GPMS adalah satu-satunya Persatuan Pelajar Kebangsaan yang pertama di
tubuhkan di negara ini, hasil daripada kesedaran pentingnya bidang
akademik di kalangan anak Melayu. Dalam usia yang sudah lebih daripada
60 tahun, perjuangan GPMS tidak pernah padam atau luntur, sebaliknya
GPMS berjaya memperkasakan dan menyemarakkan api perjuangan ini secara
berterusan untuk meningkatkan kekuatan bagi membangunkan anak-anak
Melayu khususnya dalam pendidikan.
Jika disingkap kembali sejarah kegiatan GPMS, adalah jelas bahawa ia
berkembang dari semasa ke semasa selaras dengan peredaran zaman dan
keperluan kumpulan sasar mereka. GPMS adalah suara anak-anak Melayu dan
akan terus membelah badai dan tidak akan kaku dalam perjuangannya. GPMS
harus mendampingi intelektual Melayu, tokoh akademik, guru, bekas
graduan universiti, pelajar sekolah atau kolej dan menjadikan GPMS
sebuah Pertubuhan Belia yang non-partisan. Perjuangan Allahyarham
Aminuddin Baki antara pengasas GPMS menjadi ikon penting kepada GPMS dan
pendidikan negara. Kemunduran bangsa Melayu dalam bidang ekonomi,
pendidikan, sosial, dan politik menjadi pendorong yang kuat ke arah
penubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada Ogos 1948.Atas
hasrat untuk mengatasi kemunduran itu, berkumpullah beberapa pelajar
Melayu Maktab Raffles dan Maktab Perubatan Singapura untuk menaja
penubuhan badan pelajar Melayu peringkat kebangsaan yang bertujuan
menggabungkan badan pelajar yang sedia wujud ketika itu. GPMS berjuang
untuk bangsa Melayu dan mengubah minda bangsa Melayu
Belajar Terus Belajar.
Belajar Terus Belajar.
Gpms Singa Perjuangan Bangsa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan