Di dalam sebuah hadis daripada Nabi s.a.w , bahawasanya Baginda bersabda :
من تعلم علماً مما يبتغى به وجه الله لا يتعلمه إلا ليصيب به عرضاً من الدنيا لم يجد عرف الجنة يوم القيامة
Yang bermaksud : “Barangsiapa yang mempelajari Ilmu yang mana ia sewajarnya untuk mendapat keredaan Allah, dia tidak belajar kecuali untuk mendapat ganjaran di dunia maka dia tidak akan dapat menghidu bau syurga pada hari kiamat” (Hadis riwayat Abu Dawud dengan sanad yang hasan)
Imam at-Tirmizi meriwayatkan hadis dengan sanad yang dhaif bahawa Nabi s.a.w bersabda :
من طلب العلم ليباهي به العلماء أو ليماري به السفهاء، أو ليصرف به وجوه الناس إليه أدخله الله النار
Yang bermaksud : “Sesiapa yang menuntut ilmu bertujuan untuk bersaing dengan para Ulama’ atau untuk berdebat dengan orang yang bodoh, atau untuk menarik perhatian manusia kepadanya, Allah akan memasukkanya ke dalam neraka”
Maka aku (Syeikh Ibn Baz) berwasiat kepada semua penuntut Ilmu, dan setiap muslim yang melihat perkataan ini (hadis di atas) supaya mengikhlaskan diri dalam setiap amal perbuatan kerana Allah, berlandaskan firman Allah s.w.t :
فَمَنْ كَانَ يَرْجُوا لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
Yang bermaksud : “Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan dengan seseorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya” (Surah al-Khafi : 110)
Di dalam Shahih Muslim daripada Nabi s.a.w bersabda :
يقول الله عز وجل: أنا أغنى الشركاء عن الشرك، من عمل عملاً أشرك معي فيه غيري تركته وشركه
Yang bermaksud : “ Allah berfirman : Aku tidak berkehendakkan sekutu-sekutu dari kesyirikan, barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang mempersekutukan (mensyirikkan) aku dengan selain-Ku, Aku tinggalkan dia dengan sekutunya”
Sebagaimana juga aku mewasiatkan kepada semua penuntut Ilmu dan setiap orang muslim agar takut kepada Allah, dan merasakan diri diawasi oleh-Nya dalam setiap urusannya, berdasarkan firman Allah :
إِنَّ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ بِالْغَيْبِ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ
Yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak mereka Nampak, mereka akan memperoleh keampunan dan pahala yang besar” (Surah al-Mulk : 12)
Dan Firman Allah s.w.t :
وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ جَنَّتَانِ
Yang bermaksud : “Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua buah syurga” (Surah ar-Rahman : 46)
Berkata sebahagian para Salaf : “Kepala (kepada-pent) Ilmu itu adalah takut kepada Allah”
Abdullah ibn Mas’ud berkata : “Cukuplah takut kepada Allah itu sebagai Ilmu dan cukuplah kelalaiannya kepada Allah itu sebagai kejahilan “
Sebahagian ulama’ salaf berkata : “Sesiapa yang paling mengenal Allah dialah orang yang paling takut kepada Allah”
Kebenaran makna perkataan diatas dibuktikan dengan sabda Nabi s.a.w kepada para sahabatnya :
أما والله إني لأخشاكم لله وأتقاكم له
Yang bermaksud : “Adapun demi Allah, sesungguhnya akulah orang yang paling takut di antara kamu kepada Allah, dan orang yang paling bertakwa dari di antara kamu kepada-Nya” (Shahih al-Bukhari)
Dan kuatnya ilmu seorang hamba itu kepada Allah merupakan sebab kesempurnaan takwanya dan keikhlasanya dan penjagaanya terhadap batas-batas (agama), dan kewaspadaannya daripada melakukan maksiat. Kerana inilah Allah berfirman :
إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ
Yang bermaksud : “hanyasanyalah orang yang takut kepada Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya adalah ulama’” (Surah Fathir : 28)
Maka orang yang berilmu (Ulama’) berkenaan (mengenal) Allah dan agama-Nya, merekalah manusia yang paling takut kepada Allah, manusia yang paling bertakwa kepada Allah, dan orang yang paling lurus agamanya, di atas mereka adalah para rasul dan para nabi a.s (sebagai pemimpin), kemudian dia mengikut mereka (para rasul dan nabi) dengan baik. Kerana itu Nabi s.a.w mengkhabarkan di antara tanda kebahagian seorang hamba itu adalah dia memperdalami (memahami) agama Allah, sabda Nabi s.a.w :
من يرد الله به خيراً يفقهه في الدين
Yang bermaksud : “barangsiapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan, maka Allah akan memahamkannya di dalam (ilmu) agama” Hadis yang dikeluarkan didalam dua kita Shahih (Shahih Bukhari dan Shahih Muslim-pent) daripada hadis Mu’awiyah r.a.
Tidaklah dapat perkara ini kecuali dengan pemahaman yang mendalam dalam agama yang merangsang seorang hamba untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t, dan takut kepada-Nya, dan menunaikan kefarduan-Nya, dan berwaspada dari kermurkaan-Nya, dan berdoa kepada-Nya agar diberikan akhlak yang baik, dan nasihat kerana Allah dan untuk (kemaslahatan-pent) manusia.
Maka saya bermohon kepada Allah agar memberikan kepada kita dan seluruh penuntut ilmu serta seluruh orang muslim kefahaman dalam agamanya, dan sentiasa istiqamah dalam mendalaminya, dan (memohon) agar (Allah) melindungi kita semua dari kejahatan diri kita, dan buruknya amalan kita, sesungguhnya Allah-lah pelindung daripada perkara itu dan Maha Berkuasa keatasnya
. صلى الله وسلم على عبده ورسوله محمد وعلى آله وصحبه
Belajar Terus Belajar !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan