Sabtu, 31 Mac 2012

Relevankah SMM ?


Solidariti Mahasiswa Malaysia.

Satu gabungan gerakan/front mahasiswa yang mula mencuri tumpuan sejak kebelakangan ini terutamanya dengan siri-siri demostrasi yang bertenaga dan penuh 'kontroversi'. Kepimpinananya baru berubah baton. Kini, ia diterajui oleh Saudara Safwan Anang daripada kampus UM.

Harapan & nasihat saya sebagai mahasiswa yang bakal menamatkan pengajian tidak lama lagi (insyaAllah) serta memerhatikan dan mengikuti rapat perkembangan front ini di sebalik banjaran Titiwangsa kepada kepimpinan baru SMM adalah:

1) Kembali kepada landasan asal tujuan penubuhan front ini jika ada yang sudah tergelincir. Yang mana masih selari, boleh diteruskan. Perbanyakkan perkongsian dengan insan-insan yang menubuhkan front ini agar anda tidak kabur dengan tujuan asal penubuhan front ini.

2) Bukan semua perkara yang relevan untuk gerakan mahasiswa terdahulu, masih lagi relevan untuk gerakan masa kini. Tidak semua perkara harus berdemostrasi. Tidak semua perkara harus menunujukkan penentangan dan protes. Kurangkan membuat kontroversi dan mencari publisiti. Bertindak dengan matang atas sesuatu perkara, bukan sekadar emosi. Apabila berhujah, biarlah datang bersama dengan fakta. Itulah yang membezakan kamu sebagai mahasiswa dengan orang kebanyakan.

3) Pemimpin SMM haruslah menunjukkan contoh yang terbaik sebagai mahasiswa. Akademik yang cemerlang serta akhlak yang terpuji. Bukan hanya sibuk memperjuangkan hak sehingga kelas dan akademik terabai. Selagi mana kamu bergelar mahasiswa, akademik dan pelajaran tidak pernah menjadi perkara yang kedua.

4) Letakkan adab, nilai, akhlak dan hujah sebagai perkara asas dalam setiap pergerakan front mahasiswa ini. Biar semua mahasiswa bangga dengan front ini, bukanya malu untuk mengakui bahawa front ini adalah front mahasiswa.

Pemimpin gerakan mahasiswa adalah cerminan pemimpin negara untuk masa hadapan. Lihat sahaja pemimpin negara sekarang. Kebanyakan daripada mereka adalah bekas pimpinan mahasiswa.

Jika pemimpin mahasiswa kini rendah tahap akademik dan intelektualnya serta bermasalah dalam adab dan akhlaknya, usahlah kita mengimpikan pemimpin ISLAM / MELAYU yang lebih baik daripada kebanyakan pemimpin negara sekarang ini! Habiskan masa belajar dan kemudian fikirlah aspek yang lebih luas. Habiskan pengajian dahulu sebelum melakukan sesuatu di luar kawalan sehingga diri sendiri teraniaya. Renung2kanlah.
 
 
Belajar Terus Belajar !
 
 

Khamis, 29 Mac 2012

6 kelebihan Jumaat !




ASSALAMUALAIKUM. Apa khabar hari anda? Apa cerita Jumaat anda?  Ya, hari ini hari Jumaat. Hari untuk kita mendapatkan lebih success dalam hidup kita. Hari untuk kita lebih cemerlang, lebih kuat berbanding hari-hari yang lain.
Jadi, apa pun yang anda buat pada hari ini, pastikan itu adalah yang terbaik, yang terhebat untuk diri anda sendiri. Kalau selalu bangun pagi sepuluh minit lagi ke waktu subuh, maka jadikanlah Jumaat untuk anda lebih berjaya.
Jadikan Jumaat untuk lebih special daripada hari-hari yang lain. Buat janji, bahawa Jumaat aku mesti bangun tiga puluh minit sebelum ke waktu subuh. Hah, kan bagus.
Hari ini saya nak cerita sedikit tentang hebatnya dan kelebihan-kelebihan hari Jumaat. Moga anda di luar sana memperoleh manfaat, saya yang menulis juga lebih-lebih lagi mendapat faedahnya.
Jadi 6 kelebihan Jumaat akan saya senaraikan. Semoga Jumaat kali ini menjadikan kita lebih berjaya, lebih cemerlang! 
1. Berlakunya hari kiamat.
 Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
 2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
 Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
 3. Penghulu segala hari.
 Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
 4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
 Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.
 5. Kebaikan dengan memotong kuku.
 Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
 6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
 Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.
 TUAN, puan, abang, kakak dan adik-adik semua, marilah kita jadikan Jumaat kita kali ini lebih bererti. Bukannya apa, untuk kebaikan kita juga. Semua kelebihan yang ada pada Jumaat ini sebenarnya merupakan ruang dan peluang untuk  kita rebut.
Kita mengaku kita orang Islam. Kita pun mengaku bahawa kita ni mengamalkan segala suruhan agama. Jadi, apalah salahnya sedikit amalan yang nampak macam tak seberapa ini kita rebut.
Kalau rasa-rasa selalunya macam malas nak selawat, macam tak ada mood nak berzikir, maka jadikanlah hari Jumaat untuk anda lebih bersemangat unttuk berselawat, berzikir, istighfar dan sebagainya.
Nabi sendiri ada menyebut barangsiapa yang banyak beristihfar, Allah akan bagi jalan keluar bagi setiap masalah yang dihadapinya.
Mari kita jadi lebih baik, sedikit pun tak apa. Asal kita jadi lebih baik. Kita usaha, kita cuba betul-betul. Mana tahu andai Allah juga bakal tarik nyawa kita di hari Sayidul aiyam ini. Subhanallah…


