Ilmu dan pendidikan berkait rapat dengan isu integriti. Dalam Islam, integriti dikaitkan dengan kepercayaan. Al-Quran umpamanya adalah sumber yang memiliki kepercayaan untuk memberi pedoman dan panduan tentang bagaimana urusan hidup harus berlaku dan bagaimana hubungan manusia terhadap Pencipta seharusnya berjalan. Faktor syarak umpamanya adalah jalan pedoman tentang batasan-batasan yang sewajarnya berjalan terhadap manusia dan kehidupan. Maqasid syariyyah atau maksud hukum syarak memelihara integriti manusia, antaranya agama, akal, keturunan dan harta. Pemiliharaan faktor-faktor ini boleh membentuk manusia sentiasa dalam keadaan fitrah.
Faktor kemuliaan manusia di sisi Tuhannya merujuk kepada faktor ketakwaan. Takwa dari satu sudut pengertian membawa maksud tentang ketuhanan yang tinggi. Inilah maksud integriti sebenar dari sudut Islam. Manusia yang memiliki ketuhanan yang tinggi akan sentiasa menjadikan Allah sebagai sumber memelihara, menjaga tertib diri, amal perbuatan, tingkah perangai kerana kalau ianya berkait dengan manusia saja integriti boleh cair dan terungkai kerana ada ketikanya manusia boleh melampaui batas.
Contohnya, faktor akidah atau aqaid atau ikatan antara manusia dan Pencipta akan sentiasa menjadi pancang yang menghubungkan manusia dengan Tuhannya. Pancang ini amat penting untuk memandu manusia supaya jangan melampaui batas. Sehebat mana gelora hidup yang ditempuh, sekuat mana tarikan kebendaan dan nafsu-nafsu yang ada, insan yang muttaqin dan akidah yang mantap akan tetap memelihara dan melindungi manusia dari amalan dan perbuatan yang melampaui batas.
Kes kebocoran soalan UPSR Sains dan Bahasa Inggeris merupakan satu sifat mazmumah yang menjejaskan integriti dan akauntabiliti sebuah organisasi khususnya Kementerian Pelajaran. Adakah faktor dalaman seperti guru-guru yang menyediakan soalan , penjaga bilik besi dan pegawai dalaman menjadikan perkara ini berlaku ? Adakah faktor luaran seperti syarikat pencetakan dan pegawai yang menyelia kertas soalan juga boleh menjadi kemungkinan ketirisan perkara ini berlaku ? Tidak kira berapa banyak kemungkinan tetapi jawapannya terletak pada sikap individu tersebut.
Gpms Negeri Melaka mendesak agar badan khas di wujudkan untuk menilai individu yang bertanggungjawab menyebabkan perkara ini berlaku untuk membersihkan nama Kementerian Pelajaran di samping mengelakkan perkara ini dieksplotasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Nasib pelajar harus di bela jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Jangan kerana nasib pelajar maruah kerajaan tercalar.
Belajar terus belajar.
Mohd Saifullah b Hj Dolmat
Ketua Penerangan Gpms Melaka

Patutlah selama ini kecoh soalan2 upsr bocor hampir setiap tahun kedengaran , bisik2 tapi berjaya di tepis dan di tidakkan oleh Jabatan Pendidikan berkat menguasai Semua Akhbar2 dan media elektronik Tv2 tempatan. Namun Astro Awani berjaya menembusi tembok rahsia ini , Tahniah Astro Awani . Kesian pada anak2 kita di kampung2 , Dan kebocoran ini membabitkan Ibubapa , guru2 dan kakitangan yg rakus mencari kejayaan masing2 . Perlulah kita bertanggungjawab bersama , jika di Korea dan Jepun sudah pasti malu dan dilepaskan jawatan , kerana mengambil gaji yang tidak diberkati....cis malu dengan ....
BalasPadam