Bunga Silat dari Perguruan Gerak Insan Seni dan AMT Gpms. Teruskan Perjuangan !
Bunga silat dapat mengekalkan keaslian silat Melayu dari aspek gerak, kaedah, rupa dan bentuk meliputi keperluan seni, bela diri, sukan, muzik silat baku, kerohanian berdasarkan seni budaya Melayu, Islam.
Pembahagian pada tujuh tajuk dapat memberikan kemahiran silat tanpa senjata dan bersenjata. Apabila mencapai peringkat tujuh bengkung hitam, pesilat akan mendalami aspek keilmuan silat Melayu bagi membentuk kemahiran kendiri.
Pelajaran silat bermula pada tahap dasar dengan asas gerakan silat tanpa senjata. Pada tahap menengah pesilat boleh menggunakan senjata rotan atau kayu tidak tajam, kepada pesilat tahap tinggi yang telah mahir boleh menggunakan senjata tiruan, kecuali untuk tujuan persembahan atau pertandingan silat seni.
Tujuannya untuk memudahkan menguasai pelajaran atau kaedah yang wujud tanpa diduga akibat kesilapan atau kemajuan dalam penguasaan ilmu silat tidak mendatangkan kecederaan.
Kembali kepada Bunga Silat, bahawa kekunci gerak silat Melayu ialah pada Bunga atau Bunga Silat yang di dalamnya terhimpun segala gerak, kaedah, rupa dan bentuk Silat Melayu.
Oleh itu setiap pesilat mestilah dapat menguasai segala gerak langkah, kuda-kuda dan limbai yang terdapat dalam Bunga Silat serta memahami fungsi dan konsep yang dapat membangunkan kaedah silat.
Tujuh peringkat silat akan menggunakan tujuh tajuk tersebut. Dengan itu dapatlah ruang masa yang cukup untuk pesilat menguasai ilmu silat.
Pergerakan silat Melayu adalah berasaskan gerak tubuh yang boleh diukur dengan garis geometri. Misalnya gerakan sesuai dengan perlakuan manusia bergerak seperti melangkah, berjalan, berkuda-kuda, ayun atau limbai tangan dan kaki untuk menyerang dan menyambut.
Belajar Terus Belajar !
Salam Perjuangan !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan