Jumaat, 28 Februari 2014

Memartabatkan bahasa bangsa !






Dalam Perlembagaan Persekutuan, bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dan keistimewaannya berbanding bahasa lain dilindungi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Banyak fungsi dan peranan bahasa ini dalam menjamin kelangsungan hidup rakyat Malaysia. Selain daripada menjadi bahasa rasmi dan bahasa perantaraan, bahasa Melayu juga menjadi antara faktor penyumbang utama ke arah perpaduan sejagat dan menjadi bahasa ilmu dalam bidang pendidikan. Seperti yang dapat dilihat sekarang, bahasa Melayu merupakan satu-satunya bahasa yang difahami oleh seluruh rakyat Malaysia dan mempunyai kemampunan untuk menyatukan pemikiran seluruh rakyat. Walaupun bahasa ini telahpun menyumbangkan banyak kebaikan kepada negara, namun beberapa halangan timbul dalam usaha untuk terus memartabatkan bahasa kebangsaan ini.

Antara halangan utama yang dilihat pada hari ini adalah persepsi masyarakat yang melihat bahasa Melayu sebagai bahasa yang tidak maju dan tidak berdaya saing. Mereka sentiasa memandang enteng kepentingan bahasa ini dan lebih cenderung untuk menghormati penggunaan bahasa asing seperti bahasa Inggeris sebagai penanda aras kehebatan sesebuah negara. Memang tidak dinafikan bahasa Inggeris yang merupakan bahasa antarabangsa penting dan banyak kebaikannya terutama dalam hal komunikasi dan perhubungan luar serta pendidikan tinggi. Akan tetapi jika kita melihatnya dalam konteks dalam negara, bahasa Melayu ternyata mempunyai kepentingan yang lebih tinggi memandangkan ia adalah bahasa rasmi negara dan penggunaannya sentiasa diutamakan. Adapun bagi sesetengah institusi kerajaan yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi seperti Universiti Islam Antarabangsa disebabkan kepentingan lain yang boleh menyumbang kepada kemenjadian pelajar dan sumbangan terhadap negara. Mana-mana pihak yang fasih berbahasa asing tetapi tidak arif berbahasa Melayu sepatutnya berasa malu dengan keadaan diri mereka kerana bahasa Melayu merupakan identiti penting bagi seorang warganegara sebagaimana yang sering kita katakan sebagai bahasa jiwa bangsa. Tuntasnya, setiap usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu memandang aspek masyarakat ini kerana segala usaha tersebut tidak akan mencapai kejayaan jika masyarakat masih memandang bahasa Melayu menurut perspektif yang rendah.

Selain itu, didapati sikap kerajaan turut menjadi penghalang bagi usaha ini. Kerajaan dilihat lebih berminat untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam nama program-programnya dan dalam singkatannya. Sebagai contohnya adalah Program Transformasi Kerajaan yang menggunakan “Government Transformation Programme” (GTP) sebagai sigkatannya dan begitu juga dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) serta Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC). Bagi pencinta bahasa Melayu, ini bukanlah perkara yang boleh dibanggakan walaupun intipati program-program tersebut adalah baik dan hasilnya adalah cemerlang. Kita perlu sedar bahawa hal ini berkaitan dengan jati diri dan identiti bangsa. Jika dahulu kita sibuk mendokong hasrat menyatukan seluruh penduduk dengan bahasa Melayu, mengapa perlu bahasa ini diketepikan dalam nama-nama program yang baik? Sepatutnya singkatan dalam bahasa Melayu perlu diutamakan. Hal ini dikatakan demikian kerana kerajaan sering mengeluarkan kenyataan tentang usaha memartabatkan bahasa Melayu tetapi kenyataan itu tidak disokong oleh langkah-langkah mereka yang telah menggunakan akronim menurut bahasa Inggeris. Meskipun sesetengah pihak menyatakan hal ini sebagai perkara kecil, ia telah menjejaskan kewibawaan kerajaan sebagai pelindung bahasa kebangsaan. Tidak salah dan tidak dikatakan mundur jika kita menggunakan singkatan singkatan PTK bagi Program Transformasi Kerajaan dan PTLB bagi Pusat Transformasi Luar Bandar. Perlu ditegaskan di sini bahawa pelbagai perancangan kerajaan dalam meninggikan bahasa Melayu tidak akan dikagumi rakyat sekiranya langkah kerajaan sendiri tidak menyokong hasrat itu.

Dalam pada itu, usaha memartabatkan bahasa Melayu dilihat tidak menyeluruh. Hal ini dikatakan demikian apabila melihat kepada tindakan tidak menyertakan usaha mengembalikan tulisan jawi sebagai tulisan rasmi bahasa Melayu turut dianggap sebagai antara halangannya. Asalnya bahasa Melayu sejak zaman keagungannya telah menggunakan tulisan jawi, bukannya rumi. Tulisan rumi hanya digunakan sejak bermulanya era penjajahan asing dan penggunaannya semakin meluas selepas tulisan jawi dimansuhkan dan aplikasinya diperkecilkan dalam hal berkaitan agama sahaja seperti dalam buku teks Pendidikan Islam dan teks khutbah Jumaat. Tulisan jawi telah dieksklusifkan kepada golongan agama yang minoriti sahaja tanpa memberikan pendedahan secara berterusan kepada umum yang menjadi majoriti. Akibatnya amat besar, bahasa Melayu kehilangan tulisan asal yang merupakan identiti pentingnya dan terpaksa mengambil tulisan bangsa lain sebagai ganti serta wujudnya golongan yang buta Al-Quran dan buta jawi. Tanpa melibatkan tulisan jawi, usaha memartabatkan bahasa Melayu boleh dikatakan sebagai usaha yang tidak holistik dan tersekat di tengah jalan. Tidak dinafikan ada beberapa pihak yang cuba mempertahankan tulisan jawi ini dengan melahirkan sisipan mingguan dalam akhbar yang bertulisan jawi serta mengadakan pertandingan menulis khat dan tulisan jawi. Namun, usaha mereka tidak bersifat menyeluruh dan berimpak besar. Usaha besar-besaran secara berterusan oleh pihak kerajaan amat diperlukan. Oleh itu, segala macam pelan memperkasakan bahasa Melayu perlulah disertakan dengan jalan bagi mengembalikan semula tulisan jawi dalam bidang penulisannya, bukan dikecilkan skopnya kepada golongan agama sahaja.

Meskipun pelbagai usaha telah digembleng oleh kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu seperti rancangan Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) di peringkat Kementerian Pelajaran, halangan serta cabaran masih ada. Hal ini dikatakan demikian selepas melihat usaha-usaha yang tidak menyeluruh dan lebih tertumpu kepada beberapa bidang sahaja tanpa dokongan kuat daripada kerajaan melalui dasar-dasarnya dan sikapnya. Marilah sama-sama kita terus berganding bahu dan menjana idea bagaimana jalannya bagi meletakkan bahasa Melayu sebagai sebuah bahasa yang dihormati dan dipandang tinggi seperti zaman keemasan empayar kesultanan Melayu dahulu. Bahasa ini adalah bahasa kita dan bahasa dunia juga. Oleh itu marilah sama-sama kita menjaganya.

Belajar terus Belajar

Mohd Saifullah b Hj Dolmat
Ketua Penerangan Gpms Melaka
posted from Bloggeroid

Khamis, 27 Februari 2014

Skuad Jelajah Motivasi Pendidikan dan Kepenggunaan Gpms di SMK Ade Putra Masjid Tanah

Skuad Jelajah Motivasi Pendidikan dan Kepenggunaan Gpms di SMK Ade Putra Masjid Tanah daripada Tuan Naib Ustaz Zaimi. Belajar terus Belajar. .
















posted from Bloggeroid

Rabu, 26 Februari 2014

Skuad Jelajah Motivasi Pendidikan dan Kepenggunaan di SMK Teknik Melaka Tgh

Skuad Jelajah Motivasi Pendidikan Kepenggunaan di SMK Teknik Melaka Tgh oleh Tuan Naib Ramzul Iklas Alias.3 sekolah selesai pada hari ini dan ribuan terima kasih di ucapkan pada exco2 yg menjayakan program SJMK. Btb












posted from Bloggeroid

Skuad Jelajah Motivasi Pendidikan Kepenggunaan di SMK Seri Bendahara

Skuad Jelajah Motivasi Pendidikan Kepenggunaan di SMK Seri Bendahara. Ceramah dari Tuan Naib Ustaz Zaimi dan Tuan Pengerusi Mohd Marwan Bin Abu Kasim. Btb













posted from Bloggeroid

Selasa, 25 Februari 2014

Skuad Jelajah Motivasi Pendidikan dan Kepenggunaan oleh Gpms 2014 di SMK Seri Tanjung

Skuad Jelajah Motivasi Pendidikan dan Kepenggunaan oleh Gpms 2014 di SMK Seri Tanjung. Btb












posted from Bloggeroid

Melahirkan generasi bangsa Iqra'

Membangunkan generasi Islam berwibawa harus di mulakan dengan pembinaan iman sebagai asasnya. Syeikh Ridha menegaskan , iman membangkitkan sinar dalam akal dan menjadi petunjuk kepada kebajikan. Dengan iman seseorang akan dapat memiliki pusat penelitian atas setiap perkara hatta yang terlintas daripada setiap pandangan yang terbentang.

Dengan iman, seseorang dapat melihat sesuatu yang tersurat daripada tersirat. Akhlak memiliki karakter yang berkait rapat dengan pembinaan iman. Jika iman umpama akar pohon, ibadat adalah batang, ranting dan daunnya, maka akhlak menjadi buahnya. Iman yang kuat dimanifestasikan melalui ibadat yang teratur dan membuahkan akhlak yg terpuji. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

"Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah saw itu ada teladan yang baik".

Firman Allah swt bermaksud :

"Sesungguhnya engkau (Muhammad) adalah orang berakhlak sangat mulia."

Itulah keagungan dan keanggunan peribadi Rasulullah saw, hanya Rasulullah saw mendapat pujian setinggi itu dan menjadi teladan umatnya..

Aisyah ra ketika ditanya mengenai akhlak Rasulullah saw menjawab:
"Akhlaknya adalah Al-Qurannul Karim".

Hanya 23 tahun baginda saw membawa perubahan besar kepada dunia Islam, ia mengubah sejarah dan masyarakat jahiliah jadi bernasab.

Tiada manusia agung yang mampu melakukan tugas sesingkat itu dan membawa hasil gilang-gemilang. Kuncinya adalah peribadi Rasulullah saw yang ditampilkan dalam kehidupannya. Antara misi risalah Muhammad saw seperti ayat pertama iaitu firman Allah swt bermaksud :

"Bacalah (iqra) dengan nama Tuhanmu yang menjadikan . Yang menjadikan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Maha Mulia. Yang mengajar manusia dengan kalam. Mengajarkan manusia apa2 yang belum diketahuinya."

Iqra yang diambil daripada kata qara-a , pada mulanya bererti menghimpun dan membaca. Maksud dasar kata iqra tidak mengharuskan ada suatu teks bertulis yang dibaca, tidak pula harus diucapkan sehingga terdengar oleh orang lain. Oleh itu, dalam kamus bahasa Arab erti lain seperti menyampaikan, menelaah, mendalami, meneliti dan dapat dikembalikan kepada hakikat menghimpun ilmu yang menjadi makna belajar menurut perspektif islam. Persoalannya apa yang harus dibaca "ma-aqra", demikian pertanyaan Baginda saw selepas berulang kali Jibril menyampaikan perintah itu sambil merangkul Baginda saw. Puncanya, selepas ungkapan iqra tidak disertai (maful) yang harus dibaca.

Quraish Shihab mentafsirkan : " yang harus dibaca adalah apa saja, baik ayat yang ada dalam alam Allah swt (sunnatullah )".

Dalam hadis Rasulullah saw bersabda bermaksud :

" Hidup hati dengan ilmu kerana itu miliklah ia dan mati hati dengan kebodohan kerana itu jauhilah ia. Bukalah ilmu, apa yang ada di almari buku, bukalah ilmu kecuali apa yang tersimpan di dalam dada".

Firman Allah swt yang bermaksud :

" Hai orang yang berselimut, bangkit untuk berseru ( kepada manusia ) dan kepada Tuhan-Mu bertakbirlah ".

Masyarakat berilmu dilingkari tradisi membaca dan menerokai pelbagai ilmu. Kegemilangan pernah diraih kaum muslimin, namun kini umat islam seolah kehilangan semangat untuk menimba ilmu kian pudar. Peranan ibubapa dan diri sendiri atas kesedaran amat diharapkan agar minat membaca dipetingkatkan. Adalah malang sikap malas dan membiarkan masa tidak didik dan dibiarkan berlalu dgn ruginya. Asuhan , perhatian, tanggungjawab, kasihsayang setiap pihak amat perlu bagi melahirkan generasi berilmu yang terdidik dengan keimanan.

Firman Allah swt bermaksud:

" Aku tidak memilih kepadamu sesuatu upah atas seruan-ku kecuali kasihsayang dalam kekeluargaan." (as-Syura :23)

Kalau dulu, selepas maghrib kita pergi mengaji Al-Quran, ada ceramah di masjid atau di surau di wajibkan pergi untuk mendengar ceramah atau bersolat berjemaah. Belajar, membuat kerja sekolah sehingga selesai. Belajar bersama-sama keluarga, saling bantu-membantu dengan tunjuk ajar secara berjemaah.

Sudah kurang generasi muda yang berilmu dan beriman. Allah swt tidak memandang kepada kekayaan, keturunan dan pangkat, Iman dan taqwa yang Allah swt pandang dan terima. Hanya orang2 yang beriman akan memakmurkan rumah2 Allah swt dan orang2 yang memakmurkan rumah2 Allah swt itulah orang2 yang beriman dan bertaqwa.

Sesungguhnya umat islam kini ibarat buih di lautan, umat yang sakit. Ada pesakit yang boleh pergi ke klinik sendiri, ada pesakit yang perlu orang hantar ke klinik dan ada pesakit yang perlu doktor datang ke rumah...begitulah dengan umat islam di masa kini memerlukan pendakwah datang ke rumah untuk memberikan kesedaran tentang fadilat bersembahyang berjemaah. Bukan hanya Bersembahyang ketika maghrib atau di hari Jumaat sahaja.

Masjid di bina tersergam indah, cantik dan indah...sungguh malang setiap waktu solat, hanya segelintir sahaja yang bersolat berjemaah. Dapatkah kita sama2 memakmurkan semula rumah2 Allah swt ...? Fikir2 kan , renung2 kan dan bertindaklah ,berubahlah, agar kita menjadi umat islam yang bersatu hati dan kuat..Rasailah hikmahnya...tak buat, tak amalkan , tak tahu...nak seribu daya, buat seribu cara....tak nak seribu dalih dan seribu helah.

Belajar terus Belajar

Mohd Saifullah b Hj Dolmat
Ketua Penerangan Gpms Melaka

posted from Bloggeroid

Isnin, 24 Februari 2014

SJM Pendidikan Kepenggunaan 2014 di SMK Dang Anum

Skuad Jelajah Motivasi Pendidikan dan Kepenggunaan oleh Gpms Negeri Melaka di Sek Men Keb Dang Anum. Terima kasih kpd guru2 yg memberi sokongan penuh. Btb















posted from Bloggeroid

Lahirkan jutawan anak bangsa melalui aspek pendidikan ?

Tumpuan terhadap pelajar yang cemerlang peperiksaan, golongan pelajar majoriti yang tidak bijak dalam peperiksaan juga tidak seharusnya dipinggirkan. Jika dipinggirkan, dibimbangi mereka akan terjebak dengan masalah sosial. Mereka ini mungkin kurang cemerlang dalam peperiksaan tetapi dalam hal-hal lain mereka mungkin lebih cemerlang berbanding yang memperoleh semua A. Perlu diingat, setiap insan ada kekuatan tersendiri. Justeru, saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran agar mempelbagaikan jenis sekolah di Malaysia dengan menubuhkan sekolah berteraskan perniagaan dan keusahawanan kepada pelajar yang kurang cemerlang dalam peperiksaan. Mereka ini rata-ratanya tidak begitu berminat dengan pembelajaran berteraskan peperiksaan semata-mata, di samping tidak mempunyai keupayaan untuk memilih profesion elit seperti doktor, akauntan dan jurutera. Bagi pandangan masyarakat majoriti, profesion elit sebeginilah yang menjamin masa hadapan anak-anak mereka walhal menurut Islam sumber utama kekayaan datangnya daripada perniagaan.Jurusan perniagaan sering di anggap sebagai kelas kedua dan tidak menjamin masa depan.

Malangnya di Malaysia, kursus-kursus perniagaan hanya diajar di peringkat universiti. Sewajarnya generasi muda didedahkan dengan asas perniagaan sejak di bangku sekolah lagi. Kalau kita teliti rata-rata ahli-ahli perniagaan yang berjaya telah memulakan perniagaan sejak berumur belasan tahun lagi. Mereka ini tidak dilatih secara formal dan hanya mempelajari selok-belok perniagaan dan keusahawanan melalui pengalaman sendiri. Pengalaman inilah yang amat berguna kepada mereka untuk menjadi usahawan dan ahli korporat yang berjaya dan kaya raya. Namun demikian, terdapat ramai juga yang tidak berjaya dalam perniagaan. Kebanyakan mereka ini mempunyai azam untuk berjaya dalam perniagaan, malangnya mereka tidak diterapkan dengan pelbagai disiplin ilmu perniagaan umpamanya bagaimana untuk mengurus kewangan perniagaan dengan baik. Ambil contoh terdapat ahli-ahli perniagaan yang baru setahun dua berniaga mengggunakan wang keuntungan perniagaan untuk membeli kereta mewah bagi tujuan peribadi. Wang keuntungan ini sepatutnya dilabur semula untuk memperkembangkan lagi perniagaan.

Ini baru bercakap mengenai modal belum lagi bercakap tentang bagaimana untuk membuat pelaburan dengan bijak supaya tidak mudah ditipu dengan orang lain. Di samping menguasai ilmu pengurusan kewangan, para pelajar juga sewajarnya didedahkan dengan prosedur yang betul untuk menubuhkan perniagaan. Kursus seperti ini akan membolehkan mereka mengetahui apakah jenis perniagaan yang mempunyai prospek yang baik pada masa hadapan. Umpamanya, mereka boleh didedahkan dengan perniagaan tani dan penternakan. Dalam perniagaan tani dan penternakan pula terdapat banyak cabang perniagaan yang boleh didedahkan kepada mereka. Malahan, aspek inovasi dan kreativiti serta teknologi maklumat dan komunikasi sewajarnya ditekankan dalam bidang perniagaan sebegini agar dapat menjana pendapatan lumayan di samping menampung permintaan pasaran tempatan.

Ini baru beberapa subjek yang wajib diperkenalkan di sekolah yang berteraskan perniagaan dan keusahawanan. Terdapat banyak lagi kursus yang boleh diajar kepada mereka. Sesi pembelajaran pula bukan setakat teori sahaja tetapi juga mereka sewajarnya didedahkan dengan dunia perniagaan sebenar. Yakinilah, jika sekiranya sekolah sebegini berjaya kelak, ia akan melahirkan lebih ramai lagi ahli perniagaan di kalangan generasi muda pada masa akan datang, bahkan akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat serta memperkasakan lagi keupayaan ekonomi Malaysia. Kita perlu lahirkan lebih ramai jutawan Melayu bagi membuktikan semangat "Hidup Melayu ! " bukan sekadar laungan kosong sahaja.





Mohd Saifullah b Hj Dolmat
Ketua Penerangan Gpms Melaka


posted from Bloggeroid

Ahad, 23 Februari 2014

Tuntutlah ilmu..Belajar terus Belajar

Ilmu ibarat air yang jatuh dari tempat
yang tinggi ke tempat rendah...

Seseorang yang menuntut ilmu
mesti merendah diri agar hatinya
menjadi takungan untuk ilmu tersebut...

Imam As Syafi'e pernah berpesan: "Belajarlah sebelum menjadi ketua... dan sesiapa yang ketika mudanya tidak belajar dan mensia-siakan masa mudanya, maka takbirkanlah untuknya sebanyak empat kali!"...Halus sungguh sindiran Imam As Syafi'e itu (kepada yang tidak menuntut ilmu) - Mereka dianggap sebagai telah 'mati' kerana tidak memberi manfaat kepada sesiapa.

"...Allah mengangkat darjat mereka yang beriman di kalangan kamu dan mereka yang diberi ilmu dengan beberapa darjat..." - Ayat 11, Surah Al Mujaadilah (58)


posted from Bloggeroid

Sabtu, 22 Februari 2014

Ke manakah halatuju Pendidikan Melayu ?





Setelah meraih kemerdekaan pada tahun 1957  sewajarnya dasar dan falsafah perjuangan orang melayu itu diperluaskan, tidak hanya tertumpu kepada hak-hak keistimewaan orang melayu sahaja.

Mari kita imbau semula sejarah selepas merdeka. Perjuangan diperluas kepada menuntut perkara yang dinafikan semasa kita dijajah, terutamanya dalam pendidikan tinggi. Walaupun perjuangan mendapatkan peluang pendidikan telah bermula lama sebelum merdeka, tetapi ia lebih kepada mendapatkan hak untuk belajar di sekolah.

Perjuangan pendidikan selepas itu lebih fokus kepada menegakkan bahasa, menguasai bidang sains dan dalam bidang teknologi.

Maka bermulalah perjuangan akademik dalam meningkatkan ilmu dan kebijaksanaan orang melayu dalam bidang pendidikan.

Bibit perjuangan akademik sebenarnya telah bermula sejak zaman penjajahan tetapi asas utama pada masa itu ialah untuk membebaskan tanah air terlebih dahulu. Selepas kemerdekaan, perjuangan untuk membebaskan diri dari kemunduran pendidikan ini telah menampakkan satu kejayaan yang memberangsangkan walaupun belum mencapai sasaran sepenuhnya.

Kini, ramai bilangan anak-anak melayu yang menjejakkan kaki ke menara gading dan memiliki sarjana dalam pelbagai bidang.Kecemerlangan akademik melayu masa kini sangat membanggakan.

Peningkatan dan pencapaian akademik seharusnya menjadi faktor peningkatan pencapaian melayu dalam bidang-bidang lain, terutamanya dalam bidang perniagaan.

Ianya sepatutnya berjalan seiringan, semakin berpendidikan semakin ramai yang menjadi usahawan, malangnya pihak pemerintah Singapura telah membebankan rakyat Singapura terutama sekali orang-orang Melayu. Banyak peraturan-peraturan yang pada pandangan saya adalah tidak munasabah langsung.

Kejayaan akademik hanyalah sekadar melahirkan komuniti “Melayu berpendidikan dan berjawatan” Rata-ratanya para graduan masih menjadikan sektor perkhidmatan awam sebagai kerjaya yang paling selesa dan selamat. Mereka akhirnya membina kepompong keselesaan (comfort zone) sendiri. Pendidikan dan kebijaksanaan yang diperolehi tidak menjadikan mereka insan yang berani menceburi dan meneroka bidang keusahawanan.

Tanpa disedari, hanya segelintir sahaja usahawan melayu yang menonjol dalam masyarakat melayu sendiri. Disebabkan itu juga, maka tidak wujud kelompok yang ghairah membeli rumah kedai, ruang pejabat atau kilang-kilang. Hampir semua orang melayu hanya bercita-cita membeli rumah kediaman tetapi tidak bercita-cita untuk membeli rumah kedai.

Adakah fenomena tersebut merupakan suatu kegagalan sistem pendidikan kita? Dimanakah silapnya sistem pendidikan kita? Sistem pendidikan mungkin tidak salah tetapi kesilapan kita terletak didalam dasar dan agenda perjuangan bangsa yang tidak jelas dan tidak berpijak di bumi yang nyata. Keusahawanan tidak dijadikan teras budaya bangsa. Perjuangan kita untuk menguasai ekonomi negara hanya berupa retorik intelektual semata-mata.

Ia hanyalah suatu perbualan di seminar, konvensyen dan forum yang penuh dengan kertas-kertas kerja sahaja.

Kita hanya mampu membazirkan wang untuk mengadakan majlis-majlis perbincangan seperti isu-isu tertentu yang membelenggu masyarakat Melayu kita. Kesemua resolusi dan rumusan terkandas dalam bilik menyimpan kertas-kertas kerja. Isi kandungan kertas kerja gagal dilaksanakan untuk menjana ekonomi bangsa Melayu.

Kita takut kehilangan kerusi politik tetapi kita tidak takut kehilangan kerusi ekonomi. “kerusi-kerusi” makanan, perabot, hartanah dan lain-lain perniagaan yang sukar untuk kita tandingi dan rebut. Akhirnya semua kerusi tersebut dimenangi dan dibolot tanpa pertandingan.

Bagaimanakah untuk mencari huraian kepada masalah ini?

Sila berkunjung dan melihat sendiri kawasan-kawasan di negara jiran kita. Biarpun ianya kecil tetapi masyarakat melayu disana mampu mengusahakan perniagaan servis kenderaan, kedai optik, kedai barang perhiasan emas, kedai kasut, pakaian, elektronik, hartanah pencakar langit dan lain-lain perniagaan yang sukar kita lihat di Singapura milik Melayu kita. Pemimpin-pemimpin Melayu dari parti yang memerintah hanya sekadar bunga di taman, mereka tidak mampu untuk melakukan sepenuhnya untuk memajukan masyarakat Melayu sepenuhnya.

Mohd Saifullah b Hj Dolmat
Ketua Penerangan Gpms Melaka

posted from Bloggeroid

Jumaat, 21 Februari 2014

SJM Pendidikan & Kepenggunaan 2014 di SMK Paya Rumput.

SJM Pendidikan & Kepenggunaan 2014 di SMK Paya Rumput.
Teruskan perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air.
Belajar terus Belajar. .






posted from Bloggeroid

Khamis, 20 Februari 2014

Perspeksi tuntutan PBS kacamata Gpms Melaka

Saya menerima luahan sahabat seorang guru yang menceritakan tugas-tugas guru masakini:
Guru-guru perlu menghadap komputer berjam-jam lamanya untuk memasukkan pelbagai jenis data dalam pelbagai jenis perisian komputer seperti SAPS, SMM, APDM, SSDM, SSDM-A, SPPPBS, NILAM, ESPLG, e-Dat, e-Operasi, Hrmis, e-Perolehan, dan lain-lain lagi. Memasukkan segala maklumat pelajar juga di bawah tanggungjawab guru-guru. Malahan guru-guru juga telah menjadi pegawai kesihatan di sekolah. Guru-guru jugalah yang menimbang berat pelajar dan mengira BMI untuk setiap pelajar, menganalisis dan merekodkannya pada setiap bulan.
Dengan adanya sistem PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) pula, beban tugas guru semakin bertambah. Kekurangan masa dan kelemahan sistem yang disediakan termasuklah masalah akses sistem PBS. Kerja-kerja PBS seperti membina instrument sendiri, menanda, menyemak, menyusun dan memasukkan data ke dalam sistem di mana melibatkan 160 orang pelajar bagi setiap 216 soalan. Masalah paling besar ialah semasa ingin memasukkan 160 band pelajar ke dalam sistem. (160 X 216 = 34,560 data). Selepas dimasukkan dalam sistem, guru-guru terpaksa menggeledah fail untuk memasukkan latihan untuk semua pelajar. Jadi bayangkan berapa banyak data dan masa harus diambil untuk menyiapkannya?
Sistem sedia ada pula tidak mesra pengguna dan kerapkali menghadapi 'internal error'. Tak cukup dengan ini semua, guru2 juga perlu membuat pelbagai kerja2 perkeranian, kerja pemfailan, pengisian pelbagai jenis data, penandaan, pengisisan data dan penyusunan beratus latihan PBS, majlis dan aktiviti rasmi sekolah, kursus, mesyuarat, penandaan buku latihan, kelas tambahan dan bermacam bagai lagi. Di sekolah juga guru-guru berhempas pulas menyiapkan kerja-kerja ko-kurikulum, mengisi data, terlibat dalam AJK kecil untuk pelbagai jenis program, menjalankan kelas tambahan dan lain-lain lagi, di rumah juga kerja terpaksa disambung sampai ke pagi.
Ada nak tambah lagi? Ya, memang ada banyak lagi tugas-tugas yang saya tak larat nak masukkan di sini. Sehinggakan kalangan guru merasakan dengan pelbagai tugasan ini, bilakah masanya untuk guru-guru ini nak membuat persediaan untuk masuk mengajar dan menjadi pendidik yang efektif? Bukankah ini yang sepatutnya menjadi fokus utama para guru? Seelok-eloknya janganlah dibebankan guru-guru dengan tugas yang tiada kaitan dengan profesion perguruan. Yang mana tiada kaitan dengan guru-guru jangan ditugaskan kepada guru. Betulkah begini?
Kenalan-kenalan guru dari negara-negara maju seperti Singapura, Korea Selatan, Jepun, Jerman dan juga USA sendiri “tabik hormat” dengan kalangan guru-guru Malaysia melihatkan beban tugas yang ditanggung mereka. Segala tugas diletakkan di atas bahu seorang insan yang menggalas profesion guru di Malaysia. Tugas guru adalah mengajar dan mendidik anak-anak bangsa kita, bukannya banyak dihabiskan masa untuk menaip. Kerja-kerja menaip seeloknya diserahkan kepada kerani. Ataupun, kerajaan perlu mengambil lebih ramai kakitangan sokongan termasuklah mengambil kalangan graduan berjumlah berpuluh ribu yang masih menganggur di luar sana menggalas tugas sebagai pembantu guru.
Hakikatnya, saya percaya semua orang lebih gemar jika guru-guru yang diambil untuk mendidik anak-anak bangsa kita adalah dinilai berdasarkan kebolehan mengajar, kreativiti, keinginan semula jadi ingin mengajar dan bukanlah meletakkan profesion guru sebagai pilihan kedua selepas masih tidak mendapat kerja melalui jurusan yang diambil. Ini baru cerita guru-guru di sekolah-sekolah seluruh tanah air kita. Bagaimana pula dengan pensyarah-pensyarah kolej serta universiti? Saya percaya, kisah yang lebih kurang sama juga dapat didengari? Semoga Kementerian Pelajaran mendengar luahan guru-guru ini dan mengambil titik tengah bagi memartabatkan agenda pendidikan negara ke aras yang lebih tinggi.Gunakan pendekatan yang bijak dan jangan menjadi diktator dengan melabel tuntutan mereka untuk menjatuhkan kerajaan. Ingat tanpa guru tidak akan lahir seorang Menteri dan jasanya umpama lilin membakar diri.

Belajar terus Belajar

Mohd Saifullah b Hj Dolmat
Ketua Penerangan Gpms Melaka

posted from Bloggeroid

Pandangan Presiden GPMS tentang PBS

GPMS mohon MENTERI PELAJARAN mencerminkan sifat seorang demokrat dalam menangani PBS. PEGAWAI KPM TERLALU cepat melabel perhimpunan guru pada 22 Februari sebagai langkah mahu menggulingkan kerajaan, itu tomahan terlalu simplified untuk melindungi kelemahan pegawai dan ada pula yang sudah terhutang budi pada YTL lalu bersifat melindungi kepentingan YTL. Menteri menjadi dahan berpaut kepada guru supaya mereka tidak mencari sokongan pembangkang. Arwah Dato' Razali semasa menjadi Timbalan Menteri disayangi oleh guru lebih dari sayang mereka kepada Dato' Hisham kerana sebagai bekas guru, dia senantiasa mendampingi guru. Kami dimaklumkan bahawa semasa zaman Musa Hitam, setiap bulan, beliau secara bergilir makan malam secara bersantai dan bermuzakarah dengan 20 ke 30 orang wakil dari pelbagai persatuan guru untuk memahami masalah guru. GPMS mohon MENTERI mengikuti hujah-hujah perhimpunan 22 Februari dengan minda yang terbuka lagi objektif untuk mendapat maklum balas dan bukan menghukum guru yg mahu bersuara.

Laporan kajian Inmind dapati +/- 60pn komuniti guru @ Selangor marah kerajaan dan sekarang propembangkang. Dengan isu PBS-YTL ia akan jadi lagi membara. Semoga KPM akan segera tangani dengan bijak dan 'tertib'.
Jika pegawai KPM terus menjenamakan pejuang PBS sebagai hendak menjatuhkan kerajaan lalu mendiskriminasi mereka, akhirnya nanti mereka akan tiada pilihan untuk terus menentang kerajaan.

Semoga YB MENTERI dapatlah 'jinakkan' mereka dan bawalah bermuzakarah hati ke hati.

Jais Abd Karim
Presiden
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)



posted from Bloggeroid

SJM Pendidikan & Kepenggunaan di SMK Ayer Molek












Perkongsian Ilmu melalui SJM Pendidikan & Kepenggunaan 2014 di SMK Ayer Molek dgn kehadiran seramai 135 org pelajar Tingkatan 5.
Syukur alhamdulillah disambut Pengetua sekolah, Tn. Hj. Mazlan yg sangat baik dan Guru Kaunselor, Cikgu Jasmi & Cikgu Zaidah ..

posted from Bloggeroid

Rabu, 19 Februari 2014

SJMP Kepenggunaan di SMBPI Selandar Melaka







SJM Pendidikan Kepenggunaan di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), Selandar Melaka.
Lebih 320 pelajar terlibat. Tahniah kepada kepimpinan Gpms Negeri Melaka Mohd Marwan Abu Kasim dan Pengarah program saudara Ramzul Iklas. Belajar terus Belajar

posted from Bloggeroid

Renungan buat pejuang sistem pendidikan

Ucapan YDP PIBG yg menyentuh hati.......

" .......negara Jepun yg tewas dlm perang dunia kedua, bangkit menjadi negara maju dalam masa yg singkat. Begitu juga Korea yg musnah kerana perang saudara juga bangun dan telah mengalahkan Jepun dalam beberapa aspek! Negara kita Malaysia...masih terkial-kial mencari identiti dan solusi khasnya terhadap bidang pendidikan! ........"

Aku fikir ada benarnya! Selepas merdeka ada sekolah aliran Inggeris, sekolah tersebut dihapuskan dan dijadikan sekolah aliran Bahasa Kebangsaan, kerana konon nak mertabatkan bahasa Melayu...kemudian tukar pulak Matematik Sains dlm Bahasa Inggeris (PPSMI)....kerana alasan istilah Sains banyak dlm bahasa Inggeris...kemudian dihentikan PPSMI...tukar pulak MBMMBI....import guru dari India ajar bhs Inggeris.....sebelum tu panggil peacecorps dari USA ajar BI.....apa yg berlaku dalam masa dua bulan, bukan murid kita yg mahir BI, tetapi mat salih tu yg pandai cakap melayu! Tukar menteri, maka bertukarlah polisi! Nama kementerian pun telah bertukar bbp kali. Mula2 Kementerian Pelajaran, lepas tu tukar Kementerian Pendidikan, lepas tu tukar Kementerian Pelajaran semula! Yg terkini tukar balik kpd Kementerian Pendidikan! Banyaknya ringgit yg dibelanjakan utk menukar2 tu tak dapatlah nak dihitung! Dulu diperkenal 6 anjakan pendidikan, bagai nak rak guru2 diarah menghafal setiap ayat....kemudian tukar menteri baru, kena hafal pulak 5 polisi baru.....sekarang ada pulak pppm, diarah hafal pulak 3 gelombang, 5 aspirasi perubahan, 6 aspirasi murid, 11 anjakan....dan macam2 lagi... Ironinya bidang pendidikan negara semakin merudum! Sistem pentaksiran pula ditukar konon tidak mahu fokus kpd akademik semata2.,,tambah 3 lagi aspek pentaksiran....sistem komputer pulak yg sepatutnya mempercepatkan proses menjadi lambat hingga guru2 terpaksa berjaga ke 3 pagi.....kisah guru bangun jam 3 pagi ini telah menjadi bahan ketawa rakan2 guru dari negara jiran......

Yang menyentuh hati ialah...hingga kini...kita masih terkial2 mencari identiti dan solusi! Sedang negara jiran yg dulunya mundur, kini telah jauh di hadapan. Vietnam umpamanya, ibarat pelari yg berjaya memintas laju tanpa menoleh lagi ke belakang!
Produk pendidikan kita juga terkial2 tidak menjadi.....murid2 semakin tidak beradab, ajaran agama makin terpinggir drp hidup mereka....di sekolah, masalah2 disiplin tidak berubah, bahkan semakin bertambah kronik! Peraturan2 disiplin sekolah masih menggunapakai pekeliling tahun 50-an.... Kalau diubahpun, ia diubah kpd yg lebih teruk dan tidak membantu membuat penambahbaikan....
Agaknya sistem pendidikan kita terlalu di "politik" kan serta di"business" kan.... Bila politik dan business mencampuri sebarang urusan...maka akan punah-ranahlah urusan itu! Ini kerana politik dan business lebih menjurus kpd kepentingan diri, parti, kroni dan kompeni! Perlantikan org2 yg diamanahkan memegang kuasa akhirnya dipilih lebih berdasar kpd kroni berbanding kompetensi! Maka kuasa diguna semahunya utk menjaga kepentingan politik dan business tadi mengakibatkan berlaku side-effects yg memudaratkan!
...TPM pun terkejut sorg cikgu kena tanda min 90 helai eviden sehari...dia tanya bila nak marking tu...cikgu km jwp bwk blk rumah..lepas tidorkan anak tidorkan suami br mula marking...dia terkejut.mcm dia baru tau kena buat mcm tu...bila tunjuk file yg segala mak nenek tu lg dia confius...ni file apa, yg ni plak utk apa...hehehe br dgr sejam dah pening...kalau dia mai turun buat sekali mau masuk spital kot
Ni citer dr kwn di smk presint 8..yg menteri turun pantau pbs ;-)

Sekadar renungan buat pejuang pendidikan di Malaysia. ..



posted from Bloggeroid

Mari didik hati dengan kesabaran

Bagaimana rasa kita bila mulut yang pernah kita suap tiba-tiba menggigit kita? Atau bila seorang yang lemah lembut kononnya datang hendak membantu kita tetapi punya seribu satu rencana rahsia untuk menjatuhkan kita? Atau dia yang begitu memuji memuja bvila berhadapan mata tetapi menikam dengan belati umpatan dan celaan ketika di belakang kita? Atau kita berdepan dengan “pelakon” handalan yang pandai sekali bermuka-muka tetapi penuh dengan strategi dan dendam untuk menghancurkan keperibadian atau karier kita? Jawabnya… JANGAN MARAH!

Kemarahan kita kepada seseorang akan memudaratkan kita sendiri lebih daripada orang yang kita marahkan. Justeru, memaafkan adalah langkah yang paling baik – bukan sahaja untuk orang lain tetapi untuk diri kita sendiri. Ertinya, memaafkan orang lain samalah seperti memaafkan diri sendiri. Diri kita akan menjadi lebih tenang, ceria dan stabil apabila memaafkan ’musuh-musuh’ kita.

Menurut ajaran Islam kemarahan berasal daripada syaitan, dan syaitan berasal daripada api. Api itu panas dan membakar. Bahangnya akan menyebabkan pertimbangan hati, akal dan perasaan kita tidak seimbang – sepertimana molekul cecair atau gas apabila dipanaskan. Malah, ada kesan biologi yang negatif apabila kita marah – degupan jantung, aliran darah, retina mata dan rembesan hormon berubah daripada biasa. Muka menjadi merah, telinga menjadi panas, gigi serta bibir mengetap… Benarlah seperti yang dianjurkan oleh Imam Ghazali apabila seseorang itu marah ” pandang betapa hodoh wajahmu di muka cermin!”

Namun, siapakah yang tidak pernah marah? Marah itu sebahagian daripada sifat tabi’e manusia. Tanpa marah, manusia bukan manusia lagi. Justeru, marah itupun satu anugerah. Dengan adanya sifat marah, timbullah semangat mempertahankan diri, keluarga bahkan agama. Ringkasnya, marah itu ada yang terpuji, ada yang dikeji. Marah yang terpuji bila sesuai pada tempat, sebab dan keadaannya.

Bila agama dikeji, kita mesti marah. Ketika itu jika kita tidak marah, Allah akan marahkan kita. Sebaliknya, bila diri peribadi kita yang dikeji, dianjurkan supaya bersabar. Ini soal personal. Memaafkan, lebih utama. Sayangnya, hal yang sebaliknya selalu berlaku. Bila agama dikeji, kita selamba. Bila diri dikeji, marah kita seakan menggila.

Bagaimana kita boleh menteladani Sayidina Ali r.a. yang masih mampu membezakan ’jenis’ marahnya di saat kritikal? Ketika dia diludah oleh musuhnya sewaktu hendak memancung kepala musuh tersebut, Sayyidina Ali tiba-tiba berhenti justeru merasakan marahnya bukan lagi atas semangat jihad fisabilillah tetapi oleh kebencian melulu yang lebih bersifat personal.

Termasyhur kata-kata ahli rohani, jika diri dikeji… telitilah, muhasabahlah, apakah kejian itu sesuatu yang benar dan tepat? Jika benar dan tepat, kejian itu mesti dilihat sebagai ’teguran’ daripada Allah melalui lidah manusia. Koreksi dan perbaikilah diri segera. Namun sekiranya kejian itu tidak benar, apa hendak dirisaukan? Bukan manusia yang menentukan mudarat dan dosa. Biarkan ia berlalu, jangan takut kepada orang yang mencerca!

Namun itu tidak bermakna kita jumud hingga merelakan diri untuk sewenang-wenaangnya diperkotak-katikkan. Kesabaran perlu diiringi kebijaksanaan. Tabah bukan mendedahkan diri untuk difitnah. Tanganilah, hadapilah, kejian yang salah dengan cara yang betul. Hadapi emosi sipengeji yang panas berapi dengan kepala sedingin salji.

Jadikanlah kemarahan itu sebagai ’pekerja’ dan diri kita sebagai ’majikan’nya. Biarlah marah yang bekerja untuk kita, bukan kita yang bekerja untuknya. Jadi, mula-mula, tuluskanlah marahmu hanya kerana Allah semata. Kemudian luruskanlah marah itu pada jalan yang dibenarkan-Nya sahaja. Kemudian uruskanlah marahmu mengikut kadar dan batasnya…

Jadikanlah marah umpama api di dapur hatimu. Panasnya, biar berpadanan. Jangan terlalu kecil, hingga tindakan mu kelihatan ’mentah’. Jangan pula keterlaluan hingga peribadimu hangus terbakar!

posted from Bloggeroid

Selasa, 18 Februari 2014

Himpunan kata hebat pejuang syahid



Himpunan Kata-kata Hebat Pejuang Syahid Masa Dulu

Hari ini admin berkongsi kata-kata yang mengegar dada dan mampu mengoncang hati walaupun tika tidur lena.



Siapakah Gerangan Mereka Pada Hari Ini?

Harun Al-Rasyid - Dinasti Abbasiyyah
Saifuddin Qutuz - Dinasti Mamluk
Salahuddin Al-Ayyubi - Dinasti Ayyubi
Muhammad Al-Fateh - Dinasti Uthmaniyyah

————————————————————————————————————————
“Saya tidak berbangga dengan hasil yang bukan saya rencanakan sebagaimana saya tidak menyesal dengan usaha dan rencana yang saya lakukan bersungguh-sungguh walaupun hasilnya gagal.” – Harun Al-Rasyid.

Harun Al-Rasyid merupakan khalifah yang menjadikan dunia Islam sebagai pusat rujukan dan gedung ilmu. Bukan sekadar itu, beliau juga yang meningkatkan perkembangan ekonomi, pendidikan, sosial serta pertadbiran empayar.

————————————————————————————————————————
“Wahai kaum Muslimin, aku akan pergi berperang. Sesiapa yang mahu berjihad, ikut aku atau baliklah ke rumah. Tetapi Allah akan memerhatikan kamu. Kehormatan kaum muslimin yang dicabuli akan ditanggung oleh orang yang tidak mahu pergi berjihad.” – Saifuddin Qutuz.

Ucapan ini dikeluarkan oleh Sultan Saifuddin ketika mana dunia Islam mengalami krisis setelah kejatuhan Dinasti Abbasiyyah. Disusuli oleh kerajaan-kerajaan Islam yang lain sehinggakan dunia Islam semakin hilang di dunia. Umat Islam mula ketakutan dengan pasukan Mongolia. Sultan Saifuddin menyelamatkan keadaan tersebut dan menjadi pencetus kebangkitan Islam.

————————————————————————————————————————
“Aku minta kuat, Allah berikan kesulitan untuk dihadapi. Aku minta keberanian, Allah berikan bahaya untuk diatasi. Aku minta nikmat, Allah berikan peluang. Aku tidak minta apa-apa, tetapi aku menerima apa yang aku perlukan.” – Salahuddin Al-Ayyubi.

Salahuddin Al-Ayyubi membebaskan Jerusalem dari cengkaman pasukan salib yang zalim terhadap orang Islam. Malah ketika pasukan Salib merampas Jerusalem untuk pertama kalinya, semua penduduk dibunuh sehinggakan darah naik ke paras buku lali. Namun, Salahuddin tidak berbuat demikian setelah mendapatkan Jerusalem. Malah, memberikan perlindungan kepada orang Kristian dan pasukan Salib.

————————————————————————————————————————
“Jika ayahanda fikir ayahanda masih seorang khalifah, menjadi kewajipan ayahanda untuk turun ke medan perang. Tetapi sekiranya ayahanda memandang saya sebagai khalifah, maka saya perintahkan ayahanda untuk turun berjuang.” Muhammad Al-Fateh.

Muhammad Al Fateh Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun.

Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:

“Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera.

Belajar terus Belajar

posted from Bloggeroid

Perjumpaan Ketua Penerangan Gpms seluruh Negara





Perjumpaan Ketua Penerangan Gpms ini adalah untuk melahirkan generasi gpms yang celik it di samping memberi ruang kepada ahli-ahli untuk berkongsi idea bagi menjana peluang yang ada aplikasi semua kemudahan yang ada dalam media baru.

Belajar terus Belajar

posted from Bloggeroid

Temuduga

T/DUGA TERBUKA GOLD COAST WATER CITY (M) S/B : PADA 20/2/14 (KHAMIS), JAM 9.00AM. PELBAGAI JAWATAN DITAWARKAN. SILA HADIR & BAWA RESUME BESERTA SIJIL KE JOBSMALAYSIA, ARAS 4, UTC MELAKA. SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI 06-2880001.

Hari Pertama Skuad Jelajah Motivasi dan Kepenggunaan GPMS





Langkah pertama skuad jelajah motivasi dan Kepenggunaan oleh Gpms Negeri Melaka di Sek. Men. Keb. Kem Terendak. Tahniah kpd saudara   Pengerusi Gpms Melaka Mohd Marwan Abu Kasim dan Pengarah Program Ramzul Iklas Alias . 

Harap adik-adik manfaatkan ilmu yang ada. 

Gunakan kuasa kita sebagai pengguna..

"Belajar terus Belajar"

KENYATAAN MEDIA GPMS BERHUBUNG HINDRAF YANG MENDESAK PM LETAK JAWATAN









KENYATAAN MEDIA GPMS BERHUBUNG HINDRAF YANG MENDESAK PM LETAK JAWATAN DAN MELABEL PM SEBAGAI PENIPU


GPMS MENGUTUK KERAS TINDAKAN PENGERUSI HINDRAF, P. WAYTHA MOORTHY YANG MENDESAK PERDANA MENTERI MALAYSIA MELETAK JAWATAN DAN MELABELKAN PM SEBAGAI PENIPU.

DESAKAN HINDRAF ITU TIDAK MASUK AKAL. INI ADALAH TINDAKAN ‘ORANG YANG KECEWA’ KERANA PERMINTAAN MEREKA YANG KONONNYA TIDAK DIPENUHI. P WAYTHA MOORTHY MESTI WARAS, PM BUKAN HANYA MENJAGA MASYARAKAT KAUM INDIA SAHAJA MALAHAN SEMUA KAUM YANG ADA DI MALAYSIA.

KEPENTINGAN MASYARAKAT INDIA PERLU DILIHAT LEBIH MENDALAM, BUKAN SAHAJA YANG BERADA DI BAWAH HINDRAF MALAHAN DI MANA-MANA SAHAJA.

DI MALAYSIA, KITA HIDUP DI DALAM NEGARA YANG BERBILANG KAUM, PERLU ADA KOMPROMI. BUKAN MUDAH UNTUK MEMUASKAN HATI SEMUA PIHAK. PERMINTAAN ORANG MELAYU PUN ADA YANG DITOLAK ATAU TAK DIPENUHI, TETAPI KAMI TIDAK BIADAP ATAU KURANG AJAR DENGAN PEMIMPIN NEGARA DEK KERANA PERMINTAAN KAMI TIDAK DITURUTI. KAMI MASIH ADA RASA HORMAT TERHADAP PEMIMPIN.

GPMS TURUT MENDESAK P. WAYTHA MOORTHY UNTUK MEMOHON MAAF KEPADA PM DAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA KERANA MELABELKAN PM SEBAGAI PENIPU. TINDAKAN MOORTHY INI AMAT KURANG AJAR DAN TIADA BUDI BAHASA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA.

ADIB ANAS
KETUA PENERANGAN GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS)

Isnin, 17 Februari 2014

RESPON PEMIMPIN GPMS TERHADAP KEMPEN JOM BAWA BEKAL KE SEKOLAH



"Kempen 'Jom Bawa Bekal Ke Sekolah' : Sedap, menepati citarasa, cegah keracunan, bersih, mengurangkan beban ibubapa, berjimat, merasa makanan air tangan keluarga dan bernutrisi tinggi."
(Jais Abdul Karim, Presiden GPMS)


"Kesempatan bersama pelajar-pelajar dalam siri ceramah Skuad Jelajah Motivasi Pendidikan Kepenggunaan sebentar tadi, saya cuba mengambil masa untuk bertanya mengenai pelajar-pelajar yang membawa bekal dan berbelanja di kantin. Rumusan yang dibuat, kebanyakkan pelajar datang dari keluarga (ibubapa) yang bekerjaya. Wang diberi untuk membeli makanan di kantin pada waktu rehat. Ibubapa tidak sempat untuk menyediakan hidangan pagi tetapi makanan tambahan seperti susu dan vitamin disediakan oleh ibubapa untuk anak-anak. Pada saya 'Kempen Pelajar Bijak Berbelanja' lebih sesuai berbanding 'Jom Bawa Bekal Ke Sekolah'."
(Mohd Marwan Abu Kassim, Pengerusi GPMS Negeri Melaka)


"Kita perlu adakan kempen minum air putih dan bawa bekal air putih ke sekolah. Anak-anak Cina minum berbotol-botol air putih semasa P&P. Minum air segar minda dan otak cergas. Anak-anak Melayu kurang minum air lalu menyebabkan mereka mengantuk dan otak letih. Kesan daripada kempen 'Jom Bawa Bekal Ke Sekolah' kita terpaksa berhadapan dengan pengusaha kantin yang majoritinya Melayu. Mereka ini akan mengambil sikap memerangi GPMS dan bakal menganggap GPMS ganggu periuk nasi mereka. Bersediakah kita nak hadapi serangan ni? Kedua, ramai juga Ahli GPMS sebagai pengusaha atau pekerja kantin sekolah. Adakah mereka akan membisu?"
(Nor Halmey Hamdah, Pengerusi GPMS Negeri Perlis)


"Saya berpendapat bahawa kempen 'Jom Bawa Bekal Ke Sekolah' ada pro dan kontranya. Pronya adalah dalam peningkatan kos sara hidup, idea ini sangat bertepatan dalam usaha mendidik pelajar-pelajar dan ibubapa untuk berjimat cermat, mendapat nutrisi yang seimbang, dan sebagainya. Kontranya, kempen ini secara tidak langsung akan memberi kesan 'sinis' atau tersirat bahawa masyarakat akan berhadapan dengan kegawatan atau masalah ekonomi dalam masa terdekat. Adakah ianya merupakan isyarat ke arah itu?"
(Adib Anas, Ketua Penerangan GPMS)


"Pada saya kempen ini tidak membantu dari segi usaha-usaha kerajaan mengerakkan ekonomi di peringkat IKS dan mikro. Saya melihat dari sudut tindakan dan peranan kerana dalam kerajaan laungkan model ekonomi baru seterusnya meningkatkan pendapatan isi rumah daripada RM24 ribu setahun ke RM96 ribu setahun, maka usaha ini sekiranya berjaya akan merencatkan pertumbuhan dan yang terjejas bukan setakat pengusaha kantin, tetapi pengusaha sayur, pembekal ikan, retailers dan lain-lain supply chainDari sudut ekonomi, akan menjejas peluang pekerjaan. Di pihak ibubapa pula, terpulang bagaimana ia mengawal perbelanjaan anak-anak mereka."
(Ahmad Izani Ab Ghani, Pengerusi GPMS Negeri Terengganu)


"Saya sokong kempen 'Jom Bawa Bekal Ke Sekolah'. Walaupun hujah Tuan Pengerusi GPMS Negeri Terengganu itu benar, tetapi kempen ini hanyalah satu kempen kesedaran tentang kebaikan membawa bekal, tanpa memaksa atau mewajibkan anak-anak sekolah membawa bekal. Seperti kata Tuan Pengerusi GPMS Negeri Melaka, kebanyakkan ibubapa masa ini bekerjaya dan tidak punya banyak masa untuk sediakan makanan sebagai bekalan kepada anak-anak. Setidak-tidaknya, mungkin sehari atau dua hari dalam 5 hari tempoh persekolahan, sudah cukup untuk menyahut kempen ini. Namun, saya paling setuju dengan cadangan kempen minum air kosong yang dicadangkan Tuan Pengerusi GPMS Negeri Perlis, itu lebih relevan dan berkesan bagi kesihatan dan kecergasan anak-anak di sekolah, Melayu khususnya."
(Mohd Faizal Zulkifly, Ahli Majlis Tertinggi GPMS)


"Kempen GPMS membawa bekal ke sekolah ? Kebanyakan pelajar pada tahun-tahun 1960-an hingga 1970-an membawa bekalan makanan dari rumah ke sekolah. Jika diteliti, terdapat banyak kebaikan membawa bekalan makanan dari rumah ke sekolah. Antara kebaikan yang dimaksudkan adalah dari segi kualiti makanan, kebersihan makanan dan penjimatan wang. Seperkara yang nyata ialah makanan yang disediakan dari rumah adalah lebih berkualiti serta berkhasiat. Manakala makanan yang disediakan di kantin mengandungi bahan perisa yang tinggi. Kandungan perisa makanan ini akan menjejaskan kesihatan seseorang. Tambahan pula, di kantin juga terdapat banyak bahan makanan ringan yang kurang berkhasiat. Bekalan makanan yang disediakan oleh ibu di rumah seperti nasi lemak dan sebagainya pasti lebih seimbang dan berkualiti. Secara perbandingan, makanan yang disediakan di rumah lebih bersih. Lumrahnya, ibu atau bapa yang menyediakan makanan sendiri akan mementingkan aspek kebersihan ketika menyediakan makanan. Sering terdapat kes keracunan makanan menimpa yang makan di luar. Dengan kata lain, membawa bekalan makanan dari rumah akan mengelakkan diri daripada menjadi mangsa keracunan makanan. Membawa bekalan dari rumah juga menjimatkan wang seseorang pelajar. Ibu bapa boleh berjimat kerana dapat membeli bahan masakan mentah untuk dimasak sendiri. Wang yang dijimatkan itu boleh digunakan untuk tujuan lain seperti membeli bahan bacaan dan membayar yuran peperiksaan awam kelak. Jelaslah bahawa membawa bekalan makanan dan minuman dari rumah ke sekolah menguntungkan ibu bapa dan pelajar. Tindakan ini harus diamalkan oleh pelajar demi kesihatan diri dan menjimatkan wang hasil daripada titik peluh ibu bapa. Bawalah bekalan makanan dan minuman dari rumah ke sekolah pada setiap hari supaya kesihatan terjamin dan boleh berjimat cermat."
(Mohamad Saifullah, Ketua Penerangan GPMS Negeri Melaka)


Untuk rujukan layari blog GPMS Kebangsaan : Klik Sini

Ahad, 16 Februari 2014

PRESIDEN GPMS SERANG RUMAH TERESA KOK


Berikutan tindakan penyebaran video CNY Teresa Kok yang telah menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak , satu pertubuhan NGO telah menyatakan bantahan mereka semalam.

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung GPMS di ketuai oleh presidennya sdr Jais Abdul Karim telah hadir ke rumah Teresa Kok petang bagi menyerahkan nota bantahan mereka.Namun memandangkan beliau tidak berada di rumah kerana di maklumkan sedang bercuti sempena Sambutan Tahun Baru , kumpulan terbabit telah bergerak ke Pusat Khidmat Ahli Parlimen tersebut di Sri Desa Ent Park dan menyerahkan nota bantahan secara rasmi pada 2.30 petang semalam.

Berikut adalah nota bantahan yang di serahkan oleh pihak GPMS kepada Teresa Kok ,

 *NOTA BANTAHAN*

4 FEBRUARI 2014


YB. TERESA KOK,


KAMI INGIN MENYATAKAN DENGAN JELAS KEMARAHAN TERHADAP VIDEO YANG DIBUAT
OLEH ANDA SENDIRI TEMPOHARI YANG TERNYATA MENGHINA PARA PEMIMPIN NEGARA DAN 
ORANG MELAYU SEBAGAI KESELURUHAN DI NEGARA INI.


PERKATAAN "MALAI SII LEY AAHHH" ITU JELAS DIFAHAMI KAMI SEBAGAI "MELAYU 
DAH MATI DAH" MERUPAKAN SATU LUAHAN YANG AMAT KURANG AJAR DAN TIDAK
BERADAB.

SEBAGAI SEORANG YANG BERHORMAT DI TANAH MELAYU INI, ANDA PERLULAH
MENGETAHUI BANYAK PERKARA TENTANG BUDI BAHASA DAN ADAT ISTIADAT ORANG MELAYU. 

KECETEKAN FIKIRAN DAN KEBODOHAN ANDA AMATLAH MENGHAIRANKAN ! IANYA
MEMANG DENGAN SENGAJA BERTUJUAN UNTUK MENGHINA KAUM MELAYU DI NEGARA INI.
TINDAKAN ANDA INI JUGA MENGUNDANG BAHAYA PERGADUHAN KAUM DI NEGARA INI.


SEHUBUNGAN ITU, KAMI INGIN MENYATAKAN SEKERAS-KERAS BANTAHAN TERHADAP VIDEO TERSEBUT SECARA KESELURUHAN DAN MENDESAK ANDA UNTUK MENARIK SEMULA VIDEO
 TERSEBUT SERTA MEMOHON MAAF KEPADA SEMUA UMAT MELAYU DI NEGARA INI DALAM TEMPOH 24 JAM MULAI JAM 3 PETANG INI. 

KAMI TIDAK AKAN BERKOMPROMI DENGAN SIKAP RASIS DAN BIADAB SERTA POLITIK MURAHAN YANG SEDANG ANDA MAINKAN INI.


JANGANLAH GELARAN YANG BERHORMAT YANG ANDA SANDANG ITU BERTUKAR MENJADI "YANG 
BIADAB" !


KAMI AKAN MENGGERAKKAN BANTAHAN BESAR-BESARAN DI SELURUH NEGARA DAN AKAN MENGAMBIL TINDAKAN YANG LEBIH KERAS SEKIRANYA ANDA GAGAL 
BERBUAT DEMIKIAN.


JAIS ABDUL KARIM
PRESIDEN GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS)
MEWAKILI SEMUA UMAT MELAYU DI SELURUH NEGARA.

Berdasarkan pemerhatian setelah jam 3.00 petang , pihak YB Teresa Kok tidak menarik balik video yang di hasilkan serta tidak ada permohonan maaf di buat.

Sebaliknya Teresa Kok di lihat membuat satu laporan polis seperti mana kenyataan di bawah ,


Apakah isu ini akan terus berlarutan ? Memandangkan semua pihak kini sudah menyatakan pandangan serta pendapat masing-masing dan kertas siasatan polis pun telah di buka maka adalah sebaiknya semua pihak meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pihak Polis untuk melakukan siasatan seterusnya menyelesaikan insiden yang mampu mencetuskan kekacauan.


Untuk mengenali pages presiden Gpms Kebangsaan boleh lawati blog beliau di http://jaisabdkarim.blogspot.com/

Untuk mengenali Gpms kebangsaan boleh lawati blog di http://gpms1948.blogspot.com/

Untuk Pages Gpms Kebangsaan https://www.facebook.com/gpmsyes