Jumaat, 31 Mei 2013

Relevankah Parti Tunggal ?




Cadangan daripada pemangku presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn yang mencadangkan UMNO menggerakkan usaha menjadikan BN sebagai parti tunggal .(http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130527/po_01/Parti-tunggal-perlu-diperhalusi). Dengan alasan UMNO merupakan parti tunjang dalam BN. Saya amat tidak bersetuju sekiranya UMNO itu dibubarkan dan diserap kedalam BN sebagai parti tunggal. Isu penting yang dilihat mengapa perlunya parti tunggal ini, ialah membentuk parti yang tidak berasaskan kaum supaya dapat menyatukan semua kaum di Malaysia. Tetapi mengapa harus UMNO yang memulakan langkah awal ini? Tidakkah kita sedar selama ini NGO kaum cina dan parti politik cina yang paling kuat kiasunya sehingga menimbulkan kesulitan untuk menyatukan rakyat Malaysia. Sepatutnya kaum cina yang perlu membuka hatinya untuk menerima kaum lain dalam masyarakat mereka. Mengapa masih mengharapkan parti Melayu?


Kita lihat sahaja betapa NGO yang memperjuangkan pendidikan cina. Mereka mahu kaum cina diajar dalam bahasa cina. Mahu guru dari kaum cina. Tidak menggalakkan anak masyarakat cina bersekolah disekolah kebangsaan atas alasan bahasa. Sudah generasi ke-empat pelajar masyarakat cina di Malaysia ini masih ada masalah bahasa?? Semasa cadangan sekolah wawasan (SJK (C), SJK(T) dan sekolah kebangsaan dalam satu kawasan), siapa yang paling kuat menentang kalau bukan NGO kaum cina. Ini semua memperlihatkan betapa NGO cina ini begitu kuat sikap kecinaannya dan tidak mahu bergabung dengan kaum lain. Begitu kuat sikap kiasu mereka. Mereka yang perlu berubah, bukan melayu. 


Dalam politik, kita lihat betapa kuatnya sikap kiasu dan semangat perkauman orang cina. Mereka sanggup menyokong DAP hanya kerana DAP berkempen menolak ketuanan melayu . Mereka tidak mahu berkongsi kuasa seperti dalam BN. Mereka mahu menguasai kerajaan. Mengapa tidak mahu berkongsi? Rasanya hampir semua tuntutan mereka dah di beri oleh kerajaan. Tapi disebabkan sikap kiasu mereka menolak perkongsian kuasa. PRU13 menjadi saksi terhadap betapa kiasunya mereka demi menangguk di air yang keruh.


Dalam perniagaan, lihat betapa semangat kecinaan ini membenam peniaga-peniaga melayu. Pemborong-pemborong cina memberikan harga yang lebih mahal kepada peniaga melayu, tetapi dengan peniaga cina dengan harga yang murah. Kenapa tidak mahu bersikap sama rata dalam hal seperti ini, seperti yang dilaungkan oleh DAP “kesamarataan”. Siapakah ahli politik cina yang pernah memperjuangkan untuk menghentikan sikap double standard pemborong cina ini? Tiada. Mereka mahu meneruskan seperti itu kerana ia memberi kelebihan kepada kaum mereka. Mengapa mahu bercakap tentang kesamarataan sedangkan kaum cina sendiri tidak pernah mengguna pakai konsep kesamarataan dalam hidup mereka.


Pemangku presiden gerakan mahu UMNO dibubarkan sedangkan membiarkan DAP terus berkuasa sebagai parti kaum cina. Jaminan apakah yang mampu diberikan sekiranya BN menjadi parti tunggal masyarkat cina akan kembali sokong BN? sedangkan dalam PRU13 kita dapat lihat undi kaum cina “swing” hampir 100% kerana semangat kiasu. Selama ini pun kaum cina memberi undi kepada BN bukan kerana suka BN, tetapi kerana ada parti cina dalam BN yang boleh menjaga kaum cina. Kenapa tidak berikan cadangan semua parti kaum cina dibubarkan dan masuk kepada parti melayu. PAS sudah merintis jalan menerima orang bukan islam/melayu kedalam PAS melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Kenapa tidak mahu memberi cadangan DAP dibubarkan dan masuk PAS atau PKR untuk memperlihat mereka bukan rasis. Kenapa mahu UMNO dibubarkan? UMNO yang didukung oleh sebahagian besar umat melayu itu dicadangkan pembubarannya. Seolah-olah tidak mahu melihat melayu itu bersatu, biar cina sahaja yang bersatu.


Hujah saya diatas bukan untuk menyemai sikap benci kaum cina, tetapi untuk menunjukkan kaum ini perlu membuktikan keikhlasan mereka sebagai rakyat Malaysia. Mereka yang paling banyak menentang usaha merintis jalan pembentukan bangsa Malaysia. Bukalah pintu hati itu, terima kaum lain dalam masyarakat kerana keikhlasan, bukan kerana keuntungan yang bakal diraih. Kalau perpaduan itu diwujukkan hanya kerana keuntungan sahaja, kalau tidak ada keuntungan tidak mahu perpaduan, itu tidak ikhlas namanya. Mereka yang patut berubah. Melayu sudah banyak bekorban demi keikhlasan, kini tiba giliran mereka pula untuk berkorban demi menunjukkan keikhlasan.

Bersatulah Melayu !

Pulau Pandan jauh ketengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik, dilupakan juga

Ketua Penerangan Gpms Melaka
Mohd  Saifullah B Hj Dolmat


Selasa, 28 Mei 2013

Dilema Perjuangan Melayu



Satu persoalan muncul apakah kita harus menjadi pejuang bangsa atau pejuang agama?

Kedua-dua soalan ini jelas menunjukkan semacam ada satu dilema (kalau tidak pun satu konflik) antara memperjuangkan Islam dengan Melayu di kalangan kita. Soalan ini sangat menarik untuk diangkat menjadi satu persoalan, justeru mungkin ini antara satu faktor Yang menyumbang ke arah perpecahan bangsa Melayu Islam masa kini.

Persoalan ini bukan sahaja telah dijadikan bahan polemik di kalangan ahli akademik, bahkan ia juga kerap dijadikan modal politik oleh parti-parti yang bersaing dan bertanding dalam pilihan raya. Misalnya, kerap kita dengar hujah yang mengatakan Islam itu agama manakala Melayu itu satu bangsa. Oleh kerana itu, perjuangan Islam sifatnya adalah lebih global berbanding perjuangan Melayu yang bersifat sempit

Maka menurut golongan tersebut memperjuangkan Islam jauh lebih relevan daripada memperjuangkan Melayu. Tidak kurang pula ada kumpulan yang beranggapan bahawa perjuangan Melayu adalah perjuangan yang bersifat‘asabiyah qaumiyah’ dan itu adalah warisan jahiliyah. Sebaliknya, bagi mereka yang memperjuangkan bangsa pula beranggapan bahawa apa yang mereka perjuangkan adalah tidak bertentangan dengan Islam kerana Rasulullah s.a.w. juga secara tidak langsung memartabatkan kedudukan bangsa Arab sewaktu memperjuangkan Islam dahulu.


Dari sini timbullah kumpulan yang selalu dilabel sebagai pejuang nasionalis dan pejuang Islam. Ada yang menggunakan label agama ada yang menggunakan label bangsa. Masing-masing mengaku bahawa perjuangan merekalah yang lebih tepat. Maka atas dasar itu berlakulah pertarungan yang sengit yang tidak habis-habis walaupun hakikatnya kedua-dua kumpulan adalah seagama dan sebangsa.

Siapa yang lebih Islam dan siapakah yang lebih Melayu? Dari sini timbullah krisis pemikiran dan tindakan yang muncul dalam pelbagai isu yang datang bertimpa-timpa antaranya manakah soal yang lebih penting fardu ain atau fardu kifayah, kerohanian atau pembangunan, hudud atau pendidikan, ‘ritual’ atau ‘substance’, tudung di kepala atau iman di dada, ekonomi atau akhlak, hafiz atau teknokrat syariat atau syiar dan macam-macam lagi.

Terlepas daripada pola fikiran berasaskan kepentingan diri dan puak, kita sepatutnya boleh melihat persoalan ini dari dimensi yang lebih harmoni dan realiti. Realitinya, dalam konteks negara Malaysia, hubungan Islam dan Melayu sebenarnya sangat sinonim.

Definasi Melayu dalam status perundangan menampilkan tiga ciri asas yakni, beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan istiadat budaya Melayu. Jadi ini dengan sendiri meletakkan Islam sebagai satu ciri dalam jati-diri Melayu. Dengan kata yang lain, jika seseorang “membuang” lslamnya, maka secara automatik boleh dikatakan dia hilang bukan sahaja nilai-nilai keislamannya tetapi juga sifat-sifat kemelayuannya.

Oleh itu dalam konteks Malaysia khususnya, secara mudah kita boleh mengatakan yang “Melayu itu Islam” dan “Islam itu Melayu’.Sungguhpun begitu ungkapan ini tidak relevan di peringkat antarabangsa kerana di dunia ini ada banyak bangsa lain yang beragama Islam seperti Arab, Turki, Kurdi, Monggol dan lain-lain.

Meskipun ada di kalangan orang Melayu yang telah meminggirkan nilai dan syariat Islam dalam kehidupan mereka, tetapi itu bukanlah alasan untuk menafikan keislaman mereka justeru selagi mereka masih mengakui beragama Islam, maka keislaman mereka tidak boleh ditolak. Pengakuan lahiriah mereka ini hendaklah diterima dan diiktiraf, manakala apa yang lebih tersirat dan hakikat (yang tersembunyi di dalam hati) adalah hak Tuhan untuk menentukannya.

Rasulullah s.a.w. pernah memarahi Sayidina Khalid al-Walid r.a. yang telah membunuh sekelompok orang yang lidahnya masih mengucap kalimah syahadah. Islam hanya menghukum yang zahir, manakala yang batin, serahkan kepada Tuhan yang Maha Mengetahui.

Jika demikian, hukum yang sama boleh juga dipakai buat kelompok Melayu yang sudah meninggalkan adat istiadat bangsanya dalam kehidupan seharian mereka. Mereka tidak sepatutnya dituduh hilang sifat kemelayuannya hanya dengan memakai ketayap (ala Arab) ataupun topi (ala Barat). Yang penting selagi mereka masih mengakui bahawa mereka berbangsa Melayu maka mereka masih dikira orang Melayu.

Malah dalam konteks ini makna Melayu sendiri memungkinkan suku bangsa lain boleh menjadi Melayu. Kacukan India Melayu, Arab Melayu, jawa, Bugis, Banjar dan sebagainya telah lama diterima sebagai ‘orang Melayu’ kerana memeluk Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan adat dan budaya Melayu.

Jika kita boleh menerima definisi dan sikap yang lebih toleransi seperti di atas, maka secara praktiknya seharusnya tidak ada konflik antara bangsa dan agama di kalangan orang-orang Melayu di Malaysia. Jika ada pihak yang memperjuangkan Melayu, maka mereka boleh dikatakan memperjuangkan Islam dan begitu jugalah jika ada pihak yang memperjuangkan Islam, maka mereka juga boleh dikatakan memperjuangkan Melayu.

Kita sewajarnya sedar bahawa antara isi perjuangan Islam ialah untuk membela kaum yang lemah dan memberi keadilan kepada semua tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan warna kulit. Kebetulan di Malaysia bangsa yang lemah ialah bangsa Melayu. Dan keadilan yang hendak ditegakkan pula meliputi semua bangsa (Cina, India, Sikh) dan semua agama (Kristian, Budha, Hindu).

Kita juga sedar bahawa memperjuangkan Melayu bererti membela nasib mereka di sudut ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lain dengan tidak menafikan hak kaum lain untuk sama-sama menikmati “kek” ekonomi, status sosial dan tahap pendidikan yang baik. jika demikian di mana konfliknya antara perjuangan agama dan bangsa? Bukankah kedua-duanya mengarah kepada matlamat yang serupa?

Oleh yang demikian, tidak kira yang mana dahulu, sama ada memperjuangkan Islam dahulu atau Melayu dahulu, hakikatnya sasaran perjuangan kita adalah sama – orang Melayu Islam. Tidak kira perjuangan kelompok matia yang akan berjaya, maka orang Melayu Islam juga yang akan mendapat manfaatnya. Tetapi malangnya sehingga kini mengapa hasil perjuangan kedua-dua kelompok agama mahupun “kelompok bangsa” kita dapati orang Melayu Islam di Malaysia masih ketinggalan?

Kenyataan ini nampaknya telah diakui oleh kedua-dua belah pihak. Sehingga kini, pemimpin kedua-dua kelompok tidak habis-habis mengeluh yang bangsanya atau umatnya masih haprak di sudut rohani dan material. “Melayu masih tidak berubah sikap,” keluh seorang pemimpin bangsa.

“Umat Islam masih jumud,” kata seorang pemimpin agama. Hasilnya kedua-dua pihak terus bertelagah dan saling salah-menyalah antara satu sama lain yang kononnya keberhasilan perjuangan mereka telah diganggu oleh kelompok yang satu lagi.

Sebagai metafora, jika diumpamakan keadaan orang Melayu seperti sebuah kereta rosak, maka tentulah kereta itu akan bergerak juga jika ia ditolak oleh kedua-dua puak kerana walau apapun jua yang dinamakan ke atas kereta itu (sama ada “Melayu-Islam” atau “Islam-Melayu”) bukankah itu adalah kereta yang sama? Lainlah halnya jika kereta itu ditolak ke arah yang berlawanan. Tetapi ini tidak mungkin berlaku kerana seperti yang ditegaskan sebelumnya, perjuangan memartabatkan bangsa tidak bertentangan sama sekali dengan perjuangan memertabatkan agama.

Bukankah ketinggian ekonomi, kecanggihan teknologi sekaligus kemurnian rohani yang digembar-gemburkan oleh pejuang bangsa adalah juga yang diwar-warkan oleh pejuang agama? Inilah hasanah fid dunya dan hasanah fil akhirah yang dinyatakan dalam doa yang termaktub dalam ajaran agama. Dan inilah juga isi wawasan keramat berserta cabaran-cabarannya seperti telah menjadi agenda bangsa dan negara?

Jelas, ‘kereta’ sedang ditolak ke arah yang sama. Soalnya kenapa pergerakannya terlalu lembab? Malah kadangkala semacam tidak bergerak langsung? Ya, mungkin wujud perbezaan cara dan gaya perjuangan kedua kelompok, tetapi tidak mungkin wuiud perbezaan dari segi hala dan tujuannya.

Rentetan itu tidak dapat dielakkan lagi jika ada pihak yang mula mempersoalkan, apakah benar kedua-dua pihak sedang memperjuangkan apa yang mereka dakwa agama ataupun bangsa itu? Atau ada ‘hidden agenda’ lain yang sedang diperjuangkan menggunakan label agama atau label bangsa.

Maksudnya, ‘kereta’ dalam metafora di atas tidak ditolak langsung, tetapi ada ‘kereta lain’ yang sedang ditolak secara sembunyi-sembunyi. Sejarah manusia tidak pernah sunyi dengan kemunculan “mujahid gadungan” atau “patriot badut” yang menggunakan baju bangsa atau jubah agama bagi memperjuangkan kepentingan diri dan puak. Asabiah bangsa dan fanatik agama adalah dua produk utama bila Islam dan Melayu diperalatkan untuk memburu matlamat diri dan kelompok.

Jadi musuh kita yang sebenar bukanlah nasionalis bangsa atau fundamentalis agama, tetapi puak “perutis” – mereka yang berjuang atas kepentingan perut! Mereka ini tidak mahu melihat Islam dan Melayu bersatu kerana perpaduan dengan sendirinya akan menggugat kepentingan mereka. Mereka akan berusaha habis-habisan untuk mengaut kepentingan diri dengan “kefanatikan” agama atau bangsa mereka dan akan terus menyerang lawan mereka seolah-olah tidak ada lagi jalan damai sampai hari kiamat. Perbezaan kedua-duanya sudah dianggap terlalu jauh – seperti jauhnya langit dengan bumi. Mereka lupa bahawa langit dan bumi akan sentiasa berhubung dengan turunnya air hujan yang menjadi sungai, awan, laut dan pelangi. Sedangkan kita optimis, ‘batu api’ yang ada di pihak pejuang agama ataupun pejuang bangsa akhirnya akan tersisih. Tunggulah biduk lalu, kiambang akan bertaut!

Sebenarnya hubungan Islam dengan Melayu adalah hubungan simbiotik yang menguntungkan kedua-duanya, Islam adalah hidayah manakala bangsa adalah fitrah yang kedua-duanya datang dari Allah. Tuhan menjadikan bangsa untuk proses ‘litarrafu’ (berkenalan) dan Islam untuk menyelamat dan menyatukan.

Malah takrif Melayu yang begitu “terbuka”, sifatnya menyebabkan bangsa Melayu bersifat alami dan sangat sinonim dengan Islam yang juga bersifat demikian. Sejarah Melayu sendiri telah membuktikan betapa pernah wujud keserasian yang begitu unik antara Melayu dengan Islam pada zaman keagungan empayar Melayu Melaka. Faktor Islam telah memberi satu upaya yang begitu tinggi dalam proses pembinaan tamadun rohani dan material kesultanan Melayu Melaka yang begitu dikagumi oleh Eropah, India dan China.

Islam telah memberi nafas baru bukan sahaja kepada kedudukan ekonomi dan politik bangsa Melayu, malah bahasa Melayu telah diresapi istilah-istilah Islam yang telah mengalami satu anjakan paradigma dan ‘re-engineering sebagai bahasa pengantar dalam bidang falsafah, teknologi, kesusasteraan dan lain lain. Ketika itu kedudukan Islam mula diperkukuhkan dan di sebarkan ke seluruh alam Melayu apabila Sultan dan rakyat memeluk Islam dan pada masa yan sama bangsa Melayu mula mendapat kekuatannya hasil pegangan mereka terhadap ajaran Islam.

Bangsa Melayu hampir-hampir mendapat gilirannya sebagai bangsa pembina empayar dengan Islam selepas bangsa Arab, Turki dan Mongol jika tidak diserang oleh gerakan salibiyyah Portugis, Belanda dan Inggeris akibat kemorosotan pegangan mereka terhadap Islam.

Sepatutnya tidak wujud konflik langsung antara keinginan untuk menjadi Muslim yan sejati dengan Melayu yang tulen. Islam adalah ‘content’ dan Melayu boleh disifatkan sebaga ‘container’. Islam harus menjadi teras dan sendi yang menjadi tunjang dan pengimbang dalam usaha membangunkan bangsa. Islam atas sifatnya yang sejagat mengambil kira faktor setempat aspek budaya, adat kebiasaan dan lain-lain elemen kelaziman untuk menegakkan syariat dan nilainya dalam diri sesuatu bangsa.

Para ulama, umara, budayawan dan teknokrat Islam sejak awal-awal lagi telah memanfaat hubungan yang simbiosis ini dalam membangunkan budaya, berpakaian, makan-minum, senibina, keintelektualan, kesusasteraan dan lain-lain. Hingga dengan itu titik perbezaan antara agama dan bangsa dapat dikurangkan ke tahap paling minimum.

Ketegasan di aspek akidah misalnya tidak menyekat lansung kefleksibelan Islam di aspek-aspek yang boleh ditolak-ansurkan. Dalam berpakaian, wanita Islam Melayu telah menegakkan hukum menutup auratnya dengan tudung dan baju kurungnya. Begitu juga seorang lelaki Muslim begitu segak dengan identiti Melayunya – bersongkok dan berbaju Melayu sekaligus menampilkan imej kesopanannya menurut ajaran Islam. Sebenarnya banyak lagi contoh yang boleh dipaparkan bagi membuktikan bahawa Islam dan Melayu boleh ditegakkan secara bersepadu.

Cubalah kita kaji dan selidik sedalam dalamnya (tentunya dengan sifat lapang dada nescaya kita akan dapati banyak titik-temu antara Islam dan Melayu dalam khazanah se jarah lampau, mahupun dalam zaman-zaman yang mendatang. Langkah inilah yang tela pernah dilakukan dengan penuh ketulusan dan kesabaran oleh Rasuluilah saw dalam merubah bangsa Arab.

Selain akidah dan beberapa amalan jahiliyah yang jelas menyimpang, Rasulullah terus mengekalkan banyak tradisi dan amalan umat Arab yang baik-baik. lni juga telah diteladani oleh ulama, umara dan ummah silam pada era empayar Melayu Melaka, jadi kenapa kita tidak mengikut jalan yang sama? Kenapa begitu sukar kita temui titik-temu Islam dan Melayu? Apakal masalah sebenarnya, pada Islam, pada Melayu atau pada diri kita sendiri?




Salam Perjuangan !!!

Belajar Terus Belajar !

Ketua Penerangan Gpms Melaka
Mohd Saifullah Bin Hj Dolmat

Mengenal pelopor korporat Melayu Syed Mukhtar Al Bukhary

Mengenal pelopor korporat Melayu Syed Mukhtar Al Bukhary 


Hasil daripada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, tokoh ini merupakan simbol anak Melayu yang berkebolehan di dalam bidang korporat yang dapat memimpin beberapa konglomerat besar serta dikenali berjiwa dermawan.
Tan Sri Syed Mokhtar, anak kepada pasangan Syed Nor Albukhary dan Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat, anak jati Alor Setar ini dilahirkan pada tahun 1951.
Sikap beliau yang komited dengan mengamalkan disiplin yang tinggi dan cekal dalam setiap usahanya sehingga membuahkan hasil terutamanya mengeluarkan diri dan keluarga dari kepompong kemiskinan.
Billionair Melayu ini, walaupun tidak mempunyai pendidikan formal di peringkat tinggi, ternyata beliau luas dalam pengalaman hidup terutama jatuh bangun dalam perniagaan yang menjadi gurunya sehingga dicatatkan sebagai Melayu terkaya di negara ini.
Bermula dari menjual produk ternakan, pengangkutan lori dan beras, beliau mengorak langkah menceburi bidang peruncitan, perkapalan, pembinaan, logistik, pembuatan, pertahanan dan perbankan, sehingga melebarkan sayap perniagaan ke Arab Saudi dan juga Jordan.
Pada tahun 1996, beliau menubuhkan Yayasan Albukhary yang kini termasyhur sebagai sebuah badan kebajikan bagi membantu golongan miskin dan kurang berkemampuan. Difahamkan, setiap tahun lebih 20 ribu pelajar telah mendapat faedah tuisyen percuma yang dianjurkannya. Di samping itu juga, beliau menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dengan mewujudkan Muzium Kesenian Islam dan membina berpuluh masjid di seluruh negara.
Begitu juga dengan kewujudan Kompleks Albukhary bernilai lebih RM400 juta di Alor Setar, Kedah, menempatkan rumah anak yatim dan warga emas, hospital dan pusat dialisis yang semuanya diberikan percuma kepada golongan kurang berkemampuan.
Kecintaan Tokoh Maal Hijrah 1429 Hijrah ini terhadap ilmu jelas sekali apabila beliau menyediakan Biasiswa Albukhary kepada pelajar miskin yang cerdik daripada 47 buah negara yang umat Islamnya adalah kumpulan minoriti untuk melanjutkan pengajian di peringkat tinggi serta membina Universiti Antarabangsa Albukhary bernilai RM500 juta.
Hasil perkongsian hidup bersama Puan Sri Sharifah Zarah Albukhary, beliau mengecapi kebahagiaan dengan dikurniakan seramai empat orang cahaya mata.
“Beliau tidak pernah melihat dirinya seorang yang kaya kerana prinsip beliau ialah manusia ini hamba Allah dan Allah Yang Maha Kaya. Segala usaha, pelbagai dugaan serta cabaran dilalui sejak lebih 40 tahun lalu baginya adalah rezeki Allah dan rezeki itu dikongsi bersama lebih daripada 67 ribu tenaga kerjanya.”
Jasa dan bakti beliau terus mendapat pengiktirafan dan penghargaan daripada pelbagai pihak atas sumbangannya menerusi sektor perdagangan dan korporat, juga kebajikan menerusi yayasan.
Lantaran ketokohan beliau dalam bidang pengkoporatan dan kemasyarakatan serta khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara, beliau dianugerahkan Tokoh Melayu Terbilang 2009.
Berikut profil beliau:

A. PENGENALAN

Nama : Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
Tarikh Lahir : 1951
Tempat Lahir : Alor Setar, Kedah
Nama Isteri : Puan Sri Sharifah Zarah Albukhary
Bil. Anak : 4 orang (dua lelaki, dua perempuan)
Pendidikan : Sekolah Saint Michael, Alor Setar
Nama bapa : Syed Nor Albukhary
Nama ibu : Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat

B. PENGLIBATAN AWAL PERNIAGAAN

1971 : Perniagaan daging di Alor Setar
1972 : Perniagaan Pengangkutan Lori (Syarikat Pengangkutan Sentosa)
1974 : Membeli rumah kedai pertamanya, di Jalan Telok Wan Jah, Alor Setar
1975 : Menubuhkan Syarikat Shah
1976 : Syarikat usahasama, Bukhary Sdn. Bhd, Jalan Telok Wan Jah, Alor Setar
1977 : Bukhary (KL) Sdn. Bhd., Jalan Pahang, Kuala Lumpur
1978 : Menyertai delegasi Pernas ke Pesta Perdagangan Canton, China
1979 : Syarikat Susu Mas Sdn. Bhd.
: Amtek Holdings
: Amtek Shoes
: Amteks Garment Sdn.Bhd.
: Oriental Garments Uniform Division
: Bukhari Shipping
: Bukhary Development

C. SYARIKAT BERKEPENTINGAN

1. Malaysia Mining Corporation (MMC)

1. Pelabuhan Tanjung Pelepas
2. Johor Port
3. SMART (Stormwater Management and Road Tunnel)
4. Lapangan Terbang Senai
5. Malakoff Corporation
6. Gas Malaysia
7. MMC Oil & Gas Sdn Bhd
8. Tepat Teknik
9. Recycle Energy
10. Aliran Ihsan Resources
11. Zelan Construction
12. IJM
13. MMC-Gamuda (JV)
14. Intergrated Rubber Corporation
15. Kramat Tin Dredging
16. MMC – Saudi Binladin Group – Jazan Economic City
17. 1,030,000 m3/day Shuaibah independent water and power plant – Arab Saudi
18. 200,000 m3/day water desalination plant – Algeria
19. Central Electricity Generation Company – Jordan
20. Dhofar Power Company – Oman

2. DRB-Hicom Berhad

1. Alam Flora Sdn. Bhd.
2. Automotive Corporation (Malaysia) Sdn. Bhd.
3. Continental Automotive Instruments Malaysia Sdn. Bhd.
4. DRB-HICOM Information Technologies Sdn. Bhd.
5. EON Bank Berhad
6. Edaran Modenas Sdn. Bhd.
7. Edaran Otomobil Nasional Berhad
8. Glenmarie Cove Development Sdn. Bhd
9. Glenmarie Golf & Country Club
10. HICOM Communications Sdn. Bhd.
11. HICOM Diecastings Sdn. Bhd.
12. HICOM Engineering Sdn. Bhd.
13. HICOM Network Services Sdn. Bhd.
14. HICOM Properties Sdn Bhd
15. HICOM Teleservices Sdn. Bhd.
16. HICOM United Leasing Sdn Bhd
17. HICOM-Chevrolet Sdn. Bhd.
18. HICOM-Gamuda Development Sdn. Bhd.
19. HICOM-Teck See Manufacturing Malaysia Sdn. Bhd.
20. Holiday Inn Glenmarie Kuala Lumpur
21. Honda Malaysia Sdn. Bhd.
22. Horsedale Development Berhad
23. Imatex Sdn Bhd
24. Isuzu Malaysia Sdn Bhd
25. KL Airport Services Sdn. Bhd.
26. Kenyir Lakeview Resort
27. Kenyir Splendour Berhad
28. Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd.
29. Proton City Development Corporation Sdn. Bhd.
30. Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Sdn. Bhd.
31. Rebak Island Marina Berhad
32. Rebak Marina Resort
33. Scott & English (Malaysia) Sdn. Bhd.
34. Scott & English (Malaysia) Sdn. Bhd.
35. Scott & English Electronics Sdn. Bhd.
36. Suzuki Malaysia Automobile Sdn. Bhd.
37. Suzuki Motorcycle Malaysia Sdn. Bhd.
38. USF-HICOM (Malaysia) Sdn. Bhd.
39. Uni.Asia General Insurance Berhad
40. Uni.Asia Life Assurance Berhad

3. Tradewinds Corporation Berhad

1. Tradewinds Hotels and Resorts Sdn Bhd;
2. InterContinental Hotels Group – Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur
3. Hilton International – Hilton Batang Ai Longhouse Resort, Sarawak, Hilton Kuching, Hilton Petaling Jaya dan Meritus Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi
4. Mutiara-TCB Hotel Management Sdn Bhd – Hotel Istana Kuala Lumpur, Mutiara Burau Bay Beach Resort, Langkawi, Mutiara Johor Bahru dan Mutiara Taman Negara, Pahang

D. SUMBANGAN YAYASAN ALBUKHARY

Sumbangan Dalam Negara

(i) Kompleks Albukhary yang kemudiannya dinamakan Pusat Kecemerlangan Sharifah Rokiah merangkumi;
a) Pusat Dialisis dan Hospital Albukhary
b) Hostel Albukhary
c) Masjid Albukhary
d) Pusat Pendidikan Masyarakat
e) Pusat ‘Pondok’ Moden
f) Rumah Anak-anak Yatim Albukhary
g) Pusat Kanak-kanak Istimewa
h) Pusat Jagaan Warga Emas
i) Souq Albukhary dan pasar basah
j) Universiti Antarabangsa Albukhary (kemasukan pertama dijangka pada 2010)
(ii) Biasiswa Albukhary kepada pelajar miskin (terutama pelajar negara OIC ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
(iii) Tuisyen Albukhary (tuisyen percuma) kepada pelajar miskin seluruh negara
(iv) Program Tahunan, Bantuan Uniform Sekolah kepada pelajar miskin
(v) Kursi Albukhary di Fakulti Seni bina dan Rekaan Alam, UIAM
(vi) Membina Muzium Kesenian Islam (muzium terbesar di Asia Tenggara yang memaparkan hasil seni Islam)
(vii) Membina dan membaik pulih masjid seperti Masjid Negara, Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang dan Masjid Albukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur
(viii) Membina Institut Al-quran, Kuala Lumpur
(ix) Sumbangan bagi pembinaan Blok Menara, Universiti Terbuka Wawasan, Pulau Pinang
(x) Sumbangan bagi pembinaan kampus tetap Universiti Tunku Abdul Rahman, Kampar, Perak
(xi) Sumbangan / pembiayaan dalam bidang sukan dan rekreasi seperti Malaysian Lawn Bowls Federation, ekspedisi solo Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir ke Antartika dan Datuk Malik Mydin, rakyat Malaysia pertama berenang di Selat Inggeris
(xii) Membina Ibu Pejabat Yayasan Jantung Negara, Kuala Lumpur
(xiii) Membina Pusat Hemodialisis di Kangar, Perlis dan Johor
(xiv) Membina Ibu Pejabat Yayasan Budi Penyayang, Pulau Pinang
(xv) Membina Pusat Pemuliharaan – Warisan & Seni Islam
(xvi) Membiayai orang Islam miskin menunaikan haji
(xvii) Sumbangan kepada Projek Langkawi (dana pendidikan luar bandar anjuran MCA)

Sumbangan Peringkat Antarabangsa
(i) Sumbangan kepada Oxford Centre for Islamic Studies, United Kingdom
(ii) Sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Lebanon
(iii) Sumbangan bagi pembinaan kampus baru Darul Uloom Islamic Academy, Brisbane, Australia
(iv) Sumbangan kepada mangsa gempa bumi Sichuan, China
(v) Program Anak-anak Yatim Albukhary di Daerah Nanggroe, Aceh, Indonesia
(vi) Albukhary Rehabilitation Centre, misi kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi Bam, Iran
(vii) Albukhary Care Centre, Battagram, pusat latihan vokasional dan akademik di Pakistan
(viii) Schevenezia Software Technologies, pengajian teknologi maklumat kepada pelarian Afghanistan dan rakyat Pakistan
(ix) Sumbangan kepada Shaukat Khanum Memorial Cancer Hospital and Research Centre, Lahore
(x) Sumbangan bagi pembinaan bangunan utama universiti, Sarajevo School of Science dan Technology dan pengukuhan Economics and Good Governance Fellowship
(xi) Sumbangan bagi pembinaan Saidina Abubakar Hospital and Training Centre, Kampala, Uganda (mencegah penularan HIV/Aids)
(xii) Membeli dan mengubahsuai Cantray House, Afrika Selatan – pusat intelektual dan kefahaman Islam
(xiii) Membeli dan mengubahsuai Sir Herbert Baker Society’s Heritage Church kepada The Jumu’a Mosque, Cape Town, Afrika Selatan
(xiv) Street Kids Welfare Programme, Mitchel’s Plain, Cape Town, Afrika Selatan
(xv) Baikpulih Masjid Mohiyudheen, Payyannur, Kerala, India dan Masjid Al-Rahma, Azhikode, India
(xvi) Islamic Studies Programme, Le High University, Pennsylvania, United States of America

E. ANUGERAH / PENGHARGAAN / PINGAT YANG DIPEROLEHI
(i) Tokoh Maal Hijrah 1429H oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong
(ii) Panglima Setia Mahkota (Tan Sri) – Persekutuan
(iii) Dato’ Setia Mahkota Kedah (Dato’) – Kedah
(iv) Pencalonan ‘Top 20 Progressive Asians’ oleh majalah World Business (20 Mei 2007)
(v) Muzium Kesenian Islam – IRCICA Award daripada OIC Research Centre for Islamic Culture & Art (2003)
(vi) Muzium Kesenian Islam – Montblanc Arts & Patronage Award daripada Paris-based Montblanc Cultural Foundation (2003)
(vii) ‘Malaysia’s Chosen One’ – Majalah Time (2002)

Menyelami Revolusi Mahasiswa Melayu

Menyelami Revolusi Mahasiswa Melayu 


MENYELAMI REVOLUSI MAHASISWA MELAYU

Adam Adli telah mengumumkan pada rakyat Malaysia bahawa dia telah memilih jalan raya sebagai jalan terakhir utuk menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia lebih daripada 50 tahun. Daripada negara yang masih bertatih selepas kemerdekaan, kerajaan Barisan Nasional telah menukar Malaysia sebagai gergasi asia negara industri dunia. Dan kerajaan inilah yang diimpikan oleh Adam Adli untuk digulingkan. Maka, apakah impian revolusi baru di Asia Tenggara ini mampu dilunaskan oleh Adam Adli, Anwar Ibrahim and the gang?

Apakah faktor-faktor di Malaysia sudah mencukupi untuk Anwar Ibrahim memulakan sebuah revolusi? Berjaya atau tidak, itu belakang kira. Di sini pentingnya sejarah untuk kita pelajari. Ada beberapa buah revolusi dunia yang memanggil saya untuk diceritakan kepada kalian. Kita harus menyelami sejarah revolusi dunia, dan bagaimana revolusi itu terjadi.

Kita bermula dengan sejarah silam. Sebuah revolusi yang dicatat sebagai antara revolusi terbesar yang pernah dunia lihat. Sebuah revolusi yang telah mengumpulkan 3 juta rakyat untuk menggulingkan Dinasti Han di China, pada penghujung zaman kejatuhan Han, dan antara fasa peralihan Dinasti Han kepada Zaman Tiga Kerajaan sebelum Dinasti Jin mengambil alih tampuk pemerintahan negara yang terlindung oleh banjiran Tibet dan Lautan Pasifik.

Mari kita kaji “Yellow Turban Rebellion”, yang merupakan revolusi pertama dalam sejarah dunia menjadikan warna sebagai lambang revolusi, yang kemudian kita dapat melihat percubaan revolusi yang sama berlaku di Malaysia iaitu BERSIH. Masing-masing menjadikan warna kuning sebagai lambang revolusi mereka. Ya, the colour revolution telah bermula awal sejak pada kurun kedua selepas masihi.

Yellow Turban Rebellion berlaku pada zaman pemerintahan Emperor Ling. Diceritakan bahawa pada penghujung pemerintahan Han. Pada saat hujungnya umur Dinasti Han, dikatakan rakyat menderita. Maharaja Ling dan beberapa orang Maharaja sebelum itu. Tetapi kita mesti ingat, bercambahnya perasaan tidak puas hati ini sebenarnya sudah lama. Kalau dirujuk pada sejarah, ada beberapa faktor yang menjadi pencetus kepada antara revolusi terbesar dalam sejarah dunia ini.

Ketika zaman-zaman terakhir pemerintahan Han, sang Maharaja banyak dipengaruhi oleh sida-sida yang menjadi penasihat istana. Mereka galak membuat sesuka hati mereka. Pegawai-pegawai kerajaan akan dipancung kepala sekiranya bersuara untuk rakyat. Maharaja pula malas mahu memerintah, menyerahkan urusan negara kepada sida-sida. Malah, ketika bencana alam dan epidemik berlaku di dalam negara, Maharaja Han terakhir tidak pun PEDULI untuk membantu rakyat bahkan CUKAI DINAIKKAN DENGAN SESUKA hati. Orang ramai menderita.

Tetapi ingat… penderitaan ini bukannya sekadar setahun dua, tetapi berlaku puluhan tahun sampai RAKYAT LEBIH SUKA UNTUK MATI PERJUANGKAN HAK MEREKA daripada DUDUK DI DALAM RUMAH. Apakah faktor utama kepada revolusi itu anda lihat di Malaysia? Rakyat Malaysia LEBIH RELA MEMILIH KATIL EMPUK atau BERJUANG TANPA TIDUR, MAKANAN dan MUNGKIN HILANG NYAWA? Anda fikir…

Mari kita buka lembaran sejarah, kirta salami satu demi satu revolusi yang berlaku di dunia. Moga fikiran kita akan terbuka. Cadangan saya kita teruskan dengan mengkaji dan belajar mengenai Revolusi EDSA di Filipina. Ini ialah revolusi yang antara yang terpantas menggulingkan kerajaan.

Ada persamaan revolusi EDSA dengan Bersih dan Yellow Turban. Masing-masing menggunakan warna sebagai lambang revolusi mereka. Warna kuning… pengkaji teori konspirasi pasti akan berpendapat bahawa ini ialah agenda Hidden Hand, tetapi di sini bukan tempat untuk kita bicara subjek lain dalam pengkajian teori konspirasi tetapi sekadar analisis jitu dan pembelajaran kita mengenai jenis-jenis revolusi yang menurut saya harus dikenang dan dikaji.




Kembali kepada topik kita, revolusi EDSA. Apa yang menariknya mengenai revolusi EDSA sebenarnya ianya diketuai oleh seorang senator bernama wanita yang bernama Corazon Aquino yang seterusnya menjadi presiden wanita pertama di dunia. Apa yang kita perlu tahu, terdapat banyak persamaan dalam revolusi ini dengan gerakan menggulingkan kerajaan yang sedang dilancarkan oleh Anwar And The Gang.

Siapa yang tidak kenal dengan Presiden Ferdinand Marcos, salah seorang diktator yang terkenal di dunia. Sejarah kediktatoran Ferdinand Marcos bermula apabila apabila pada tahun 1965, Marcos memenangi pilihanraya presiden. Namun 5 tahun di bawah pemerintahan Marcos menyaksikan janji-janji BULAN DAN BINTANG Marcos TIDAK ditunaikan semasa pilihanraya bahkan, Filipina menjunam teruk dalam korupsi dan penindasan. Bilangan mereka yang miskin semakin bertambah, manakala jurang antara orang miskin dan kaya semakin melebar.

Pengal kedua Marcos, dia masih memenangi pilihanraya tetapi dengan tuduhan bahawa Marcos telah menipu pilihanraya. Pengal kedua Filipina di bawah Marcos menyaksikan bahawa negara Filipina dilabelkan antara negara Asia yang paling teruk korupsinya di dunia, rakyat semakin sengsara sehingga tertubuhnya NWA (New People Army). Di mana ketika itu rakyat sudah menderita tersangat di bawah Marcos. Lantas, Marcos menyedari bahawa mungkin dirinya akan kalah pada pilihanraya yang akan datang. Menggunakan kuasa sebagai presiden yang dimilikinya berpandukan perlembagaan Filipina, maka Marcos mengumumkan undnag-undang darurat. Di sinilah bermulanya kediktatoran Marcos. Selama 21 tahun Filipina sengsara di bawah Marcos.

Sehinggalah tiba detik pada pada 1983, suami kepada pemimpin Revolusi EDSA di Filipina ditembak mati oleh Rejim Marcos. Ninoy Aquino merupakan seorang yang sangat menentang pemerintahan Marcos. Ketika dia kembali dari penahanan politik, sebaik sahaja tiba di lapangan tebrang, Marcos telah mengupah orang untuk menembak Ninoy sampai mati. Di sini ialah kemuncak kepada kemarahan rakyat Filipina. Seorang suri rumah akhirnya menjadi penggerak dan pemimpin kepada Revolusi EDSA, iaitu isteri Ninoy sendiri, Corazon Aquino.

Para penjilat punggung Marcos daripada kumpulan tentera dan ahli politik sendiri telah memberi amaran kepada Marcos, dia harus berbuat sesuatu iaitu mengembalikan pilihanraya yang telah dihalangnya selama ini menggunakan undang-undang darurat. Justeru, dunia melihat pilihan raya pertama di Filipina selepas puluhan tahun.

Pada tahun 1985, akibat tidak tahan dengan desakan polis dunia iaitu USA, maka pilihanraya terpaksa dilakukan di Filipina. Corazon Aquino, si suri rumah yang mengetuai revolusi akan bertanding dengan Marcos, si DIKTATOR. Malangnya, pilihanraya ini terdapat unsur penipuan dan kali ini disertakan dengan bukti KUKUH. Bukti kukuh inilah yang telah menarik perhatian presiden USA ketika itu. Ronald Reegan telah mengesa agar Marcos berundur. Namun, Marcos tetap berdegil.



Kemuncak kepada pemerintahan Marcos ialah orang kanan Marcos akhirnya mengumumkan meletak jawatan. Mereka kemudiannya akan dilantik menjadi Ketua Polis oleh presiden Aquino. Kemudian, mesej telah disebarkan kepada seluruh Filipina agar semua rakyat turun ke Epifanio de los Santos Avenue, sebuah yang dikenali sebagai EDSA. Nama revolusi ini diambil daripada nama tempat sebuah tempat di Filipina yang menjadi saksi kepada revolusi ini. Dikatakan sebanyak 1.5 juta orang rakyat telah berhimpun di sana, menyeru Marcos meninggalkan jawatan presiden. Selepas empat hari, Marcos terpaksa akur dan revolusi ini dikenali dunia sebagai revolusi yang paling menjimatkan kos dalam sejarah dunia.

Apa yang saya nampak, pihak pembangkang cuba menggunakan modus operandi yang mahu melihatkan kerajaan BN seakan-akan menipu pilihanraya, dengan bukti-bukti yang di bawa oleh mereka yang kemudiannya dibuktikan sebagai palsu oleh kerajaan dan banyak page pro-BN. Mereka cuba mewujudkan Corazon Aquino kedua di Malaysia. Selepas itu, mereka cuba memohon bantuan Amerika, mahu mewujudkan situasi yang sama apabila presiden Amerika mengencam rejim Markos. Lihat sahajalah facebook Obama dispam oleh cina DAP yang tidak mengenal erti bersyukur. Malangnya, Obama tidak melayan mereka sebaliknya mengirimkan ucapan tahniah.

Tetapi ada sesuatu yang membuatkan rancangan pihak PR gagal, iaitu BN bukanlah rejim Marcos. Demokrasi tidak pernah mati seperti mana yang dikatakan oleh pembangkang dan Malaysia di bawah BN semakin hari semakin maju, dengan lambakan pelabur asing masuk, dengan peningkatan GDP negara, dengan pengurangan peratus kemiskinan tegar dan kemiskinan, berbeza sekali dengan Filipina di bawah rejim Marcos. Bahkan, Filipina pada hari ini, yang sudah melalui dua revolusi, iaitu satu lagi revolusi yang dikenali sebagai Revolusi EDSA II, tetap tidak mampu berdiri setanding Malaysia.

Ciri-ciri revolusi yang mahu dibangkitkan oleh Anwar and The Gang yang saya nampak kali ini ialah Reformasi 1998 di Indonesia. Tahukah anda perkataan reformasi yang di bawa oleh Anwar sebenarnya datang daripada Reformasi 1998? Ada sedikit persamaan dalam Reformasi 1998 di Indonesia dengan reformasi yang cuba di bawa oleh Anwar. Mari kita buka helaian sejarah Indonesia.

Ketika pada krisis ekonomi pada 1997-1998, kebanyakan negara Asia di dunia mengalami masalah ekonomi ynag besar. Banyak yang terpaksa melutut di kaki IMF, yang merupakan dalang utama. Antaranya ialah Indonesia, di bawah kepimpinan Presiden Suharto. Malangnya, Suharto telah meranapkan ekonomi Indonesia yang suatu masa dahulu mengatasi Malaysia.

Reformasi di Indonesia ini digerakkan oleh ribuan mahasiswa yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan Suharto. Kompleks Parlimen yang menghimpunkan seluruh wakil rakyat yang dipilih telah di tawan oleh jutaan mahasiswa. Revolusi menggulingkan Suharto ini agak menarik untuk dikaji kerana ianya digerakkan oleh mahasiswa. Di mana selepas jatuhnya Suharto, pemimpin revolusi ini seperti Amen Rais, Gus Dhur dan Megawati Soekarnoputri menjadi presiden Indonesia.

Pemerhatian saya, di mana betapa “genius” seorang manusia bernama Anwar Ibrahim. Dia menggunakan pelbagai modus operandi daripada bebrilang revolusi di dunia dalam perancangannya. Menggunakan elemen warna kuning yang sudah sinonim dengan revolusi di dunia, menuntut beberapa penambah baikkan dalam pilihanraya. Antaranya ialah Dakwat Kekal… ya… Anwar tahu beberapa kelemahan dakwat kekal seperti mana yang berlaku di Iraq dan Afghanistan. DS Najib terpaksa akur kerana takut kehilangan undi, mahu menunjukkan kepada rakyat seberapa demokratik mungkin.

Kemudian, api Revolusi EDSA cuba dibakar. Sumbu sudah disediakan. Maka, Nurul Izzah menjadi hero. Mula mendabik super menjadi superwoman apabila menggemparkan Malaysia apabila mempertikaikan mengapa dakwat kekal boleh dipadam? Sabar… itu baru sahaja permulaan kepada cubaan menjadikan dan menimbulkan faktor yang membawa kepada Revolusi EDSA.

Lalu, ketika mereka tidak dapat menerima kekalahan PRU13. Mereka mula memainkan isu pilihanraya tidak bersih, demokrasi sudah mati, dan blackout. Mahu menggambarkan bahawa Najib seperti Marcos. Mujurlah page-page pro BN seperti Saya Sayang Tun Dr Mahathir dan Friends Of BN berjaya menangkis tuduhan mereka, namun masih ada yang buta hati.

Senjata yang telah meranapkan rejim Suharto di Indonesia cuba digunakan oleh Anwar. Kuasa mahasiswa… maka mahasiswa seperti Adam Adli yang rela dipergunakan oleh Anwar. Malangnya, saya tidak nampak gelombang yang sehebat seperti Reformasi 1998 di Indonesia bakal bermula. Anwar Ibrahim akan gagal… kenapa? Anwar Ibrahim terlupa satu faktor YANG MENJADI PENGGERAK KEPADA REVOLUSI.

Kesengsaraan rakyat… apakah rakyat Malaysia di bawah kerajaan BN benar-benar sengsara? Tanya pada diri anda… saya sisipkan bersama anda tiga kisah Revolusi yang pernah berlaku dalam sejarah untuk ditatap oleh anda. Apakah faktornya ada di sini? Zalimkah BN bila perut anda penuh makanan? 

Berfikirlah MELAYU !


Salam Perjuangan !!!

Belajar Terus Belajar !

Ketua Penerangan Gpms Melaka
Mohd Saifullah Bin Hj Dolmat

Rabu, 15 Mei 2013

Selamat Hari Guru 2013








Tarikh 16 Mei di setiap tahun adalah sambutan Hari Guru yang diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya murid dan pelajar bagi mengiktiraf dan mengenang jasa para cikgu yang telah banyak memerah keringat dan menabur bakti dalam mendidik mereka menjadi pemimpin yang berwawasan di masa hadapan

Setiap tahun,sambutan ‘Hari Guru’ seiring dengan temanya,untuk tahun 2013 ini ia bertemakan ‘satu Aspirasi satu Agenda’ yang membawa huraian maksud seperti berikut




1 ASPIRASI

Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional

1 ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi




1 AGENDA

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara


Belajar Terus Belajar !

Selamat Hari Guru daripada barisan kepimpinan Gpms Negeri Melaka.

Menuntut Jiwa Merdeka MELAYU !





Dr Siddiq Fadil dalam bukunya Melayu Baru menulis - selagi Melayu berjiwa hamba selagi itu kita akan terbenam dalam kancah ketinggalan. Benarkah Melayu masih berjiwa hamba dan dimana kesalahan kita yang terus meletakan Melayu dalam jiwa perhambaan. Ulasan Dr Siddiq dalam bukunya turut mengatakan bahawa salah satu kriteria yang perlu untuk memajukan Melayu ialah dengan pengikisan perasaan jiwa hamba dan memerdekakan diri. Namun sehingga ini antara pra-syarat jiwa merdeka masih belum dilunaskan lagi. Selagi jiwa merdeka itu masih tidak terlaksana maka selagi itu jiwa hamba orang - orang Melayu semakin menebal dan semakin tersorot Melayu dalam era milenia ini.

Kita dengar- kata - kata Dr Burhanuddin Helmy - " di atas robohan kota Melaka , kita dirikan jiwa merdeka" masih susut dari segi percapaiannya. Jiwa kita tidak merdeka - terkongkong dengan sifat - sifat perhambaan yang tidak menggalakkan perubahan lantas kita terkongkong dengan keadaan yang serupa - dari kongkongan feudalism " ke 'raja' an, "kesultanan" kepada kongkongan feudalisma "politik" dan penjajahan dalaman. Ini berlaku dan ini mungkin menjadi penghalang besar yang meletakkan kita masih ditakok lama dalam pencapaian ekonomi - malah tidak salah kalau kita katakan bahawa kita ke belakang.

Menuntut "jiwa merdeka"

Perjuangan menuntut jiwa merdeka tidak akan berjaya selagi kita masih kaku dibelenggu aspek - aspek ketakutan. Kita masih terus takut menuntut hak - takut menyuarakan pendapat - takut menongkah arus dan takut kepada diri sendiri. Adakah budaya - budaya takut ini akan dapat memajukan kita hatta mencapai satu tahap kemerdekaan yang berterusan? Kita dari satu sudut menuntut perubahan Melayu - menuntut perubahan minda - menuntut sikap Melayu Baru tetapi semua - belenggu halangan di ketatkan dan dalam masa yang sama Melayu terus terkongkong untuk tidak menggeleng tetapi mengangguk. Disuruh belari tetapi ditambat kaki. Hari ini negara kita merdeka - namun kemerdekaan yang dituntut tidak disertai dengan ruangan kemerdekaan yang sebenar lantas Melayu terpinggir dengan kemerdekaan kulit yang kebanyakan jiwa kita terkongkong dengan keadaan yang terbentuk dari penjajah - penjajah baru yang menerbitkan budaya perhambaan untuk terus dikekalkan.

Pembebasan diri dari jiwa perhambaan kepada jiwa yang merdeka adalah satu perjuangan yang pasti memerlukan pengorbanan namun kesedaran, bahawa kita belum lagi sempurna merdeka harus ada. Tanpa kesedaran itu maka selamanya kita terus dikongkong - tanpa mengetahui bahawa kita hanyalah hamba kepada pegangan kuasa yang ada dan selamanya akan ber-retorik untuk memperkasakan bangsa. Kesedaran dimana kita sekarang dan kesedaran kedudukan kita berbanding dengan bangsa - bangsa lain perlu kita lihat sebagai alasan yang memerlukan kita untuk berubah - membebaskan diri dari ikatan kongkongan yang ada kepada tahap jiwa yang bebas dan merdeka. Kesedaran harus dibentuk dengan mengakui betapa tercicirnya kita dalam semua bidang - ketinggalan dan kini bangsa kita Melayu terus diperhambat ketepi untuk menjadi penonton kepada pembangunan negara.


Kesedaran dimana kita sekarang dan kesedaran kedudukan kita berbanding dengan bangsa - bangsa lain perlu kita lihat sebagai alasan yang memerlukan kita untuk berubah - membebaskan diri dari ikatan kongkongan yang ada kepada tahap jiwa yang bebas dan merdeka. Kesedaran harus dibentuk dengan mengakui betapa tercicirnya kita dalam semua bidang - ketinggalan dan kini bangsa kita Melayu terus diperhambat ketepi untuk menjadi penonton kepada pembangunan negara. 


Jiwa hamba akan hanya dapat dikikiskan selagi kita sedar bahawa bangsa kita akan pupus dan tanda - tanda awal kepupusan kita sudah terhidang tanpa kita sedari. Adakah kita akan terus menafikan perkara ini semata - mata untuk menghormati konon - konon keharmonian yang ada - kestabilan yang wujud sementara apa yang sebenarnya berlaku ialah kita sedang menonton drama terbitan mereka yang mahu meneruskan budaya asal Melayu - yang berjiwa hamba.

Menuntut jiwa merdeka - kekayaan fizikal

Kita hari ini hadir untuk mengejar kemewahan - kumpulkan harta sebanyak mungkin dan budaya jangan membantah - menggeleng dan jangan bersuara telah ditamankan sebagai pra - syarat kejayaan bangsa. . Kita ditakutkan dengan segala bayangan buruk mengenai huru - hara, kejadian porak perada sekiranya kita mula menyoal - sekiranya kita mula menuntut pembaharuan dan sekiranya kita berani bersuara. Kita hanya perlu mengikut - dan sekiranya tidak maka kita akan berdepan dengan krisis dalaman yang berat dan mampu menghancurkan negara. Ini adalah kreteria belenggu yang di terbitkan. Kita perlu meningkatkan perekonomian bangsa, kita perlu memperkasakan bangsa tetapi hanya segelitir Bangsa Melayu Perdana yang berjaya dengan segala ketamakan haloba. Kita akan terus difokuskan kepada pengejaran harta kekayaan dengan menggunakan elemen kekayaan sebagai keperluan dan janji - janji ditaburkan untuk tujuan ini. Elemen inilah sebenarnya menjadi penghalang kepada jiwa merdeka.

Ilmuan Indonesia Soedjatmoko pernah berkata : Kekuatan sesebuah negara di masa mendatang tidak begitu bergantung kepada kekuatan ketenteraannya, tetapi akan lebih bergantung kepada kekuatan ekonomi dan keunggulan diplomasinya. Sementara kekuatan ekonomi yang menjadi tunggak kekuatan negara itu pula tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada kekayaan sumber alamnya atau jumlah penduduknya, tetapi akan lebih bergantung kepada kualiti manusianya - kekuatan intelek dan keunggulan wataknya. Dalam itu apa yang kita lihat ialah keunggulan watak ini harus terbit dengan kedudukan minda yang " psychologically liberated' yang turut membawa erti keperluan jiwa yang merdeka.

Kita harus bebas berfikir - terbuka "option" untuk memilih dan harus tidak terbelenggu dengan karut - marut kononnya apa yang ada sekarang ini adalah untuk menjaga keharmonian , mengikut acuan sendiri dan yang terbaik untuk kita. Bangsa Melayu perlu hadir unuk menyokong apa yang ada tanpa banyak mempersoalkan tindakan, harus mengangguk sementara Melayu Perdana wujud untuk terus memanipulasi keadaan untuk kepentingan segelintir yang akan meningkatkan statistik palsu kejayaan negara. Ini adalah peranan utama Melayu Perdana.

Melayu Perdana - budaya feudalistik

Dr Siddiq Fadil menyimpulkan " Unsur - unsur yang bersifat budaya feudalistik harus ditinggalkan". Ini termasuklah unsur - unsur pendewaan terhadap seseorang tokoh dan penghambaan diri kepada mereka. Budaya feudalistik inilah antara penghalang kepada kemerdekaan jiwa yang terus menghambat Melayu kebawah. Namun sokongan untuk meneruskan budaya ini semakin kuat dan akhirnya timbul terma yang kita sebut sebagai Melayu Perdana. Segelintir Melayu inilah yang nampak masih mempertahankan budaya feudalistik - mahu terus Melayu berjiwa hamba dengan menyarankan halangan atas apa yang dikatakan penting untuk keharmonian negara - khususnya dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Melayu Perdana ini diperuntukkan - diberi peluang dan akhirnya mengongkong agenda rakyat dan mendahulukan agenda peribadi atas nama kecemerlangan Melayu. Banyak sekatan diterbitkan semata - mata menjaga kepentingan mereka dan akhirnya kita melangkah kebelakang.

Hari ini amat jelas budaya perhambaan yang dibentuk oleh Melayu Perdana ini berjaya menyekat Melayu - Melayu terus terpinggir dan Melayu Pedana terus berjaya dengan usaha nakal mereka. Inilah senario yang wujud dan ialah sebenarnya yang membataskan Melayu itu - bukan mudah lupa - bukan malas tetapi terus di tipu oleh golongan Melayu Perdana - berkuasa dan terus berkuasa.

Bebaskan - jiwa perlu merdeka


Salam Perjuangan !!!

Belajar Terus Belajar !

Ketua Penerangan Gpms Melaka
Mohd Saifullah Bin Hj Dolmat

Pertahankan Ketuanan Melayu !



Hari ini terma baru lahir – Ketuanan Rakyat dan Ketuanan Rakyat ini tidak sepatutnya dan tidak boleh menggantikan Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu perlu dipertahankan. 

Justeru itu apakah sebenarnya agenda permuafakatan tersebut? Adakah ini tidak akan menimbulkan kemarahan dari kaum-kaum lain? Kenapa kita tidak boleh bercerita mengenai mempertahankan hak Melayu yang semakin masa semakin terkikis. Adakah tidak benar Melayu dalam Bahaya?

Sememangnya ada kelihatan keuzuran Melayu biarpun di tanah air sendiri. Melayu perlu mempertahankan hak baik dari segi ekonomi mahupun politik. Pertahanan hak ini perlu agar Melayu, bukan menjadi tuan di negara ini tetapi mempunyai kekukuhan kedudukan . Hari ini bukan sahaja ketirisan malah apa yang di genggam baik kuasa politik mahupun ekonomi kini dipegang oleh kaum lain. Pegangan inilah yang pernah kita rujuk sebagai Melayu Dalam Bahaya dan pegangan ini secara kolektif terhakis memungkinkan Ketuanan Cina melampaui Ketuanan Melayu.

Adakah kenyataan itu salah? Adakah kenyataan itu melampau? Takutkan kita pada kenyataan sebenarnya mengenai ketuanan bangsa lain melampaui bangsa kita? Bukankah telah disebarkan statistik mengenai pendapatan purata orang Melayu jatuh di tempat tercorot berbanding dengan Cina dan India. Itu belum dikira pula kemiskinan tegar di kalangan orang Melayu yang melangkau melebihi kaum lain di Malaysia.



Bukankah kita patut akui bahawa sekiranya keadaan ini berlarutan dan terdapat kepincangan dalam sosiopolitik dan ekonomi negara ini maka kemungkinan-kemungkinan kegusaran antara kaum akan berlaku? Ini adalah fakta berhemah yang pernah di ulas dan mempunyai jelas kebenarannya.

Hari ini kita pula disergah dengan pemilikan bangunan di Malaysia yang kebanyakannya adalah milik kaum lain. Adakah kita masih mahu berselimut untuk tidak menyakitkan hati sesiapa lalu diam membiarkan perkara ini berlaku. Ini adalah “survival” bangsa dan ini hakikat yang memerlukan kita untuk mempertahankan hak agar – BUMI DIPIJAK BUKAN MILIK ORANG.

Ketuanan Rakyat anjuran sesetengah pihak adalah kenyataan politik menjual hak Melayu. Tindakan mahu juga membicarakan ketuanan, terlampau angkuh mahukan kuasa maka ketuanan rakyat dilemparkan untuk mengelirukan sedangkan isu ketuanan rakyat ini bukan satu isu pokok kerana itu adalah asas prinsip demokrasi. Ketuanan Melayu adalah persoalan hak, persoalan kedudukan orang Melayu dan persoalan pembelaan kemiskinan dan ketinggalan orang Melayu. Ini adalah perbicaraan terbuka dengan menilai kedudukan orang Melayu. Ini persoalan bangsa dan bukan persoalan ideologi politik.

Persoalan tersebut tidak memerlukan lagi sinopsis siapa bersalah kerana kesalahan itu melibatkan semua, kepimpinan Melayu dan orang Melayu itu sendiri. Kesalahan ini sudah cukup diketahui dan kemungkinan klimaks kesalahan orang Melayu hari ini adalah ketirisan kuasa yang dipegang.

Hari ini akan terjadi satu petunjuk baru mengenai ketirisan kuasa kerana ketirisan kuasa ini menambah lagi satu lagi bentuk kekurangan untuk orang Melayu. Penghakisan ini amat membimbangkan. Persoalan kesamarataan yang dituntut sebenarnya menghakis hak yang ada. Menuntut ketuanan rakyat kononnya untuk menunjukkan liberalis yang ada sebenarnya mempunyai matlamat tersendiri yang tidak menguntungkan bangsa. Ini perlu di sedarkan agar kita tidak terikut dengan konsep kesamarataan sebagai satu keadilan. Kita perlu menilai di mana Melayu berada dan apa sebenarnya yang perlu dipertahankan sebagai hak Melayu. Kontrak sosial adalah kontrak sepanjang hayat yang perlu kita tegaskan dengan penjelasan konkrit. Isu ketidakadilan tidak timbul dan isu diskriminasi juga tidak timbul dalam kita melalui perkembangan bangsa khususnya dalam soal-soal kebajikan dan pendidikan. Pegagan ekonomi oleh kaum lain menunjukkan diskriminasi yang di katakan wujud hanya satu kesimpulan politik.




Ketuanan Rakyat adalah satu justifikasi palsu yang sebenar berhasrat untuk membawa politik idealisme  di terima secara total oleh kaum lain sementara bertindak untuk kekal memecahbelahkan Melayu untuk tujuan memperoleh kuasa. Tindakan ini amat merugikan dan perlu kita sedarkan. Tuduhan berterusan mengenai “salah siapa” tidak seharusnya berpanjangan tetapi memperkasakan rakyat untuk memilih dan memahami perlu dilaksanakan. Tindakan menjual-bangsa untuk kuasa adalah sat pengkhianatan. Ini perlu kita tolak dan sekali lagi penjelasan mereka adalah perlu.

Pejuang Ketuanan Melayu pada am juga telah melakukan kesalahan. Kesilapan dan sikap prioriti yang salah adalah punca-punca berada di mana ia berada sekarang ini. Menjaga kepentingan sekelompok tertentu menjadikan kredibiliti tergugat dan unsur-unsur kompromi melampau untuk memegang kepimpinan dalam melukakan dari aspek demokrasi. Ini adalah punca pengasingan Melayu baru terhadap ketuanan Melayu tetapi kewujudan Ketuanan Melayu sebagai simbol kekuatan Melayu perlu ada sungguhpun sudah terhakis.






Ketuanan Melayu memang perlu berubah dan perubahan itu tidak akan menarik legasi lama untuk singgah semula dalam masa terdekat. Banyak usaha perlu diambil khususnya untuk menaturalisasikan konon-konon kepentingan meninggalkan ketuanan Melayu dan mendukung Ketuanan Rakyat. Soalan Melayu perlu ditangani dan soal meningkatkan martabat Melayu perlu menjadi prioriti semua Melayu.

Kita perlu pegang perjuangan Ketuanan Melayu – memperjuangkan hak dan mempertahankan apa yang ada dan menuntut apa yang tiris kembali. Apa salah perjuangan ini?


Salam Perjuangan !!!

Belajar Terus Belajar !

Ketua Penerangan Gpms Melaka
Mohd Saifullah Bin Hj Dolmat

Selasa, 14 Mei 2013

SUMPAH MELAYU



Maka pada 10 Februari 1946, dibaca oleh orang Melayu mengenai sumpah Melayu untuk Melayu. Maka mereka bersumpah bahawa inilah asas keramat orang Melayu untuk terus membentuk tamadun bangsa untuk terus kekal relevan. Hari ini sumpah itu hanya dalam lipatan sejarah. Hari ini sumpah itu seakan di khianati kerana orang Melayu sendiri berfikiran bahawa mereka perlu berubah – berubah dengan kemajuan – berubah untuk meninggalkan – nilai murni bangsa – secocok dengan pembangunan moden dunia dan nilai baru yang sesuai dengan pendidikan moden. Kita bercerita untuk melepaskan sejarah, melanggar sumpah dan terus maju bersama-sama bangsa lain. Kita memilih menukar ketuanan kepada ketuanan rakyat. Ketuanan yang lepaskan hak yang selama ini ada, menjajakan pegangan untuk memperoleh kuasa dan mendabik dada menjadi pejuang politik yang tidak bermakna untuk bangsa itu sendiri.

Sebenarnya ketuanan rakyat yang dilaungkan adalah penjualan hak yang ada. Sebenarnya kesamarataan dalam demokrasi yang diperjuangkan lupa, bahawa Melayu yang mengekor dan belum lagi boleh berlari. Perjuangan Melayu adalah untuk Melayu, tidak perlu digeruni dan di perlu dikhuatiri. Perjuangan Melayu adalah untuk meningkatkan Melayu agar serasi bila bercerita mengenai kemodenan dan pembangunan agar kemajuan itu tidak timbul hanya di kelit mata kemudian di landa kepayahan hidup dan keciciran bangsa.

Kenapa Melayu takut membicarakan sumpah mereka? Kenapa Melayu takut membicarakan perjuangan Melayu? Adakah kerana ini menghilangkan rasa moden di kalangan mereka? Adakah ini menunjukkan bahawa kita tidak maju bila membicarakan tentang perjuangan bangsa?

Melayu sebenarnya perlu sedar dan perlu menjelaskan. Ketegasan kita memperkatakan hak dengan penjelasan yang sempurna. Kita perlu pertahankan sumpah kita kerana kita tidak mahu kedaulatan Melayu mengalir meninggalkan kita – lebih buruk bila Melayu beransur hilang di bumi sendiri.

Kita mesti mengenal apa yang perlu kita perjuangkan dan pertahankan. Jangan terleka dengan perjuangan politik yang mementingkan segelintir mereka yang mahu terus berkuasa. Kita mahu mereka yang turut membicarakan hak yang perlu dipertahankan demi Melayu untuk Melayu.

Ini adalah untuk semua, yang tingi melangit, yang sedang duduk mencoret polisi dan kita yang berkeliaran di muka bumi menjadi rakyat Melayu yang kini seakan kehilangan maruah diri. Jangan angkuh membicarakan kemodenan dalam erti melupakan nilai Melayu kita yang ada. Jangan angkuh membicarakan pembangunan dengan menggadai hak kita.

Melayu itu perlu dicernakan semula. Dalam erti mempertahankan yang ada. Dalam erti memperjuangkan semula, yang telah terlepas akibat melanggar sumpah kita. Melayu itu perlu bangkit dalam melihat bahawa kita bukan ketinggalan tetapi kita semakin hari semakin pupus di muka dunia. Kita perlu menceritakan semula Melayu itu – dalam suasana baru tetapi penuh bermaruah dan tidak perlu segan pada apa yang kita ada.

Sekiranya ada antara kita – menyatakan sumpah ini kuno dan ketinggalan, maka katakan pada mereka, sumpah itu kekal membicarakan perjuangan kita dan yang terlupa adalah mereka yang palsu menyatakan bahawa ketuanan Melayu adalah sisa-sisa sahaja, perlu di campak bersama sampah-sampah lain yang tidak berguna dan bukan budaya yang perlu dipertahankan kerana mereka sedang menuntut kuasa untuk berdendam sesama Melayu yang ada dan mereka tidak ubah seperti sampah yang jijik untuk Melayu melihatnya.

Ini sepatutnya dikenang semula-kerana yang hilang kita, yang dikurangkan hak kita dan yang ada penipuan mereka yang membawa bunga-bunga palsu untuk kita – tidak berbau dan tanpa semangat dan roh sebenar.

Perjuangkan dan pertahankan – maruah bangsa agar kita menginsafi yang hilang pada kita kerana kita Melayu lupa bercerita – kita tidak hilang d dunia – wujud sebagai daun kering yang menanti terlerai dari pepohonan sungguhpun jejak ada tapi tidak bermakna.

Belajar Terus Belajar !
Salam Perjuangan !!!

Ketua Penerangan Gpms Melaka
Mohd Saifullah Bin Hj Dolmat

Perjuangkan HAK MELAYU !






Mungkin ini hakikat perjuangan yang ada. Perjuangan menuntut "demokrasi total" adalah merupakan sensasi perjuangan yang kini merebak bagai wabak di negara kita ini. Tuduhan negara ini, kerajaan ini tidak mengamalkan demokrasi semakin lantang dibicarakan. Mendahului perjuangan yang menuntut agar "demokrasi sempurna" dilaksanakan di Malaysia adalah Barisan Alternatif ( gabungan Parti Keadilan Rakyat Malaysia serta PAS) dan Democratic Action Party yang tidak akan menyertai Barisan Alternatif selagi PAS tidak mengugurkan perjuangan negara Islam. Sungguhpun DAP tidak menyertai Barisan Alternatif tetapi perjuangan "Malaysian Malaysia" seakan teresap dalam manifesto Barisan Alternatif. Perjuangan inilah yang menjadi teras Barisan Alternatif dan DAP dalam usaha meragut sokongan dari kaum - kaum lagi. Adakah salah kalau kita katakan bahawa antara manifesto perjuangan parti pembangkang hari ini adalah "Malaysian Malaysia"

Perjuangan DAP inilah yang sebenar teresap dalam agenda beberapa kepimpinan PKR dalam usaha politik mereka untuk menjadi alternatif kepada pemerintahan yang sedia ada . Kenyataan 60% orang - orang Cina menolak Barisan Nasional mungkin juga adalah kejayaan hasil usaha PKR dan DAP. Kalau benar statistik penolakan ini berlaku ini adalah hasil perjuangan demokrasi tulen yang turut membawa agenda lain khususnya yang menyentuh hak - hak keistimewaan Melayu.

Adakah ini tidak benar? Adakah perjuangan ke arah demokrasi total tidak akan menghakis hak-hak keistimewaan orang Melayu? Adakah perjuangan "multi racial", komposisi Parti Keadilan Rakyat Malaysia yang ada dapat menjamin kuasa politik dimiliki oleh orang - orang Melayu atau mampukan perlembagaan parti itu secara khusus menjamin hak - hak orang Melayu terpilihara?

Menulis isu ini sebenarnya mempunyai implikasi yang agak besar. Ini akan dilabel sebagai satu tulisan berbau perkauman sekiranya kita menuduh perjuangan atas nama demokrasi hanya akan menguntungkan DAP dengan agenda Malaysian Malaysia. Ini perlu kita kupas, kerana apa yang kelihatan ialah perjuangan menuntut demokrasi total mensasarkan agenda - agenda lain yang lebih menumpukan kepada soal kepentingan kaum dan hasrat mencairkan hak keistimewaan Melayu. Perlu kita tegaskan bahawa ini bukan soal penentangan antara kaum tetapi penulisan ini adalah persoalan "survival" orang - orang Melayu sebagaimana terdapat ruangan yang cukup luas untuk parti yang memperjuangkan ras mempersoalkan kedudukan kaum Melayu dan kadang kala menyentuh isu kontradiksi agama sekali.

Apa yang mahu kita sama - sama fikirkan adalah perjuangan atas nama "demokrasi tulen" yang tidak semestinya memberikan keadilan kepada kaum Melayu dan tidak kelihatan pun kehadiran tuntutan "demokrasi tulen" itu akan menjaga hak orang - orang Melayu malah yang jelas ianya hadir sebagai satu perjuangan menuntut kesamarataan kaum yang akan gagal memberi keadilan kepada bumiputera.

Peringatan kepada Melayu

Peringatan kepada Melayu bukan bermaksud kita mendiskriminasi mana - mana pihak khususnya kaum lain tetapi adalah untuk kita sedar supaya kita tidak terserap dalam perjuangan "terma" tetapi akhirnya merugikan kaum Melayu itu sendiri. Kita tidak mahu Melayu tersedut dalam putaran perjuangan demokrasi tulen akhirnya menjayakan perjuangan "chauvinist" sesuatu kaum. Kita tidak mahu pula kita sebagai Melayu mendiskriminasi kaum lain tetapi kita jangan hanya duduk mendengar tuntutan kerana takut bersuara menegakkan hak.

Kita harus sedar bahawa kita perlu bangkit untuk mempertahankan hak kita sebagai bumiputera, sebagai rakyat Malaysia dan sebagai manusia. Namun perjuangan ini tidak seharusnya mengenepikan keadilan dan keadilan bukan bermakna pembahagian adil dari segi kuantitatif sahaja. Ianya bukan pengiraan "satu untuk aku dan satu untuk kamu" tetapi adalah pengagihan mengikut keperluan dengan mengambilkira bermacam faktor tambahan yang perlu dilakukan bagi mengimbangi skala yang ada.

Timbang khususnya dari sudut perekonomian yang ada bukan hadir dari nilai kosong atau seimbang. Timbang itu semenjak awal Tanah Melayu sudah condong memihak kepada kaum lain. Usaha kita adalah untuk menambah pemberat pada timbang itu agar ianya adil untuk kaum Melayu tetapi bukan bertindak mengurangkan berat untuk menyamaratakan timbang tersebut dengan mendiskriminasi kaum lain. Itu perlu kita tegaskan. Namun dalam kita menegaskan perkara tersebut ada sahaja "chauvinist" sesuatu kaum yang akan menuduh ini adalah hasutan kaum dan lebih malang pula sekiranya Melayu sendiri jadi takut untuk menyuarakan hak.

Kita sedar bahawa "chauvinist" ini ada pada semua kaum. Ini perlu kita tangani malah sekiranya ada "chauvinist" ini dari kalangan Melayu maka itu juga perlu kita tolak. Namun memperjuangkan agenda bangsa tidak seharusnya tersekat oleh ketakutan yang akhirnya merugikan kita. Kita harus berani menyuarakan sebagaimana mereka berani mempersoalkan. Kita harus terangkan kepada semua bumiputera khususnya Melayu kerana itu kewajipan kita dalam menyedarkan betapa perlu kita mempertahankan agenda Melayu supaya tidak terikut dengan perjuangan "demokrasi" oleh sesetengah mereka yang mendefinisikannya sebagai penghapusan hak - hak keistimewaan orang - orang bumiputera. Ini adalah definisi songsang demokrasi yang tidak menerapkan keadilan sebenar dalam perjuangan itu. Kita harus mendefinisikan demokrasi dalam ertikata keadilan yang sebenar dan tidak menyekat roh keadilan hanya berpaksikan perkataan dan perjuangan demokrasi kosong tanpa nilai.John Rawls dalam bukunya A Theory of Justice menyentuh,Keadilan Sosial sebagai semua "keperluan utama atau primer - kebebasan dan peluang, pendapatan dan kekayaan serta asas-asas harga diri, mestilah diagihkan sama rata melainkan pengagihan sebahagian atau semua keperluan yang tidak sama rata menguntungkan mereka yang diketepikan." Adakah ini perlaksanaan kita? Adakah segelintir yang terpilih aman menghirup kemakmuran sedangkan yang lain celaka dalam kemodenan dan pembangunan negara? Definisi ini menunjukkan bahawa keadilan sosial mensyaratkan supaya sekiranya berlakukan pengagihan yang tidak serata tetapi memihak kepada yang ketepi maka ini adalah juga ciri-ciri khusus KEADILAN.

Malangnya, kita terpaut dengan perjuang demokrasi, keadilan yang mempunyai niat - niat tertentu yang bermotifkan politik. Kita terlena dengan konon-kononnya demokrasi itu adalah keadilan dan syarat keadilan itu adalah mencabut keistimewaan hak orang Melayu. Ada pula yang berhujah bahawa adalah tidak demokratik sekiranya kita mempunyai parti berasaskan ras, tidak demokratik sekiranya ada perbezaan hak, kuota dan tidak melaksanakan meritokrasi. Lebih buruk lagi bila ada yang mengatakan kerajaan menindas, mendiskriminasi dan mencabut hak orang bukan bumiputera dan Melayu. Kumpulan ini merangkumkan perjuangan - perjuangan dan tuduhan ini sebagai kerajan tidak demokratik dan zalim. Lebih mengharukan apabila Melayu sendiri dalam Parti Keadilan Rakyat Malaysia turut seolah - olah membicara dengan nada yang serupa konsep DAP "Malaysian Malaysia" seolah - olah kewarganegaraan yang ada tiada nilai untuk hidup di Malaysia. Benar kita "Malaysian" tidak kira bangsa, adat dan agama tetapi jangan perjuangan itu menuntut pembasmian hak keistimewaan sebagai syarat demokrasi dan keadilan. Orang Melayu harus sedar dan tidak terikut dengan perjuangan keadilan dan demokrasi mereka, yang hanya tertumpu kepada cita - cita politik semata - mata.

Dari sudut ekonomi kalau ditimbang, penyertaan kaum lain menyebabkan timbang itu senget sebelah. Pendedahan 85% kontrak kerajaan jatuh semula kepada kaum lain cukup untuk kita mengatakan bahawa Melayu jauh tertinggal sungguh pun ada peningkatan. Ini cukup untuk menunjukkan bahawa bagi kaum lain timbangnya berat dan bagi Melayu dacing itu terapung di atas kerana ringan kerana kita jauh terkebelakang. Adakah dengan menuruti formula keadilan sosial maka salah kalau kita memberi ruang kepada Melayu untuk merapatkan partisipasi ekonomi tersebut?

Kita harus menegaskan : Keperluan Melayu itu untuk meningkatkan partisipasi ekonomi bukan dengan menghalang kaum lain untuk berniaga atau mendiskriminasi mereka. Ironisnya tuntutan Demokrasi dan Keadilan hanya tertumpu untuk mencabut hak - keistimewaan orang - orang Melayu dan ini amat dikesali.

Amaran untuk Melayu

Kita jangan terikut - ikut dengan perjuangan konon-kononnya atas nama demokrasi maka dengan itu hak-hak kita perlu dihakis.

Kita jangan terpedaya konon-kononnya perjuangan demokrasi mereka adalah untuk keadilan tetapi sebenarnya hanya satu tentangan yang berlandaskan pejuangan kesamarataan yang tidak adil.

Kita jangan mengatakan bahawa perjuangan Agenda Melayu itu adalah perjuangan ras, jangan sekali terserap dengan manifesto khusus DAP yang menggunakan perjuangan atas nama demokrasi tetapi perkauman.

Melayu kena berani menyuarakan hak dan Melayu tidak seharusnya mengorbankan hak yang ada semata - mata kerana mahukan undi.Kita tidak seharusnya termakan dengan dahyah pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat Malaysia yang mengatakan mereka tidak berasaskan ras tetapi memperjuangkan keadilan sejagat, kerana itu hanyalah kenyataan politik untuk memancing undi bukan Melayu.

Hari ini kita berdepan dengan statistik bahawa 60% orang - orang Cina menolak Barisan Nasional. Ada yang bersetuju dengan statistik itu dan ada yang mengatakan statistik itu tidak benar. Yang mengatakan statistik itu tidak benar telah memberi hujah bahawa bila sampai waktu pilihanraya maka tindakan drastik Barisan Nasional adalah untuk memenangi hati pengundi Cina dengan melunaskan tuntutan mereka. Mereka berhujah bahawa statistik tersebut hanya satu ugutan dan akhirnya Barisan Nasional bertindak akur untuk terus memenangi hati pengundi Cina. Apa pun hujahnya, Melayu akan terus berdepan dengan tuntutan yang sekiranya dijawab maka apa sahaja jawapan itu akan dituduh ultra Melayu dan rasis.

Sesuaian dengan itu kita perlu menetapkan bahawa agar Melayu tidak terikut - ikut dalam perjuangan kononnya keadilan berteraskan "Malaysian Malaysia" kerana agenda mereka hanya akan mengkikis pegangan Melayu yang selama ini wujud dan perlu. Fikir-fikirkanlah

Salam Perjuangan !
Belajar Terus Belajar !


Ketua Penerangan Gpms Melaka
Mohd Saifullah Bin Hj Dolmat