Solidariti Mahasiswa Malaysia.
Satu gabungan gerakan/front mahasiswa yang mula mencuri tumpuan sejak kebelakangan ini terutamanya dengan siri-siri demostrasi yang bertenaga dan penuh 'kontroversi'. Kepimpinananya baru berubah baton. Kini, ia diterajui oleh Saudara Safwan Anang daripada kampus UM.
Harapan & nasihat saya sebagai mahasiswa yang bakal menamatkan pengajian tidak lama lagi (insyaAllah) serta memerhatikan dan mengikuti rapat perkembangan front ini di sebalik banjaran Titiwangsa kepada kepimpinan baru SMM adalah:
Harapan & nasihat saya sebagai mahasiswa yang bakal menamatkan pengajian tidak lama lagi (insyaAllah) serta memerhatikan dan mengikuti rapat perkembangan front ini di sebalik banjaran Titiwangsa kepada kepimpinan baru SMM adalah:
1) Kembali kepada landasan asal tujuan penubuhan front ini jika ada yang sudah tergelincir. Yang mana masih selari, boleh diteruskan. Perbanyakkan perkongsian dengan insan-insan yang menubuhkan front ini agar anda tidak kabur dengan tujuan asal penubuhan front ini.
2) Bukan semua perkara yang relevan untuk gerakan mahasiswa terdahulu, masih lagi relevan untuk gerakan masa kini. Tidak semua perkara harus berdemostrasi. Tidak semua perkara harus menunujukkan penentangan dan protes. Kurangkan membuat kontroversi dan mencari publisiti. Bertindak dengan matang atas sesuatu perkara, bukan sekadar emosi. Apabila berhujah, biarlah datang bersama dengan fakta. Itulah yang membezakan kamu sebagai mahasiswa dengan orang kebanyakan.
3) Pemimpin SMM haruslah menunjukkan contoh yang terbaik sebagai mahasiswa. Akademik yang cemerlang serta akhlak yang terpuji. Bukan hanya sibuk memperjuangkan hak sehingga kelas dan akademik terabai. Selagi mana kamu bergelar mahasiswa, akademik dan pelajaran tidak pernah menjadi perkara yang kedua.
4) Letakkan adab, nilai, akhlak dan hujah sebagai perkara asas dalam setiap pergerakan front mahasiswa ini. Biar semua mahasiswa bangga dengan front ini, bukanya malu untuk mengakui bahawa front ini adalah front mahasiswa.
Pemimpin gerakan mahasiswa adalah cerminan pemimpin negara untuk masa hadapan. Lihat sahaja pemimpin negara sekarang. Kebanyakan daripada mereka adalah bekas pimpinan mahasiswa.
Jika pemimpin mahasiswa kini rendah tahap akademik dan intelektualnya serta bermasalah dalam adab dan akhlaknya, usahlah kita mengimpikan pemimpin ISLAM / MELAYU yang lebih baik daripada kebanyakan pemimpin negara sekarang ini! Habiskan masa belajar dan kemudian fikirlah aspek yang lebih luas. Habiskan pengajian dahulu sebelum melakukan sesuatu di luar kawalan sehingga diri sendiri teraniaya. Renung2kanlah.
Belajar Terus Belajar !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan