Isnin, 2 Julai 2012

Borang Keahlian Gpms Online




GPMS adalah satu-satunya Persatuan Pelajar Kebangsaan yang pertama di tubuhkan di negara ini, hasil daripada kesedaran pentingnya bidang akademik di kalangan anak Melayu. Dalam usia yang sudah lebih daripada 60 tahun, perjuangan GPMS tidak pernah padam atau luntur, sebaliknya GPMS berjaya memperkasakan dan menyemarakkan api perjuangan ini secara berterusan untuk meningkatkan kekuatan bagi membangunkan anak-anak Melayu khususnya dalam pendidikan. Jika disingkap kembali sejarah kegiatan GPMS, adalah jelas bahawa ia berkembang dari semasa ke semasa selaras dengan peredaran zaman dan keperluan kumpulan sasar mereka. GPMS adalah suara anak-anak Melayu dan akan terus membelah badai dan tidak akan kaku dalam perjuangannya. GPMS harus mendampingi intelektual Melayu, tokoh akademik, guru, bekas graduan universiti, pelajar sekolah atau kolej dan menjadikan GPMS sebuah Pertubuhan Belia yang non-partisan. Perjuangan Allahyarham Aminuddin Baki antara pengasas GPMS menjadi ikon penting kepada GPMS dan pendidikan negara. Kemunduran bangsa Melayu dalam bidang ekonomi, pendidikan, sosial, dan politik menjadi pendorong yang kuat ke arah penubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada Ogos 1948.Atas hasrat untuk mengatasi kemunduran itu, berkumpullah beberapa pelajar Melayu Maktab Raffles dan Maktab Perubatan Singapura untuk menaja penubuhan badan pelajar Melayu peringkat kebangsaan yang bertujuan menggabungkan badan pelajar yang sedia wujud ketika itu. GPMS berjuang untuk bangsa Melayu dan mengubah minda bangsa Melayu
                                          Belajar Terus Belajar.
    Gpms Singa Perjuangan Bangsa

    Sila isi borang online di sini