Dr Siddiq Fadil dalam bukunya Melayu Baru menulis - selagi Melayu berjiwa hamba selagi itu kita akan terbenam dalam kancah ketinggalan. Benarkah Melayu masih berjiwa hamba dan dimana kesalahan kita yang terus meletakan Melayu dalam jiwa perhambaan. Ulasan Dr Siddiq dalam bukunya turut mengatakan bahawa salah satu kriteria yang perlu untuk memajukan Melayu ialah dengan pengikisan perasaan jiwa hamba dan memerdekakan diri. Namun sehingga ini antara pra-syarat jiwa merdeka masih belum dilunaskan lagi. Selagi jiwa merdeka itu masih tidak terlaksana maka selagi itu jiwa hamba orang - orang Melayu semakin menebal dan semakin tersorot Melayu dalam era milenia ini.
Kita dengar- kata - kata Dr Burhanuddin Helmy - " di atas robohan kota Melaka , kita dirikan jiwa merdeka" masih susut dari segi percapaiannya. Jiwa kita tidak merdeka - terkongkong dengan sifat - sifat perhambaan yang tidak menggalakkan perubahan lantas kita terkongkong dengan keadaan yang serupa - dari kongkongan feudalism " ke 'raja' an, "kesultanan" kepada kongkongan feudalisma "politik" dan penjajahan dalaman. Ini berlaku dan ini mungkin menjadi penghalang besar yang meletakkan kita masih ditakok lama dalam pencapaian ekonomi - malah tidak salah kalau kita katakan bahawa kita ke belakang.
Menuntut "jiwa merdeka"
Perjuangan menuntut jiwa merdeka tidak akan berjaya selagi kita masih kaku dibelenggu aspek - aspek ketakutan. Kita masih terus takut menuntut hak - takut menyuarakan pendapat - takut menongkah arus dan takut kepada diri sendiri. Adakah budaya - budaya takut ini akan dapat memajukan kita hatta mencapai satu tahap kemerdekaan yang berterusan? Kita dari satu sudut menuntut perubahan Melayu - menuntut perubahan minda - menuntut sikap Melayu Baru tetapi semua - belenggu halangan di ketatkan dan dalam masa yang sama Melayu terus terkongkong untuk tidak menggeleng tetapi mengangguk. Disuruh belari tetapi ditambat kaki. Hari ini negara kita merdeka - namun kemerdekaan yang dituntut tidak disertai dengan ruangan kemerdekaan yang sebenar lantas Melayu terpinggir dengan kemerdekaan kulit yang kebanyakan jiwa kita terkongkong dengan keadaan yang terbentuk dari penjajah - penjajah baru yang menerbitkan budaya perhambaan untuk terus dikekalkan.
Pembebasan diri dari jiwa perhambaan kepada jiwa yang merdeka adalah satu perjuangan yang pasti memerlukan pengorbanan namun kesedaran, bahawa kita belum lagi sempurna merdeka harus ada. Tanpa kesedaran itu maka selamanya kita terus dikongkong - tanpa mengetahui bahawa kita hanyalah hamba kepada pegangan kuasa yang ada dan selamanya akan ber-retorik untuk memperkasakan bangsa. Kesedaran dimana kita sekarang dan kesedaran kedudukan kita berbanding dengan bangsa - bangsa lain perlu kita lihat sebagai alasan yang memerlukan kita untuk berubah - membebaskan diri dari ikatan kongkongan yang ada kepada tahap jiwa yang bebas dan merdeka. Kesedaran harus dibentuk dengan mengakui betapa tercicirnya kita dalam semua bidang - ketinggalan dan kini bangsa kita Melayu terus diperhambat ketepi untuk menjadi penonton kepada pembangunan negara.
Kesedaran dimana kita sekarang dan kesedaran kedudukan kita berbanding dengan bangsa - bangsa lain perlu kita lihat sebagai alasan yang memerlukan kita untuk berubah - membebaskan diri dari ikatan kongkongan yang ada kepada tahap jiwa yang bebas dan merdeka. Kesedaran harus dibentuk dengan mengakui betapa tercicirnya kita dalam semua bidang - ketinggalan dan kini bangsa kita Melayu terus diperhambat ketepi untuk menjadi penonton kepada pembangunan negara.
Jiwa hamba akan hanya dapat dikikiskan selagi kita sedar bahawa bangsa kita akan pupus dan tanda - tanda awal kepupusan kita sudah terhidang tanpa kita sedari. Adakah kita akan terus menafikan perkara ini semata - mata untuk menghormati konon - konon keharmonian yang ada - kestabilan yang wujud sementara apa yang sebenarnya berlaku ialah kita sedang menonton drama terbitan mereka yang mahu meneruskan budaya asal Melayu - yang berjiwa hamba.
Menuntut jiwa merdeka - kekayaan fizikal
Kita hari ini hadir untuk mengejar kemewahan - kumpulkan harta sebanyak mungkin dan budaya jangan membantah - menggeleng dan jangan bersuara telah ditamankan sebagai pra - syarat kejayaan bangsa. . Kita ditakutkan dengan segala bayangan buruk mengenai huru - hara, kejadian porak perada sekiranya kita mula menyoal - sekiranya kita mula menuntut pembaharuan dan sekiranya kita berani bersuara. Kita hanya perlu mengikut - dan sekiranya tidak maka kita akan berdepan dengan krisis dalaman yang berat dan mampu menghancurkan negara. Ini adalah kreteria belenggu yang di terbitkan. Kita perlu meningkatkan perekonomian bangsa, kita perlu memperkasakan bangsa tetapi hanya segelitir Bangsa Melayu Perdana yang berjaya dengan segala ketamakan haloba. Kita akan terus difokuskan kepada pengejaran harta kekayaan dengan menggunakan elemen kekayaan sebagai keperluan dan janji - janji ditaburkan untuk tujuan ini. Elemen inilah sebenarnya menjadi penghalang kepada jiwa merdeka.
Ilmuan Indonesia Soedjatmoko pernah berkata : Kekuatan sesebuah negara di masa mendatang tidak begitu bergantung kepada kekuatan ketenteraannya, tetapi akan lebih bergantung kepada kekuatan ekonomi dan keunggulan diplomasinya. Sementara kekuatan ekonomi yang menjadi tunggak kekuatan negara itu pula tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada kekayaan sumber alamnya atau jumlah penduduknya, tetapi akan lebih bergantung kepada kualiti manusianya - kekuatan intelek dan keunggulan wataknya. Dalam itu apa yang kita lihat ialah keunggulan watak ini harus terbit dengan kedudukan minda yang " psychologically liberated' yang turut membawa erti keperluan jiwa yang merdeka.
Kita harus bebas berfikir - terbuka "option" untuk memilih dan harus tidak terbelenggu dengan karut - marut kononnya apa yang ada sekarang ini adalah untuk menjaga keharmonian , mengikut acuan sendiri dan yang terbaik untuk kita. Bangsa Melayu perlu hadir unuk menyokong apa yang ada tanpa banyak mempersoalkan tindakan, harus mengangguk sementara Melayu Perdana wujud untuk terus memanipulasi keadaan untuk kepentingan segelintir yang akan meningkatkan statistik palsu kejayaan negara. Ini adalah peranan utama Melayu Perdana.
Melayu Perdana - budaya feudalistik
Dr Siddiq Fadil menyimpulkan " Unsur - unsur yang bersifat budaya feudalistik harus ditinggalkan". Ini termasuklah unsur - unsur pendewaan terhadap seseorang tokoh dan penghambaan diri kepada mereka. Budaya feudalistik inilah antara penghalang kepada kemerdekaan jiwa yang terus menghambat Melayu kebawah. Namun sokongan untuk meneruskan budaya ini semakin kuat dan akhirnya timbul terma yang kita sebut sebagai Melayu Perdana. Segelintir Melayu inilah yang nampak masih mempertahankan budaya feudalistik - mahu terus Melayu berjiwa hamba dengan menyarankan halangan atas apa yang dikatakan penting untuk keharmonian negara - khususnya dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Melayu Perdana ini diperuntukkan - diberi peluang dan akhirnya mengongkong agenda rakyat dan mendahulukan agenda peribadi atas nama kecemerlangan Melayu. Banyak sekatan diterbitkan semata - mata menjaga kepentingan mereka dan akhirnya kita melangkah kebelakang.
Hari ini amat jelas budaya perhambaan yang dibentuk oleh Melayu Perdana ini berjaya menyekat Melayu - Melayu terus terpinggir dan Melayu Pedana terus berjaya dengan usaha nakal mereka. Inilah senario yang wujud dan ialah sebenarnya yang membataskan Melayu itu - bukan mudah lupa - bukan malas tetapi terus di tipu oleh golongan Melayu Perdana - berkuasa dan terus berkuasa.
Bebaskan - jiwa perlu merdeka
Salam Perjuangan !!!
Belajar Terus Belajar !
Ketua Penerangan Gpms Melaka
Mohd Saifullah Bin Hj Dolmat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan