Isnin, 17 November 2014

Masalah Sosial di Kalangan Belia

  1.  Kementerian Kesihatan Malaysia mendedahkan seramai 18,652 remaja berusia 10 – 19 tahun didapati hamil sepanjang 2011, di mana 30% hamil di luar nikah yang sah. ( The Star, 22 September 2012) Dalam tempoh lapan tahun (2000 – 2008) sebanyak 257,000 sijil kelahiran tanpa nama bapa didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).Secara purata, kadar kelahiran anak tak sah taraf di negara ini adalah 2,500 kes sebulan , 83.3 kes sehari atau  Satu kes setiap 15 mini
  2. Kes pembuangan bayi yang begitu ketara /Seramai 705 bayi terdampar dilaporkan  sepanjang lapan tahun semenjak 2004 hingga 2011. Dalam 2009 - 79 kes, meningkat sebanyak 15% kepada 91 kes dalam tahun 2010 dan sebanyak 98 kes pada tahun 2011.  ( Sumber : PDRM) Menurut satu laporan JKM, dari tahun 2004  – 2009, sebanyak 16% bayi yang terdampar ditemui di kawasan pembuangan sampah!
  3. Dari pemantauan laporan media harian bercetak di negara ini,  dalam tempoh lima bulan terakhir ini (Mei - September 2012), terdapat 30 liputan berita mengenai pembuangan bayi yang dilaporkan. Pada 6 Julai yang lalu, negara digemparkan dengan insiden bayi disorokkan di dalam beg sekolah selama berhari-hari sebelum ditemui.
  4. Semakin ramai golongan remaja yang sepatutnya menjadi harapan bangsa dan negara, terbabit dalam pelbagai jenayah seperti samun, peras ugut, ragut, gangsterisme, ketagihan dadah dan alkohol, rogol, cabul, bunuh. Jenayah sadis yang membabitkan ahli keluarga terdekat juga semakin berleluasa. Peningkatan gejala sosial yang semakin kritikal ini amat membimbangkan dan menimbulkan kesan psikologi mendalam kepada ahli masyarakat. Amatlah wajar, semua usaha dan sumber yang ada digembleng untuk segera menangani isu gejala sosial ini dengan pelbagai langkah pencegahan dan rawatan yang lebih berkesan, agar ianya tidak semakin parah dan di luar kawalan.
  5. Usaha komprehensif dan intensif ini pastinya memerlukan banyak sokongan dan dokongan.  Memperuntukkan sumber kewangan dan dana yang mantap, stabildan mencukupi bagi melaksanakan usaha penting ini sewajarnya menjadi keutamaan pihak kerajaan buat masa ini.Kami ingin menegaskan, usaha meningkatkan prasarana fizikal dan tahap ekonomi rakyat semata-mata, tanpa memberikan penekanan kepada aspek pembangunan  insaniah yang menitikberatkan konsep amanah, integriti dan  pertanggungjawaban, dibimbangi akan lebih mendatangkan mudharat dan kerosakan.
  6. Kita perlu tegas menuntut menuntut semua pihak  – setiap ahli masyarakat, remaja, ibu bapa, orang dewasa dan khususnya pihak kerajaan memberikan perhatian, tumpuan dan keutamaan sewajarnya terhadap peningkatan gejala sosial yang serius melanda negara, dan tidak  mengenepikan atau menganggap remeh permasalahan tersebut.Meningkatkan usaha pencegahan dan pendidikan masyarakat (amar maaruf) yang meluas dalam membangunkan sistem sosial yang berpaksikan keadilan, kesejahteraan, akhlak luhur dan nilai terpuji.
  7. Penyusunan strategi rawatan dan pemulihan yang efektif (nahi mungkar) bagi kelompok yang telah terjebak dan terjerumus ke dalam kancah gejala sosial, agar mereka dapat dibimbing untuk bangkit kembali membina kehidupan baru yang lebih bermakna. Memperuntukkan belanjawan yang mencukupi untuk membiayai semua usaha dan langkah-langkah di atas, sebagai satu komitmen padu yang membuktikan kesungguhan mahu menangani permasalahan peningkatan gejala sosial yang semakin meruncing.


         Mohd Saifullah Bin Hj Dolmat
         Ketua Penerangan Gpms Melaka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan