Bagi orang mukmin, ilmu adalah penyuluh hidupnya!
Pengalamannya adalah pengajaran, iktibar dan penasihatnya,
Takutnya kepada Tuhan adalah pengawal diri,
Sabarnya adalah perisai hidupnya,
Redha dengan Tuhan kerana baik sangka dengan Tuhannya,
Tawakalnya adalah harapan masa depannya,
Bacaan Al Quran adalah hiburannya
dan bercakap-cakap dengan Tuhan,
Juga perbualannya dan bercakap
dengan Tuhan Pencipta manusia,
Selawat adalah penyejuk dan pelembut hatinya,
Doa dan permintaannya kepada Tuhannya tanda dia hamba,
Hamba adalah hina, lemah, memerlukan
pertolongan Tuhannya,
Sembahyang adalah pembaharuan ikrar
dan membaharukan syahadah,
Serta membersihkan jiwa dari mazmumah,
Begitulah peranan setengah daripada sifat-sifat mahmudah,
Juga setengah daripada peranan mendirikan solat,
Kalau begitu cuba gambarkan orang yang
tidak bersembahyang,
Yang juga memiliki sifat-sifat mazmumah,
Ertinya segala masalah berkumpul di kepala dan jiwanya,
Bagaimana tidak menderita dan terseksa,
Mampukah menanggungnya?!
Belajar Terus Belajar !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan