamata di kedai cenderamata seperti Komala Sari, Annisa dan Putri Minang. Selepas makan tengahari di restoran, anda di bawa ke Tasik Maninjau, melihat Tasik maninjau dan juga melawat Rumah Hamka. Kembali semula ke Bukittinggi. Makan malam di restoran tempatan dan bermalam di Bukittinggi.

Hari 03 : MINANGKABAU TOUR - PADANG. ( S,MT,MM )

Selepas sarapan pagi, check out hotel, anda dibawa ke Batu Sangkar berhenti di Tabik Patah, terdapat perusahaan tempatan seperti membuat Pisang Salai dan Serbuk Kopi. Perjalanan diteruskan ke Istana Raja Minangkabau di Pagaruyung. Makan tengahari di restoran yang di kelilingi sawah padi beserta ikan bakar. Kemudian, perjalanan di teruskan ke Padang melalui Kampung Pariangan. Tiba di Padang dan terus melawat China Town, Old Habour, Jambatan Siti Nurbaya & Pantai Padang. Tengahari, anda dibawa membeli-belah. Check in hotel. Makan malam di restoran tempatan.Bermalam di Padang.

Hari 04 : PADANG / AIRPORT / LCCT KUL. ( S )

Selepas sarapan pagi di hotel, check out dan anda akan di bawa ke lapangan terbang Padang Berlepas dengan pesawat Air Asia dari Padang ke LCCT Kuala Lumpur. Dan meneruskan perjalanan ke Melaka.

HARGA PAKEJ : RM 1,000.00 seorang Dewasa.

RM 800.00 seorang Kanak2. ( Dgn katil 4 - 11 thn ).

Tarikh Berangkat : 22 Mac - 25 Mac 2012.

Penginapan : 2 malam - Karisma Hotel,Bukittinggi @ setaraf.
1 malam - Bundo Hotel, Padang @ setaraf.
Harga Termasuk :

Pengangkutan pergi / balik - ( Melaka / LCCT / Melaka )
Tiket penerbangan Air Asia pergi/balik - Kul/Padang/Kul
Cukai lapanganterbang pergi/balik - Padang.
Bayaran Bagasi untuk setiap peserta 15kg. ( Pergi & Balik )
Penginapan - 2 orang sebilik - hotel.
Makan - ( 3x Sarapan pagi, 3 x Makan tengahri, 3 x Makan Malam )
Pengangkutan Bas persiaran berhawa dingin semasa lawatan.
Pemandu Pelancong Indonesia.
Lawatan seperti di aturcara.


                      
Bayaran Deposit 50%.
Harga Tidak Termasuk :
Bil-bil peribadi seperti talipon, bodi dll.
Lawatan tambahan di luar aturcaralawatan.

                           


Sila Inbox / komen di blog untuk keterangan lanjut.
ms_electr@yahoo.com

Melayu Muafakat Islam Terhebat !




Permuafakatan Melayu bukan satu terma asing. Namun mencari nilai permuafakatan Melayu seakan asing bagi komuniti Melayu yang sepatutnya cinta terhadap tanah air. Hari ini permuafakatan Melayu menjadi satu simposium dan akhirnya resolusi yang dicapai tersangkut di tengah jalan.
Hayatilah RESOLUSI INI

Resolusi Kongres Permuafakatan Melayu

ASPEK DAN TUNTUTAN DIBERI PENEKANAN TINGGI (sumber : Mingguan Malaysia)

PERLEMBAGAAN

i. Mempertahankan hak, keistimewaan dan kedudukan kaum Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan

ii. Menentang segala pindaan yang boleh melemahkan kedaulatan dan kedudukan kaum Melayu dalam Perlembagaan dan perundangan Malaysia.

iii. Menentang segala tafsiran sewenang-wenangnya yang bersifat memilih terhadap fasal-fasal Perlembagaan bagi tujuan kepentingan dan perkauman.

POLITIK

i. Memohon Majlis Raja-Raja Melayu menyempurnakan tugas, tanggungjawab dan obligasi untuk memelihara dan mempertahankan seluruh kedaulatan Melayu.

ii. Menentang tafsiran hak asasi manusia dan proses demokrasi yang mengetepikan kedaulatan Melayu.

iii. Mendesak supaya peruntukan Perlembagaan dan undang-undang tubuh mengenai pentadbiran negara dikekalkan.iv. Menentang usaha untuk mempolitikkan pentadbiran pihak berkuasa tempatan demi memelihara kesejahteraan seluruh rakyat.

v. Memperjuangkan peranan prinsip kedaulatan Melayu sebagai teras dan ideologi parti-parti politik Melayu dan menolak segala ideologi asing berkenaan Malaysian Malaysia.

vi. Menuntut parti-parti politik Melayu sentiasa memperjuangkan dan membentuk pemikiran strategik dalam mengekalkan ketahanan dan kelangsungan kedaulatan Melayu.

EKONOMI

i. Menuntut pelaksanaan keadilan sosial dan kesaksamaan pengagihan kekayaan negara bagi semua warganegara seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

ii. Menuntut dilaksanakan penyusunan semula pemilikan ekonomi bagi mencapai matlamat pembasmian dan penghapusan kegiatan ekonomi berasaskan kaum.

iii. Memperluaskan gerakan Jihad Ekonomi berasaskan dua matlamat besar, pertamanya untuk membentuk pendorong dinamik dan memperkasakan kaum Melayu hingga tercapai sasaran 65% penguasaan dan kedua, menyusun semula sistem ekonomi supaya lebih adil dan saksama.

iv. Membina strategi bagi meluaskan penyertaan pertubuhan korporat Melayu untuk menguasai sistem ekonomi negara dan antarabangsa.

ISLAM

i. Menuntut kawalan berkesan pembinaan rumah ibadat agama lain mengikut prinsip keperluan sebenar saiz komuniti dan lokasi.

ii. Menolak gagasan pluraslisme agama yang bercanggah dengan Perlembagaan negara.

BAHASA MELAYU

i. Menolak usaha sebarang pihak mewujudkan dasar multilingualisme di negara ini.

ii. Menuntut pengekalan Fasal 152 Perlembagaan yang berkaitan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Persekutuan.

iii. Memastikan kedudukan bahasa Melayu menjadi bahasa utama dalam pembinaan ilmu dan menggalakkan penterjemahan ke bahasa Melayu dan menghapuskan penggunaan bahasa Inggeris sebagai media pengajaran di semua institusi pengajian tinggi.

iv. Menuntut dasar pengajaran dan peperiksaan mata pelajaran Sains dan Matematik dilaksanakan sepenuhnya dalam bahasa Melayu.

v. Menggalakkan penggunaan tulisan jawi sebagai satu daripada bentuk tulisan bahasa Melayu.

PENDIDIKAN

i. Memperkasakan sistem pendidikan kebangsaan sebagai teras sistem pendidikan nasional.

ii. Menuntut pengukuhan penggunaan bahasa kebangsaan dalam sistem Pendidikan Kebangsaan sebagai wahana komunikasi dan keilmuan bagi mencapai matlamat pembinaan bangsa.

iii. Memastikan supaya jurang perbezaan penyampaian pendidikan dihapuskan di seluruh negara.

iv. Mendesak pengajaran ilmu pengetahuan kenegaraan yang berlandaskan Rukun Negara diajar di semua peringkat persekolahan dan pendidikan tinggi.

v. Memastikan semua sistem pendidikan swasta mengutamakan unsur kebangsaan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran mereka

vi. Mendesak ujian lisan bahasa Melayu di semua peringkat peperiksaan dilaksanakan.

BUDAYA

i. Menuntut Dasar Kebudayaan Kebangsaan sebagai landasan citra dan imej kebangsaan dan antarabangsa.

ii. Menerapkan nilai Islam dan budaya kebangsaan sebagai asas amalan mendalam dan bermakna anggota masyarakat Malaysia.

iii. Menolak sekeras-kerasnya gagasan, dasar, dan pelaksanaan ‘multiculturalism’ yang menggunakan tafsiran serong Perlembagaan.…Kongres Permuafakatan Melayu kini masih lagi sedang bersidang bagi menggembleng idea bagi menentukan hala tuju dan kesan masa depan kepada anak Melayu kelak.

Kongres ini sangat penting pada tahap kemelut politik Melayu yang berpecah-belah. Terbitlah resolusi terakhir di atas beberapa aspek dan tuntutan yang disebutkan di atas.Apa yang dilihat situasi ini adalah disebabkan parti-parti politik yang bertunjangkan Melayu tidak lagi mampu untuk memperjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu hari ini.

Lalu gabungan² pertubuhan bukan kerajaan akhirnya bersatu di meja bulat selama dua hari bagi mencari formula untuk mempertahankan nasib bangsa Melayu yang dilihat kini semakin lemah.Isu² yang Kongres timbulkan sangat saya sokong. Walaupun ada antara agenda yang dibawa mereka dilihat terlalu sukar untuk direalisasikan, tetapi usaha titik permulaan ini adalah sesuatu yang sangat penting pada saya.

Antaranya seperti “..menghapuskan penggunaan bahasa Inggeris sebagai media pengajaran di semua institusi pengajian tinggi..” Ini saya lihat adalah tuntutan yang sukar untuk direalisasikan di negara ini. Tetapi jika ada permulaan usaha keras untuk perjuangan ini, InsyaAllah hasil positifnya dapat kita lihat kelak.

Dilihat dari segi ekonomi pula dilaporkan Melayu hanya menguasai ekonomi sebanyak 3% sahaja jika diasingkan dengan syarikat milik kerajaan (GLC). Apabila digabungkan pun hanya 18% sahaja penguasaan ekonomi Melayu. Jika anda sukar untuk menggambarkan keadaan orang Melayu melalui peratusan ini, silalah berkunjung ke Midvalley Megamall ataupun Suria KLCCdan perhatikan keadaan lot² kedai di dalamnya.

Dapatkah anda mencari lot kedai yang tuannya adalah orang Melayu ?? Jika ada pun hanyalah sekadar pekerja lot kedai yang bermuka Melayu.Kongres² seperti ini perlu selalu diadakan oleh pertubuhan² bukan kerajaan (NGO) bagi menjadi tunjang dan ‘think tanker‘ kepada ahli-ahli dan parti-parti politik. Rakyat sendiri perlu mempunyai semangat juang dalam menyelamatkan bangsanya.

Kerajaan pastinya tidak mampu untuk melihat situasi dalam aspek yang lebih luas jika tiada respon daripada rakyat sendiri. Semoga ini adalah permulaan bagi suatu yang membanggakan kelak. Doa²kan agar semangat Melayu itu akan kembali menyala-nyala agar anak bangsa kita tidak lupa siapa diri mereka dan apa agama yang mereka pegang..

Belajar Terus Belajar !
Ta'kan Melayu Hilang Di Dunia !

Jumaat, 13 Januari 2012

Sesi Mesyuarat 2012 bersama kepimpinan Exco GPMS Melaka



Pihak GPMS Melaka mengadakan satu mesyuarat khas untuk melantik dan menyenaraikan exco-exco gpms di peringkat kepimpinan negeri pada 13 dan 14 Januari. Terima kasih dari cawangan khas KAYM , UTEM , Ayer Keroh , Bandar Melaka , UniKL  dan lain-lain kepimpinan yang menghadiri mesyuarat ini.


Tuan Pengerusi memberikan ucapan yang sungguh bertenaga ! Kepimpinan melalui tauladan.




Sesi Taklimat oleh exco-exco GPMS Negeri Melaka.



Kami bersetuju !


Kami menyokong penuh !


Pengerusi dan Timbalan Berganding bahu menyelesaikan masalah dan memberi pandangan bernas !


Teruskan Perjuangan !


Kata-kata lebih tajam dari sebilah pedang. Renungkanlah pepatah ini. Kesepakatan di ambil dan resolusi akan di keluarkan dalam masa terdekat.


Ayahanda - Ayahanda berhimpun di ruangan sebelah . Teruskan Perjuangan Demi Agama , Bangsa Dan Tanah Air  !

Belajar Terus Belajar !

Berjuang Terus Berjuang !

GPMS Singa Perjuangan Bangsa !

Demi Agama , Bangsa dan Tanah Air !