Isnin, 15 September 2014

Adakah Melayu Bodoh dan Pemalas?

"Melayu Bodoh dan Pemalas"
Sekurang-kurangnya sekali dalam hidup, seseorang anak Melayu akan mendengar frasa itu. Tetapi biasanya dia mendengar lebih daripada sekali.

Frasa yang menyakitkan itu memang cukup tersohor. Ia telah sampai ke segenap penjuru alam. Tidak sedikit orang asing yang mengenali Melayu melalui tulisan atau cakap orang mempercayai bahawa pemalas itu adalah sifat semulajadi manusia Melayu. Jangan hairan kalau ada di kalangan mereka yang mendefinasikan Melayu sebagai ‘sebangsa manusia pemalas yang mendiami suatu kawasan di tenggara Asia.’

Mitos Melayu malas ini lebih tertumpu pada orang-orang Melayu di Malaysia sahaja. Bangsa Melayu di tempat lain bagaikan terkecuali. Malah orang Melayu Deli dan Kampar, misalnya sentiasa dilihat lebih rajin daripada kita di sini. Bagi sesetengah orang Melayu rumpun Jawa pula, kita orang Melayu Malaysia, bukanlah jenis sahabat yang sesuai dijadikan teman dan bukanlah kawan yang baik untuk diajak mencari makan. Kita, bagi mereka, tidak cukup rajin.
Pendeknya, secara langsung atau tidak, kita telah diterima sebagai bangsa yang pemalas, hatta oleh rakan-rakan yang serumpun dengan kita sendiri.

Sering terjadi apabila frasa itu timbul, kita – hampir semua Melayu – akan menghalakan tudingan kepada Munshi Abdullah, jurutulis dan khadam nombor satu Stamford Raffles. Kebanyakan kita percaya bahawa tulisan-tulisan Munshi Abdullah telah menjadi racun yang telah merosakkan fikiran dan pandangan semua orang terhadap keperibadian Melayu. Munshi Abdullah mungkin sesetengah kita telah diangkat sebagai musuh besar setiap Melayu.

Selain daripada menuduh Munshi Abdullah menulis begitu kerana disuruh oleh Raffles, yang mahu melaksanakan agenda kolonialnya dengan bertujuan meranapkan kehormatan masyarakat pribumi, kita jarang bertanya apakah yang ditulis oleh Munshi Abdullah itu seratus peratus salah?

Jika benar Munshi Abdullah adalah khadam belaan penjajah. Mungkin benar keinginan yang luar biasa untuk menyekutukan dirinya dengan tuan besar dan atas angin telah menyebabkan dia berasa dirinya terlalu istimewa, dan terpisah terus daripada cara hidup Melayu, yang dilihatnya penuh dengan kelekaan dan kealpaan.

Tetapi bolehkah dia mereka-rekakan kenyataan-kenyataan tentang sikap orang Melayu tanpa asas dan bukti yang kukuh? Setakat sekarang ini, apakah segala yang ditulis oleh Munshi itu karut belaka?
Jawablah, dengan akal yang waras dan adakah perkara paling pokok yang harus kita semua fikirkan ialah bagaimanakah kepercayaan bahawa Melayu itu pemalas boleh timbul? Di mana puncanya?
Tulisan Munshi Abdullah atau lain-lain orientalis barat hanyalah sebahagian daripada sebab. Memanglah budaya penjajahan pada bila-bila masa pun akan disulami dengan cerita buruk tentang anak pribumi. Penjajah, dalam usaha menegakkan kedaulatan mereka, akan bersusah payah mencipta kehebatan sendiri dan memperlekehkan kumpulan yang dijajah. Red Indian dikatakan bangsa yang liar dan jahat oleh tukang-tukang cerita Amerika. Aborigines di Australia dituduh pemalas dan hidup bersandarkan takdir oleh anak cucu lanun yang menjadi penjajah benua Australia; malah orang-orang Scotland dan Ireland, yang serumpun dengan Inggeris itu pun, sampai sekarang masih sering dijadikan bahan jenaka di London.

Tetapi semua tohmah yang bersifat memburuk-burukkan anak pribumi itu biasanya boleh berdiri tegak sehingga menjadi semacam kepercayaan disebabkan oleh ‘sokongan’ yang diberi oleh anak-anak pribumi tersebut sendiri. Dengan perkataan lain, sikap, cara dan tindakan mereka selalunya mendorong orang beranggapan apa yang dicanangkan itu adalah betul dan benar.

Orang Melayu di Malaysia tidak terkecuali. Kalau orang lain mempunyai sepuluh sebab untuk mengatakan kita ini malas, kita sendiri menyediakan seribu sebab untuk membenarkan kenyataan mereka. Sebab-sebab itu bukanlah berpunca daripada kemalasan kita, tetapi lebih didorong oleh kealpaan kita. Kealpaanlah yang meletakkan Melayu dalam jaket yang dipakainya. Kealpaanlah yang menjadikan Melayu lemah. Kealpaan jugalah yang menyebabkan daya saing Melayu seringkali dipersoalkan.

Tun Mahathir menulis buku ‘Dilema Melayu’ beranggapan kelemahan Melayu lebih berpunca daripada faktor-faktor keturunan dan alam sekitar. Profesor Diraja Ungku Aziz pula berpandangan dengan berkata Melayu sebenarnya mewarisi sifat rendah diri sejak turun temurun.

Hendak dikatakan Melayu lemah kerana pengaruh keturunan, terbukti mereka yang berketurunan Melayu telah pernah berjaya pada masa-masa dahulu. Mereka telah berupaya membina tamadun, telah mampu menjadi pelayar-pelayar agung dan telah terbukti menjadi kuasa yang disegani.

Sekarang ini pun banyak yang berketurunan Melayu mencipta kejayaan, baik di sini mahupun di tempat lain. Di Afrika Selatan, Melayu adalah kelompok manusia kaya yang berpengaruh besar di bidang ekonomi. Di Filipina, Melayu adalah pejuang-pejuang yang berani dan disegani. Di sana sini, anak-anak Melayu yang membawa diri mampu bersaing dan bangkit menjadi orang yang berjaya. Di England, ada anak Melayu telah naik martabatnya sehingga menjadi Datuk Bandar.

Di Hollywood, seorang lagi anak Melayu bergerak naik di celah nama ribuan manusia lain untuk berdiri sebagai karyawan yang dihormati dalam teknologi animasi komputer. Malah studio di mana berlangsungnya penggambaran bagi siri filem-filem James Bond yang terkenal itu pun dikatakan milik anak Melayu!

Persekitaran, di mana-mana dan pada bila-bila masa pun, memanglah merupakan faktor besar yang mempengaruhi kehidupan. Hukum ini tidak sahaja terbatas kepada manusia, tetapi juga mencakupi segala makhluk lain. Anak benih pokok yang sedang membesar sekalipun akan condong mengikut arah datangnya cahaya.

Dalam ‘Dilema Melayu’, Tun Mahathir mengulas bagaimana persekitaran yang melingkungi kehidupan mereka menyebabkan orang Melayu kurang berminat untuk bersaing. Beliau beranggapan tanah semenanjung yang subur telah menyediakan segala-galanya untuk orang Melayu hidup selesa.

“Pendeknya alam keliling menjamin keperluan makanan yang mencukupi untuk menampung seluruh penduduk sepanjang tahun. Kelaparan dan kebuluran yang sentiasa mengancam negeri-negeri lain, seperti Negeri China, tidak terdapat di Tanah Melayu. Dalam keadaan begini maka semua orang dapat terus hidup. Malahan mereka yang paling lemah dan paling malas juga boleh hidup dengan selesa dan dapat berkahwin dan beranak pinak. Dalam keadaan yang begini tidak dapat hendak dikatakan bahawa cuma mereka yang paling kuat dapat terus hidup. Oleh kerana terdapat banyaknya bahan makanan maka orang yang lemah juga akan dapat terus hidup.” (DILEMA MELAYU, ms.25).

Ada benarnya pendapat itu. Tetapi ianya menjadi kurang benar apabila mengambil kira bagaimana keadaan serba kurang di negara-negara seperti Bangladesh, Nepal dan Bhutan juga gagal melahirkan bangsa yang kuat berdaya saing. Kebanyakan tanah di benua Afrika boleh dikatakan gersang dan tidak subur. Ia menuntut setiap orang yang mahu hidup di atas buminya mempunyai ketahanan yang luar biasa. Penduduk-penduduk pribumi Afrika biasanya mempunyai ketahanan itu. Persekitaran mereka hanya membuka pintu pada yang kuat sahaja untuk hidup selesa.

Tetapi kenapa mereka gagal berkembang sebagai bangsa yang besar, hebat dan kuat ? Kenapa anak cucu mereka yang terlontar ke Amerika, atau ke segala penjuru dunia yang lain, gagal mengangkat ketahanan itu untuk dijadikan aset yang boleh menjanjikan kegemilangan pada bangsa mereka? Kenapa?

Memanglah benar orang-orang Melayu, pada peringkat awal penempatannya di Semenanjung ini, lebih tertumpu ke kawasan-kawasan dataran yang subur. Mereka menghuni kawasan pesisir sungai dan pantai yang menjanjikan mereka kesuburan dan kemakmuran. Mereka tidak begitu berminat untuk meneroka bukit bukau dan hutan belantara bagi menambah sumber kesuburan dan kemakmuran tersebut. Hasil daripada keadaan itu timbul suatu tanggapan bahawa orang Melayu lebih suka pada kehidupan yang mudah. Mereka telah terasuh untuk menjadi begitu. Mereka telah dimanjakan oleh alam sekeliling. Mereka lebih senang menerima apa yang ada daripada berusaha mencari sesuatu yang baru.

Namun siapakah yang berani bertaruh untuk berkata bahawa peneroka bukit bukau itu mempunyai keupayaan bersaing yang lebih hebat daripada pemastautin di kawasan kawasan dataran yang subur? Tertumpu pada kawasan pesisir sungai yang subur untuk membina penempatan bukanlah terbatas pada orang Melayu sahaja. Ia merupakan amalan lazim zaman berzaman. Hampir semua tamadun besar terbina di kawasan seperti itu. Nil, Yang Tze dan Ganges tidak akan menjadi terkenal kalau bukan kerana disokong oleh kebangkitan tamadun-tamadun di pinggirnya.

Mencari kesenangan secara mudah bukanlah setakat sifat semulajadi orang Melayu. Ianya fitrah semua bangsa. Semua manusia. Sebab itu bukan pelik jika manusia pada zaman dahulu berebut untuk tinggal di kawasan pinggir sungai yang tidak sahaja menyediakan tanah yang subur, tetapi juga pelbagai kemudahan lain, termasuk mendapatkan bekalan air dan untuk dijadikan laluan pengangkutan. Orang-orang Cina yang baru datang ke Tanah Melayu pada era awal penghijrahan mereka dahulu pun memilih kawasan pinggir sungai untuk bermastautin.

Jika mendiami kawasan-kawasan yang subur itu menyebabkan orang Melayu terasuh untuk menjadi tidak rajin berusaha, maka soalan yang patut ditanya ialah kenapa orang-orang China di pinggir Yang Tze, dan kemudiannya di pinggir Sungai Kelang dan Sungai Gombak tidak pula menjadi malas? Kenapa bangsa-bangsa lain yang turut berkembang biak di kawasan yang serupa tidak menjadi selemah bangsa Melayu? Dan pada masa yang sama patut pula ditanya, mengapa ‘raja-raja bukit’ seperti orang-orang Karen di Burma tidak menjadi bangsa yang hebat sedangkan mereka adalah jenis orang yang sanggup bekerja keras meneroka rimba jerun yang tidak berani dijengah oleh manusia lain?

Pendapat Tun Mahathir dalam ‘Dilema Melayu’ berkata, iklim panas dan lembap di negara ini juga tidak begitu menggalakkan (orang Melayu) untuk melakukan kerja-kerja yang berat. Ia juga tidak merangsang pemikiran mereka untuk menjadi lebih aktif.

Tun Mahathir harus bertanya kenapa dalam cuaca yang panas dan lembap orang yang bukan Melayu boleh melakukan kerja-kerja berat dan boleh berfikir secara aktif? Kenapa kesan buruk cuaca itu hanya mempengaruhi orang Melayu bukannya bangsa-bangsa lain? Bagaimana pula halnya dengan orang-orang Mesir Purba yang hidup dalam keadaan serba kontang dan serba kurang, namun mampu membina tamadun besar? Tidakkah cuaca yang panas juga sepatutnya menyebabkan orang-orang Arab tidak mampu berbuat apa-apa selain daripada duduk berbual di bawah pohon-pohon kurma?

Keturunan mungkin mempunyai pengaruhnya. Namun ada banyak contoh untuk dijadikan bukti bahawa ia bukan penyebab mutlak ke arah menentukan maju mundurnya sesuatu bangsa.

Janji Allah bahawa Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa melainkan bangsa itu sendiri mengubahnya adalah suatu isyarat yang amat jelas bahawa setiap manusia ini dijadikan dengan kemampuan yang sama. Biar dari perdu mana pun seseorang itu lahir, dia berupaya naik ke puncak jika usahanya ke arah itu dilakukan secara sungguh-sungguh. Teori genetik tidak selamanya benar terutama dalam soal menentukan masa depan seseorang manusia atau sesuatu rumpun bangsa. Tuhan akan menjadi sangat tidak adil kalau menentukan karma manusia dengan bakanya. Sesungguhnya tidak adil itu bukanlah sifat Tuhan.

Bangsa-bangsa yang besar dan kuat suatu masa dahulu banyak yang lenyap dan ranap walaupun daripada segi teori mereka memiliki baka yang hebat. Ke mana perginya wira-wira Monggol? Ke mana hilangnya anak cucu Socrates atau Aristotle? Jika hendak dikatakan mereka pupus kerana faktor putaran masa, kenapa anak cucu Shih-Huang Ti masih ada? Kenapa anak cucu pelopor Tamadun China masih sehebat dahulu?

Pendapat tentang sifat semulajadi Melayu yang dibelenggu rasa rendah diri juga mempunyai banyak ruang untuk dipertikaikan. Yang paling penting untuk ditanya ialah, kenapa sifat itu harus ada dan adakah ianya cuma hakmilik istimewa bangsa Melayu?

Kalau dikatakan sifat rendah diri itu lahir secara semulajadi, apakah buktinya? Atas alasan apakah Tuhan memilih orang Melayu untuk diabadikan dengan sifat-sifat itu?

Ada orang berpendapat sifat rendah diri ini datang ke sanubari orang Melayu selepas mereka menganut Islam. Nenek moyang orang Melayu dahulu menganggap diri mereka orang yang jahil dalam ilmu-ilmu akhirat. Oleh itu, setiap kali berhadapan dengan pendakwah-pendakwah Islam yang berilmu tinggi, terutama yang datang daripada Asia Barat, mereka akan dibelenggu oleh rasa ‘kecil’ dan rasa untuk ‘merendah’. Lama-kelamaan perasaan itu berkembang biak lalu terbina menjadi suatu tabiat.

Soalnya, kalaupun betul, kenapa perkara begitu hanya terjadi pada orang Melayu? Kenapa orang Putih yang baru memeluk Islam tidak berasa rendah diri? Kenapa orang India, orang China, orang Parsi dan segala macam orang lain tidak mempunyai perasaan yang sama sedangkan hakikatnya tatkala mula memeluk Islam mereka sudah pasti berada dalam situasi yang sama dengan orang Melayu – berasa kecil dan jahil?

Satu lagi andaian popular ialah perasaan rendah diri orang Melayu ini berpunca daripada salah tanggapan terhadap ajaran Islam. Ketaatan kepada Islam menyebabkan Melayu mentafsirkan nilai toleransi yang dituntut oleh Islam dengan perspektif yang sempit. Mereka juga menerima hukum qada dan qadar dengan cara berfikir yang jumud. Konsep keredhaan mereka ada kalanya melebihi tahap yang dituntut sehingga menyebabkan mereka bersikap ‘tidak apa’ dalam segala perkara. Himpunan daripada semua inilah akhirnya menyebabkan orang Melayu berasa mereka tidak perlu bersaing dan bersikap pasrah kepada kehidupan.

Tetapi sekali lagi persoalannya ialah kenapa anggapan begitu cuma timbul di jiwa orang Melayu? Kenapa bangsa lain yang menganut Islam tidak mempunyai tanggapan dan pemikiran yang sama? Mengapa orang China Islam dan orang India Muslim tidak dibelenggu oleh kejumudan tersebut sedangkan mereka juga tidak kurang taatnya berbanding dengan kita?

Saya timbulkan soalan-soalan ini kerana saya tahu tiada sesiapa yang akan dapat menjawabnya.

Melayu secara umumnya berada dalam satu posisi yang cukup unik, dan cukup kronik, sehingga tiada mana-mana pengkaji dapat memberikan jawapan mutlak terhadap masalah yang membelenggu kehidupan mereka, khususnya dalam aspek yang membabitkan sikap dan tabiat. Apa juga andaian tentang mereka sampai bila-bila pun akan tinggal sebagai hepotitis yang tidak akan bertukar menjadi teori.

Keunikan peribadi Melayu ini berkemungkinan besar dipengaruhi oleh banyak faktor. Kedudukan bumi Melayu yang terdedah pada segala macam elemen budaya, latar belakang bangsa yang berkembang daripada penganut animisme kepada penganut Islam yang taat, semuanya sama-sama memainkan peranan untuk menjadikan Melayu satu bangsa yang agak berkecamuk akal fikirannya. Perhatikanlah mana-mana juga Melayu, di dalam dirinya pasti terpancar seribu wajah. Pada tubuhnya tersembunyi unsur Arab, unsur Mamak, unsur orang Putih dan seribu satu unsur lain yang bercampur aduk.

Keperibadian yang berbagai-bagai inilah menyebabkan Melayu menjadi begitu sukar difahami. Dan ketidakfahaman itu menjadi punca terhadap timbulnya pelbagai salah tanggapan terhadap mereka.

‘Melayu bodoh dan pemalas’ adalah rentetan daripada salah tanggapan itu. Orang-orang asing yang gagal memahami susur galur Melayu dengan mudah akan berasa hairan kenapa Melayu boleh menjadi warga kelas dua di bumi yang subur ini. Mereka lalu beranggapan ianya berlaku kerana Melayu tidak rajin.

Silap orang Melayu ialah mereka tidak pernah berusaha memberi kefahaman tentang asal usul mereka kepada orang lain. Sebaliknya, mereka dengan penuh kealpaan hanya menerima bulat-bulat teori yang orang lain sogokkan kepada mereka. Paling Iebih, sekiranya pendapat itu kurang memihak pada mereka, sebahagian daripada orang Melayu mungkin akan marah-marah.

Semua ini tidak akan berlaku kalau orang Melayu mempunyai hubungkait yang kuat dengan akar umbi bangsanya. Mereka tidak akan berasa susah untuk meyakinkan orang lain bahawa Melayu sebenarnya bangsa yang hebat jika mereka rajin mencungkil, mengenang dan menghargai sejarah kehebatan datuk nenek mereka. Tidak susah untuk membuka mata orang asing bagi mengakui bahawa lebih seribu tahun dahulu tamadun-tamadun Melayu telah berkembang biak, telah menjadi gah dan tersohor di nusantara. Dan bangsa yang pemalas sudah tentu tidak akan mampu membina tamadun-tamadun seumpama itu.

Tamadun Greek sudah lama punah. Ranap sama sekali. Greece sekarang hanya tinggal tersepit sebagai sebuah negara kecil di pinggir Mediterranean dan Laut Ageans. Tetapi cubalah anda berkunjung ke Athens. Anda pasti akan dapat mendengar orang-orangnya bercerita seolah-olah Julius Caesar dan Pompei baru meninggal dunia pagi semalam.

Cubalah berkunjung ke China dan dengar sendiri bagaimana anak-anak negerinya bercerita tentang Tembok Besar, tentang Shih-Huang Ti atau tentang Confusius. Bunyinya seolah-olah mereka pernah hidup di era itu. Mereka jelas berbangga dengan apa yang mereka pernah ada.

Sementara majoriti orang Melayu tidak pernah tahu di mana letaknya Lembah Bujang, sebahagian besar yang lain pula berkunjung ke Melaka untuk melihat simbol kekuatan Portugis iaitu A Famosa, bukannya untuk menjengah simbol ketuanan Melayu seperti Perigi Hang Tuah atau Makam Hang Jebat. Untuk melihat tingginya seni pertukangan Melayu di Istana Seri Menanti yang tidak berpaku itu pun kita terasa berat hati.

Tidak banyak di kalangan kita yang boleh bercerita tentang kegemilangan silam anak bangsanya. Apabila bercerita pada anak cucu, kita lebih seronok mengulangi kisah ‘Cinderella’ atau ‘Snow White’. Kita biasakan anak-anak kita dengan nama Robin Hood dan Kapten Cook bukannya dengan nama Hang Nadim atau Tun Teja. Kita seolah-olah tidak pernah berbangga dengan apa yang kita ada.
Orang lain sanggup menghabiskan berjuta ringgit untuk mencari sesuatu yang boleh menghidupkan kembali kegemilangan bangsanya. Dalam kes tertentu, mereka malah sanggup mengubah fakta yang ada dan mencipta fakta-fakta baru yang palsu. Mereka melakukannya kerana sayangkan bangsa.

Melayu boleh menghabiskan cukup banyak wang untuk membiayai rombongan ke luar negara, tetapi akan ‘berkira’ untuk membina sesuatu yang boleh menghubungkan generasi sekarang dengan masa silamnya.

Pahit atau tidak, kita perlu mengaku bahawa apa yang dilakukan setakat ini belum cukup untuk menggambarkan terima kasih kita pada generasi terdahulu. Apa yang ada itu belum memadai untuk menghidupkan jiwa Melayu sebagaimana hidupnya jiwa orang Amerika setiap kali melihat ‘Statue of Liberty’.

Usahlah melihat terlalu jauh ke belakang. Lihat sahajalah bagaimana kita menghargai Tuk Gajah, Mat Kilau, Tuk Janggut atau pejuang-pejuang selepas mereka. Malah setakat manakah sumbangan kita kepada pejuang-pejuang kemerdekaan selain daripada Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman? Hendak membukukan sejarah perjuangan mereka pun tidak banyak pihak yang sanggup.

Berdasarkan apa yang ada tergambar jelas yang kita bagaikan tidak menghargai kebolehan orang-orang yang dahulu daripada kita. Kita tak pernah ambil kisah. Kita tak pernah peduli. Kita alpa dalam menghargai sumbangan mereka.

Dan apabila kita alpa menghargai bangsa sendiri, bagaimanakah kita boleh mengharapkan orang lain menghargai kita?

Belajar terus belajar

Mohd Saifullah b Hj Dolmat
Ketua Penerangan Gpms Melaka

Khamis, 11 September 2014

Mana Integriti Kementerian Pelajaran?

Ilmu dan pendidikan berkait rapat dengan isu integriti. Dalam Islam, integriti dikaitkan dengan kepercayaan. Al-Quran umpamanya adalah sumber yang memiliki kepercayaan untuk memberi pedoman dan panduan tentang bagaimana urusan hidup harus berlaku dan bagaimana hubungan manusia terhadap Pencipta seharusnya berjalan. Faktor syarak umpamanya adalah jalan pedoman tentang batasan-batasan yang sewajarnya berjalan terhadap manusia dan kehidupan. Maqasid syariyyah atau maksud hukum syarak memelihara integriti manusia, antaranya agama, akal, keturunan dan harta. Pemiliharaan faktor-faktor ini boleh membentuk manusia sentiasa dalam keadaan fitrah.
Faktor kemuliaan manusia di sisi Tuhannya merujuk kepada faktor ketakwaan. Takwa dari satu sudut pengertian membawa maksud tentang ketuhanan yang tinggi. Inilah maksud integriti sebenar dari sudut Islam. Manusia yang memiliki ketuhanan yang tinggi akan sentiasa menjadikan Allah sebagai sumber memelihara, menjaga tertib diri, amal perbuatan, tingkah perangai kerana kalau ianya berkait dengan manusia saja integriti boleh cair dan terungkai kerana ada ketikanya manusia boleh melampaui batas.

Contohnya, faktor akidah atau aqaid atau ikatan antara manusia dan Pencipta akan sentiasa menjadi pancang yang menghubungkan manusia dengan Tuhannya. Pancang ini amat penting untuk memandu manusia supaya jangan melampaui batas. Sehebat mana gelora hidup yang ditempuh, sekuat mana tarikan kebendaan dan nafsu-nafsu yang ada, insan yang muttaqin dan akidah yang mantap akan tetap memelihara dan melindungi manusia dari amalan dan perbuatan yang melampaui batas.

Kes kebocoran soalan UPSR Sains dan Bahasa Inggeris merupakan satu sifat mazmumah yang menjejaskan integriti dan akauntabiliti sebuah organisasi khususnya Kementerian Pelajaran. Adakah faktor dalaman seperti guru-guru yang menyediakan soalan , penjaga bilik besi dan pegawai dalaman menjadikan perkara ini berlaku ? Adakah faktor luaran seperti syarikat pencetakan dan pegawai yang menyelia kertas soalan juga boleh menjadi kemungkinan ketirisan perkara ini berlaku ? Tidak kira berapa banyak kemungkinan tetapi jawapannya terletak pada sikap individu tersebut.

Gpms Negeri Melaka mendesak agar badan khas di wujudkan untuk menilai individu yang bertanggungjawab menyebabkan perkara ini berlaku untuk membersihkan nama Kementerian Pelajaran di samping mengelakkan perkara ini dieksplotasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Nasib pelajar harus di bela jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Jangan kerana nasib pelajar maruah kerajaan tercalar.

Belajar terus belajar.

Mohd Saifullah b Hj Dolmat
Ketua Penerangan Gpms Melaka


Ahad, 31 Ogos 2014

Bicaralah seperti warga negara bukan pendatang.

Sejarah membuktikan kaum Cina memang datang ke Tanah Melayu demi menyelamatkan diri dari kemiskinan, kebuluran dan peperangan di negara China. Oleh itu, mereka telah berpindah ke Tanah Melayu (Malaysia) untuk mencari perlindungan dan sumber rezeki. Masa berlalu, kaum Cina mendapati Malaysia terlalu ‘indah’ untuk ditinggalkan selepas mereka mendapat apa yang dihajati. Keadaan ini telah menimbulkan NOSTALGIA kepada mereka, sedangkan pada yang sama mereka enggan ‘memutuskan’ KESETIAAN kepada negara asal. Maka, tidak hairanlah jika mereka terus memperjuangkan sekolah vernakular tanpa mengambilkira semangat tolak ansur, realiti mahupun rasionaliti sebagai warga negara ini selepas mencapai kemerdekaan pada 1957.

Perjuangan mereka ini adalah berasaskan semangat KIASU dan RASIS semata-mata. Tidak cukup ‘peha’, mereka meminta betis pula. Sudahlah ingin bersekolah berasingan dari bangsa lain dan menggunakan bahasa ibunda negara asal, diberi pula kelonggaran dan keistimewaan di mana mata pelajaran Bahasa Kebangsaan (Melayu) direndahkan tarafnya bagi membolehkan anak-anak mereka mudah mendapat keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran ini, mereka meminta pula agar kerajaan mengiktiraf UEC bagi kemasukann ke IPTA tempatan.

Pemimpin Dong Jiao Zong bersifat oppurtunis dan bijak menangguk di air keroh demi kepentingan kaum Cina

Dong Jiao Zong iaitu sebuah NGO Cina dianggap sebagai puak EKSTREMIS kerana sehingga kini terus berkeras untuk menolak segala usaha ke arah menyatukan rakyat Malaysia atau ‘1 Malaysia’ melalui sistem persekolahan yang sama serta melalui SATU BAHASA. Ia terbukti apabila kita mengkaji senarai tuntutan oleh Dong Jiao Zong semuanya adalah berkisar tentang usaha PENGASINGAN antara kaum di sekolah serta MEMPERKASAKAN bahasa ibunda kaum Cina (Mandarin). Tindakan ini secara halus MENGABAIKAN Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu).

Oleh itu, desakan pertubuhan pendidikan Cina ini sejak tiga dekad lalu agar kerajaan mengiktiraf sijil UEC sebagai kelayakan untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) adalah satu tindakan yang MELAMPAU dan MEMBELAKANGKAN dasar-dasar kerajaan. Keadaan ini seolah-olah mereka yang melanggar undang-undang negara untuk tempoh sekian lama boleh diHALALkan pula tindakan mereka dan diberi pengiktirafan pula. Adakah dunia sudah terbalik?

Dong Jiao Zong berhujah bahawa UEC diiktiraf oleh Pusat Pengajian Tinggi luar negara seperti United Kingdom, United States, Taiwan, Hong Kong, China, Singapura, Australia dan Kanada adalah TIDAK RELEVAN dengan senario di Malaysia. Apatah lagi dengan keadaan sekarang di mana jurang perkauman semakin jelas, lebar dan luas yang mana amat merbahaya untuk masa depan negara.

Gertakan dan ugutan dibuat oleh MCA mewakili suara PR dalam BN untuk menghalalkan UEC yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia

Ini kerana mereka berhujah seolah-olah seperti status seorang PENDATANG dan bukannya sebagai seorang WARGANEGARA Malaysia. Apa tidaknya, dasar sesebuah universiti sememangnya membuka peluang kepada pelajar asing dan menerima kelulusan pelajar-pelajar tersebut berdasarkan kepada KUALITI tanpa mengambil-kira kaedah sistem pembelajaran di negara mereka. Mana mungkin sesebuah universiti menetapkan sistem pembelajaran bagi warga luar negara yang datang untuk belajar di Malaysia.


Jika diikutkan emosi, semua kaum pendatang yang diimport oleh British perlu dihantar pulang ke Negara asal. Tetapi ianya tidak berlaku kerana sifat KETERBUKAAN masyarakat Melayu Bumiputera

Tetapi, senario ini berbeza di Malaysia kerana kerajaan tidak sepatutnya mengiktiraf sijil UEC yang diperolehi oleh warga Malaysia yang ingin memasuki universiti awam di Malaysia, bukan ke luar negara. Ianya bertentangan dengan sijil SPM yang digunapakai sebagai syarat kemasukan utama. Apakah menjadi suatu kesalahan jika kerajaan menetapkan syarat agar warga Malaysia yang layak ke universiti awam WAJIB menguasai Bahasa Kebangsaan dengan baik? Tinggi sangatkah permintaan sedemikian? Apakah kaum Cina begitu BODOH dan DUNGU sehingga sukar sekali untuk menguasai bahasa kebangsaan walaupun telah menjangkau generasi ke-empat selepas kedatangan mereka ke Tanah Melayu (Malaysia)? Jika mereka merasakan ianya tidak benar, sila jawab persoalan ini sebelum mereka menuntut sesuatu yang TIDAK SELARI dengan Perlembagaan Malaysia.

Apakah kita sebagai warganegara masih bersetuju membiarkan Dong Jiao Zong mengharapkan kemudahaan pembelajaran di universiti awam seperti warga Malaysia yang lain jika Bahasa Kebangsaan sendiri lintang-pukang, hancur, haram sepatah pun tak faham?
Apakah hanya mereka yang boleh memberi syarat dan menuntut itu dan ini dari kerajaan tetapi enggan berundur walau setapak bagi memberi ruang kepada praktikaliti, realiti dan rasionaliti dalam bertindak?

Apakah tindakan kita bila mereka mengambil sikap seolah-olah sesiapa sahaja yang menolak tuntutan mereka sebagai RASIS pula? Nampaknya, sudah sampai masanya Dong Jiao Zong melihat ke dalam diri sendiri dan berfikir sedalam-dalamnya serta mengakui kebenaran tentang ‘siapa yang rasis sebenarnya’? Pihak yang menuntut perpaduan, jati diri dan nasionalisme, atau pihak yang menentangnya?

Mohd Saifullah b Hj Dolmat
Ketua Penerangan Gpms Melaka

Sabtu, 30 Ogos 2014

Siapa Khianat Melayu ?

Cetusan idea ini muncul apabila berborak bersama sahabat seperjuangan lantas menimbulkan persoalan siapakah yang sebenarnya khianat pada Melayu?

Apakah kita lupa melihat bandar Kuala Lumpur itu sendiri, berapa banyak bangunan yang tergadai terjual kepada usahawan Cina yang mempunyai tempat tertinggi di mata kepimpinan Melayu. Kita lihat kehadiran agensi kerajaan seperti Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) yang kini bergelar UDA Holding Berhad, tanyakan kepada mereka berapa banyak tanah yang telah mereka cagar dan jual lantas kini segi tiga emas Kuala Lumpur itu sendiri seakan "China Town" kecuali bangunan UDA yang terletak di Jalan Imbi.

Kita belum meneliti peranan Peladang, FAMA, Nelayan dan beberapa pertubuhan peladang yang sebenarnya memeras ugut petani kecil lantas membenarkan kapitalis membolot kekayaan hanya sebagai orang tengah. Lihat bagaimana mereka memeras petani seperti penternak ayam lalu menyalurkan hasil belian murah mereka kepada peraih - peraih Cina yang menjadi saluran pembekal kepada pasar - pasar besar seperti Giant, Tesco dan Care Four. Di mana orang - orang Melayu yang sebenarnya menjadi penggiat ekonomi tersebut ?

Nelayan adalah satu contoh klasik pemerasan agensi kerajaan ke atas penggiat ekonomi tersebut. Berapa ramai sebenarnya nelayan berbangsa lain di Malaysia ini? Siapa pula yang menjadi pembekal utama sumber ikan di negara kita ini? Siapa pemegang utama menjadi pembekal kepada pasar - pasar utama negara kita ini khususnya pasar 'hyper" . Sekali lagi persoalan yang timbul ialah di mana kedudukan Melayu dalam kerancakan ekonomi negara ini ?

Sebenarnya apa yang berlaku adalah agihan tidak seimbang antara Melayu itu sendiri. Sungguhpun pembuat dasar sentiasa memikirkan kepentingan Melayu tetapi Melayu dalam agensi kerajaan sendiri hanya memikirkan diri sendiri lantas sanggup melakukan apa sahaja untuk diri sehingga mengorbankan Melayu lain.

Melayu berada dalam apa yang saya kategorikan sebagai "sakai" dalam ekonomi negara kita ini. Cuma segelintir Melayu yang DIKAYAKAN untuk menjadi pemangkin petunjuk bahawa Melayu itu sudah berjaya di bumi Malaysia. Dengan menjadikan beberapa Melayu yang terpilih menjadi kaya maka indeks keseluruhan pegangan Melayu individu dan kerajaan akan menunjukkan kekuatan palsu MELAYU dalam ekonomi negara.

Setakat hari ini kejayaan perkongsian kuasa itu di lihat dari segi pembangunan fizikal negara dan bagi saya adalah selama mana kita masih hidup harmoni dari tarikh 13 Mei 1969. Perkongsian kuasa dalam erti yang sebenarnya tidak wujud bagi kaum Cina dan kaum - kaum lain di Malaysia. Apa yang ada hanya satu gimik pilihan raya yang mahukan undi dari bangsa lain kepada Barisan Nasional termasuk UMNO yang kini merosot secara mendadak sokongan orang - orang Melayu terhadap partinya.

Dalam erti kata yang lain undi Cina amat di perlukan bagi membolehkan Melayu terus hidup dengan sebilangan kecil kepimpinan tertinggi memegang kuasa politik. Ini sebenarnya tidak dapat di sangkal oleh kerajaan memerintah dan sekiranya kita lihat perpecahan politik antara kaum Cina - MCA dan DAP, maka peratus perpecahan ideologi politik mereka amat kecil berbanding dengan peratus perpecahan dari sudut ideologi politik Melayu yang merangkumi UMNO-PAS dan KEADILAN. Sebenarnya ini sepatutnya menggerunkan kita.

Kita juga dapat melihat dari bahawa penyandang jawatan penting politik dari Setiausaha Politik, Timbalan Menteri dan Menteri memang sudah terbahagi dan peningkatan kaum - kaum lain kini semakin subur dalam politik negara ini. Kesuburan kehadiran mereka memang menunjukkan penyatuan dalam pemerintahan tetapi asas nya masih sama - pemberian hak politik kepada bangsa - bangsa lain di buat berteraskan perkongsian kuasa yang menjerumus kepada pemberian kuasa orang - orang Melayu tanpa pulangan yang menguntungkan kita.

Melihat dari sudut yang lain pula, apakah ada keseimbangan perkongsian kuasa politik dengan ekonomi dalam negara ini. Apakah berlaku peratusan yang sesuai dalam kita mengorbankan kuasa politik dan mereka mengorbankan kuasa ekonomi? Apakah mereka dalam industri - industri besar sanggup menerima kontraktor - kontraktor Melayu atau semestinya mereka mendahulukan bangsa mereka yang mereka anggap lebih berkaliber dalam melakukan sesuatu kerja kontrak.

Bagi memudahkan andaian, rumah banglo untuk orang Cina di siapkan oleh kontraktor Cina dan rumah banglo orang - orang Melayu turut di siapkan oleh orang - orang Cina. Kenapa, kualiti kerja ? Mungkin tetapi peluang langsung tidak di berikan sehinggakan kontraktor kecil bumiputera tersebut terus melukut di tepian gantang. Yang lebih menyepikan kita adalah barangan kontrak pembinaan, sekiranya kontraktor Melayu yang di lantik harus merujuk kepada "hardware" bangsa Cina yang mendominasi perniagaan tersebut.

Siapa pula yang berani menyangkal bahawa sekarang ini kuasa politik di pegang oleh dalang - dalang yang mempunyai kekuatan ekonomi? Seperti yang telah saya katakan sebelum ini kekuatan ekonomi dapat meletakkan tanda harga pada kuasa politik yang di pegang oleh orang - orang Melayu. Apakah ini satu kenyataan palsu atau sebenarnya kalau kita lebih terbuka berdiskusi mengenainya maka kita ketahui bahawa rasuah adalah alat yang menjadi kuasa sebenar bagi membeli kuasa politik negara ini. Siapa pula yang jadi majoriti perasuah dalam negara ini? Kita belum mengkaji atau mendapatkan statistik menyeluruh tetapi dari pengamatan kita, siapa yang sering di tangkap sebagai penerima rasuah dan siapa pula yang menjadi pemberi.

Mari kita lihat :

- Majoriti penagih dadah yang berada di Pusat Pemulihan adalah dari belia - belia Melayu.

- Majoriti mereka yang menerima rasuah sekiranya di amati secara terbuka tanpa statistik khas adalah orang - orang Melayu.

Salahkan kenyataan di atas. Apakah sebenarnya masalah orang - orang Melayu, apa kah sebenarnya masalah pemimpin - pemimpin Melayu?

Sebenarnya jawapan kepada beberapa persoalan di atas ada kepada kepimpinan Melayu itu sendiri. Kepada siapa projek - projek di salurkan dan kepada siapa di beri kontrak - kontrak mereka juga yang tahu. Kedudukan Melayu dalam politik serta bagaimana hambanya Melayu kepada ekonomi negara ini, mereka juga yang tahu. Perkongsian politik yang di berikan, mereka juga yang tahu mengapa.

Apakah mereka menjual bangsa mereka sendiri? Apakah Melayu tidak mampu, atau sebenarnya mereka yang di beri peluang untuk maju adalah mereka yang akan memajukan individu yang memegang kuasa politik. Sebenarnya di mana kesalahan kita kalau kita bandingkan dengan pemegang lesen komunikasi CELCOM yang kini merosot berbanding dengan pemegang lesen Maxis yang kini subur sungguhpun CELCOM adalah syarikat pertama memegang lesen tersebut. Apakah tidak langsung kita kaji mengenai individu yang menjadi tunjang utama dalam CELCOM sebelum penjualannya. Mungkin tidak salah kalau saya katakan - Melayu itu adalah antara Melayu yang terbodoh di dunia ini. Begitu juga Syarikat Penerbangan Malaysia MAS berbanding dengan Syarikat Penerbangan Air Asia. Apakah tidak boleh sekali lagi saya katakan bahawa Melayu yang menunjangi MAS sebelum "bail out" kerajaan adalah Melayu yang terbodoh di dunia.

Tanyakan pula kepada Melayu - Melayu yang menjaga kutipan TOL, apakah syarikat mereka mempunyai hasrat untuk membangkitkan mereka dengan memberi kemudahan pembelajaran, kursus dan sebagainya untuk menjamin masa depan mereka atau syarikat yang telah untung berbillion tersebut lebih rela melihat anak - anak Melayu menghulur tangan mengutip tol.

Terlampau banyak persoalan dan terlampau banyak yang boleh di lakukan - cuma apabila diri mendahului segalanya - di tambah dengan ketamakan - maka di gadai nya bangsa. Dan satu pesanan khusus saya - UMNO martabat kan bangsa dan jangan menggadai nya.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan. .

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.


Mohd Saifullah b Hj Dolmat
Ketua Penerangan Gpms Melaka

Jumaat, 29 Ogos 2014

Mencari Kemerdekaan Bahasa Kebangsaan

Orang Melayu amat sensitif dengan agama, sama seperti sensitif orang Cina terhadap bahasa. Sehingga ke hari ini, pemerkasaan terhadap Islam lebih menonjol berbanding pemerkasaan bahasa Melayu , walaupun kedua-dua perkara ini jelas termaktub dalam perlembagaan.

Malang sungguh kedudukan bahasa kebangsaan ini. Tidak banyak usaha dibuat untuk mendaulatkannya, kerana bagi kita ia tidak penting. Lebih menyedihkan lagi apabila membaca iklan temuduga jawatan. Antara syaratnya mesti fasih berbahasa Mandarin dan Inggeris.

Maka tidak hairanlah jika bancian penduduk baru-baru ini, membuktikan bahawa penguasaan bahasa Melayu di kalangan orang Cina masih lemah, sehingga terpaksa menggunakan khidmat penterjemah.

Tuntutan dan desakan mendirikan sekolah menengah vernakular, pada saya cukuplah dengan sekolah rendah vernakular yang sedia ada dan bertambah dari tahun ke tahun.

Enam tahun dipisahkan sejak kecil adalah suatu jangka masa yang lama untuk mereka mensosialisasikan diri dengan persekitaran selanjutnya. Jika mereka terus berada di sekolah menengah vernakular, apakah sosialisasi begini sihat untuk membina bangsa Malaysia dan menjayakan gagasan 1Malaysia?

Perlu diingat, komitmen kerajaan terhadap sekolah vernakular amat tinggi dan belum pernah dilakukan oleh negara-negara lain. Perdana Menteri secara telus mengatakan pendidikan vernakular adalah sebahagian daripada pendidikan nasional.

Bermakna, kewujudan sekolah vernakular telah pun diiktiraf. Ia merupakan satu kredit kepada bangsa Malaysia kerana dapat menguasai bahasa Mandarin. Apatah lagi pasaran akan datang akan didominasi oleh pasaran negeri China.

Dilihat dari sudut positif, memang benar ia suatu kelebihan. Namun, pada masa sama, kita perlu tangani pula kesan negatifnya apabila bahasa kebangsaan tidak dikuasai. Malangnya, setiap kali kerajaan bercadang untuk memperkasakan bahasa Melayu di sekolah vernakular, idea ini terus ditentang habis-habisan oleh persatuan tersebut.

Benar, kita akan berkata selama ini pun, sejak kewujudan sekolah vernakular, kita masih tidak berkonflik. Masih berlaku kesepaduan sosial atau social cohesion. Kita hanya bertikam lidah. Masih lagi tidak berlaku peperangan dan rusuhan kaum. Dengan maksud, keadaan masih lagi baik.

Persoalan saya, kenapa kita tidak cari jalan untuk mencapai yang terbaik? Bukan maksud saya dengan menghapuskan sekolah vernakular. Tetapi perancangan mesti dibuat, bagaimana sekolah kebangsaan dan sekolah vernakular dapat berinteraksi?

Saya hanya akan bersetuju dengan pembinaan sekolah vernakular jika benar-benar bahasa Melayu dapat diperkasakan dalam 60 buah sekolah menengah vernakular yang sedia ada. Buatlah kajian akan kesannya terhadap pembinaan negara bangsa. Saya juga bersetuju jika penambahan sekolah vernakular di bekukan sama sekali buat masa ini sebelum menjadi duri dalam daging.

Tindakan mendesak kerajaan dan penambahan sekolah vernakular akan menyebabkan kaum lain menyimpan rasa dan dendam. Dendam inilah yang akan menjadi bara api perkauman, yang tidak pernah padam. Inilah yang bahaya.

Kebebasan beragama dan menghormati kepelbagaian juga hendaklah berpandu kepada undang-undang. Kita sepatutnya bersyukurlah kerana di kebanyakan negara seperti Jerman, Perancis, Indonesia, Thailand dan sebagainya, mereka mengamalkan konsep keseragaman atau unity is uniformity untuk mencapai perpaduan. Dalam kata lain, 1 Bangsa, 1 Bahasa dan 1 Negara.

Selamat Hari Kemerdekaan ke-57. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.

"Belajar terus belajar"


Mohd Saifullah b Hj Dolmat
Ketua Penerangan Gpms Melaka


Khamis, 28 Ogos 2014

Merdekakah Jiwa Anak Bangsa ?

Bulan Ogos adalah satu bulan yang sinonim dengan bulan kemerdekaan. Rata-rata rakyat Malaysia memperkatakan tentangnya. Persoalannya ialah adakah semua kita benar-benar telah memerdekakan diri dan jiwa kita seiring dengan kemerdekaan negara. Ada orang berpendapat bahawa manusia merdeka apabila negaranya merdeka. Ada orang menganggap bahawa kemerdekaan itu ialah bebas melakukan apa sahaja yang terlintas di hati dan terlihat di mata.

Islam mempunyai pandangan tersendiri tentang merdeka bahkan kemerdekaan atau kebebasan merupakan salah satu prinsip asas dalam Syariat Islam. Islam melihat kebebasan sebagai suatu keperluan asasi bagi setiap manusia. Sebab itulah dalam sejarah tentera Islam membuka negeri-negeri ketika menawannya bukan menjajahnya kerana Islam tidak bertujuan menguasai tetapi bertujuan membebaskan manusia bagi menerima kebenaran Allah. Kita tidak melihat mana-mana kerajaan Islam yang memaksa rakyatnya memeluk Islam tapi kita melihat ramai umat Islam diseksa dan dianiayai semata-mata kerana menerima Islam.

Rib’i bi Amir menegaskan kepada Rustum, panglima Parsi

“Allah telah mengutuskan kami untuk mengeluarkan manusia daripada penyembahan sesama makhluk kepada penyembahan Allah Ta'ala, daripada kesempitan dunia kepada dunia yang lapang, daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam.”

Islam diutuskan kepada manusia bagi membebaskan rohani dan batin mereka daripada memperhambakan diri kepada selain Allah. Sebab itu agama Islam namanya ISLAM, bukan agama Muhammad. Allah menjelaskan bahawa Nabi Muhammad S.A.W tidak lebih dari seorang Rasul. Allah berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 144 :

“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun; dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.”

Manusia mungkin berjaya membebaskan dirinya daripada perhambaan kepada sesama makhluk dan daripada menjadi hamba kepada permasalahan hidup, tetapi kadang-kadang manusia sering menjadi hamba kepada nilai dan norma hidup. Manusia akan merasakan wujudnya perbezaan martabat dan kemuliaan berasaskan nilaian harta, keturunan, pangkat dan kedudukan. Firman Allah dalam surah al-Saba’ ayat 35-37 :
Dan mereka berkata: "Kami lebih banyak mempunyai harta dan anak-anak (daripada kamu) dan kami sekali-kali tidak akan diazab. Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan menyempitkan (bagi siapa yang dikehendaki-Nya), akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui". Dan sekali-kali bukanlah harta dan bukan (pula) anak-anak kamu yang mendekatkan kamu kepada Kami sedikitpun; tetapi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, mereka itulah yang memperoleh balasan yang berlipat ganda disebabkan apa yang telah mereka kerjakan; dan mereka aman sentosa di tempat-tempat yang tinggi (dalam surga).

Ramai manusia gagal membebaskan dirinya daripada perhambaan kepada hawa nafsu. Mereka telah menjadikan hamba nafsu mereka sebagai tuhan yang disembah. Firman Allah dalam surah al jathiah ayat 23 :
“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Ny dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”

Jiwa yang bebas dan merdeka hanya meletakkan dunia dan segala perhiasannya di tangan mereka bukan di hati. Jiwa yang bebas dan merdeka akan sentiasa berwaspada dengan fitnah harta dan perhiasan dunia. Kemewahan dunia tidak menjadikan mereka alpa tentang akhirat sana.

Pembebasan terbesar yang diberikan oleh Islam kepada manusia ialah kebebasan memilih aqidah dan kebenaran. Firman Allah dalam surah Yunus ayat 99 :
“Dan jika tuhanmu menghendaki nescaya akan beriman segala penghuni muka bumi seluruhnya, maka apakah kamu berhasrat mahu memaksa mereka supaya menjadi orang beriman semuanya.”

Juga firman Allah dalam surah al baqarah 256:

Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Kebanyakan manusia terus memilih kesesatan walaupun amat nyata kepalsuannya. Manusia masih mengikut apa yang diwarisi daripada nenek moyang mereka. Manusia masih enggan meninggalkan amalan kesesatan mereka walaupun amat menyedari bahawa kesesatan itu akan merosakkannya. Manusia masih sanggup terus bergelumang dengan dosa walaupun menyedari bahawa maksiat yang akan dilakukan akan menyeret mereka ke neraka. Inilah seburuk-buruk perhambaan yang mencengkam manusia jika kita tidak berwaspada.

Merdekakah kita jika jiwa masih menjadi hamba kepada harta benda. Merdekakah kita dengan hanya bebas fizikal tapi hati masih terpenjara. Merdekakah kita dengan sorakan kemerdekaan jika di sanubari tiada terdidik sebarang rasa untuk mempertahankannya. Merdekakah kita dengan hanya mengibar bendera merata-rata tetapi tiada lagi semangat juang untuk mempertahankan agama dan negara. Apa yang hendak dibangga keamanan dan kemewahan negara jika hari yang berlalu hanya menambahkan dosa. Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan ke 57 ! MERDEKA ! Belajar terus belajar.


Ketua Penerangan Gpms Melaka
Mohd Saifullah bin Hj Dolmat





posted from Bloggeroid

Ahad, 10 Ogos 2014

Relevankah Sekolah vernakular ?

Mewujudkan masyarakat yang utuh diikat oleh nilai kebersamaan yakni nilai kebangsaan atau nilai nasional masih merupakan cita-cita yang tidak tercapai. Malah semakin hari nilai kebangsaan ini semakin diperkecilkan oleh pihak tertentu yang cenderung mengobarkan chauvinisme. Akhirnya sehingga hari ini masyarakat Malaysia wujud sebagai suatu bentuk masyarakat selari atau parallel society, iaitu masyarakat yang hidup dalam negara yang sama tetapi berjuang dan bergerak dalam kepentingan kelompok atau kaum masing-masing. Lebih buruk lagi setiap kelompok kaum meletakkan kepentingan kelompok kaum masing-masing di atas kepentingan nasional.

Banyak faktor yang membawa kepada perpecahan dan perjuangan kepentingan kelompok kaum ini antaranya warisan kolonial, politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya. Namun apa yang paling malang ialah sehingga hari ini Malaysia masih tidak mampu untuk mewujudkan suatu sistem pendidikan kebangsaan yang benar-benar bersifat satu bangsa, satu bahasa dan satu negara.

Sebaliknya sistem pendidikan Malaysia mewujudkan sistem pendidikan majmuk yang berakar dari zaman kolonial dan zaman imigran yang anakronisme, yakni sudah tidak berada dalam zamannya lagi. Sistem pendidikan kebangsaan menjadi sesuatu yang janggal apabila berada selari dengan pendidikan vernakular yakni sekolah Cina dan Tamil yang terletak ’di luar’ sistem pendidikan kebangsaan itu sendiri.

Malah lebih janggal lagi apabila institusi pendidikan vernakular ini memberikan saingan secara terang-terangan kepada institusi pendidikan kebangsaan, sehingga dalam keadaan tertentu ia seperti berada dalam keadaan ’memperkecil dan memusuhi’ sistem pendidikan kebangsaan. Walaupun sistem pendidikan vernakular ini diiktiraf dan diperakui dengan termaktubnya Akta Pendidikan 1996, tetapi timbul persoalan apakah wujud keperluan untuk mempertahankan sistem pendidikan vernakular dalam melihat kepentingan dan sumbangannya terhadap perpaduan masyarakat Malaysia yang lebih besar dan menyeluruh.

Sejarah pendidikan vernakular sebenarnya lebih terarah kepada sistem pendidikan Cina yang wujud pada awal abad ke-20 di Semenanjung Tanah Melayu atau Malaya ketika itu. Teras sebenar kepada sistem pendidikan vernakular yang memperteguhkankeberadaan situasi parallel society ini sebenarnya terletak kepada gerakan dan sejarah pendidikan Cina di Malaysia. Menurut Cheong Yuen Keong dalam bukunya Gerakan Pendidikan Cina di Malaysia: Satu Kajian Tentang Perjuangan Dong Jiao Zong(1970-2002) menyatakan bahawa gerakan pendidikan Cina merupakan satu perjuangan sosial yang menuntut agar pendidikan bahasa ibunda Cina dikekalkan. Gerakan ini berjaya mendapat penyertaan dan dukungan daripada masyarakat Cina dan berlanjutan dalam jangka waktu yang panjang serta membawa kesan dan pengaruh yang luas.

Gerakan ini berasal dari akar umbi dan dipimpin oleh satu kumpulan kepentingan atau interest group iaitu Dong Jiao Zong. Perjuangannya pada peringkat awal adalah untuk mendapatkan pengiktirafan terhadap pendidikan Cina dalam sistem pendidikan negara. Kini ia berperanan sebagai kumpulan pendesak dalam penggubalan dasar kerajaan yang berkaitan dengan pendidikan Cina.

Sejarah pendidikan Cina bermula dengan penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu yang membawa bersama penubuhan sekolah Cina di merata tempat sekitar awal abad ke-20. Pada mulanya kerajaan kolonial British membiarkan penubuhan sekolahvernakular terutamanya sekolah Cina ini, tetapi pada tahun 1920 British memperkenalkan Ordinan Pendaftaran Sekolah 1920 yang dilaksanakan untuk mewajibkan pendaftaran semua sekolah dan guru agar kerajaan British dapat mengawal sekolah Cina. Hal ini mendapat tentang daripada guru-guru dan pemimpin sekolah Cina, lalu mengemukakan petisyen kepada kerajaan British di Tanah Melayu dan Pejabat Luar Negeri di London untuk memansuhkan ordinan tersebut.

Kerajaan British tidak bersedia menarik ordinan tersebut sebaliknya membawa lima orang wakil pendidikan Cina Singapura ke mahkamah dan kemudian dihukum dengan dihantar pulang ke negara China. Pada zaman Jepun, sekolah Cina telah diharamkan sama sekali. Setelah perang berakhir, British kembali berkuasa di Tanah Melayu dan mula mengambil langkah yang lebih bersifat jangka panjang dalam sistem pendidikan. Kerajaan British melihat bahawa sekolah Cina dan sekolah vernakular adalah faktor utama yang menghalang penyatupaduan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu. Maka British mengambil pendekatan untuk menyekat perkembangan sekolah Cina. British mengemukakan Cheeseman Annual Report on Education in the Malayan Union 1946 dan Laporan Pendidikan Holgate 1950 untuk mewujudkan sistem persekolahan yang seragam kepada semua kaum di Tanah Melayu.

Pada tahun 1946, sudah terdapat 1078 buah sekolah Cina dengan pelajar berjumlah 168,303 orang di Tanah Melayu. Pentadbir dan guru sekolah Cina telah mengadakan mesyuarat peringkat negara di Singapura pada 6 Mei 1946, lalu membentuk Jawatankuasa Bimbingan Pemulihan Sekolah Malaya untuk memulihkan sekolah Cina. Jawatankuasa ini merupakan landasan kepada penubuhan Jiao Zong lima tahun kemudiannya. Dalam merealisasikan sistem pendidikan kebangsaan yang bertujuan menggalakkan integrasi kaum dan seterusnya membawa kepada pembinaan bangsa, British telah mengemukakan Laporan Barnes pada 10 Jun 1951.

British seterusnya menyeru masyarakat Cina dan India agar menerima sistem pendidikan kebangsaan yang bersifat satu aliran ini. Laporan Barnes mengemukakan syor agar sistem pendidikan vernakular dimansuhkan dan digantikan dengan sekolah kebangsaan yangmenggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Sekolah kebangsaan akan diberikan kemudahan yang terbaik agar menjadi sekolah yang paling bermutu. Masyarakat Melayu menerima Laporan Barnes sebagai sesuatu yang baikbagi perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta permulaan untuk melakukan reformasi yang menyeluruh dan bersifat kebangsaan dalam sistem pendidikan. Namun guru-guru sekolah Cina dan pihak yang bersimpati dengan mereka menentang dengan keras cita-cita untuk mewujudkan sistem pendidikan kebangsaan ini sepertimana yang dikemukakan oleh Laporan Barnes.

Satu konvensyen Persatuan Guru-guru Cina seluruh Malaya diadakan di Dewan Besar Persatuan Hokkien Kuala Lumpur pada 24-25 Ogos 1951 untuk membantah Laporan Barnes. Konvensyen ini telah membawa kepada usul penubuhan Gabungan PersatuanSekolah Cina Se-Malaya iaitu Jiao Zong yang dirasmikan pada 26 Disember 1951.

Jiao Zong menjadi kubu serta landasan untuk melancarkan penentangan serta tuntutan dalam memperjuangkan kelangsungan pendidikan sekolah Cina di Tanah Melayu. Selain menghantar memorandum dan petisyen, Jiao Zong juga telah berusaha mendapatkan sokongan masyarakat Cina, institusi masyarakat Cina, dan parti politik masyarakat Cina di Tanah Melayu sehingga menjadikan Jiao Zong sebagai ’gergasi yang perkasa’ dalam perjuangan gerakan pendidikan Cina di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan, dan membawa kepada era kemerdekaan.

Sejarah awal gerakan pendidikan Cina di Tanah Melayu pada era pemerintahan British menunjukkan tentang keinginan yang sangat kuat golongan berpendidikan dan berpengaruh masyarakat Cina untuk mewujudkan sistem pendidikan Cina yangtersendiri, serta tidak bercampur dengan masyarakat lain khususnya masyarakat Melayu yang merupakan masyarakat peribumi.

Keinginan dan cita-cita untuk mempertahankan sikap chauvinisme ini selalunya disembunyikan dengan slogan memperjuangkan bahasa ibunda dan budaya masyarakat Cina. Namun pada hakikatnya golongan elit yang merupakan kumpulan kepentingan ini berjuang untuk mewujudkan suatu bentuk parallel society yang bergerak seperti serampang dua mata; iaitu mewujudkan masyarakat Cina yang terpisah melalui sistem pendidikan dan pada masa yang sama menjaga kepentingan ’ekonomi perkauman’ yang menentukan kelangsungan hidup masyarakat Cina di Tanah Melayu.

Masih Relevankah Sekolah vernakular di saat ini di saat terhapusnya ISA ? Cuba renung dan lihat apa akan jadi pada generasi akan datang jika sekolah vernakular masih wujud dalam menyemai bibit perkauman sejak di bangku sekolah lagi. Kita lihat negara mana yang membenarkan sistem pendidikan ini kecuali Malaysia.

Mohd Saifullah bin Hj Dolmat
Ketua Penerangan Gpms Melaka