Ahad, 3 Mac 2013

Sekilas Majlis Perlancaran Kelas Tajwid Di Kaym


Majlis Perlancaran Kelas Tajwid Anjuran Gpms Negeri Melaka pada 1.3.2013 dan Perlaksanaan oleh Gpms Kaym dengan kerjasama Gpms Bandar Melaka. Program "Oh My Tajwid " mempunyai visi memartabatkan bahasa Al-Quran sebagai pengantara bahasa ilmu. Program ini akan berlangsung selama 10 minggu ( Selama 3 bulan ) dengan yuran RM 5.00. Kepada yang berminat sila hubungi Ustazah Masita (Penasihat Gpms Kaym / Setiausaha Gpms Bandar Melaka).

 Untuk makluman kelas bahasa Arab juga di adakan setiap hujung minggu kepada pelajar-pelajar tingkatan 1 hingga 5 oleh Gpms Bandar Melaka untuk memperkasakan bahasa pengantar Al-Quran .


Dari Safwan bin Assal Al-Muradi r.a. meriwayatkan satu ketika aku datang menemui baginda Rasulullah SAW yang ketika itu sedang berada di dalam masjid duduk bersandar di atas cadar merah,lantas aku berkata:"Ya Rasulullah SAW sesungguhnya aku datang untuk menuntut ilmu."
Nabi menjawab: "Selamat datang bagi orang yang menuntut ilmu.Sesungguhnya para malaikat menghamparkan sayap-sayapnya bagi mereka yang menuntut ilmu, kemudian berkumpul bertumpuk-tumpuk antara satu sama lain, hinggalah ke langit dunia.Mereka melakukannya kerana cintanya kepada orang yang menuntut ilmu."
(HR Tabrani)





Belajar Terus Belajar !





Sesi Ucaptama oleh Tuan Pengerusi Gpms Negeri Melaka En Marwan Bin Abu Kasim.


Sesi Perasmian oleh Naib Presiden Kaym Encik Jasmi.


Sesi Penyerahan watikah perlantikan penasihat Gpms Kaym kepada Ustazah Masita


Penyerahan Buku perjuangan Gpms dan NGO Melayu nukilan Tuan Presiden Gpms Encik Jais Bin Karim.
Belajar Terus Belajar !

"Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan untuk menuju ke syurga."



Mafhumnya: Daripada Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w telah

bersabda: 

"Sesiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu, kemudian ia 

menyembunyikannya maka Allah akan rantai di Hari Kiamat nanti dengan rantai daripada api neraka". 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan