Tuntutlah ilmu sepanjang hayat. Jangan selesa apa yang diperolehi pendidikan secara formal di sekolah, kolej atau uni sahaja. Agama kita menganjurkan supaya menuntut dan mendalami ilmu dengan matlamat untuk bertaqwa dan beribadat kepada Allah swt. Menuntut secara berterusan secara informal perlulah diusahakan seperti menghadiri kelas-kelas pengajaran agama di Masjid atau surau, di pusat-pusat ilmu yang lain dan menimba ilmu melalui rujukan daripada buku-buku yang boleh dibeli atau diperolehi di Perpustakaan.
"Diangkat oleh Allah orang-orang yang beriman daripada kamu dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa tingkat".
-( Surah Al Mujadalah: 11)
Menuntut ilmu adalah ibadah, tempat-tempat mengkajinya adalah bertasbih, membahasnya adalah jihad, mengajarnya kepada orang yang belum mengetahuinya adalah sedekah, mendermakannya kepada keluarganya adalah mendekatkannya kepada Allah swt.
Dia adalah sahabat setia dalam kesendirian dan manakala dalam kesepaian, serta menunjukkan pada agama. Kerananya Allah swt akan mengangkat sejumlah kaum sekaligus menjadikannya berada dalam kebaikan dan menunjukkan manusia pada kebaikan pula. Kerananya, dia mengesakan Allah disembah dan ditaati. Keranaya , dia bersikap wara', kerananya persaudaraan terjalin dan kerananya pula dia mengetahui antara halal dan haram.
sabda Nabi saw:
"Manusia yang terbaik ialah mukmin yang berilmu, jika diperlukan dia berguna. Dan jika tidak diperlukan, maka dia dapat mengurus dirinya sendiri'
-(HR Al Bukhari dari Abu Darda')
Nabi saw bersabda mengenai kelebihan ilmu dari ibadah dan mati syahid;
"Kelebihan orang yang berilmu dan orang 'abid (orang yang banyak ibadahnya) seperti kelebihanku dari orang yang paling rendah dari sahabatku"
Tanpa ilmu pengetahuan yang sebenar, tidaklah sempurna ibadat yang diamalkan oleh seseorang.
Belajar Terus Belajar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan