Rabu, 4 Januari 2012

LAPORAN POLIS Oleh GPMS Melaka Terhadap Kempen 901 !





GPMS Melaka membuat LAPORAN POLIS tentang rancangan pihak tertentu mengadakan demonstrasi “Kempen Bebaskan Anwar 901” di ibu negara pada 9 Januari ini.

Terlibat sama Tuan Pengerusi GPMS Melaka Encik Marwan Bin Abu Kasim bersama  Datuk Prof. Madya Dr Abu Bakar Mohamad Diah Penasihat GPMS Negeri Melaka yang sama-sama menyertai membuat Laporan Polis ini. Terima kasih kepada Prof yang banyak menyokong aktiviti GPMS Melaka dalam menyuarakan hasrat menyokong golongan muda yang mencintai keamanan dan menghormati institusi kehakiman negara. Turut sama membuat laporan dari Presiden Gerak Insan Seni Ayahanda Tn Guru Yahya & Presiden Perwira, En. Abdul.

Kami Cintakan Agama , Bangsa dan Tanah Air Malaysia.

Demonstrasi sudah tidak asing di kalangan masyarakat yang dipakai oleh mereka untuk menasihati pemerintah dan untuk menuntut hak rakyat, dalam kata lain agar pemerintah dapat berlaku adil terhadap rakyatnya. Namun masyarakat tidak memandang terlebih dahulu impak negatif yang timbul karena disebabkan oleh demonstrasi ini.

Demonstrasi bukanlah termasuk dari bentuk nasihat-menasihati yang diajarkan oleh syariat Islam dan bahkan dia merupakan suatu bentuk amalan dari amalan-amalan yang dilakukan oleh orang-orang kafir yang di ambil oleh umat Islam .Mereka menjatuhkan kerajaan semua dengan DEMONTRASI !



“Nabi shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Agama itu nasihat, Agama itu nasihat, Agama itu nasihat.”

Wahai kaum Muslimin saudara seIslam sekalian! Sukalah kami mengingatkan kalian bahawa walaupun demonstrasi aman (masirah) dibenarkan dalam Islam, namun lihatlah kepada perkara atau ‘tuntutan’ di dalam demonstrasi yang ingin kalian lakukan. Sekiranya tuntutan yang kalian ingin suarakan adalah bertepatan dengan Islam dan sesuai dengan kehendak Allah, maka silalah berbuat demikian, semoga Allah bersama kalian dan semoga Allah memakbulkan tuntutan kalian. Namun, jika apa yang kalian ingin suarakan di dalam demonstrasi adalah suatu yang bertentangan dengan Islam dan perintah Allah, maka jauhilah diri-diri kalian dari murka Allah dan nasihatilah saudara-saudara kalian yang lain agar tidak melakukan hal yang sama.

“Ketika Nabi Muhammad SAW wafat, Saidina Abu Bakar pernah membaca ayat al-Quran bagi mengingatkan para sahabat lain bahawa mereka berjuang bukan kerana individu (Muhammad) tetapi memperjuangkan risalah yang dibawa oleh baginda.“Memperjuangkan individu adalah salah. Mempertahankan individu yang bukan di dalam kebenaran adalah syirik,”

Fikirkanlah dengan berlapang dada dan hati yang jernih serta penuh keikhlasan semata-mata kerana Allah, adakah tuntutan untuk‘membersihkan’ seseorang yang di telah di ketahui kesahihannya di bolehkan ? Adakah Malaysia akan Aman ? Selepas ini TIADA siapa menghormati Kehakiman dan Kedaulatan Negara ! Fikir-fikirkan sahabat !





Tiada ulasan:

Catat Ulasan