Belajar Terus Belajar !

Sabtu, 24 Mac 2012

Pertunjukan Silat dari Gpms Melaka


Bunga Silat dari Perguruan Gerak Insan Seni dan AMT Gpms. Teruskan Perjuangan !

Bunga silat dapat mengekalkan keaslian silat Melayu dari aspek gerak, kaedah, rupa dan bentuk meliputi keperluan seni, bela diri, sukan, muzik silat baku, kerohanian berdasarkan seni budaya Melayu, Islam.
Pembahagian pada tujuh tajuk dapat memberikan kemahiran silat tanpa senjata dan bersenjata. Apabila mencapai peringkat tujuh bengkung hitam, pesilat akan mendalami aspek keilmuan silat Melayu bagi membentuk kemahiran kendiri.
 
Pelajaran silat bermula pada tahap dasar dengan asas gerakan silat tanpa senjata.  Pada tahap menengah pesilat boleh menggunakan senjata rotan atau kayu tidak tajam, kepada pesilat tahap tinggi yang telah mahir boleh menggunakan senjata tiruan, kecuali untuk tujuan persembahan atau pertandingan silat seni.
Tujuannya untuk memudahkan menguasai pelajaran atau kaedah yang wujud tanpa diduga akibat kesilapan atau kemajuan dalam penguasaan ilmu silat tidak mendatangkan kecederaan.

Kembali kepada Bunga Silat, bahawa kekunci gerak silat Melayu ialah pada Bunga atau Bunga Silat yang di dalamnya terhimpun segala gerak, kaedah, rupa dan bentuk Silat Melayu.
Oleh itu setiap pesilat mestilah dapat menguasai segala gerak langkah, kuda-kuda dan limbai yang terdapat dalam Bunga Silat serta memahami fungsi dan konsep yang dapat  membangunkan kaedah silat.
Tujuh peringkat silat akan menggunakan tujuh tajuk tersebut.  Dengan itu dapatlah ruang masa yang cukup untuk pesilat menguasai ilmu silat.

Pergerakan  silat Melayu adalah  berasaskan gerak tubuh yang boleh diukur dengan garis geometri. Misalnya gerakan sesuai dengan perlakuan manusia bergerak seperti melangkah, berjalan, berkuda-kuda, ayun atau limbai tangan dan kaki untuk menyerang dan menyambut.


Belajar Terus Belajar !
Salam Perjuangan !

Isnin, 19 Mac 2012

Mencari Perjuangan Hakiki !

Adakah cukup ucapan kita : “kami adalah muslim”  untuk memberitahu bahwa kita memahami islam secara  mendalam dan kita mengikuti para ulama dan kaum salaf as shalih.
Tetapi sayang sekali ! kenyataannya ucapan ini belum cukup untuk menunjukkan sesuatu yang kita inginkan. Saat ini sebutan “ Muslim” pada seseorang belum dianggap menunjukkan bagaimana cara pemahamannya tentang islam bahkan tidak juga menunjukkan bahwa dia mengerti hakikat islam !!.
Saat ini merupakan hal biasa, jika anda mendengarkan istilah muslim sosialis, muslim liberal, muslim moderat dan muslim sekular atau seorang muslim yang berpandangan tidak perlu berhukum dengan syariat islam, atau tidak menyukai sebagian hukum islam atau tidak senang dengan amal ma’ruf nahi mungkar  dan jihad fisabilillah.

Hal ini tak lain menunjukkan bahwa masyarakat belum memahami islam sebagaimana yang diturunkan kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam. Telah berabad-abad lamanya  tangan-tangan berlumuran dosa ini bercampurkan rona dan noda dalam pemahaman kaum muslimin untuk mengaburkan islam dalam fikiran mereka, menggoyahkan keyakinan mereka terhadapnya, dan memalingkan mereka dari keimanan yang benar kepada kekafiran atau setidak-tidaknya melakukan kekufuran dalam memahami  dan menjalankan islam.     Yang sedar untuk memperjuangkan islam pun ternyata seringkali memahami islam secara sepotong-sepotong. Sebahagian dari mereka berpendapat, islam hanyalah menyangkut kegiatan ritual dan syiar semata. Mereka menolak untuk berdakwah diluar masalah solat dan zikir. Sebagian yang lain tidak mahu berbicara dengan kecuali tentang pembersihan aqidah dan khurafat dan mitos, sedangkan terhadap tindakan para penguasa yang sekular yang mengganti syariat Allah dan keluar dari islam, mereka menutup mata. Kelompok yang lain memandang islam adalah belajar, menghafal dan mengajar.  Adapun da’wah dan jihad tidak termasuk didalamnya. Lalu kelompok yang lain, lebih menggembar-gemburkan persiapan dan pengumpulan senjata seraya meneriakkan:“ Jihad…..! Jihad …. !”. Namun mereka lalai mendidik anggota-anggotanya dengan manhaj islam  dalam berbagai aspek kehidupan. Renung-Renungkanlah !

Belajar Terus Belajar !

Khamis, 15 Mac 2012

Sekilas Majlis PSU Mohd Saifullah dan Ustazah Masita di Kedah


Akhirnya Selepas Ijab Kabul..Selesai sudah satu fasa alam perkahwinan.
Mempelai menuju ke rumah pengantin perempuan. Saudara N.P. segak berwarna putih , Fikri berwana coklat dan Ayahanda berwarna hijau muda. Warna hijau GPMS tema di Kedah.

 Perarakan mempelai dari rumah pengantin.
Ayahanda Tun Guru Yahya dan cermin mata putih.. Mengimbau zaman 60 an..


Kembar mempelai  Masita , Masiha berposing juga...

Semoga kekal hingga akhir hayat.. InsyaAllah..

Dengan sekali lafaz akhirnya di satukan 2 mempelai.. InsyaALLAH perjuangan akan akan di teruskan.. Kedatangan 2 biji bas rombongan dari Melaka menggamitkan keadaan di Kedah. Terima kasih kepada sahabat2 GPMS Melaka , Kebangsaan , Ayahanda-ayahanda di Kedah , sahabat2 seperjuangan yang turut sama memeriahkan dan meraikan majlis di KEDAH..  

Belajar Terus Belajar
Singa Perjuangan Bangsa !

Isnin, 5 Mac 2012

Sekitar Penglibatan GPMS di Program Kembara Memorial




Jelajah Program Kembara Memorial 


Tuan Speaker negeri Melaka Datuk Wira Hj. Othman bin Muhamad merasmikan jelajah Kembara memorial


Datuk Prof Dr. Abu Bakar Mohd. Diah memberi ucapan yang memberangsangkan


Pemikir yang di jemput bagi menyerikan majlis..Hebat !


Sesi Penyampaian Cenderamata



Ucapan oleh Datuk Wira Hj. Othman bin Muhamad




Ucapan oleh Dato' Saroni bin Judi merangkap CEO KAYM dan Panel Pemikir GPMS Negeri Melaka




Pendengar setia yang telah memenuhi dewan seawal jam 9 pagi. Tahniah !

Belajar Terus Belajar !

Jumaat, 2 Mac 2012

Kebaikan Memelihara Lidah



Diriwayatkan daripada Mu’az bin Jabal r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidakkah kamu mahu saya beritahu kamu tentang kepala segala urusan, tunggak dan kemuncaknya?” Saya menjawab: “Sudah tentu, wahai Rasulullah.” Baginda pun bersabda: “Kepala segala urusan ialah Islam. Tunggaknya ialah solat. Kemuncaknya ialah jihad.” Kemudian Baginda bersabda lagi: “Tidakkah kamu mahu saya beritahu kamu tentang kunci semua perkara tersebut?” Saya menjawab: “Sudah tentu, wahai Rasulullah.” Lalu Baginda memegang lidahnya seraya bersabda: “Jagalah lidah ini.” Saya pun bertanya: “Wahai Nabi Allah, adakah kita akan diambil kira dan dibalas dengan sebab apa yang kita pertuturkan?” Baginda pun menjawab: “Semoga ibu kamu kehilangan kamu (1). Tidakkah manusia akan dihumban ke dalam neraka di atas muka (dalam riwayat lain, di atas lubang hidung mereka) melainkan oleh sebab hasil tuaian lidah mereka?”

Hadis hasan sohih yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmizi.

1. Maksud sebenar ungkapan ini adalah untuk melahirkan rasa hairan terhadap kelalaian Mu’az r.a terhadap perkara seumpama ini.

Pandangan Imam Ibn Rajab al-Hanbali tentang hadith ini:

“Ini menunjukkan bahawa menjaga, mengawal dan memelihara lidah adalah asas kepada segala kebaikan. Sesiapa yang dapat mengawal lidahnya, dia dapat mengawal, memperkukuh dan menjaga agamanya.”

Menurut Imam Ibn Rajab al-Hanbali, maksiat percakapan mencakupi:

1. Dosa syirik yang merupakan dosa yang paling besar di sisi Allah SWT.

2. Bercakap tentang Allah SWT tanpa ilmu. Perbuatan ini bergandingan dengan syirik.

3. Bersaksi secara dusta (syahadatuzzur) yang sama kedudukannya dengan dosa syirik kepada Allah SWT.

4. Perbuatan sihir dan menuduh orang berzina tanpa bukti yang sah (al-qazaf).

5. Dosa-dosa besar dan kecil yang lain seperti berdusta, mengumpat dan mengadu domba.

Maksiat-maksiat lain yang berbentuk perbuatan, kebiasaannya disertai oleh kata-kata yang membantu perlaksanaannya.

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:

“Perkara yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam neraka adalah dua anggota badan yang berongga iaitu mulut dan kemaluan.” (Hadith riwayat Imam Ahmad dan at-Tirmizi)

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya seseorang lelaki bercakap dengan suatu kalimah tanpa memikirkan keburukan dan kesannya. Kerana kalimah itu, dia tergelincir ke dalam neraka sejauh-jauh jarak antara timur dan barat.” (Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Imam Malik meriwayatkan daripada Zaid bin Aslam daripada ayahnya, bahawa ‘Umar r.a telah masuk menemui Abu Bakar as-Siddiq r.a yang sedang menarik lidahnya. ‘Umar r.a pun berkata: “Cukuplah, semoga Allah mengampuni kamu.” Abu Bakar r.a berkata: “Lidah inilah yang membawaku kepada pelbagai kebinasaan.”

Ibnu Buraidah berkata: “Saya melihat Ibnu ‘Abbas r.’anhuma memegang lidahnya sambil berkata: “Kasihan kamu. Ucapkanlah perkataan yang baik, nescaya kamu akan mendapat ganjaran yang besar, atau diamlah daripada berkata sesuatu yang jahat, nescaya kamu akan selamat. Jika tidak, ketahuilah kamu akan menyesal.”(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Kitab az-Zuhd dan Abu Nu’aim dalam Kitab al-Hilyah)

Yunus bin ‘Ubaid berkata: “Saya tidak pernah melihat seseorang yang menjaga lidahnya melainkan saya turut melihat kebaikan pada seluruh amalannya.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi ad-Dunya dalam Kitab ash-Shomit)

Yahya bin Abi Katsir berkata: “Percakapan seseorang itu tidak baik, melainkan kamu dapat mengetahui kebaikan itu pada semua amalannya. Dan percakapan seseorang itu tidak rosak, melainkan kamu dapat mengetahui kerosakan itu pada seluruh amalannya.” (Diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dalam Kitab al-Hilyah)



Allahu a’lam.

Rujukan: Imam Ibn Rajab al-Hanbali r.h.m, Kitab Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam (Kitab Himpunan Ilmu dan Hikmah), Huraian Hadith ke-29.

Pesanan penulis: “Berhati-hatilah dalam percakapan sekalipun dalam perkara-perkara yang dianggap mudah. Ingatlah kepada Allah SWT sebelum, semasa dan selepas menuturkan sesuatu perkara. Percakapan yang terburu-buru kebiasaannya membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan, sama ada kepada penuturnya, pendengarnya atau kedua-duanya. Kata-kata yang diucapkan dengan penuh jujur dan benar adalah jauh lebih mulia daripada perbahasan yang mengagumkan pendengaran manusia.”

“Janganlah kamu menghina satu dosa yang kecil, kerana sesungguhnya gunung-ganang berasal daripada batu kelikir.” (Petikan syair oleh Ibnu al-Mu’taz)

Belajar Terus Belajar