Jom semua sahabat daftar sebagai ahli GPMS dan boleh daftar secara online di http://daftar.gpms.org.my #gpms #belajarterusbelajar #amanah448 #gpmsdihati #mohonshare


Jom semua sahabat daftar sebagai ahli GPMS dan boleh daftar secara online di http://daftar.gpms.org.my #gpms #belajarterusbelajar #amanah448 #gpmsdihati #mohonshare
PERSIDANGAN Dewan Rakyat Merupakan sesuatu perkara yang di nantikan oleh setiap rakyat marhein di Malaysia bagi melihat setiap ahli parlimen berbahas.
Banyak isu yang telah dibincangkan dengan rancak oleh setiap rakyat yang prihatin terhadap perkembangan perbahasan di Parlimen, termasuklah tentang tindak-tanduk dan butir bicara ahli-ahli Dewan Rakyat. Saya terpanggil untuk mendalami salah-satu perkara yang timbul amat ketara bagi mereka yang setia mengikuti sidang Parlimen.
Seperti yang semua sedia maklum, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang wajib digunakan dalam kesemua urusan rasmi. Dalam penghakiman kes Merdeka University Bhd. v. Government Of Malaysia di peringkat Mahkamah Tinggi, yang telah diputuskan oleh Hakim Eusoffe Abdoolcader pada 7 November 1981, ‘urusan rasmi’ ditakrifkan sebagai merujuk kepada, antara lain, tindakan oleh sesuatu pihak berkuasa berkanun yang menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya melalui peruntukan undang-undang Persekutuan atau negeri.
Takrifan ini selari dengan peruntukan Perkara 152(6) yang menyebut: ‘Maksud rasmi’ ertinya apa-apa maksud kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam.
Inilah peruntukan yang perlu dihormati dan dimartabatkan tinggi oleh keseluruhan warganegara Malaysia terutama sekali oleh mereka yang berdiri di atas kuasa yang diberikan melalui peruntukan undang-undang. Mengikut takrifan dalam kes Merdeka University Bhd., persidangan Dewan Rakyat adalah antara urusan rasmi yang memerlukan pemakaian tegas peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Atas dasar ini jugalah ahli-ahli Dewan Rakyat tertakluk kepada Peraturan 8, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang menyebut: “Bahasa rasmi Majlis ialah Bahasa Malaysia (sic), tetapi Tuan Yang di-Pertua boleh membenarkan penggunaan bahasa Inggeris.”
Maka secara harafiahnya, bahasa Melayu wajib dipakai oleh ahli-ahli Dewan Rakyat baik daripada pihak kerajaan atau pihak pembangkang. Malangnya, acap kali dapat kita dengar bahawa ramai ahli Dewan Rakyat yang lebih gemar menggunakan bahasa Inggeris di Parlimen terutama apabila mereka menanyakan soalan lisan. Trend ini sangat membimbangkan kerana setelah hampir 60 tahun merdeka, ahli-ahli Parlimen kita masih tidak menghormati identiti kebangsaan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Saya akui bahasa Inggeris boleh digunakan setakat mana Yang di-Pertua Dewan Rakyat membenarkan penggunaannya. Namun, seharusnya ruang untuk berbahasa Inggeris di dalam Parlimen Malaysia dihadkan hanya kepada beberapa ungkapan yang tidak boleh diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Hakikatnya, masih ramai ahli Parlimen yang selesa berbahas hampir keseluruhannya dalam bahasa Inggeris asalkan di pertengahan perbahasan mereka, disulami dengan ungkapan ‘Dengan izin, Tuan Speaker’.
Adakah nilai bahasa kebangsaan negara ini duduknya sebegitu rendah hinggakan ungkapan ini dilihat keramat dan dapat memaafkan kebiadaban kita terhadap identiti kebangsaan yang termaktub dalam undang-undang? Agak janggal untuk rakyat Malaysia menonton bagaimana wakil rakyat masing-masing berdegar-degar berbahas dalam bahasa Inggeris sedang pada mereka masih mengharapkan agar rakyat yang mereka wakili dapat menghormati bahasa kebangsaan.
Ahli-ahli Parlimen ini seperti sekadar mengambil muka apabila hal ini diketengahkan walhal hakikatnya roh undang-undang negara ini tidak dihormati dan diperkotak-katikkan mengikut keselesaan mereka. Seharusnya mereka yang mewakili suara rakyat yang mengundi mereka menunjukkan teladan yang baik, sebaliknya mereka pula yang angkuh dengan meletakkan bahasa Inggeris lebih tinggi martabatnya daripada bahasa kebangsaan.
Sama jugalah perihalnya dengan ahli-ahli Parlimen yang tidak mampu untuk berbahas menggunakan bahasa Melayu dengan fasih. Perkara ini memalukan kerana terdapat beberapa kejadian di mana apa yang diperkatakan wakil rakyat tidak dapat difahami atau kedengaran kekok dek kerana telor (pelat) mereka yang terlalu pekat. Belum lagi disebut tentang kekasaran bahasa yang digunakan dalam dewan yang berdiri atas amanah rakyat. Di mana letakkan maruah negara ini jika kita diadili berdasarkan tindak-tanduk dan butir bicara ahli-ahli Parlimen kita?
Jika negara ini hendak melihat identiti kebangsaan yang menyantuni budaya ketimuran dihidupkan melangkaui apa yang wujud di batasan peruntukan undang-undang, setiap rakyat yang menggelarkan diri mereka warganegara Malaysia harus memainkan peranan masing-masing. Niat ini wajar dimulakan dengan mereka yang diberi kuasa untuk mengolah masa depan undang-undang negara ini.
Sikap segelintir ahli parlimen yang lihat seperti tidak menghormati peranan bahasa kebangsaan kadangkala mengguris hati rakyat Malaysia. Jika ahli parlimen sendiri tidak menghormati dan berbicara Bahasa Melayu dengan lancar siapa lagi yang kita harapkan untuk memartabatkan Bahasa Melayu.
Andai ada yang berhajat belajar di Perancis, syarat masuk mesti kuasai dan lulus ujian French, bahasa kebangsaan.
Ke Jerman; lulus Deutsche. Jepun mesti lulus dan berbahasa Nippon. Korea lulus dan berbahasa Korea, dan begitulah di kebanyakan negara luar.
Tidak terkecuali ke Amerika Syarikat mesti pula lulus Sejarah Amerika, tidak cukup berbahasa Inggeris sahaja.
Malangnya di Malaysia, Menteri-menteri dari kaum lain-lain dengan bersahaja membakulsampahkan bahasa kebangsaan; Bahasa Melayu.
Terdapat juga usaha mengizin/menerima lulusan Unified Examination Certificate (UEC) ke institusi pengajian tinggi swasta Malaysia dan juga perkhidmatan awam?
Ramai sangatkah lulusan kedoktoran hingga mereka layak dibela untuk diberikan tempat..."for greater good of a few, the national language sacrificed".
Sedang hakikatnya ramai lulusan kedoktoran tidak mendapat tempat menjalani "Housemanship" yang kebanyakan terdiri dari anak-anak bangsa.
Kesinambungan dari itu, apakah "standard" dan sukatan pelajaran dan kelayakan yang dikenakan ke atas "International Schools", di mana ramai anak-anak "aristocrat" Melayu dan orang-orang kaya (dan wannabe) terkinja dan bagai desparado mengejar kelayakan "O Level"?
Adakah keputusan kepujian dalam Bahasa Melayu diutamakan dalam sistem pembelajaran mereka?
Tidak cukup itu, adakah penekanan pengetahuan Agama Islam dan atau latihan renang yang berasingan kepada pelajar lelaki dan perempuan!?
Di sebuah negara yang berdaulat, mutakhir ini, Perkara 152 semakin dirobek, dikikis, diruntuhkan sedang "lawmakers" berpeluk tubuh atau lebih tepat lagi, tidak kisah. Kononnya itulah kehendak ramai.
Siapakah Menteri-menteri tanpa Raja-Raja dan negaranya. Siapalah Menteri dan pemimpin tanpa kuasa diizinkan dari perjanjian/dokumen sejak tahun 1791 hingga 1965 yang dimeterai melalui Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia?
Perkara 159 (5) turut menyatakan sebarang pindaan hanyalah dengan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan Sultan yang menganggotai Majlis Raja-Raja.
Benarkah terdapat ramai lulusan yang terpinggir kerana syarat sebagai seorang rakyat Malaysia? Bilangan mana yang ramai? Teliti kembali demografi "brain drain" yang dibawa pulang hasil usaha Talent Corps...kenapa anak Melayu disisih dan dibezakan ganjaran pulang?
Begitu mudah, amanah dan tanggungjawab yang ditagihkan dari rakyat dan pengundi dipandang sepi, di kalangan Wala' dari kalangan pemimpin Melayuku.
Layakkah terutama mereka yang "tidak remaja", tidak "situational centric", tidak peka tetapi leka dengan sokongan palsu bilangan kecil, untuk terus diberi peluang memimpin?
Berkata benarlah, walaupun pahit untuk ditelan. Bukan mengharapkan simbol dan adat sebagai pendamping untuk maruah diri.
Tambahan saya kemukakan dua isu yang timbul melibatkan pembelaan ke atas peluang anak bangsa Melayu Bumiputera.
1. JPA telah menggalakkan dan tidak menjanjikan biasiswa dan peluang pekerjaan kepada mereka yang layak di pusat pengajian luar dan dalam negara, namun lebih 1,000 orang bakal lulusan perubatan pelajar ini tidak diberikan peluang untuk menjalani Housemanship di hospital kerajaan atau swasta.
Tindakan tidak prihatin kepimpinan Melayu yang terkesima dan terhasut dengan sokongan kaum lain2 hanya menggelapkan masa depan mereka sekaligus, mengakibatkan golongan ini terpaksa mencari rezeki luar dari bidang pembelajaran dan bakal bertindak tidak menyokong dasar yang sediada.
2. Kementerian Pendidikan Tinggi telah membuka kuota lebih 36% kemasukan kepada pelajar baru tahun 1 - 5 kepada kaum lain2, di dalam bidang kejuruteraan petrochemical engineering. Tindakan ini menyebabkan kemasukan pelajar dari anak Melayu Bumiputera terpaksa dikurangkan. Lantaran kepakaran yang mampu menempatkan Melayu Bumiputera di persada dan selaras Agenda Pemerkasaan Bumiputera hanyalah satu omongan dan mengasyikkan masyarakat.
Kedua-dua senario ini berlaku, berlaku dengan izin dan dibenarkan berterusan, dilihat satu langkah untuk menggotakan tuntutan kaum lain sedang Melayu Bumiputera terus merintih di tanah tumpah darah keturunannya.
Mohd Saifullah B Hj Dolmat
Pengerusi GPMS Melaka