Isnin, 17 November 2014

Masalah Integriti Di Kalangan generasi muda.

Masalah Integriti
     
  1. Kita di kejutkan dengan penangkapan ke atas seramai 24 individu termasuk 12 pegawai Kastam pelbagai pangkat oleh SPRM atas sindeket penyeludupan barang-barang di Lembah Klang, yang mengelak dari membayar duti kastam melibatkan lebih RM1 bilion. Akibat tindakan itu kerajaan dipercayai mengalami kerugian lebih RM2 bilion. Terbaru ramai orang muda antara 23 kontraktor di tahan SPRM di Terengganu di tangkap akibat rasuah.
  2.  Kesungguhan kerajaan mendakwa dan menyeret mereka yang terlibat dalam jenayah ini ke mahkamah akan memberi satu amaran agar mereka tidak mengambil sebarang bentuk rasuah pada peringkat awal. Sesungguhnya, tindakan tegas kerajaan mendakwa semua pihak yang terlibat tanpa memilih bulu akan memberi petanda bahawa pengamal rasuah akan menerima hukuman yang setimpal dengan apa yang telah mereka lakukan dan menakutkan individu yang lain untuk melakukan jenayah ini.
  3.    Bahaya amalan rasuah ini juga perlu diterapkan dalam sistem pendidikan di sekolah rendah dan menengah khususnya dalam subjek Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan. Nilai kebencian yang tinggi terhadap amalan rasuah dapat ditanam dan dihayati dalam diri seseorang pelajar sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi bak kata peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. 
  4. Generasi yang dididik supaya benci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas serta berintegriti. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah. Bukan sahaja dari segi akademik, malah nilai benci akan rasuah juga dapat dipupuk melalui program bukan akademik yang dihadiri oleh pelajar.
  5.  Masyarakat yang berintegriti juga perlu membantu secara tidak langsung dalam menangani fenomena rasuah ini. Sesiapa sahaja yang mengetahui tentang kes rasuah yang berlaku di sekeliling perlu melaporkan segera hal yang berlaku kepada pihak SPRM untuk dijalankan siasatan. Masyarakat tidak perlu terkongkong dengan peribahasa menjaga tepi kain orang seterusnya membutakan mata dan memekakkan telinga sahaja apabila jenayah rasuah berlaku seperti orang yang tidak tahu peraturan dan undang-undang negara. Mereka seharusnya mempunyai minda yang positif dan berfikir untuk kesejahteraan dan keamanan negara dalam menghadapi situasi seperti ini. Di samping itu, sesiapa yang disogok dengan wang atau sebagainya untuk tujuan rasuah juga perlu melaporkan hal ini tanpa rasa ragu ataupun takut kepada pihak SPRM.  Mereka tidak perlu berasa takut kerana segala identiti dan maklumat yang diberikan akan dirahsiakan. Sesungguhnya, mereka ini telah menjadi sebahagian daripada mata-mata dalam menghapuskan penjenayah-penjenayah rasuah pada masa kini.
  6. Perubahan paradigma dan persepsi masyarakat terhadap rasuah perlu berlaku terlebih dahulu jika ingin melihat masalah ini dapat diatasi sehingga ke akar umbinya sesuai dengan firman Allah s.w.t. dalam surah Ar-Ra’d, ayat 11 yang berbunyi, “ … Sesungguhnya Aku tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum itu sebelum kaum itu mengubah keadaan diri mereka dahulu…”.Menurut Imam al-Qurtubi, Allah SWT menyifatkan orang yang benar dan beriman dalam urusan mereka sebagai orang yang bersungguh-sungguh dalam agama.  Baginda SAW apabila dijanjikan pelbagai ganjaran oleh pembesar kafir Quraisy supaya meninggalkan usaha dakwah bersabda: “Walaupun diletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku sekalipun untuk aku meninggalkannya, nescaya tidak juga akan aku lakukan.” Begitulah kuatnya pegangan dan integriti Rasulullah dalam menyampaikan risalah kebenaran kepada umatnya. Pada masa sama, kebenaran ajaran Islam yang dibawa tidak akan terserlah jika tidak ditunjukkan dengan kemuliaan sifat siddiq iaitu jujur dan benar. 



                Mohd Saifullah Bin Hj Dolmat
                Ketua Penerngan GPMS Melaka







Tiada ulasan:

Catat Ulasan