Selasa, 18 Februari 2014

Temuduga

T/DUGA TERBUKA GOLD COAST WATER CITY (M) S/B : PADA 20/2/14 (KHAMIS), JAM 9.00AM. PELBAGAI JAWATAN DITAWARKAN. SILA HADIR & BAWA RESUME BESERTA SIJIL KE JOBSMALAYSIA, ARAS 4, UTC MELAKA. SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI 06-2880001.

Hari Pertama Skuad Jelajah Motivasi dan Kepenggunaan GPMS





Langkah pertama skuad jelajah motivasi dan Kepenggunaan oleh Gpms Negeri Melaka di Sek. Men. Keb. Kem Terendak. Tahniah kpd saudara   Pengerusi Gpms Melaka Mohd Marwan Abu Kasim dan Pengarah Program Ramzul Iklas Alias . 

Harap adik-adik manfaatkan ilmu yang ada. 

Gunakan kuasa kita sebagai pengguna..

"Belajar terus Belajar"

KENYATAAN MEDIA GPMS BERHUBUNG HINDRAF YANG MENDESAK PM LETAK JAWATAN









KENYATAAN MEDIA GPMS BERHUBUNG HINDRAF YANG MENDESAK PM LETAK JAWATAN DAN MELABEL PM SEBAGAI PENIPU


GPMS MENGUTUK KERAS TINDAKAN PENGERUSI HINDRAF, P. WAYTHA MOORTHY YANG MENDESAK PERDANA MENTERI MALAYSIA MELETAK JAWATAN DAN MELABELKAN PM SEBAGAI PENIPU.

DESAKAN HINDRAF ITU TIDAK MASUK AKAL. INI ADALAH TINDAKAN ‘ORANG YANG KECEWA’ KERANA PERMINTAAN MEREKA YANG KONONNYA TIDAK DIPENUHI. P WAYTHA MOORTHY MESTI WARAS, PM BUKAN HANYA MENJAGA MASYARAKAT KAUM INDIA SAHAJA MALAHAN SEMUA KAUM YANG ADA DI MALAYSIA.

KEPENTINGAN MASYARAKAT INDIA PERLU DILIHAT LEBIH MENDALAM, BUKAN SAHAJA YANG BERADA DI BAWAH HINDRAF MALAHAN DI MANA-MANA SAHAJA.

DI MALAYSIA, KITA HIDUP DI DALAM NEGARA YANG BERBILANG KAUM, PERLU ADA KOMPROMI. BUKAN MUDAH UNTUK MEMUASKAN HATI SEMUA PIHAK. PERMINTAAN ORANG MELAYU PUN ADA YANG DITOLAK ATAU TAK DIPENUHI, TETAPI KAMI TIDAK BIADAP ATAU KURANG AJAR DENGAN PEMIMPIN NEGARA DEK KERANA PERMINTAAN KAMI TIDAK DITURUTI. KAMI MASIH ADA RASA HORMAT TERHADAP PEMIMPIN.

GPMS TURUT MENDESAK P. WAYTHA MOORTHY UNTUK MEMOHON MAAF KEPADA PM DAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA KERANA MELABELKAN PM SEBAGAI PENIPU. TINDAKAN MOORTHY INI AMAT KURANG AJAR DAN TIADA BUDI BAHASA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA.

ADIB ANAS
KETUA PENERANGAN GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS)

Isnin, 17 Februari 2014

RESPON PEMIMPIN GPMS TERHADAP KEMPEN JOM BAWA BEKAL KE SEKOLAH



"Kempen 'Jom Bawa Bekal Ke Sekolah' : Sedap, menepati citarasa, cegah keracunan, bersih, mengurangkan beban ibubapa, berjimat, merasa makanan air tangan keluarga dan bernutrisi tinggi."
(Jais Abdul Karim, Presiden GPMS)


"Kesempatan bersama pelajar-pelajar dalam siri ceramah Skuad Jelajah Motivasi Pendidikan Kepenggunaan sebentar tadi, saya cuba mengambil masa untuk bertanya mengenai pelajar-pelajar yang membawa bekal dan berbelanja di kantin. Rumusan yang dibuat, kebanyakkan pelajar datang dari keluarga (ibubapa) yang bekerjaya. Wang diberi untuk membeli makanan di kantin pada waktu rehat. Ibubapa tidak sempat untuk menyediakan hidangan pagi tetapi makanan tambahan seperti susu dan vitamin disediakan oleh ibubapa untuk anak-anak. Pada saya 'Kempen Pelajar Bijak Berbelanja' lebih sesuai berbanding 'Jom Bawa Bekal Ke Sekolah'."
(Mohd Marwan Abu Kassim, Pengerusi GPMS Negeri Melaka)


"Kita perlu adakan kempen minum air putih dan bawa bekal air putih ke sekolah. Anak-anak Cina minum berbotol-botol air putih semasa P&P. Minum air segar minda dan otak cergas. Anak-anak Melayu kurang minum air lalu menyebabkan mereka mengantuk dan otak letih. Kesan daripada kempen 'Jom Bawa Bekal Ke Sekolah' kita terpaksa berhadapan dengan pengusaha kantin yang majoritinya Melayu. Mereka ini akan mengambil sikap memerangi GPMS dan bakal menganggap GPMS ganggu periuk nasi mereka. Bersediakah kita nak hadapi serangan ni? Kedua, ramai juga Ahli GPMS sebagai pengusaha atau pekerja kantin sekolah. Adakah mereka akan membisu?"
(Nor Halmey Hamdah, Pengerusi GPMS Negeri Perlis)


"Saya berpendapat bahawa kempen 'Jom Bawa Bekal Ke Sekolah' ada pro dan kontranya. Pronya adalah dalam peningkatan kos sara hidup, idea ini sangat bertepatan dalam usaha mendidik pelajar-pelajar dan ibubapa untuk berjimat cermat, mendapat nutrisi yang seimbang, dan sebagainya. Kontranya, kempen ini secara tidak langsung akan memberi kesan 'sinis' atau tersirat bahawa masyarakat akan berhadapan dengan kegawatan atau masalah ekonomi dalam masa terdekat. Adakah ianya merupakan isyarat ke arah itu?"
(Adib Anas, Ketua Penerangan GPMS)


"Pada saya kempen ini tidak membantu dari segi usaha-usaha kerajaan mengerakkan ekonomi di peringkat IKS dan mikro. Saya melihat dari sudut tindakan dan peranan kerana dalam kerajaan laungkan model ekonomi baru seterusnya meningkatkan pendapatan isi rumah daripada RM24 ribu setahun ke RM96 ribu setahun, maka usaha ini sekiranya berjaya akan merencatkan pertumbuhan dan yang terjejas bukan setakat pengusaha kantin, tetapi pengusaha sayur, pembekal ikan, retailers dan lain-lain supply chain. Dari sudut ekonomi, akan menjejas peluang pekerjaan. Di pihak ibubapa pula, terpulang bagaimana ia mengawal perbelanjaan anak-anak mereka."
(Ahmad Izani Ab Ghani, Pengerusi GPMS Negeri Terengganu)


"Saya sokong kempen 'Jom Bawa Bekal Ke Sekolah'. Walaupun hujah Tuan Pengerusi GPMS Negeri Terengganu itu benar, tetapi kempen ini hanyalah satu kempen kesedaran tentang kebaikan membawa bekal, tanpa memaksa atau mewajibkan anak-anak sekolah membawa bekal. Seperti kata Tuan Pengerusi GPMS Negeri Melaka, kebanyakkan ibubapa masa ini bekerjaya dan tidak punya banyak masa untuk sediakan makanan sebagai bekalan kepada anak-anak. Setidak-tidaknya, mungkin sehari atau dua hari dalam 5 hari tempoh persekolahan, sudah cukup untuk menyahut kempen ini. Namun, saya paling setuju dengan cadangan kempen minum air kosong yang dicadangkan Tuan Pengerusi GPMS Negeri Perlis, itu lebih relevan dan berkesan bagi kesihatan dan kecergasan anak-anak di sekolah, Melayu khususnya."
(Mohd Faizal Zulkifly, Ahli Majlis Tertinggi GPMS)


"Kempen GPMS membawa bekal ke sekolah ? Kebanyakan pelajar pada tahun-tahun 1960-an hingga 1970-an membawa bekalan makanan dari rumah ke sekolah. Jika diteliti, terdapat banyak kebaikan membawa bekalan makanan dari rumah ke sekolah. Antara kebaikan yang dimaksudkan adalah dari segi kualiti makanan, kebersihan makanan dan penjimatan wang. Seperkara yang nyata ialah makanan yang disediakan dari rumah adalah lebih berkualiti serta berkhasiat. Manakala makanan yang disediakan di kantin mengandungi bahan perisa yang tinggi. Kandungan perisa makanan ini akan menjejaskan kesihatan seseorang. Tambahan pula, di kantin juga terdapat banyak bahan makanan ringan yang kurang berkhasiat. Bekalan makanan yang disediakan oleh ibu di rumah seperti nasi lemak dan sebagainya pasti lebih seimbang dan berkualiti. Secara perbandingan, makanan yang disediakan di rumah lebih bersih. Lumrahnya, ibu atau bapa yang menyediakan makanan sendiri akan mementingkan aspek kebersihan ketika menyediakan makanan. Sering terdapat kes keracunan makanan menimpa yang makan di luar. Dengan kata lain, membawa bekalan makanan dari rumah akan mengelakkan diri daripada menjadi mangsa keracunan makanan. Membawa bekalan dari rumah juga menjimatkan wang seseorang pelajar. Ibu bapa boleh berjimat kerana dapat membeli bahan masakan mentah untuk dimasak sendiri. Wang yang dijimatkan itu boleh digunakan untuk tujuan lain seperti membeli bahan bacaan dan membayar yuran peperiksaan awam kelak. Jelaslah bahawa membawa bekalan makanan dan minuman dari rumah ke sekolah menguntungkan ibu bapa dan pelajar. Tindakan ini harus diamalkan oleh pelajar demi kesihatan diri dan menjimatkan wang hasil daripada titik peluh ibu bapa. Bawalah bekalan makanan dan minuman dari rumah ke sekolah pada setiap hari supaya kesihatan terjamin dan boleh berjimat cermat."
(Mohamad Saifullah, Ketua Penerangan GPMS Negeri Melaka)


Untuk rujukan layari blog GPMS Kebangsaan : Klik Sini

Ahad, 16 Februari 2014

PRESIDEN GPMS SERANG RUMAH TERESA KOK


Berikutan tindakan penyebaran video CNY Teresa Kok yang telah menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak , satu pertubuhan NGO telah menyatakan bantahan mereka semalam.

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung GPMS di ketuai oleh presidennya sdr Jais Abdul Karim telah hadir ke rumah Teresa Kok petang bagi menyerahkan nota bantahan mereka.Namun memandangkan beliau tidak berada di rumah kerana di maklumkan sedang bercuti sempena Sambutan Tahun Baru , kumpulan terbabit telah bergerak ke Pusat Khidmat Ahli Parlimen tersebut di Sri Desa Ent Park dan menyerahkan nota bantahan secara rasmi pada 2.30 petang semalam.

Berikut adalah nota bantahan yang di serahkan oleh pihak GPMS kepada Teresa Kok ,

 *NOTA BANTAHAN*

4 FEBRUARI 2014


YB. TERESA KOK,


KAMI INGIN MENYATAKAN DENGAN JELAS KEMARAHAN TERHADAP VIDEO YANG DIBUAT
OLEH ANDA SENDIRI TEMPOHARI YANG TERNYATA MENGHINA PARA PEMIMPIN NEGARA DAN 
ORANG MELAYU SEBAGAI KESELURUHAN DI NEGARA INI.


PERKATAAN "MALAI SII LEY AAHHH" ITU JELAS DIFAHAMI KAMI SEBAGAI "MELAYU 
DAH MATI DAH" MERUPAKAN SATU LUAHAN YANG AMAT KURANG AJAR DAN TIDAK
BERADAB.

SEBAGAI SEORANG YANG BERHORMAT DI TANAH MELAYU INI, ANDA PERLULAH
MENGETAHUI BANYAK PERKARA TENTANG BUDI BAHASA DAN ADAT ISTIADAT ORANG MELAYU. 

KECETEKAN FIKIRAN DAN KEBODOHAN ANDA AMATLAH MENGHAIRANKAN ! IANYA
MEMANG DENGAN SENGAJA BERTUJUAN UNTUK MENGHINA KAUM MELAYU DI NEGARA INI.
TINDAKAN ANDA INI JUGA MENGUNDANG BAHAYA PERGADUHAN KAUM DI NEGARA INI.


SEHUBUNGAN ITU, KAMI INGIN MENYATAKAN SEKERAS-KERAS BANTAHAN TERHADAP VIDEO TERSEBUT SECARA KESELURUHAN DAN MENDESAK ANDA UNTUK MENARIK SEMULA VIDEO
 TERSEBUT SERTA MEMOHON MAAF KEPADA SEMUA UMAT MELAYU DI NEGARA INI DALAM TEMPOH 24 JAM MULAI JAM 3 PETANG INI. 

KAMI TIDAK AKAN BERKOMPROMI DENGAN SIKAP RASIS DAN BIADAB SERTA POLITIK MURAHAN YANG SEDANG ANDA MAINKAN INI.


JANGANLAH GELARAN YANG BERHORMAT YANG ANDA SANDANG ITU BERTUKAR MENJADI "YANG 
BIADAB" !


KAMI AKAN MENGGERAKKAN BANTAHAN BESAR-BESARAN DI SELURUH NEGARA DAN AKAN MENGAMBIL TINDAKAN YANG LEBIH KERAS SEKIRANYA ANDA GAGAL 
BERBUAT DEMIKIAN.


JAIS ABDUL KARIM


PRESIDEN GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS)
MEWAKILI SEMUA UMAT MELAYU DI SELURUH NEGARA.

Berdasarkan pemerhatian setelah jam 3.00 petang , pihak YB Teresa Kok tidak menarik balik video yang di hasilkan serta tidak ada permohonan maaf di buat.

Sebaliknya Teresa Kok di lihat membuat satu laporan polis seperti mana kenyataan di bawah ,


Apakah isu ini akan terus berlarutan ? Memandangkan semua pihak kini sudah menyatakan pandangan serta pendapat masing-masing dan kertas siasatan polis pun telah di buka maka adalah sebaiknya semua pihak meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pihak Polis untuk melakukan siasatan seterusnya menyelesaikan insiden yang mampu mencetuskan kekacauan.


Untuk mengenali pages presiden Gpms Kebangsaan boleh lawati blog beliau di http://jaisabdkarim.blogspot.com/

Untuk mengenali Gpms kebangsaan boleh lawati blog di http://gpms1948.blogspot.com/

Untuk Pages Gpms Kebangsaan https://www.facebook.com/gpmsyes








Presiden Gpms bawa bekal ke Sekolah ?






           Kempen Gpms membawa bekal ke sekolah 






Kebanyakan pelajar pada tahun-tahun 1960-an hingga 1970-an membawa bekalan makanan dari rumah ke sekolah. Jika diteliti, terdapat banyak kebaikan membawa bekalan makanan dari rumah ke sekolah. Antara kebaikan yang dimaksudkan adalah dari segi kualiti makanan, kebersihan makanan dan penjimatan wang.
Seperkara yang nyata ialah makanan yang disediakan dari rumah adalah lebih berkualiti serta berkhasiat. Manakala makanan yang disediakan di kantin mengandungi bahan perisa yang tinggi. Kandungan perisa makanan ini akan menjejaskan kesihatan seseorang. Tambahan pula, di kantin juga terdapat banyak bahan makanan ringan yang kurang berkhasiat. Bekalan makanan yang disediakan oleh ibu di rumah seperti nasi lemak dan sebagainya pasti lebih seimbang dan berkualiti.
Secara perbandingan, makanan yang disediakan di rumah lebih bersih. Lumrahnya, ibu atau bapa yang menyediakan makanan sendiri akan mementingkan aspek kebersihan ketika menyediakan makanan. Sering terdapat kes keracunan makanan menimpa yang makan di luar. Dengan kata lain, membawa bekalan makanan dari rumah akan mengelakkan diri daripada menjadi mangsa keracunan makanan.
Membawa bekalan dari rumah juga menjimatkan wang seseorang pelajar. Ibu bapa boleh berjimat kerana dapat membeli bahan masakan mentah untuk dimasak sendiri. Wang yang dijimatkan itu boleh digunakan untuk tujuan lain seperti membeli bahan bacaan dan membayar yuran peperiksaan awam kelak.
Jelaslah bahawa membawa bekalan makanan dan minuman dari rumah ke sekolah menguntungkan ibu bapa dan pelajar. Tindakan ini harus diamalkan oleh pelajar demi kesihatan diri dan menjimatkan wang hasil daripada titik peluh ibu bapa. Bawalah bekalan makanan dan minuman dari rumah ke sekolah pada setiap hari supaya kesihatan terjamin dan boleh berjimat cermat.


Untuk mengenali pages presiden Gpms Kebangsaan boleh lawati blog beliau di http://jaisabdkarim.blogspot.com/

Untuk mengenali Gpms kebangsaan boleh lawati blog di http://gpms1948.blogspot.com/

Untuk Pages Gpms Kebangsaan https://www.facebook.com/gpmsyes




Mohamad Saifullah
Ketua Penerangan Gpms Negeri Melaka

Khamis, 6 Jun 2013

Perkasakan Agenda Pendidikan Kebangsaan



Beza antara nama orang Malaysia Cina dengan orang Cina Malaysia. Di Indonesia, kebanyakan mereka menggunakan orang Indonesia Tionghua berbanding orang Tionghua Indonesia. Nama Indonesia (bangsa asal/negara) mesti berada di hadapan. Berbeza dengan kita, bangsa mesti berada di hadapan. Siapa yang rasis? Saya tidak percaya bila ultra kiasu selalu berkata, I am Malaysian 1st.

Jika Malaysia didahulukan, bermakna agenda nasional mesti diutamakan. Misalnya, bahasa kebangsaan, sekolah kebangsaan, kebudayaan kebangsaan, pakaian kebangsaan, upacara rasmi kebangsaan dan banyak lagi yang bersifat kebangsaan. Adakah semua ini dihormati dan disambut oleh ultra kiasu dengan baik dan berlapang dada. Lihatlah sahaja majlis angkat sumpah perlantikan exco di hadapan Sultan Selangor dan TYT Pulau Pinang. Itulah ragam ultra kiasu.

Paling sedih, sehinggakan ke peringkat, mereka mahukan mensyaratkan menteri (timbalan) pendidikan mesti boleh berbahasa Cina untuk berurusan dengan Cina dan menjaga sekolah Cina. Mereka mempertikaikan perlantikan Dato Mary Yap sebagai timbalan menteri pendidikan, kerana tidak memenuhi syarat tersebut. Banyak cantik muka. Nasihat saya, berhijrahlah ke tempat yang ada menteri sedemikian. 

Ketika memberi respon, Yap dengan bangga berkata, beliau tidak perlu malu kerana tidak boleh berbahasa mandarin, yang penting kena buat kerja. Ini kenyataan seorang negarawan, bukannya seperti pertubuhan ultra kiasu tersebut.

Menurut Yap, walaupun tidak pandai membaca dan bertutur dalam bahasa mandarin, itu bukan isu. Beliau menguasai bahasa Melayu (BM) dan Inggeris (BI) dengan baik. "Saya juga ada pegawai untuk bantu saya yang akan beri nasihat dan bacakan surat khabar Cina dan beritahu apa yang dilaporkan. "Ada ramai pemimpin di dunia yang tak fasih berbahasa Inggeris tapi disebabkan ada pasukan yang kuat, mereka boleh bimbing negara dengan begitu berkesan,". 

MP Tawau ini berpendapat, beliau tidak mewakili kaum Cina tetapi wakil kepada rakyat Malaysia. Beliau telah berkhidmat di bawah kementerian pendidikan hampir 36 tahun dan telah berjumpa dengan pelbagai kaum dan guru. "Saya tak lihat diri sebagai mewakili orang Cina tetapi sebagai orang Malaysia. Inilah 1Malaysia. Tapi bila cakap mengenai pendidikan Cina, ia merupakan sebahagian daripada tugas saya untuk menyelesaikannya,".

Terus terang, untuk setakat ini, saya kagum dengan pandangan sebegini, bertepatan dengan amalan 1Malaysia. Inilah yang membezakan antara bukan Melayu (Cina) di Semenanjung dengan Cina Sabah dan Sarawak. Cina Sabah Sarawak lebih terbuka dan tidak ultra kiasu, semangat 1Malaysia amat tinggi, berbanding sebahagian mereka di sini. 

Kita perlu banyakkan menteri (timbalan) bukan Melayu seperti ini. Kenapa Yap agak berbeza dengan ultra kiasu yang lain? Hujahnya mudah, mereka lebih terdedah kepada pribumi dan bumiputera di sana. Berbanding di sini, setiap hari sosialisasi politik mereka dalam apa jua bidang amat bersifat ultra kiasu (perkauman)

Kita tentu masih ingat, sebelum ini ultra kiasu mensyaratkan, guru-guru bukan Cina yang mengajar BM dan BI di SJKC mesti mendapat kredit bahasa Cina dalam SPM. Jika tidak, mereka tidak layak untuk mengajar di SJKC. Kerajaan terpaksa akur kerana mahukan undi mereka. Sebahagian besar guru-guru BM dan BI bukan Cina telah dikeluarkan daripada SJKC. Begitu juga dengan kerani-kerani Melayu pun di sana perlu menguasai bahasa Cina.

Saya tidak faham, kenapa dan mengapa kerajaan tunduk dan akur kepada desakan ini, sedangkan semua sekolah ini berada dalam sistem pendidikan negara berpaksikan perlembagaan, menjunjung agenda negara. Semua gaji mereka dan prasarana disediakan oleh kerajaan. PRU13 membuktikan, bahawa pemberian tidak dibalas. Apakah kita akan teruskan permainan ini?

Ingatan saya kepada kepada yang menerajui kerajaan, jangan terlalu mengemis untuk mendapat simpati mereka. Jika madu yang diberi, tuba yang dibalas, segerakan Bahasa Melayu sebagai pengantar. Gunakan akta pelajaran 1996 untuk kuatkuasakan Bahasa Melayu di semua jenis sekolah, walaupun kuasa untuk menghapus sekolah vernakular sudah tidak ada lagi, kerana peruntukan akta tersebut telah dihapuskan dengan kewujudan akta pelajaran 1996. 

Terbaharu, berlaku ‘percanggahan’ pendapat antara Ahli Lembaga Sekolah Chong Hwa dengan Dong Zong mengenai kedudukan Sekolah Persendirian Cina (SPC) di Kuantan. Ahli lembaga SPC Chung Hwa hanya mahukan satu sahaja di di Kuantan. Jika Dong Zong mahukan SPC lain, cari tempat lain, tetapi bukan di Kuantan, takut berlaku persaingan.

Dong Zong tetap berkeras mahukan sebuah lagi SPC di Kuantan. Persoalan saya, tidak cukupkah lagi apa yang ada? Perlukan SPC menjadi secina-cinanya? Chong Hwa mahukan pelajarnya mengambil SPM dan UEC sebagai menyahut seruan kerajaan. Manakala Dong Zong tidak bersetuju dengan idea kerajaan (juga Chong Hwa) untuk menggunakan silibus kebangsaan dan medium bahasa Melayu. Chong Hwa dilarang menduduki UEC yang dikendalikan Dong Zong jika mahu mengikut syarat kerajaan.

Dong Zong hanya mahukan UEC yang tulen. Dong Zong tidak mahu pelajarnya cair kecinaan, jika berada di Chong Hwa yang mahu bertolak ansur dengan kerajaan dalam menjunjung agenda kebangsaan. Saya harap Kementerian Pendidikan yang baharu dapat melihat perkara ini dengan serius. Apakah kita ingin terus lahirkan manusia yang menterbalikkan jalur gemilang seperti yang dilakukan oleh bekas pelajar UEC di Taiwan. Perkara ini tidak mustahil berlaku lagi kerana jiwa ultra kiasu mereka sudah lama bersarang dalam sanubari melalui pendidikan yang telah diperolehi. 

Lebih ultra lagi, Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) sebelum ini berkata mengenai komposisi dalam senarai anggota kabinet yang didakwa tidak banyak membariskan wakil daripada kaum Cina dalam untuk menyelesaikan masalah mereka. 

Persoalan saya, di manakah kita berada? Perlukah sangat menteri Cina untuk jaga orang Cina? Adakah selama ini menteri Melayu tidak menjaga orang Cina? Siapa yang perlu menjaga siapa? Siapa yang harus mengenang budi dan membalas jasa siapa? Di China dan India, siapakah yang mewakili Cina (India) Muslim di sana untuk mendengar masalah mereka? Sedarkah kita betapa beruntungnya bukan Melayu di negara bertuah ini? Apa yang ada Melayu dan bumiputera, tidak terdapat pada diri mereka hari ini?

Saya tidak setuju idea menjadikan BN satu parti. Kita mungkin bersangka baik. Orang lain bagaimana? Bahayanya, apabila undian dijalankan, sudah tentu undi UMNO (Melayu) hanya ada satu, berbanding 12 wakil parti komponen yang lain. Hanya UMNO sahaja yang akan bercakap soal kepentingan Melayu (Islam). Itupun jika semua faham. Ada segelintir dalam UMNO yang telah mati hati Melayunya kerana dikaburi oleh wang yang digula-gulakan oleh ultra kiasu.

Selain itu, apa yang tergambar dalam fikiran ultra kiasu ini? Bila idea ini dibangkitkan, ultra kiasu tanpa melihat kedudukan mereka, mengeluarkan kenyataan, Timbalan Perdana Menteri (TPM), paling kurang mesti ada tiga iaitu TPM mewakili Sabah Sarawak, Cina dan India. Yang peliknya, orang Sabah dan Sarawak tidak pula kedengaran membincangkannya dengan serius! Kenapa ultra kiasu di Semenanjung begitu obsess dengan jawatan TPM? Kenapa tidak sebut sahaja perlu ada jawatan 3 jenis PM?

Dalam kepala otak mereka, tidak ada perkara lain, soal bangsa, bangsa, bangsa. Bagaimana dengan orang asli dan etnik minoriti yang lain? Berapa banyak jawatan TPM hendak diwujudkan untuk memuaskan hati semua pihak. Pada saya, yang paling layak untuk jadi TPM adalah, orang Melayu, orang Asli dan wakil Sabah Sarawak. Titik. Kedudukan mereka begitu jelas. Mereka layak menjadi TPM untuk Malaysia, kerana mereka tahu dan faham sejarah Malaysia. Mereka menyahut agenda kebangsaan dan Bahasa Melayu mereka amat fasih.

Cuba kaji perbahasan ultra kiasu dalam dalam parlimen selepas ini. Kalau boleh, kita tidak mahu dengar lagi kata-kata; “tuan speaker, dengan izin”. Hanya kerana mereka tidak terjumpa atau terlintas perkataan Bahasa Melayu.

Kesimpulannya, pada saya, tidak perlulah mengeluarkan kenyataan atau mendabik dada apabila dilantik menjadi menteri, seraya berkata; “saya adalah menteri kepada Malaysia, bukan hanya kepada UMNO BN”. Sudah difahami. Semestinya apabila dilantik menjadi menteri, kita akan kepunyaan Malaysia atau negarawan. Itupun bukan bermakna, kita perlu cairkan diri kita untuk meraikan orang lain. Agenda Melayu (Islam) mesti diteruskan. Jati diri mesti diperkasakan.



Bersatulah Melayu !

Pulau Pandan jauh ketengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik, dilupakan juga

Ketua Penerangan Gpms Melaka
Mohd  Saifullah B Hj Dolmat