Khamis, 12 Januari 2012

JIHAD ZAMAN RASULULLAH SAW

JIHAD ZAMAN RASULULLAH SAW






Apa jua yang menjadi dasar dalam Al-Quran perlu difahami dalam
konteks pelaksanaannya ketika zaman Rasulullah saw dan para sahabat.
Penjelasan selanjutnya pula hendaklah bersandarkan ijmak (pendapat
sepakat) para ulama Islam yang benar-benar faham tentang maksud dan
 likuliku Jihad dan komited bersesuaian dengan Qiyas serta Maslahat dan
Maqasid Syariah.

Begitulah juga dengan pemahaman mengenai jihad. Ia merupakan antara
tanggungjawab umat Islam agar mencapai matlamat umat sederhana dan
contoh terbaik daripada sekalian umat manusia.
Sejarah perjuangan Rasulullah saw merupakan contoh jihad yang klasik
dari permulaan Baginda diangkat sebagai Rasul pada usia 40 tahun sehingga
terbina negara Islam di Madinah dengan pemerintahannya dan
pentadbirannya sebagai negara Islam sehingga wafatnya dalam usia 63 tahun,
kemudian diikuti pula oleh Khulafaur Rasyidin.

MENYUSUR JIHAD 



JIHAD SECARA DAKWAH 

a. Tahap Selindung 

Rasulullah saw menyebarkan Islam bermula dengan keluarganya iaitu
isterinya, Khadijah, dan kemudian jiran dan sahabatnya, Abu Bakar.
Jihadnya atau dakwah dilakukan secara penuh hikmah, timbang rasa
(simpati), halus budi pekerti dan berselindung kerana menyedari
masyarakat Makkah masih berpegang kuat pada amalan nenek moyang
mereka iaitu menyembah berhala yang banyak terdapat di sekeliling
Kaabah.
Baginda menjadikan rumah Arqam sebagai pusat melatih para da’i
atau pendakwah kental. Namun akhirnya dakwah Baginda dapat
dikesan oleh penduduk Makkah yang mengancam nyawanya dan para
pengikutnya. Para hamba yang memeluk agama Islam seperti Bilal bin
Abu Rabah diseksa oleh majikan, tetapi para sahabat yang berharta
seperti Abu Bakar telah menebus mereka, dan banyak lagi contoh-contoh
yang serupa ini dari tokoh-tokohnya yang lain.
Baginda dilindungi oleh kalangan yang berpengaruh, termasuklah
isterinya Khadijah, seorang bangsawan dan hartawan dan pamannya, Abu Talib, antara orang tua-tua Bani Hashim yang mengelolakan Kaabah
dari zaman berzaman. 

b. Tahap Terang-Terangan 

Baginda ingin menjadikan jihad iaitu dakwahnya secara terangterangan dengan sering berdoa agar salah seorang daripada dua tokoh
yang memusuhinya agar memeluk agama Islam, iaitu Amru Bin Hisyam
(Abu Jahal) dan Omar Bin Al-Khattab yang memeluk agama Islam dan
kemudian membentuk barisan ‘pertahanan’ yang disegani penduduk
Makkah.
Dalam tahun ke-10 kenabiannya, dua orang tunjangan Baginda,
Khadijah dan Abu Talib, pulang ke rahmatullah berturut-turut. Dakwah
Baginda berada di peringkat runcing kerana penganiayaan penduduk
Makkah. Baginda telah cuba berdakwah di Taif tetapi dihalau dan
dibaling batu oleh penduduk di sana. Selepas itu, Baginda melaksanakan
Israk dan Mikraj untuk menguatkan hatinya agar dapat meneruskan
tugasnya ketahap selanjutnya bagi pengembangan Islam. Rasulullah saw
telah meminta para sahabat berhijrah ke Habsyah untuk melindungkan
diri daripada penganiayaan. 



c. Tahap Hijrah 

Pada tahun ke-13 kenabiannya, atas nasihat para sahabat yang amat
bimbang dan tentulah mendapat petunjuk Ilahi, maka Baginda
memutuskan berhijrah ke Madinah. Mentelah sudah ada penduduk
Madinah yang memeluk agama Islam dan mereka menggesa Nabi saw
bermukim di kota mereka.
Dalam 10 tahun di Madinah, berlaku perkembangan Islam yang amat
pesat. Oleh itu, hijrah merupakan satu lambang perubahan minda atau
anjakan paradigma dalam seluruh perjuangan Rasulullah saw. Falsafah di
sebaliknya begitu luas untuk dijangkau.
d. Tahap Pengukuhan dan Pembangunan
Di Madinah, Baginda telah: 1. Mengikat tali persaudaraan antara dua kaum di Madinah yang
sering bertikai antara Aus dan Khazraj dan menamakan mereka
kaum Ansar (pembela Islam). Kemudian Ansar dipertautkan
dengan para pendatang dari Makkah, Muhajir.
2. Membangun prasarana khususnya masjid yang tercantum di
dalamnya pusat pentabdiran, pendidikan dan sosial.
3. Mengatur perlembagaan iaitu Piagam Madinah yang merupakan
asas pembentukan negara. Inilah piagam pertama dunia yang
mengiktiraf hak asasi dan memberikan perlindungan kepada
amalan beragama secara harmoni.
4. Mengatur pentadbiran awam meliputi bantuan kebajikan.
5. Mengatur dasar pertahanan dan hubungan luar (antarabangsa)
menerusi *pengutusan wakil, surat menyurat dan perjanjian. 

Oleh itu, dakwah serta jihad Baginda amat teratur dan amat menurut
perkembangan yang sesuai. Mengapakah Baginda tidak memilih untuk
mengumpulkan pasukan gerila di Makkah dalam melawan golongan kafir?
Tentu ini merupakan pilihan Baginda yang baik. 

Tetapi beliau tidak melakukannya sama sekali kerana Baginda diutus ke dunia sebagai ‘rahmat
seluruh alam’.

Mesejnya bersifat damai dan menjurus kearah ketenangan.

Islam Agama Kedamaian dan Keamanan !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan