Isnin, 31 Disember 2012

Perutusan Tahun Baru 2013





“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;” (Aali ‘Imran:190)

Memang hebat KekuasaanMu yang Allah. Daripada pertukaran malam dan siang itulah terciptanya hari, minggu, tahun, dekad dan kurun. Dan pertukaran itulah mengubah suasana serta kehidupan makhluk, khususnya yang bernama manusia dan aku sebahagian daripadanya.

Pertukaran malam dan siang menukar bayi menjadi kanak-kanak, kanak-kanak menjadi remaja, remaja menjadi dewasa, dewasa menjadi tua, dan tua menjadi ….? 

Hari ini, manusia menghitung sebagai hari pertama bagi suatu tahun baru, iaitu tahun 2013. Ia disambut dengan pelbagai acara, pelbagai gaya, pelbagai suasana, pelbagai rasa, pelbagai doa di sini sana.

Doa kita, sebagai muslim tidak lain dan tidak bukan supaya agama ini kian tersebar dengan lebih luas, supaya ia sampai, mengetuk pintu-pintu hati bani insan hingga ke gegendang telinga janin di dalam rahim ibu.

Doa kita, saudara-saudara kita rakyat Palestin yang terusir dari tanah air sejak lebih 60 tahun yang lalu akan kembali menjulang bendera kemenangan dengan izinNya, lantas musuh-musuh durjana yang merampas tanpa hak, yang bermaharajalela melakukan kezaliman tanpa batas akan tersungkur, tersembam dan terhina.

Doa kita, saudara-saudara kita di Syria meraih kemenangan, bebas dari cengkaman manusia paling jahat, Basyar al-Asad. Asad bermakna singa. Namun singapun tidak seganas Basyar yang membunuh anak bangsa sendiri. Doa kita semoga Allah segerakan pembalasanNya terhadap si kejam pemusnah umat itu.

Doa kita, saudara-saudara kita di mana-mana jua di seluruh pelusuk alam maya ini diampuni dosa-dosa mereka, diberi hidayah ke jalan yang lurus, diberi kekuatan untuk iltizam dalam perjuangan menegakkan Kalimah Allah sehingga tiada lagi fitnah dan dunia tunduk menyerah hanya kepada Allah.

Doa kita, sebagaimana Allah telah panjangkan usia kita hingga ke saat ini, maka hendaknya Dia membimbing kita supaya mampu memanfaatkan usia yang masih berbaki ini untuk meningkatkan amal soleh sebagai bekalan hari esok ketika kita dipanggil pulang mengadapNya. Ketika itu, tidak ada apa yang bermanfaat kecuali amal soleh.


Belajar Terus Belajar !!!

Salam Perjuangan !!!



Biro Penerangan Gpms Negeri Melaka

Peringatan Buat Bangsa Melayu !




Ultra kiasu mengeluarkan kenyataan bahawa pendidikan berasaskan bahasa ibunda atau sekolah vernakular bukanlah punca kepada polarisasi.

Beberapa polisi kerajaan sedia ada, merujuk kepada hak istimewa orang Melayu dan DEB, menjadi punca polarisasi seperti kemudahan pemberian lesen dan bantuan biasiswa. Kenyataan ini keluar sejurus selepas senator Melayu ultra kiasu mengeluarkan kenyataan sekolah agama punca kepada polarisasi.

Lebih memeranjatkan lagi, resolusi perhimpunan agung parti ini mendesak kerajaan supaya i) mencinakan lagi SMKJC Chong Hwa Kuantan, tidak lama lagi di Segamat. ii) mengekalkan silibus Bahasa Melayu (BM) di SJKC yang selama ini begitu mudah berbanding sekolah kebangsaan, iii) mahukan kursus vokasional diajar dalam bahasa ibunda (Cina), iv) menaik taraf Kolej Tunku Abdul Rahman menjadi kolej universiti. v) penggunaan pelbagai bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah, bukan BM sahaja, makna turut menggunakan bahasa Cina dan berbagai lagi tuntutan lain. Ternyata, resolusi begitu ultra kiasu, terus mementingkan bangsa berbanding agenda negara.

Ketika merasmikan perhimpunan itu, Perdana Menteri (PM) turut mengumumkan peruntukan RM30 juta kepada 78 SMJKC seluruh negara. Sudah pasti ia akan menjadi peruntukan tahunan. Kayalah nampaknya SMJKC; derma datang mencurah-curah. Saya bukan dengki, tetapi sedih melihat sekolah agama.
 
Pejuangmelaka tidak nafikan sumbangan sekolah vernakular dalam pembangunan, tetapi tidakkah kita perlu melihat sama aspek negatif, seperti niat murni PM mahukan ultra kiasu menguasai bahasa Melayu dengan baik.

Malangnya, isu penguasaan BM langsung tidak dibincangkan dalam perhimpunan tersebut, apatah lagi diresolusikan. Sungguh licik ultra kiasu ini. Dalam kepala mereka semuanya memperkasa dan memperkayakan bangsa.

Sebelum ini, pemimpin ultra kiasu ini mengeluarkan kenyataan menghina Islam dengan mengatakan 1.2 juta rakyat Malaysia hilang pekerjaan jika hudud Pas dilaksanakan. Dia juga kata negara yang mengamalkan hudud adalah antara yang paling korup. Ultra kiasu boleh memusuhi Pas, tetapi jangan sama sekali menghina Islam, kerana Islam itu mulia dan dilindungi perlembagaan.

Pejuangmelaka juga boleh menghina agama Buddha, Kristian, Hindu dan lain-lain, tetapi Islam tidak membenarkan. Kenapa ultra kiasu begitu biadab? Kerana kita takut kepada mereka, meletakkan undi segala-galanya, sedangkan mereka belum tentu mengundi kita. Kita yang terhegeh-hegeh. Pas pun sama. Nasihat saya kepada pemimpin ultra kiasu, jangan campur hal ehwal Islam.

Sejarah membuktikan, tanpa penguasaan bahasa pun, interaksi antara kerajaan China dengan Tanah Melayu begitu rancak sejak lebih 600 tahun lalu dan sebelum itu. Ketika itu, kerajaan Melaka telah mengamalkan undang-undang Islam.

Orang Melayu tidaklah pandai berbahasa Cina, tetapi sikap dan perangai orang Melayu yang begitu lunak berteraskan cara hidup Islam, menjadi faktor penarik kepada orang luar untuk berinteraksi, selain mendapatkan hasil bumi melimpah ruah. 

Ini menjadikan orang Cina datang berdagang terpaksa mempelajari BM untuk berinteraksi dengan alam Melayu. Di manakah hujah mengatakan kuasa China bangkit hari ini maka kita mesti menguasai bahasa Cina, termasuk memperbanyakkan sekolahnya? Yang perlu diubah hari ini ialah perangai dan sikap orang Melayu yang tidak yakin kepada kekuatan dan kehebatan diri sendiri. Inferioriti kompleks, memandang rendah cara hidup sendiri dan cara hidup Islam.

Sebenarnya kita telah diperbodohkan? Menjadi mangsa korban kerana terlalu banyak berkorban. Kuasa dan politik adalah segala-galanya. Mungkin kita boleh berseronok untuk jangka pendek, tetapi tidak jangka panjang. Pasti anak cucu-cicit kita akan merana.

Apakah tidak berlaku polarisasi jika sejak dari kecil kita dipisahkan dalam segala aspek. Apabila sampai ke peringkat menengah, mereka berasa janggal untuk berkomunikasi disebabkan masalah bahasa. Perkara ini terbawa-bawa hingga ke peringkat pengajian tinggi.

Kajian 
Pejuangmelaka mengenai polarisasi di IPT, sudah jelas menunjukkan semua ini disebabkan pembawaan sejak kecil. Bayangkan jika ditambah lagi SJKC, SMJKC dan sekolah persendirian. Bermakna semakin kurang bukan Melayu di sekolah kebangsaan. Akan bercampurkah anak-anak kita nanti. Selepas itu, mereka melanjutkan pelajaran di China dan Taiwan. Jenis manusia apakah yang ingin kita lahirkan di Malaysia ini?

Amat jarang berlaku dalam sejarah dunia, identiti negara itu tercabut dek kerana terlalu meraikan orang lain. Boleh berkorban, tetapi jangan sampai agama dan anak bangsa terkorban.


Biro Penerangan Gpms Melaka

Belajar Terus Belajar ! Bersatulah Bangsaku !!!

Kami Inginkan Perpaduan !


Dong Zhong Anti Perpaduan !


Imej
Dong Zong buat hal lagi. Jumaat 9 november 2012, satu iklan telah disiarkan di dua akhbar berbahasa Cina yang dominan iaitu Sin Chew Daily dan Nan Yang SIang Pau.

Terjemahan Bebas:
SURAT DARIPADA DONG ZONG KEPADA RAKYAT
Negara kita ialah sebuah Negara yang mempunyai pelbagai kaum, bahasa, kebudayaan serta agama. Namun, Selama ini kerajaan telah mengabaikan hak yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan kepada semua kaum untuk menggunakan bahasa ibunda. Kerajaan telah melaksanakan dasar pendidikan satu aliran secara jangka masa panjang yang tidak selaras dengan keadaan Negara kita. Sejak <Laporan Tun Razak 1956> yang mengemukakan dasar pendidikan yang berorientasi “satu bahasa, satu jenis sekolah”, dasar-dasar pendidikan Negara yang seterusnya seperti laporan pendidikan, akta pendidikan dan pelan pembangunan pendidikan juga tidak dapat dipisahkan daripada pemikiran untuk mencapai matlamat utama tersebut. Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang baru diumumkan turut mempunyai konsep yang sama dan lebih dipergiatkan.
Pelan tersebut masih terus berpegang kepada dasar pendidikan satu aliran dan meminggirkan sekolah rendah Cina dan sekolah rendah Tamil sebagai matlamat utama. Pelan tersebut mencadangkan sekolah rendah Cina dan Tamil menggunakan sukatan, buku dan cara mengajar subjek Bahasa Melayu yang mempunyai standard sama dengan sekolah rendah kebangsaan, Oleh itu, masa belajar Bahasa Melayu di sekolah telah ditambah secara ketara sehingga 570 minit setiap minggu. Ini akan menyebabkan struktur sukatan pelajaran di sekolah rendah Cina dan Tamil menjadi tidak seimbang dan ini akan menjejaskan matlamat untuk menggunakan  bahasa ibunda dalam pengajaran.
Pelan tersebut bertujuan untuk mempopular dan meningkat kualiti pendidikan, namun tindakan ini adalah tidak adil kepada sekolah agama dan SMPC serta mengabaikan janji kepada sekolah menengah kebangsaan dan sekolah katolik. Tindakan ini juga menafikan sumbangan SMPC terhadap pembangunan Negara dan sengaja mengecualikan ia daripada arus pendidikan Negara.
Pelaksanaan pelan pembangunan pendidikan tersebut mencabuli prinsip pendidikan yang adil, dan ini tidak menguntungkan pembangunan pendidikan pelbagai kaum dan bahasa serta menghalang perpaduan dan masyarakat yang harmoni, dengan ini kita harus tegas untuk membantah pelaksanaannya.
Sekarang, pendidikan bahasa etnik menghadapi krisis, dan cara perjuangan yang selama ini tidak berkesan. Dong Zong berpendapat bahawa kita harus menggabungkan semua kuasa daripada pelbagai pihak dan lapisan masyarakat untuk mengambil tindakan yang lebih praktikaldemi menyampaikan hasrat kita untuk melindungi dan membangunkan pendidikan bahasa etnik. Oleh demikian, kami akan menganjurkan “Perhimpunan aman 1125” pada 25 November 2012, jam 11 pagi di Padang Timur, AmCorp Mall, Petaling Jaya untuk bersatu kuasa daripada pelbagai kaum, pelbagai lapisan masyarakat, pelbagai parti politik, persatuan-persatuan dan badan-badan NGO  untuk membantah Pelan Pembangunan Pendidikan yang dapat mengugat pembangunan pendidikan bahasa ibunda dan perpaduan kaum. 

Belajar Terus Belajar !!!

Rabu, 26 Disember 2012

Bengkel Pengucapan Awam & Pertandingan Pidato Piala Y.A.B. Ketua Menteri


Bengkel Pengucapan Awam & Pertandingan Pidato Piala Y.A.B. Ketua Menteri Melaka anjuran bersama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Negeri Melaka, Gagasan Belia Wawasan 1Malaysia, Biro Pidato Pemuda UMNO Malaysia dan Pergerakan Pemuda & Puteri UMNO Negeri Melaka yang di adakan 22-23 Disember di Kem BTN Alor Gajah Melaka.


Sesi Pembelajaran dan nasihat dari saudara Lokman Nor Adam pada Bengkel Pengucapan Awam & Pertandingan Pidato Piala Y.A.B. Ketua Menteri Melaka




Cenderamata daripada pihak sekretariat kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Melaka yang disampaikan oleh saudara Lokman Nor Adam pada Bengkel Pengucapan Awam & Pertandingan Pidato Piala Y.A.B. Ketua Menteri Melaka anjuran bersama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Negeri Melaka, Gagasan Belia Wawasan 1Malaysia, Biro Pidato Pemuda UMNO Malaysia dan Pergerakan Pemuda & Puteri UMNO Negeri Melaka




Semangat 1 Malaysia !



Kangkung tumbuh di tepi paya,
dipetik ibu untuk tetamu,
di dalam kelas selalu bertanya,
supaya mendapat banyak ilmu.

Laut tenang langit berbiru,
pelancong bersiar ditepi pantai,
masa belajar jangan jemu,
supaya kita cepat pandai.

Berenang-renang si ikan kelah,
berenang bersama si ikan kerapu,
setiap pagi kita ke sekolah ,
jangan bosan menuntut ilmu.



Belajar Terus Belajar ! Salam Perjuangan  !!!


Rabu, 12 Disember 2012

Perancangan Strategik & Blueprint 2013

Mesyuarat Exco GPMS Negeri Melaka - Perancangan Strategik & Blueprint 2013 









"Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Manusia Kerana Muafakat .."

Belajar Terus Belajar !

Selasa, 11 Disember 2012

Umur Bumi dalam Al-Quran




Sungguh mulia kata-kata dalam Al-Qur'an. Tidak hanya arti kata-kata yang tinggi, penggunaan bahasa yang tepat, kata-kata dalam Al-Qur'an juga tersusun dalam susunan sistematik dan cermat. Satu contoh dari sekian banyak contoh adalah isyarat Al-Qur'an dalam menjelaskan umur bumi serta alam semesta ini. Bagaimanakah Al-Qur'an menceritakan tentang perihal tersebut tersebut ? dan bagaimanakah sistematika rinciannya ?

Seperti kita ketahui bersama bahwa Al-Qur'an merupakan firman Allah SWT. yang mulia. Dalam Al-Qur'an Allah SWT. tidak pernah menyebut kata 'bumi' lebih dulu dari pada 'langit' dalam setiap firman-Nya, Allah SWT. selalu menyebut kata 'langit' lebih dahulu dari 'bumi'. Seperti pada contoh firman di bawah ini :
"Allah-lah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia berkuasa di atas 'Arsy. Tidak ada bagi kamu selain daripada-Nya seorang penolong pun dan tidak (pula) seorang pemberi syafa'at. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?" (QS. Al-Sajdah 32:4)


Katakanlah, "Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada Yang menciptakan bumi dalam dua masa dan kamu adakan sekutu-sekutu bagi-Nya? (yang bersifat) demikian itu adalah Rabb semesta alam" (QS. Al-Fushshilat 41:9)

Itu adalah satu firman dari banyak firman Allah SWT. dalam Al-Qur'an yang memposisikan kata 'langit' sebelum 'bumi'. Lalu, mengapa Allah selalu mendahului kata' langit' dari pada 'bumi' dalam setiap firman-Nya? ternyata setelah menelusuri dan mengaitkan antara fakta dengan Al-Qur'an, maka menemukan keterkaitan yang sangat mengejutkan sekaligus membuat takjub. Betapa tidak, ternyata menurut penelitian ilmuwan, umur alam semesta atau disebut 'langit' dalam bahasa Al-Qur'an memang lebih 'tua' dari bumi. Berikut rinciannya.





Analogi : Allah SWT. menciptakan langit dan bumi dalam enam masa (QS.Al-Sajdah 32:4), serta menciptakan bumi sebagai tempat tinggal dalam dua masa (QS. Fushshilat 41:9). Menurut para ahli Geologi, meninjau dari batuan meteorit tertua, perkiraan umur bumi adalah sekitar 4,56 × 109 tahun. Kembali ke Al-Qur'an jika umur langit 6 masa dan umur bumi 2 masa, maka perbandingannya adalah 6 : 2 = 3 : 1, jadi umur alam semesta dapat kita cari dengan cara yaitu 4,56 × 109 × 3 = 13,68 × 109tahun. Itu adalah perhitungan umur umur alam semesta atau 'langit' versi Al-Qur'an.

Fakta : Versi sains modern menyatakan tentang sebuah teori bernama Big Bang yang menyebutkan bahwa umur alam semesta 13,7 × 109 tahun. Angka tersebut hampir mendekati angka perkiraan umur alam semesta versi Al-Qur'an. Subhanallah, apakah ini suatu kebetulan ?

Terdapat selisih 20 juta tahun antara perhitungan sains modern dengan Al-Qur'an. Namun, perbedaan ini bukanlah menjadi suatu selisih yang signifikan. Dan kita bisa menyimpulkan bahwa Al-Qur'an merupakan sumber kajian dan pedoman.



Rujukan : Sini

Ahad, 9 Disember 2012

Cabaran Islam dan Melayu !




Masa terus berlalu, setiap hari ada sehaja penghinaan terhadap Islam, ayat-ayat suci Al-Quran dipermainkan, Nabi Muhammad saw. serta para sehabat dipersendakan pada setiap masa, bila ada bantahan cepat-cepat mereka minta maaf dan kita dengan senang hati maafkan mereka.
Negara dan Jalur Gemilang diperlekehkan oleh orang-orang yang tak mengenang budi contohnya Namewe, bila ada tekanan dia minta maaf seperti biasa kita pun maafkan dan di suatu masa menteri sambut dia di Parlimen dengan pakaian kurang ajarnya, terbaru Nizar (bekas MB Perak) kata "luntur nak kibarkan Jalur Gemilang, Jalur Malang

 
 Pada 6 Ogos 2012 lalu Paderi Gay warga Malaysia yang menetap di US membawa kekasihnya (lelaki) ke Malaysia dan mengadakan majlis resepsi perkahwinan dan berkata "kami bersyukur boleh mencipta sejarah dan boleh berkongsi kegembiraan di tanah air". Selepas ini seorang lagi bekas pelajar Malaysia di Dublin Ireland, Ariff Alfian Roslin Gay Melayu yang berkahwin dengan lelaki Inggeris mungkin pula akan berbuat demikian.
Di sini tiada seorang pun yang membantah pada majlis tersebut, akhirnya disuatu hari nanti perkahwinan gay bukan lagi menjadi satu isu yang besar dan masyarakat akan menjadi terbiasa dengan nya seperti yang berlaku di Barat.
Kemana perginya suara-suara PAS yang selama ini memperjuangkan Islam sebagai satu landasan hidup atau mereka tenggelam dengan lamunan ke Putrajaya yang ingin mereka lelong suatu masa lalu atau kelu dek sergahan Naib Pengurusi DAP Karpal Singh yang terang-terang menentang penubuhan negara Islam atau kerana hormatkan pemimpin politik yang menjadi pengamal homoseksual di negara ini.
Inilah kemenangan moral kepada Boon Lin bahkan kepada golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender di negara ini.
Sama-samalah kita berdoa ke hadrat Ilahi semuga semua ini tidak akan berpanjangan dan diselamatkan oleh Allah dari sebarang malapetaka disebabkan gejala moral ini seperti yang berlaku terhadap umat dahulu.

Belajar terus Belajar ! Salam Perjuangan !!!

Bersatu Demi Agama , Bangsa dan Tanah Air !


Tolak Agenda Yahudi !!!





Dunia sedang menuju penghujungnya apabila majoriti orang Islam mengingkari perintah Allah. Masanya semakin dekat Umat Islam akan hancur binasa. Ia bersangkutan dengan akidah dan cara hidup. Bakal terhalangnya pertolongan dari Allah Subhana wa Taala. Jika ini terjadi, kepada siapakah kita akan minta pertolongan? Makbulkah doa kita walaupun di aminkan oleh ratusan ribu jemaah?


Mereka menjadi "kafir" apabila berjinak serta menghampiri kumpulan manusia yang terang-terangan memusuhi Allah dan RasulNya, secara tidak sedar mereka telah dipandu keluar dari golongan Islam. Nampak seperti mudah tetapi ianya amat berat. 

Oleh itu, biarlah tidak nampak "warak" asalkan tidak menjadi "kafir" seperti ini. 

Masanya akan tiba bila manusia kehilangan agamanya hanya kerana tidak cerdik memilih teman dan rakan setia. Manusia Islam akan ramai-ramai menjadi pendusta atau munafikin apabila kata-kata mereka tidak serupa dengan apa yang mereka lakukan. Dalam solat mereka mengucapkan ikrar bahawa "Hidup dan Mati" hanya untuk Alah. Tetapi hakikatnya mereka mendustakannya dalam kehidupan apabila mengambil musuh Allah sebagai teman setia dalam masa yang sama mengkhianati sesama Islam. 

Begitulah kerja nafsu yang mendorong manusia menjadi penderhaka kepada Penciptanya. Dalam lain kata ia bernama "Qarin", syaitan dalam diri setiap manusia. Hawa Nafsu juga membawa kita kepada rasa "megah" dan "besar diri". Ia juga bermaksud Sombong, Bongkak dan Melebihi Batas.

Semoga Allah menyelamatkan kita dari kesilapan kecil sebegini. Mereka yang telah pun bermukin di wilayah selamat dengan mendapat bimbingan para mursyid dan arif billah, dijamin tidak akan terjebak, insyaAllah. Inilah satu-satunya jalan lurus yang diredhai Allah dan sentiasa mendapat pertunjuk dariNya.

Ingatlah, Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.


"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang Yahudi dan Nasrani sebagai teman setiamu, mereka satu sama lain saling melindungi. Barangsiapa diantara kamu yang menjadikan mereka teman setia, maka sesungguhnya dia termasuk golongan mereka. Sungguh Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim". (QS. Al-Maidah :51)



Hari ini berapa banyak para pemimpin Islam dan orang-orang Islam yang meminta perlindungan, pertolongan, dan memberikan wala' (loyal) nya kepada Yahudi dan Nasrani, dan bahkan mengikuti cara hidup mereka. Mengapa para pemimpin Islam dan orang-orang Islam bersikap demikian? Kerana di dalam dada mereka sudah tertanam adanya : "khauf" (rasa takut).
Maka Allah Rabbul Alamin menurunkan hukuman (undang-undang) yang bersifat tegas, final dan baku, yang menjadi hukum dasar bagi para pemimpin Islam dan orang-orang Islam, bagaimana berhadapan golongan Yahudi dan Nasrani. Dalam seluruh aspek kehidupan yang ada. 

Firman-Nya :

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang Yahudi dan Nasrani sebagai teman setiamu, mereka satu sama lain saling melindungi. Barangsiapa diantara kamu yang menjadikan mereka teman setia, maka sesungguhnya dia termasuk golongan mereka. Sungguh Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim". (QS. Al-Maidah :51)



Dalam tafsir Ath-Thabari, menjelaskan, bahwa menurut riyawat As-Suddi, ketika terjadi perang Uhud, dan suasana semakin mencekam, ada sebagian orang Islam yang merasa takut tertawan oleh orang-orang kafir. Mereka pun bermaksud mencari perlindungan kepada orang Yahudi di negeri Dahlak, dan orang-orang Nasrani di Syam, dan bersedia mengikuti cara hidup mereka. Maka turunlah ayat Al-Maidah : 51, yang melarang mereka melakukan perbuatan itu.

Menurut Ath-Thabari ayat ini menjelaskan urusan wala’ (loyal). Allah melarang orang-orang beriman untuk berwala' kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani dengan cara menjadikan mereka pemimpin, penolong, teman setia, dan mengikuti cara hidup mereka. Karena barangsiapa melakukan hal itu, maka Allah akan menggolongkan ke dalam golongan orang-orang yang diikuti baik itu Yahudi ataupun Nasrani.

Maka, orang-orang Mukmin (beriman) hendaknya tidak menjadikan orang-orang Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin, pelindung, dan teman setianya. Apalagi bila telah nampak sikap permusuhan dari orang-orang Yahudi dan Nasrani itu kepada Allah, Rasulullah dan orang-orang Mukmin. Barangsiapa lebih memilih orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai penolong, pelindung, dan teman setianya, maka dia berarti telah menjadi musuh Allah, Rasulullah dan orang-orang Mukmin. Hal itu merupakan perbuatan zalim dan Allah tidak akan memberi pentunjuk kepada orang-orang zalim.

Disisi lain, Ibnu Katsir, menjelaskan surah Al-Maidah ayat 51 itu, menegaskan bahwa Allah melarang hamba-hamba-Nya yang beriman untuk menjadikan orang Yahudi dan Nasrani sebagai teman setia. Kaum Yahudi dan Nasrani merupakan musuh Islam dan umat Islam seluruhnya.

Kemudian, selain menjelaskan kaum beriman (orang Mukmin) satu sama lainnya saling melindungi, Allah juga mengancam siapapun yang melanggar larangan-Nya itu. Dia Ta’ala berfirman:"Barangsiapa diantara kamu yang menjadikan mereka teman setia, maka sesungguhnya dia termasuk golongan mereka".

Ibnu Abu Hatim meriwayatkan bahwa Umar meminta Abu Musa untuk mengusulkan atau melaporkan setiap hal yang ia lakukan dalam satu rumusan. Abu Musa memiliki juru tulis (sekretari) dari Nasrani dan melaporkannya kepada Khalifah Umar. Umar merasa hairan. Umar bertanya kepada Abu Musa : "Dia seorang juru tulis yang seharusnya menjadi orang kepercayaan". Apakah kamu boleh membaca surat yang datang dari Syam di dalam masjid-masjid?". Abu Musa menjawab, "Dia tidak boleh melakukannya". Tanya Umar lagi: "Apakah dia orang asing?". "Bukan. Dia seorang Nasrani", jawab Abu Musa. Lalu Umar menghardik saya (Abu Musa), dan menepuk paha saya. "Bawa dia keluar", ujar Umar. Kemudian, Umar membacakan ayat : "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang Yahudi dan Nasrani sebagai teman setiamu".

Dalam Al-Qur'an, yang termaktub dalam surah Al-Maidah ayat 51 itu, bersifat kekal, yang menyangkut sikap dan bagaimana melihat orang Yahudi dan Nasrani. Mereka adalah musuh Allah Rabbul ‘Alamin. Mereka menjadikan ‘Uzair dan Isa sebagai anak Tuhan dan Tuhan, yang merupakan sikap yang menduakan Allah Azza Wa Jalla, dan merupakan perbuatan syirik, yang dilaknat oleh Allah.

Sepanjang sejarah Yahudi dan Nasrani melakukan permusuhan yang sangat nyata terhadap orang-orang Mukmin, yang tidak pernah selesai. Permusuhan antara ahlul haq dengan ahlul bathil. Selamanya.

Bagaimana mungkin orang-orang Mukmin, termasuk para pemimpin Islam, bermesraan, meminta pertolongan, perlindungan, dan memberikan wala' kepada mereka, sedangkan mereka adalah musuh Allah dan Rasul-Nya.

Banyak para pemimpin Islam dan orang-orang Islam yang meminta pertolongan kepada Amerika, Eropa, dan negara-negara kafir lainnya, yang sudah nyata-nyata mereka menjadi musuh, dan menumpahkan darah orang-orang mukmin, yang tanpa haq, seperti yang terjadi di bumi Palestina, Irak, Afghanistan, Somalia, Chechnya, dan Bosnia. Mereka sangat nyata-nyata permusuhannya.

Ketika para pemimpin Islam dan orang-orang Islam, yang sudah hatinya terkena penyakit "khauf"dan "wahn", maka mereka, para pemimpin Islam dan orang-orang Islam datang berbondong-bondong kepada Yahudi dan Nasrani meminta pertolongan, perlindungan, dan berwala' kepada mereka. Bukan hanya sekadar menghadiri upacara Natal dan mengucapkan Natal, tetapi sudah menjadikan Yahudi dan Nasrani sebagai teman setia mereka.


Kerana itu, hari ini para pemimpin Islam dan orang-orang Islam, termasuk mereka yang berada dalam "Harakah Islamiyah" (Gerakan Islam) telah menjadi hina, dan bertekuk lutut dihadapan Yahudi dan Nasrani, dan menjadikan "demokrasi" sebagai agama mereka, dan diikuti dengan sembahan lainnya, yang disebut kata, "sekongkol", menyebabkan mereka menjadi "tasyabbuh" (menyerupai) atau" talbis", menyerupai dan bercampur dengan Yahudi dan Nasrani dalam bab aqidah dan muamalah.

Mereka sudah tidak berani lagi menyatakan identiti, jati diri secara terang-terangan sebagai Mukmin, dan menegaskan Islam sebagai agama yang syumul (sempurna), dan menegakkan prinsip (mabda') Islam dalam seluruh aspek kehidupan, dan memilih untuk menggunakan prinsip dari Yahudi dan Nasrani.

Sehinggakan ada seorang tokoh Parti Islam Indonesia, harus perlu membuat spanduk besar-besar, di sebuah jalan di Jakarta, dan hanya sekadar mengucapkan: "Selamat Natal", kepada orang-orang Nasrani, yang akan merayakan Natal. Karena, dia mengharapkan pertolongan dari orang-orang Nasrani. Bukan dari Allah, Rasul-Nya dan orang-orang Mukmin.


Bersatulah Bangsaku !!!