Masa terus berlalu, setiap hari ada sehaja penghinaan terhadap Islam, ayat-ayat suci Al-Quran dipermainkan, Nabi Muhammad saw. serta para sehabat dipersendakan pada setiap masa, bila ada bantahan cepat-cepat mereka minta maaf dan kita dengan senang hati maafkan mereka.
Negara dan Jalur Gemilang diperlekehkan oleh orang-orang yang tak mengenang budi contohnya Namewe, bila ada tekanan dia minta maaf seperti biasa kita pun maafkan dan di suatu masa menteri sambut dia di Parlimen dengan pakaian kurang ajarnya, terbaru Nizar (bekas MB Perak) kata "luntur nak kibarkan Jalur Gemilang, Jalur Malang"
Pada 6 Ogos 2012 lalu Paderi Gay warga Malaysia yang menetap di US membawa kekasihnya (lelaki) ke Malaysia dan mengadakan majlis resepsi perkahwinan dan berkata "kami bersyukur boleh mencipta sejarah dan boleh berkongsi kegembiraan di tanah air". Selepas ini seorang lagi bekas pelajar Malaysia di Dublin Ireland, Ariff Alfian Roslin Gay Melayu yang berkahwin dengan lelaki Inggeris mungkin pula akan berbuat demikian.
Di sini tiada seorang pun yang membantah pada majlis tersebut, akhirnya disuatu hari nanti perkahwinan gay bukan lagi menjadi satu isu yang besar dan masyarakat akan menjadi terbiasa dengan nya seperti yang berlaku di Barat.
Kemana perginya suara-suara PAS yang selama ini memperjuangkan Islam sebagai satu landasan hidup atau mereka tenggelam dengan lamunan ke Putrajaya yang ingin mereka lelong suatu masa lalu atau kelu dek sergahan Naib Pengurusi DAP Karpal Singh yang terang-terang menentang penubuhan negara Islam atau kerana hormatkan pemimpin politik yang menjadi pengamal homoseksual di negara ini.
Inilah kemenangan moral kepada Boon Lin bahkan kepada golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender di negara ini.
Sama-samalah kita berdoa ke hadrat Ilahi semuga semua ini tidak akan berpanjangan dan diselamatkan oleh Allah dari sebarang malapetaka disebabkan gejala moral ini seperti yang berlaku terhadap umat dahulu.
Belajar terus Belajar ! Salam Perjuangan !!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan