Sabtu, 24 Disember 2011

Sekilas Penglibatan GPMS di Program Santai Bersama Tokoh



Mengenali dan menghayati perjuangan tokoh yang  telah berjuang demi Agama , Bangsa dan Tanah Air .


Saudara Zubir dan kepimpinan GPMS KAYM



Buat apa tu ? Banyak cenderamata.



Sesi Taklimat tentang TOKOH





Ayahanda Tuan Guru Yahya memberikan suntikan semangat kepada pelajar-pelajar mengenai perjuangan tokoh - tokoh terdahulu.



Barisan kepimpinan GPMS saudara Erdzuan , saudara Zubir , penceramah jemputan dan ahli-ahli GPMS cawangan KAYM. Tahniah GPMS Negeri Melaka bersama GPMS cawangan khas KAYM atas semangat membina jati diri dan nasionalisma yang tinggi pada belia.


Objektif dan Matlamat Santai Bersama Tokoh


Sebagai warganegara malaysia yang hidup dalam alaf-21 ini ,pelbagai cara boleh dilakukan bagi menunjukkan semangat cinta akan negara Malaysia. Antara cara yang boleh ditonjolkan bagi membuktikan bahawa kita mencintai negara Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang ini, adalah melalui perlakuan, percakapan yang ditonjolkan kepada masyarakat.

Hal ini sedikit sebanyak dapat dijadikan tauladan dan ikutan kepada orang ramai. Contohnya melalui sikap kita mengibarkan bendera Malaysia. Percakapan kita yang berkaitan kebanggaan dan kesyukuran mendiami negara yang aman dan mewah juga membuktikan rasa cinta kita pada tanah air. Kesemua ini,membuktikan bahawa kita mempunyai semangat patriotisme yakni cinta akan negara.

Selain itu, kita dapat membuktikan bahawa kita mempunyai semangat cinta akan negara dengan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Hal ini jelas dibuktikan oleh Dato` Nicol Ann David yang mengharumkan nama Malaysia dalam bidang sukan. Ini jelas menunjukkan semangat cinta akan negara yang terdapat pada jiwa Dato` Nicol .Begitu juga kita, dapat mengharumkan malaysia melalui penglibatan dalam beberapa acara bertaraf dunia atau memadai memberi sokongan kepada perjuangan mereka terutama semasa pertandingan di adakan.

Kita dapat menunjukkan cinta akan Malaysia melalui penglibatan dalam perarakkan hari kemerdekaan. Sedikit sebanyak ianya menunjukkan bahawa kita mempunyai semangat patriotisme yang tinggi. Hal ini dapat menyumbangkan kemeriahan sambutan hari merdeka yang setahun sekali disambut di merata tempat.

Di samping itu, kita juga dapat menunjukkan bahawa kita mencintai negara malaysia dengan mengadakan kempen-kempen kesedaran kepada remaja masa kini yang semakin dijajah minda melalui pelbagai cara yang tanpa disedari langsung. Kita wakilkan diri bagi menyedarkan mereka kembali kepada jati diri Malaysia sebenar.

Kita dapat menunjukkan semangat cinta akan negara Malaysia dengan mengadakan laman-laman web dan blog mengenai kehebatan, keidahan, keistimewaan negara Malaysia. Hal ini kerana, pada zaman kini, remaja lebih banyak meluangkan masa lapang dengan melayari internet. Dengan wujudnya laman web yang bersifat patriotisme ini, akan terubahlah sedikit pandangan masyarakat mengenai cara-cara menunjukkan cinta akan negara Malaysia.



Belajar Terus Belajar !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan